Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Berkesan Merawat Masalah Kulit Wajah

$
0
0

Serum Dr. Beau Merawat Kulit Berjerawat, Jeragat dan Kulit Kusam


Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Serum | Wajah menjadi perkara pertama yang dilihat apabila bertentang mata dengan seseorang. Yalah, nak berbicara mestilah mahu tengok muka kan? Tapi kadang kala keyakinan seseorang berkurang apabila ada sesuatu yang mengganggu pada kulit muka seperti jerawat dan jeragat.

Alamak! Nak buat apa dengan jerawat ni? Apa pun masalah yang ada, pasti ada penyelesaiannya. Baru-baru ini Mai diperkenalkan dengan satu produk yang mampu merawat jerawat, jeragat dan masalah lain pada kulit wajah iaitu Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Serum. Fuhhh.. lega rasanya ada serum ini.

serum Dr. Beau


Satu bekas bertutup tersebut mengandungi 30 gel lembut yang mengandungi serum minyak. Ia memang sesuai digunakan pada kulit berjerawat kerana ia membantu mengurangkan minyak pada muka seterusnya akan menghilangkan jerawat. Masalah kulit seperti jeragat dan kulit kusam juga dapat dirawat dengan penggunaan serum ini secara berterusan.

Bukan itu saja, masalah kulit yang lain seperti lebam bawah mata, kulit berminyak dan sensitif, kulit kering, kedutan dan penuaan, pori terbuka, ekzema dan masalah biji kolesterol juga dapat dirawat dengan bantuan serum Dr. Beau. Parut juga tidak terkecuali.

serum Dr. Beau


Minyak ini bukan sebarang minyak ya. Serum Dr Beau mengandungi beberapa bahan yang bagus dengan fungsi yang tersendiri untuk kulit. Antara kandungannya...
  • Vitamin E yang merawat kulit.
  • Moroccan Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedutan pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ia kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada sinar UV.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ia memastikan kulit sentiasa segar dan selesa. 
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

Wah, banyak bahan-bahan yang bagus digunakan! Disebabkan itu, Mai mahu mencuba serum ini untuk masalah lebam bawah mata dan pori terbuka. Sudah hampir dua minggu Mai menggunakan serum ini. Setakat ini, Mai tiada masalah sepanjang penggunaan serum ini. Perubahan positif juga dirasai. Nampak pori makin mengecil.

Sebelum Mai mula menggunakan serum Dr. Beau, risau juga jika ia menjadikan kulit muka terlalu berminyak kerana kulit Mai adalah jenis normal. Setelah disapu pada kulit muka, rasa teruja dengannya. Tidak melekit seperti kebanyakan minyak. Ia cepat menyerap ke dalam kulit. Kalau sentuh kulit muka selepas sapu serum, memang dapat rasa ia cepat menyerap. Seperti tidak menggunakan serum saja. Kulit juga terasa lembut.

serum untuk jeragat

Kalau nak lebih berkesan, selepas sapu serum pada muka, biarkan ia diserap kulit seketika, kemudian pakai sunblock. Selepas itu, bolehlah memulakan langkah mekap anda. Kalau Mai, selepas pakai sunblock, cukup pakai bedak kompak saja hehe.

Mai sendiri sudah cuba, selepas menggunakan serum Dr. Beau dan sunblock, mekap tahan lama jadinya. Yang bagusnya tidak berminyak dan melekit walaupun berjam lamanya.


Kelebihan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil
  • Sangat sesuai untuk wanita Asia
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Berbau harum semulajadi
  • Tidak melekit
  • Rasa segar dan nyaman
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Cara Menggunakan Serum Dr. Beau

1. Bersihkan wajah
2. Tarik hujung gel dan titis pada dahi, pipi dan dagu
3. Sapu rata di seluruh wajah dan batas leher sehingga meresap.

Sebaiknya serum ini digunakan pada waktu pagi dan malam.

Pantang Penggunaan

Jangan skip penggunaan sehingga berkesan.
Cuci tangan dan muka sebelum sapuan Dr. Beau dilakukan.

Kesan serum Dr. Beau dapat dirasai seawal 24 jam. Kesannya mengikut masalah kulit yang dihadapi. Setelah disapu pada kulit berjerawat, jerawat akan mengering selepas 24 jam. Selepas 7 hari penggunaan serum, parut semakin pudar. Hari ke 21, kulit menjadi sekata.


Kalau anda nak tahu, ramai pengguna serum Dr. Beau telah memberi maklum balas positif. Antaranya:

serum untuk jeragat

serum untuk jerawat


kulit flawless

serum untuk ekzema

 ... dan lain-lain lagi maklum balas positif pengguna tentang serum Dr. Beau ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman pengguna yang lain, anda boleh ke Facebook atau Instagram Dr. Beau.


Kulit wajah yang licin dengan tona kulit yang sekata menjadi idaman setiap wanita. Untuk mendapatkannya, kulit mestilah sihat kan? Jangan susah hati, cuba dulu serum Dr. Beau ini untuk dapat kulit yang sihat dan dapat pelbagai manfaat daripada serum tersebut.

Kalau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang serum Dr. Beau atau ingin membelinya, lawati saja laman di bawah ini...

Laman web: teja.com.my
Facebook Dr. Beau
Instagram Dr. Beau
YouTube Dr. Beau
Nombor telefon untuk dihubungi : 016 963 3443



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Trending Articles