Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Pengalaman Scaling Gigi di Klinik Kerajaan

$
0
0

Pengalaman Scaling (Penskaleran) atau Cuci Gigi di Klinik Kerajaan

Pagi tadi, dalam jam 9 lebih, saya sudah pun berada di Klinik Pergigian Pekan Kuala Kangsar. Sebabnya ada janji temu dengan doktor gigi. Hari ini hanya untuk rawatan scaling atau cuci gigi.
penskaleran, scaling, cuci gigi
Scaling atau cuci gigi
Scaling adalah kaedah pembersihan karang gigi atau plak dari permukaan gigi atau tempat yang sulit di dalam mulut . Karang gigi ni selalu berada di pangkal gigi, di celahan geraham. 

Apa itu karang gigi atau plak

Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategik seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan yang melekat pada gigi.

Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi. Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.

Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.
(sumber)

karang gigi, plak
Karang gigi atau plak
Pengumpulan karang gigi ni tak bagus kerana akan menjadi punca kerosakan gigi. Ia juga salah satu penyebab mulut berbau. Scaling penting bagi kekalkan kesihatan gusi dan mencegah jangkitan kuman. Sebab itu lah kita perlu berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Barulah kita tahu gigi kita ada masalah atau baik2 sahaja.

Bermulanya prosedur scaling, scaler dimasukkan ke dalam mulut. Bila doktor letak je pada gigi, terasa getarannya. Terasa sesuatu yang tak sedap. eeuwww.. Sebelum ni dengar pengalaman orang buat scaling, ramai yang beritahu sakit dan ngilu. Tetapi itu bergantung kepada gigi seseorang. Kalau gigi sensitif, lagi mudah rasa ngilu. Tempoh masa scaling seseorang pun berbeza mengikut karang gigi yang pada permukaan gigi. Kalau tebal, lama la jawabnya. Alhamdulillah, saya tidak terlalu rasa sakit dan ngilu. Tempoh masa yang diambil pun sekejap sahaja. Doktor pesan, guna berus gigi yang halus supaya dapat masuk di celahan gigi, makanan yang tersekat dapat dikeluarkan. Sebabnya gigi dah ada ruang (setelah karang gigi dibersihkan), ruang tu perlu bersih daripada kotoran untuk elakkan karang gigi berkumpul semula.

Bayaran yang dikenakan amat berpatutan di klinik kerajaan. Saya hanya perlu bayar RM2 untuk rawatan scaling ni. Memang berbaloi-baloi. Layanan doktor pun bagus. Patutlah ramai yang datang ke klinik kerajaan untuk rawatan gigi walaupun perlu menunggu giliran yang lama. 

Jadi, jangan segan dan malas untuk berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan gigi cantik dan sihat. 



Nak tempah design/customize blog murah?




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258