Tadom Hill Resorts Selangor, Destinasi Percutian Sempurna
Melihat gambar di bawah ini, pada mulanya saya fikir tempat yang cantik ini terletak di luar negara. Ternyata jangkaan saya meleset. Rupa-rupanya tempat percutian semulajadi yang indah ini hanya terletak di Banting, Selangor.
Untuk merasa kelainan dalam percutian anda, bolehlah datang ke Tadom Hill Resorts. Anda akan rasa seperti berada di hutan yangsering dilihat diluar negara. Nyaman, sejuk, ketenangan dan kedamaian, semuanya boleh didapati di sini.
Aktiviti berkhemah memang bagus dijalankan di sini sambil mengkaji alam. Selain berkhemah, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Keunikan dan kecantikan Tadom Hill Resorts ini menjadi tarikan pengunjung.
Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini difahamkan baru dibuka dan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.
Konsep buluh di Tadom Hill Resorts yang Menjadi Keunikannya
Tadom Hill Resorts berkonsepkan buluh. Ini adalah salah satu sebab yang menjadi tarikan pengunjung untuk merasai 'hidup' dengan buluh. Buluh digunakan dalam pelbagai kegunaan termasuklah bilik tidur.Kawasan rehat yang berkonsepkan buluh, menyerlahkan lagi keunikan Tadom Hill Resorts.
Memang cantik dan menenangkan fikiran!
Air yang berwarna seakan-akan turquoise sangat mengasyikkan. Membuatkan kita terpana dengan keindahan di situ. Di sini, kita boleh berakit dengan rakit yang dihasilkan daripada buluh. Selain itu, anda juga boleh bergayut dan terjun seperti tarzan!
Lokasi Tadom Hill Resorts di Perkampungan Orang Asli
Difahamkan kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan. Patutlah Tadom Hill Resorts nampak unik dan cantik!Antara yang turut serta . . .
Tadom Base Camp
Ini adalah Tadom Base. Sangat seseuai bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak. Terdapat 4 zon disediakan untuk anda cabar ketahanan mental dan fizikal diri sendiri.
Sangat menarik dan mengujakan!
Bayaran Masuk dan lokasi Tadom Hill Resorts
![]() |
Harga bayaran masuk Tadom Hill Resorts |
Untuk maklumat lanjut tentang Tadom Hill Resorts, anda boleh menghubungi mereka:
Tadom Hill Resorts
Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
+603 7986 0076
info@tadomhillresorts.com
Untuk lebih lanjut tentang tempat dan aktiviti serta tawaran yang disediakan, sila ke laman web:
+603 7986 0076
info@tadomhillresorts.com
Untuk lebih lanjut tentang tempat dan aktiviti serta tawaran yang disediakan, sila ke laman web:
Apa tunggu lagi! Jom ke sana untuk merasai sebenar-benar percutian.
Kredit: Laman Web Tadom Hill Resorts, ohbulan