Jimat Masa Memasak dengan Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia Extract
Warna hijau semulajadi daun pandan sering dijadikan pewarna dan penambah rasa makanan dalam pelbagai jenis masakan dan minuman. Antaranya ditambah dalam kuih-muih, puding, kek dan roti dan lain-lain. Minuman pula tonik pandan dan serai, soda pandan dan lemon, jus pandan dan banyak lagi boleh dibuat.
Kalau nak dapatkan warna hijaunya, daun pandan mestilah dikisar, diperah dan ditapis untuk mendapatkan jusnya. Tetapi dengan teknologi terkini, guna saja Natural Pandan Leaf Extract Concentrate produk keluaran Bio Nutricia Extract. Mudah dan menjimatkan masa. Produk Malaysia 100% lagi tu.
Betul-betul menjimatkan masa bukan? Lihat perbezaannya di bawah…
Sangat sesuai digunakan untuk minuman, produk bakeri dan masakan. Ia juga boleh dijadikan minuman tonik harian. Senang saja, hanya ambil 2-3 kali setiap hari dengan ukuran 2 sudu teh ke dalam 250mL air suam. Tunggu sebentar dan kacau. Emm.. sedapnya aroma semulajadi pandan selepas dipanaskan! Apabila dicampur dengan air, warnanya lebih kepada kuning hijau terang.
Segar je rasa selepas minum air campuran Natural Pandan Leaf Extract Concentrate suam-suam tau. Selain dicampur dengan air masak, ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai jenis minuman. Tidak ketinggalan pencuci mulut seperti agar-agar dan puding. Juga sesuai dijadikan topping hiasan.
Mai cuba buat cucur kembung manis dengan mencampurkan 2 sudu teh Natural Pandan Leaf Extract Concentrate. Sedap! Bau pandan je.
Kalau nak rasa nikmat Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini, elakkan campuran makanan atau minuman yang rasa masam dan pahit. Ia akan sebati dengan baik jika ditambah dengan sesuatu campuran yang manis.
Pandan mempunyai khasiatnya tersendiri. Beberapa manfaat Natural Pandan Leaf Extract Concentrate adalah seperti:
Saiz botolnya yang kecil mudah dibawa ke mana saja. Cara nak guna pun senang, terus masukkan ke dalam campuran minuman atau masakan.
Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini sesuai untuk kegunaan harian. Lepas ini senanglah nak buat macam-macam jenis kuih muih berwarna hijau seperti limas, ketayap, puding santan panda, seri muka.. banyak ni nak buat. Guna beberapa sudu saja, senang kerja.
Pilihan di tangan anda! Pilihlah yang semulajdi, katakan tidak pada warna dan rasa sintetik. Jimatkan masa dan mudahkan kerja anda dengan Natural Pandan Leaf Extract Concentrate. Berminat untuk mencubanya? Dapatkannya di SINI.
Untuk maklumat lanjut tentang Natural Pandan Leaf Extract Concentrate, layari:
Laman web: Bio-Nutricia Extract
Facebook: Natural Pure Pandan Leaf Extract Concentrate
- Bagus untuk pemakanan sukan - mengandungi asid amino semulajadi yang membantu meningkatkan tenaga tubuh dan meningkatkan prestasi dalam senaman.
- Tinggi anti oksidan
- Membantu menyejukkan dan melegakan panas badan
- Pemulihan tenaga cepat
- Minuman yang menenangkan dan beralkali
- Phytonutrient semula jadi
Saiz botolnya yang kecil mudah dibawa ke mana saja. Cara nak guna pun senang, terus masukkan ke dalam campuran minuman atau masakan.
Pilihan di tangan anda! Pilihlah yang semulajdi, katakan tidak pada warna dan rasa sintetik. Jimatkan masa dan mudahkan kerja anda dengan Natural Pandan Leaf Extract Concentrate. Berminat untuk mencubanya? Dapatkannya di SINI.
Untuk maklumat lanjut tentang Natural Pandan Leaf Extract Concentrate, layari:
Laman web: Bio-Nutricia Extract
Facebook: Natural Pure Pandan Leaf Extract Concentrate