Kek Cawan atau Cupcake Coklat Kukus Lembap Meleleh
Kek coklat sememangnya mudah disediakan dan pastinya sedap. Terdapat pelbagai versi resepi kek coklat yang ada. Terpulang kepada kita untuk ikut yang mana, dan yang penting kek itu menjadi.
Saya buat kek coklat dalam versi kek cawan atau cupcake. Buat cupcake, mudah dan jimat masa kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk mengukus atau bakar. Saya buat cupcake guna kaedah mengukus dan hasilnya memang lembap! Resepi ini saya dapat dari Celoteh Hati Bella, terima kasih banyak-banyak. Jom cuba resepi mudah ini.
Cupcake Coklat Kukus Lembap Meleleh
Bahan-bahan: (guna sukatan cawan)
3 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
Cara membuat:
1. Masukkan telur dan gula halus. Kacau sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sehingga betul-betul sebati.
4. Setelah adunan tadi sebati, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan mengikut pilihan sendiri.
7. Kukus selama 20 minit.
8. Sedia dihidangkan bersama ganache.
Resepi Chocolate Ganache
Bahan-bahan:
50g serbuk kok
1sb minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (mengikut manis yang disukai)
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan, panaskan di atas api perlahan sambil kacau sehingga sebati dan likat.
Selamat mencuba!