Ikan Sardin Tin Mengandungi Cacing
Ikan sardin tin ada cacing? Terkejut juga dengar berita ini. Yelah, kadang-kadang ada juga beli ikan sardin tin dalam sebulan.
Mai bukanlah penggemar tegar ikan sardin tin tapi sekali sekala tu makan juga. Jenama ikan sardin tin yang selalu dibeli, Adabi dan Ayam Brand.
Teringat masa tinggal di rumah sewa ketika belajar di universiti dulu. Ikan sardin tin menjadi pilihan rakan serumah kerana harganya yang berpatutan, isinya banyak dan memudahkan kerja memasak. Masak campak-campak je lepas tu jadi, dah boleh makan.
Jenama ikan sardin tin ada cacing
Kini, heboh di media massa mengatakan bahawa terdapat cacing dalam beberapa jenama ikan sardin tin yang dijual di pasaran Malaysia. Antara jenama ikan sardin tin ada cacing itu adalah TL Tan Lung, TLC, RANESA, Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy. Banyak tu!
![]() |
Antara jenama ikan sardin dalam tin yang mengandungi cacing |
Disebabkan kejadian itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.
Cacing ni betul-betul menakutkan pengguna... Untuk makanan dalam tin, sebaiknya diperiksa dulu sebelum digunakan sebaik saja ia dibuka. Tengok-tengok kot ada bendasing dalam tin tu. Kalau tiada, bolehlah digunakan. Yelah, kita bukan nampak pun apa yang ada dalam tu kan.
Mai ada juga saja-saja google gambar ikan sardin tin, ada pula yang jumpa sarung tangan getah dalam tin. Eeuuww geli betul tengok, rasa nak muntah. Macam manalah sarung tangan tu boleh termasuk sekali dalam tin..
Apabila kes sebegini keluar, kita perlu ambil lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan jenamanya. Jangan asal murah je terus beli. Beli produk yang betul-betul diyakini kebersihannya. Belek bungkusan makanan, tengok tarikh luput dan bahan-bahan yang digunakan. Bila dah buka, periksa isi dalamnya pula.
Ini adalah pesanan dari KKM.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi:
- Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat
- Laman web http://moh.spab.gov.my
- Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.