Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

6 Sebab Perlu Ada Nama Domain Sendiri untuk Blog

$
0
0

Kepentingan Nama Domain Sendiri untuk Blog


Kini, semakin ramai blogger yang menukar domain yang percuma kepada nama domain sendiri. Contohnya, domain percuma www.ayam.blogspot.com kepada domain berbayar www.ayam.com. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu ada nama domain sendiri untuk blog. Wajib atau tidak menukar domain blog ni?

kepentingan domain sendiri

Apa yang Sarah dapat hasil daripada perbincangan dengan rakan blogger dan melalui laman web rujukan tentang perlunya ada domain sendiri untuk blog ialah:

1. Supaya blog mudah diingati dan dikenali.
Sebelum blog Sarah bertukar domain seperti sekarang ini, blog Sarah menggunakan URL maisarahmyblog.blogspot.com. Panjang kan URL nya? Nak ingat pun susah. Jadi, Sarah ambil langkah menukar domain yang lebih pendek dan ringkas iaitu maisarahsidi.com supaya lebih mudah pembaca mengenal blog Sarah dan sekaligus dapat menghafal URL blog.

2. Branding/penjenamaan
Branding atau penjenamaan penting bagi sesebuah blog atau blogger. Domain menjadi lambang identiti diri sendiri dalam dunia blog. Bila sebut saja sesebuah domain, kita dah boleh bayangkan pengisian blog tersebut atau kita kenal bloggernya. Juga penting bagi blogger yang serius menulis blog dapat membantu untuk pergi lebih jauh dalam dunia blogging dengan domain tersebut.

3. Lebih profesional
Kebanyakan blogger terkenal yang sudah pun mencipta nama dalam dunia blogging di Malaysia misalnya menggunakan nama domain sendiri untuk blog mereka. Salah satunya ialah menjadikan blog nampak lebih profesional dan menambah keyakinan kepada pembaca. Jadi, kalau inginkan blog sebegitu, blog anda bolehlah bertukar kepada domain pilihan sendiri.

4. Lebih berdisiplin dalam penulisan blog
Apabila sudah menggunakan domain sendiri, ini bermakna anda perlu renew domain setiap tahun dengan bayaran tertentu. Rugilah kalau jarang update blog. Penulisan yang tidak bermanfaat juga dapat dielakkan supaya domain yang membawa identiti blog dan blogger tidak terpalit dengan pandangan negatif masyarakat umum. Gunakan blog dengan sebaiknya serta mantapkan lagi penulisan.

5. Meningkatkan peluang menjana pendapatan melalui blog
Blog adalah salah satu medium terbaik untuk pengiklanan. Pelbagai jenis produk dan servis boleh diiklankan di blog. Jadi, memiliki domain sendiri adalah amat digalakkan supaya para pengiklan lebih mempercayai blog kita. Sebabnya ada sesetengah pengiklan, mereka juga mengutamakan domain selain daripada faktor trafik.

6.Kepentingan domain untuk SEO
Tahukah anda enjin carian seperti Google akan mengindeks katakunci atau maklumat sesuatu laman web bermula dengan halaman utama nama domain tersebut. Dengan adanya domain sendiri memudahkan enjin carian menjumpai blog anda seperti yang diperkatakan di blog ejoeSolutions.

Apa pun fikir dengan sebaiknya tujuan anda membeli domain. Pastikan nama domain yang dipilih betul-betul tidak akan membuatkan anda menyesal di kemudian hari.

Nak tahu bagaimana cara mudah membeli domain? InsyaAllah akan dikongsikan dalam entri akan datang. Kalau anda nak beli domain untuk blog, boleh klik terus banner di bawah untuk membeli domain pilihan hati.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1258

Trending Articles