Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

$
0
0

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

telefon pintar, smartphone


Kata guru..

Jika telefon pintarmu yang canggih itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupanmu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..

Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..

Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah telefon pintar itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan telefon pintar menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

Teguran ini menusuk sungguh..

Realitinya begitulah. Selepas solat selesai salam kedua, terus raba cari telefon bimbit, padahal tiada hal yang penting. Atas alasan perjuangan, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dengan telefon pintar lagi canggih menambah ketaatan kepada Allah, bukan mengheret kita lalai kepada-Nya.

Terima kasih sahabat yang berkongsi tazkirah ini.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258