Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Panduan Supaya Tidak Sombong

$
0
0

Panduan Supaya Tidak Sombong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar anda hari ini? Moga berada di dalam keadaan baik hendaknya. InsyaAllah.
Hari ini saya nak kongsi dengan anda melalui pembacaan saya tentang sombong. Jom...

sombong, maisarahsidi.com
Jangan sombong sangat boleh tak?
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]

Nabi Muhammad saw bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).

Antara panduan yang boleh kita jadikan amalan seharian. Yela, sombong dan memandang rendah serta menghina orang lain tak akan dapat apa-apa pun. Kalau sombong, kawan pun takda kan? Lagipun kita jadi penghuni di dunia hanya seketika sahaja. Tidak perlu bangga dengan kejayaan kita. Apa yang berjaya kita kecapi hari ini, bukan untuk selamanya.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Trending Articles