Antena MYTV Terbaik
Dekoder MYTV sudah dibeli, tapi antena sesuai untuk dekoder MYTV pula jenis yang macam mana? Antena yang paling sesuai adalah antena UHF.
Nak dapat siaran dengan baik, memang kena guna antena UHF. Mai pernah bertanya tentang perkara ini melalui Facebook MYTV kerana kadangkala masalah siaran hilang berlaku. Jadi, mereka meminta gambar antena yang digunakan di rumah Mai.
Jawapan pihak MYTV, antena rumah Mai adalah antena gabungan UHF dan VHF. Penggunaan antena gabungan UHF dan VHF, Booster dan Remote perlu dielakkan kerana ia akan mengganggu signal dari menara pemancar setelah siaran analog ditutup sepenuhnya nanti. Gabungan jenis antena akan mengakibatkan gangguan-gangguan seperti siaran susah dapat berlaku.
Berikut adalah jenis antena yang boleh dan tidak boleh digunakan seperti yang diberitahu oleh pihak MYTV.
Boleh digunakan
![]() |
Antena UHF tulang ikan |
Tidak boleh digunakan
Kalau anda ingin membuat pemasangan antena sendiri, sebelum membeli antena, lebih baik bertanya dahulu kepada pihak MYTV atau wakil penjual dekoder MYTV. Anda juga yang tak rugi nanti ;)
Mai kena tukar antena lah jawabnya... huhuhu