Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Cecair Rokok Elektronik (Vape) Bahaya

$
0
0

Cecair Rokok Elektronik (Vape) Bahaya

Dah namanya rokok, memang bahaya la. Rokok mahal, rokok murah, rokok seludup, rokok wangi...semua sama je. Bahaya! Cuma perokok tegar je yang sering menyangkal fakta bahaya rokok ni. Cakap la ikut mana pun, tetap tak diendahkan. Cuma mampu berdoa semoga mereka berhenti merokok dan sedar tentang bahaya rokok.

vape bahaya, kandungan vape, rokok elektronik
Kredit gambar: astroawani

Petikan dari akhbar The Rakyat Post:

Penggunaan rokok elektronik atau vape adalah berbahaya disebabkan kandungan nikotin yang terkandung di dalam cecairnya.

Pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isi kandungannya.

“Belum ada bukti mengatakan vape selamat digunakan dan kita risau apabila penjual membancuh cecair tersebut tanpa pengetahuan akan memberi kesan kesihatan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Rawatan 2015 (ICAPT 2015) di sini, hari ini.

Justeru, Dr Amer Siddiq berkata penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan vape adalah perlu untuk mengelakkan orang ramai khususnya golongan remaja memulakan tabiat merokok.

Katanya, meskipun ramai beranggapan vape membantu perokok tegar untuk berhenti merokok, namun disebabkan warna dan kepelbagaian rasa yang ditawarkan, vape juga menarik golongan bukan perokok untuk mencubanya.

ICAPT 2015 yang bermula semalam bertindak sebagai pentas perbincangan kepada permasalahan dadah dan yang berkaitannya serta kaedah rawatan yang diperlukan.

Ia disertai pihak bertanggungjawab seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, para pensyarah dan penyelidik tempatan dan antarabangsa.

Sementara itu, undang-undang kawalan hasil tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan untuk dibentang di parlimen bakal mengambil kira kawalan penggunaan vape yang memudaratkan kesihatan pengguna.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata undang-undang sedia ada iaitu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011 di bawah Akta Makanan 1983 dilihat tidak begitu berkesan pada masa kini terutama dari segi denda yang dikenakan terhadap pesalah bagi mengawal penggunaan vape dan hasil tembakau seperti rokok.

* * *

Penggunaan vape dikatakan menjadi alternatif kepada perokok tegar untuk berhenti merokok. Mungkin ia satu perkara yang bagus tetapi jangan lupa kaji kandungannya. Jika kandungan vape juga berbahaya, maknanya ia sama saja seperti rokok.

Apa pun, terdapat banyak lagi cara untuk berhenti merokok. Memang mental kena kuat. Fikir tentang masa depan sendiri dan orang disekeliling. InsyaAllah, boleh berhenti dengan jayanya dari kegiatan tersebut.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Trending Articles