Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Resepi Puding Roti Karamel Sedap dan Mudah

$
0
0

Puding Roti Karamel Mudah Disediakan


Sedapnya puding roti karamel! Terasa-rasa di tekak pula. Puding roti karamel ini amat mudah disediakan. Puding bukan sahaja popular ketika bulan puasa, malah setiap masa. Rasanya yang manis berlemak membuatkan ia sesuai dijadikan pencuci mulut yang menyelerakan. Terliur dah . . . 

Puding Roti Karamel
Walaupun rupanya ke laut tapi sedap. hehe

Puding Roti Karamel


Puding Roti Karamel
Selepas siap dikukus

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding roti karamel juga amat mudah didapati. Seperti resepi puding karamel, puding roti karamel berbeza sedikit kerana ada tambahan roti.


Resepi ini adalah daripada Chef Hanieliza, saya olah sedikit resepinya. Jom cuba resepi ini.


Puding Roti Karamel


Bahan A (Karamel)

1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B (Puding)

10 keping roti (Dikoyakkan)
1 tin susu cair
1 cawan air
1 tin air buah pic (Saya gunakan kismis sebagai ganti)
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastard
Kismis (Sebagai hiasan, optional)

Cara membuatnya

1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
2. Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuangkan karamel yang telah siap ke dalam loyang. Ketepikan.
4. Kemudian gaul rata semua B di dalam mangkuk besar.
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
7. Kukuskan selama 30 hingga 40 minit.
8. Setelah siap dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk beberapa ketika. Terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan besar.
9. Taburkan kismis sebagai hiasan. Sedia dihidangkan.

Mudah bukan? Kalau stok roti di rumah masih banyak dan hampir sampai tarikh luput, apa kata anda buat je puding roti karamel. Dijamin puas hati.

Selamat mencuba!


Nak tempah design?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Trending Articles