Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Kemam dan Pasti Kurus dengan Brace 8 Slimming & Whitening

$
0
0

Kurus dan Putih dengan Brace 8 Slimming & Whitening

Teringin nak kurangkan berat badan tapi kadang-kadang tak rajin nak work out. Saya pun carilah produk yang dapat kuruskan badan dalam masa yang sama dapat memutihkan kulit. Akhirnnya, Brace 8 Slimming & Whitening menjadi pilihan.


Kenapa saya pilih Brace 8 Slimming & Whitening? Sebab hanya perlu kemam dan telan je. Mudah kan? Rasanya pula sedap. Perisa coklat yang menjadi kegemaran. Brace 8 Slimming & Whitening diformulasikan daripada bahan-bahan yang memiliki pelbagai kelebihan tersendiri yang akan memberikan kesan optimum kepada pengguna.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Brace 8 Slimming & Whitening ialah:

1. Collagen
  • Mempercepatkan kadar penyembuhan kulit mati
  • Memperbarui sel kulit
  • Melembutkan kulit

2. Teh Hijau
  • Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
  • Anti Oksidan dan awet muda
  • Merangsang penurunan dan membakar lemak secara semulajadi 

3. Garcinia Combogia
  • Merawat masalah perut buncit 
  • Menghilangkan pembentukan lemak asid (lipid synthesis) 

4. Hoodia
  • Memperbaiki metablisma tubuh badan
  • Membantu mengawal selera makan

5. Guarana
  • Sebagai suplemen untuk menu diet menurunkan berat badan
  • Meningkatkan stamina dan tenaga tubuh
  • Melancarkan sistem pencernaan

6. Aloe Vera
  • Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
  • Menghilangkan pigmen hitam dan melicinkan kulit

Cara Penggunaan/Pemakanan Brace 8 Slimming & Whitening

Cara makan Brace 8 Slimming & Whitening juga amat mudah. Tidak perlu bancuh dengan air. Hanya ambil 1 satu scoop/5gram sehari dan kemam pada bawah lidah. Paling sesuai diambil sebelum makan dan selepas makan setiap malam.

Yang ni wajib kalau nak dapat kesan yang optimum. Mesti banyakkan meminum air masak atau mineral 3 liter sehari dan makan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran. Minuman berkafein, 3 in 1 atau bergas juga perlu dijauhkan.

Sangat-sangat mudah kan? Anda juga patut cuba produk Brace 8 Slimming & Whitening bagi yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan dan kurus dengan segera.

Cara Pembelian Brace 8 Slimming & Whitening

Harga Brace 8 Slimming & Whitening bagi kawasan Semenanjung ialah RM210 manakala Sabah dan Sarawak ialah RM230.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Brace 8 Slimming & Whitening ini, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi pihak Brace Beaute HQ seperti butir-butir yang tertera di bawah:

Telefon/Whatsapp: 011-1684 0717 (Encik Zul Fattah Saleh)
Laman Facebook rasmi: Brace Beaute HQ
Blog: bracebeaute.blogspot.com
Instagram: @bracebeautehq

Cara Menjadi Agen Dropship Brace Beaute

Selain menjadi pengguna produk Brace 8 Slimming & Whitening, anda juga boleh menjana pendapatan dengan produk ini. Caranya dengan menjadi agen dropship Brace Beaute. 

Brace Beaute merupakan Gerbang Pusat Membeli Belah bersistem Affiliate dropship.
4 pakej utama ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen dropship BRACE BEAUTE dan seterusnya layak untuk mndapat bonus setiap kali belian semula atau pun bonus pengenalan produk kepada pengguna.

Produk-produk Brace Beauty

1. Freely Face Serum ( 3 botol ) = RM198
2. Diamond Firming serum ( 3 botol ) = RM198
3. Brace 8 Slimming ( 1 botol ) = RM198
4. Wonder Perfume ( 1 box ) = RM198

RM198 adalah harga yang perlu dibayar untuk berdaftar sebagai agen dropship BRACE BEAUTE. Anda boleh pilih salah satu pakej yang disediakan di atas untuk berdaftar dengan BRACE BEAUTE. Harga termasuk yuran keahlian BRACE BEAUTE.

BONUS PENGENALAN PRODUK

Sekiranya setiap agen yang berdaftar dengan BRACE BEAUTE, membuat jualan atau pun membuat belian semula mengikut pakej di atas, agent akan mendapat bonus seperti berikut:

Level 1 : RM40
Level 2 : RM15
Level 3 : RM10
Level 4 : RM5
Level 5 : RM5
Level 6 : RM5
......................
Total : RM80

Woowww.. Menarik kan?? Cuma kenalkan produk keluaran BRACE BEAUTE kepada orang ramai. Jikalau ada yang berminat, anda sudah mampu mendapat keuntungan sehingga RM80 dengan setiap 1 pakej terjual.

Brace beaute memberikan anda gaji RM1500- RM3000 sebulan dengan bermodalkan serendah RM198. Sesiapa sahaja boleh berniaga online atau offline bersama Brace Beaute.

TUNGGU APA LAGI. Jom ramai-ramai jadi Agen Affiliate Dropship Brace Beaute sekarang juga.



Lenguh di Leher dan Mata Rabun Kerana Telefon Bimbit

$
0
0

Lenguh di Leher dan Mata Rabun Kerana Telefon Bimbit

Penggunaan telefon bimbit dan pelbagai gajet yang lain semakin meluas pada masa kini. Disebabkan itu, ramai yang mengadu leher cepat lenguh dan mata cepat rabun akibat daripada penggunaan yang tidak betul dari segi postur.

phone posture

Kemungkinan ia disebabkan kerana kita sering melihat kepada telefon bimbit lebih daripada 40% masa kita. Kerana ralit dengan Whatsapp, Facebook, Twitter, Youtube dan lain-lain laman lagi membuatkan kita mengabaikan kesihatan.

Keadaan ini perlu dielakkan dengan mengurangkan penggunaan dan melihat telefon bimbit dan gajet yang lain jika boleh. Lebih baik jika menggunakan komputer untuk chatting di Whatsapp atau menonton video di Youtube. Itu lebih baik.

Postur leher yang tidak betul ketika melihat telefon akan mengakibatkan kejangan otot yang kronik di leher. Memang sakit kalau kejang otot di leher. Saya sendiri pernah merasai kejang tu sampai kena cucuk bila jumpa doktor.

Tetapi, terdapat cara alternatif untuk melegakan lenguh dan kejang otot di leher dengan segera menggunakan Biobax Cool Theraphy. Apa itu Biobax Cool Theraphy?

Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy adalah semburan yang memberi kelegaan lenguh badan dengan segera. Hanya sembur pada kawasan yang mengalami lenguh, terus lega! Yang penting, tidak melekit dan terus meresap ke dalam kulit.

ubat lenguh, biobax

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah:

- Minyak Eucalyptus
- Minyak Habbatussauda
- Minyak Zaitun
- Za'faran
- Serai
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Peppermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan organik yang terkandung dalam Biobax Cool Theraphy membuatkan ia sesuai digunakan oleh ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy, digunakan untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:

- Lenguh-lenguh badan
- Sakit Belakang
- Sakit lutut
- Ketegangan
- Terseliuh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy juga boleh melegakan selsema. Hanya semburkan sedikit Biobax pada tapak tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.


Kelebihan Biobax Cool Theraphy

- Melegakan lenguh-lenguh di badan dan sendi dengan segera
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Terbukti berkesan untuk melegakan sakit belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema dan resdung

Harga Biobax Cool Theraphy

Harga 1 botol Biobax Cool Theraphy adalah RM80 untuk Semenanjung Malaysia dan RM85 untuk Sabah/Sarawak. Sebotol boleh digunakan sehingga 500 kali semburan, tahan sehingga 3 bulan. Wah, memang jimat ni!

Anda berminat untuk mendapatkan Biobax Cool Theraphy? Hubungi saya segera melalui

Whatsapp:  012-583 1965 (Maisarah, Agen Sah Biobax)
Facebook: Maisarah Humaira'

Sumber info kesihatan: FB Page Muharikah


Drama Patahnya Sebelah Sayap Terbaik!

$
0
0

Drama Patahnya Sebelah Sayap

Ramai yang kata drama Melayu ni entah apa-apa je jalan ceritanya. Asyik bercerita soal cinta, harta, pangkat dan wanita. Tapi itulah kenyataan yang orang Melayu sendiri sedang hadapi. Jalan cerita setiap drama Melayu adalah berkaitan dengan masyarakat Melayu sendiri. Yang terdapat pengajaran dalamnya. Seperti drama yang hangat diperkatakan sekarang ni, drama Patahnya Sebelah Sayap.

Patahnya Sebelah Sayap

Watak utama drama Patahnya Sebelah Sayap dibawa dengan jayanya oleh Ummi Nazeera. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon Aeril Zafril dan Izzue Islam. Tak miss tengok drama ni yang ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3 setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula pada jam 10.00 malam.

Memang masuk la Ummi dengan watak Alisha. Sabar sangat Alisha dengan apa yang terjadi kat dia. Disebabkan sayang dan percaya dengan, sanggup berkorban kerana cinta tapi disalah gunakan korban itu hanya kerana wang. Kemudian dicemuh dan diburuk-burukkan pula atas kesalahan yang bukan dilakukannya. Sampai saya yang tengok ni pun geram dan sakit hati je dengan Amzar dan ibunya.

Cerita macam ni memang wujud pun dalam masyarakat Melayu sendiri kan? 

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Drama Patahnya Sebelah Sayap mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat.

Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.

Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.

Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Untuk cerita selanjutnya, sila tonton sendiri ok, hehe ;)

Drama yang patut anda tonton. Pelakon yang dipilih pun bagus. Tak kaku dan kayu. Jalan cerita juga menarik perhatian penonton. Semoga para pelakon yang terlibat sentiasa meningkatkan mutu lakonan mereka. Saya bagi 4.5/5 untuk drama ni.

Tonton Online Drama Patahnya Sebelah Sayap

Sebenarnya ramai juga yang cari drama Patahnya Sebelah Sayap ni untuk tontonan secara online. Anda boleh tonton menerusi Tonton.my atau di youtube ye :) Saya support usaha keras pelakon dan krew yang menjayakan drama ini. Jadi, saya takde link nak sertakan untuk download drama ni.

Ummi Nazeera
Comel je Ummi Nazeera ni

Sumber sinopsis drama: Blog Shino


Doa Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit

$
0
0

Doa Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit

Apa yang anda lakukan apabila ditimpa penyakit? Emmm.. Kalau sakit, perkara pertama sekali ialah ingat Allah. Allah yang memberi dugaan kepada kita dan Allah jugalah yang menghilangkannya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Seterusnya, melakukan pelbagai ikhtiar untuk sembuh daripada sakit. Pergi ke hospital, ikut saranan doktor dan juga berdoa kepada Allah. 

Jom amalkan doa mengubati anggota tubuh yang sakit. Perkongsian daripada Ustaz Sharhan Shafie. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada kita insyaAllah.

doa ubat sakit

Sakit satu anggota badan, maka sakitlah seluruh badan itu. Betul kan? Setiap anggota badan saling membantu untuk memberi tubuh kesihatan yang sepatutnya. Kalau sakit gigi contohnya, memang mengganggu mood kita. Nak buat kerja pun terbantut. Asyik rasa nak marah je. 

Jadi, jom berikhtiar untuk sembuhkan penyakit selagi boleh. Allah suka orang yang berusaha dan tidak suka dengan orang yang berputus asa. 


Info Sihat yang Perlu Ambil Tahu

$
0
0

Info Sihat yang Perlu Ambil Tahu

Ada ahli group di Whatsapp kongsikan info kesihatan ini. Jadi saya nak kongsikan dengan pembaca semua tentang info sihat yang kita patut ambil tahu. Mungkin ramai yang dah tahu tentang beberapa info kesihatan ini. Ada di antaranya mungkin dah menjadi kebiasaan kita. Tapi yang membahayakan diri, perlu dijauhkan.

kesihatan, sihat

Antara info sihat yang perlu kita ambil tahu:
     
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang-barang berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
                         
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yang sering kejang dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis dicampur bersama menjadi jus bersama dapat menjadi obat pankreas/diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
         
Panduan Kesihatan
+++++++++++++++++

01. 🍴Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebih-lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkan minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur😴 jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu banyak minum air putih, 🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jangan lebih 2⃣ cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 kerana otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jangan⛔ makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sehat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. Lemon panas membunuh sel kanser.

Sumber info ini tidak diketahui. Terima kasih banyak-banyak kepada orang yang menyediakan info ini. Bolehlah kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Tolong kongsikan dengan menekan butang 'Share' di bawah. Semoga bermanfaat 😊


Promosi Wow dari Pizza Hut!

$
0
0

Piza murah dari Pizza Hut

Siang tadi dapat flyers promosi pizza dari pekerja Pizza Hut. Wow! Memang mengancam betul tengok harga dia. Nasib tak nganga luas je masa tu. hehe. Murah kan harga piza ni. 

piza murah, Pizza Hut

RM15 je untuk saiz besar. Wow! Ada 14 pilihan piza yang boleh pilih. Sedap-sedap belaka. Harga promosi piza yang murah ni hanya sah untuk take -away saja. Beli bungkus bawa balik rumah makan dengan keluarga, lagi best! Tak rugi pun kan.

Antara 14 pilihan piza favourites yang boleh dipilih. Sedapnya Hawaiian Chicken tu.. meleleh air liur dah. heeee. 

piza murah, Pizza Hut

Promosi ini berlangsung dari 1 Oktober sehingga 30 November. Masa masih panjang lagi untuk merasai piza dari Pizza Hut dengan harga yang murah ini. 

Kena beli juga ni. Haishhh... tak boleh tahan.


Pembentangan Bajet 2017

$
0
0

Pembentangan Bajet 2017

Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia mendengar ucapan Bajet 2017. YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri juga merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 di Dewan Rakyat Parlimen

Bajet 2017
Kredit gambar: Laman Rasmi Bajet 2017
Pembentangan Bajet 2017 ini juga boleh ditonton secara langsung melalui saluran-saluran TV di Malaysia seperti RTM, Bernama, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Astro dan TV Al-Hijrah.

Bajet atau perbelanjaan 2017 kali ini bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' memberi perhatian terhadap tiga fokus utama iaitu isu kesihatan, pendidikan dan keselamatan negara.
Bajet 2017 ini adalah di bawah rancangan Malaysia ke-11. 

Jangan lupakan tonton pembentangan Bajet 2017 di kaca televisyen atau secara live streaming.




GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

$
0
0

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni join satu giveaway. Hadiahnya berupa jam tangan Lisa Surihani Lisa's Fghends. Cantiknya jam ni. 2 dalam 1 jam ni, jam dan gelang. Dah lama juga tak pakai jam. Bestnya kalau dapat jam ni..heeee

jam tangan lisa surihani

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends

jam tangan lisa surihani

SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.


KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog Azlindaalin.com ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 



Luka Basah Cepat Kering dengan Spray8®

$
0
0

Luka Basah Cepat Kering dengan Spray8®

Sudah 2 bulan lebih luka sebesar syiling 50 sen lama akibat jangkitan Sporo di tangan kiri saya masih belum nampak tanda-tanda untuk kering. Namun, setelah saya menggunakan produk Spray8® , luka tersebut cepat mengering. Kagum betul saya dengan Spray8®.

ubat luka cepat kering

Alhamdulillah Allah mempertemukan saya dengan Spray8®  yang bagus ini. Tak sia-sia usaha saya dengan Spray8® produk dari Furley Bioextracts Sdn. Bhd. Luka yang basah semakin kering dan mula membentuk lapisan tisu yang baru pada kulit. Syukur sangat-sangat.

Ini adalah testimoni saya sendiri setelah menggunakan Spray8® selama 8 hari.

luka kering

Gambar atas ialah luka basah sebesar syiling 50 sen lama.
Gambar bawah adalah luka basah bekas jahitan yang telah tetas sendiri tanpa dijahit semula.

Saya mula menggunakan Spray8® pada 12 Oktober 2016 dan luka tersebut semakin baik. Kesan postif nampak walaupun baru guna sehari.

Doktor pernah beritahu kepada saya, jika luka sembuh cepat, bengkak-bengkak lebam yang ada pada tangan kiri akibat jangkitan Sporo juga akan cepat surut dan baik. Jadi, memang saya sungguh-sungguh menggunakan Spray8®.

Mesti anda tertanya-tanya apa itu Spray8®  kan?

Apa itu Spray8®?

Spray8® adalah spray penjagaan luka semula jadi untuk pemulihan yang pantas. Ia adalah ramuan semula jadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi dan ekstrak neem yang mempunyai fungsi anti-fungal, analgesic dan anti bakteria. 

Apa yang menarik hati saya untuk mencuba Spray8® ialah kerana saya yakin dengan bahan-bahan yang digunakan. Produk penjagaan/ pengubatan kulit semula jadi ini adalah bebas daripada SLS, Paraben, Dioxanes, Agen Peluntur (Chlorides & Peroxides), Phthalates, Acrylics, Sulphates, Steroids, Antibiotik

Spray8® juga telah mendapat Pensijilan HALAL oleh JAKIM, kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pensijilan HACCP & GMP. Cara penggunaannya mudah. Hanya perlu sembur pada tempat luka dan tak pedihkan luka. Spray8® sesuai digunakan seisi keluarga.


Bagaimana Spray8® berfungsi

Spray8 mempunyai 2 mekanisme yang berfungsi sebagai:

1. Anti-keradangan (Memendekkan masa kitaran keradangan untuk penyembuhan luka)
2. Antibakteria / Mikrob (Menghentikan dan membasmi mikroorganisma dan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk penyembuhan

Luka atau sakit kulit yang boleh disembuhkan dengan Spray8®

Spray8® terbukti berkesan untuk semua jenis luka, seperti luka diabetik, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), luka varikos, alergi, ekzema, kudis katil/sel mati, luka pembedahan, luka kecil/biasa, calar, melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit.


HFMD

Cara penggunaan Spray8®

  1. Bersihkan luka dengan air bersih
  2. Semburkan Spray8®
  3. Biarkan ia kering (1 – 2 minit)
  4. Balut jika diperlukan.
Gunakan Spray8® 3 kali sehari atau sekerap mungkin secara berterusan.

Di bawah ini adalah cara yang saya gunakan setiap hari untuk mencuci luka basah.

Untuk luka basah:
Cuci luka dengan normal saline untuk luka basah. Selepas itu, lap dengan kapas sehingga kawasan luka kering daripada saline. Sembur Spray8® pada kawasan luka dan biarkan ia meresap seketika. Kemudian tampal dengan gauze. Saya menggunakan Spray8® 3 kali sehari secara berterusan.

Pasti anda juga kagum dengan perubahan setelah menggunakan Spray8® ini.

Harga Spray8® Mampu Milik

Pasti ramai yang tak sangka dengan harga Spray8® ni. Sebotol Spray8® 50ml cuma berharga RM35.00 dan 100ml berharga RM50.00. Harganya amat berpatutan dan mampu milik. Setiap keluarga wajib ada Spray8 di rumah.

Cara Dapatkan Spray8®

Anda boleh membuat tempahan secara online dengan klik butang di bawah:

Spray8® 100ml
Spray8® 50ml
Spray8® adalah produk yang laris dan laku keras sekarang ni. Jadi, jangan tangguh untuk beli. Memang tak rugi kalau beli. Sesuai digunakan seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut tentang Spray8® dan pelbagai jenis produk yang disediakan oleh Furley Bioextracts Sdn. Bhd, lawati:

Instagram: Furley Bioextracts (@furleybio)

Jom sihat dengan Furley Bioextracts!


Ringkasan Ucapan Bajet 2017

$
0
0

Ringkasan Ucapan Bajet 2017

YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, telah membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober 2016 bermula jam 4 petang, 

Bajet 2017 kali ini memberi penekanan terhadap perpaduan dan ekonomi, perbelanjaan inklusif dan mensejahtera kehidupan rakyat. Berikut merupakan ringkasan Bajet 2017. Sumber dari Laman Rasmi Bajet 2017, Ringkasan Teks Ucapan (Touchpoints Bajet 2017).

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017

Ucapan Bajet 2017


Minyak Herba Asma Mujarab Sebagai Rawatan Alternatif Asma

$
0
0

Minyak Herba Asma Mujarab Sebagai Rawatan Alternatif Asma

Sewaktu belajar di Matrikulasi dahulu, ada seorang kawan penghidap asma. Apabila asma datang menyerang, dia mengalami sesak nafas dan terpaksa menggunakan nebulizer. Kalaulah Minyak Herba Asma Mujarab ada pada masa tu, dapat juga merawat penyakit asma yang ada padanya sekaligus dapat mengurangkan penggunaan nebulizer. Cara tradisional seperti menyapu Minyak Herba Asma Mujarab menjadi rawatan alternatif yang mujarab kepada penyakit asma, lelah dan batuk.

Minyak Herba Asma Mujarab original

Minyak Herba Asma Mujarab

Minyak Herba Asma Mujarab ini mampu menyembuhkan penyakit asma dan melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, Minyak Herba Asma Mujarab ini juga dapat membantu meredakan batuk berkahak, lendiran kahak yang banyak, kerap bersin akibat resdung, sengal-sengal otot, terseliuh, terkena api, kembung perut, kegatalan akibat gigitan nyamuk, gigitan serangga atau binatang berbisa dan lain-lain lagi. Produk yang wajib ada di rumah. Minyak ini juga boleh dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang kecil.

Kandungan bahan-bahan yang digunakan adalah halal dan selamat serta telah melepasi ujian Pusat Akta Racun Negara. 

Minyak Herba Asma Mujarab original


Aspek kebersihan dan keselamatan pengguna juga dititikberatkan walaupun ia diproses secara tradisonal. Jadi, minyak ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Minyak ini diproses secara home made sejak 40 tahun yang lalu dan sudah lima tahun beroprasi di online dan juga sudah berdaftar dengan SSM di bawah syarikat Enterprise.

Minyak ini adalah original dari Pakcik Lebai sendiri, ia tidak pernah diproses daripada kilang bertaraf GMP atau di R&D semula di bawah Syarikat SDN.BHD. Ini kerana pihak Minyak Herba Asma Mujarab ingin menjaga kualiti ramuan herba rahsia warisan turun temurun.

Cara Menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab

Mudah saja cara penggunaannya. Sapu di bahagian dada, leher, tengkuk, atas belakang setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Lebih kerap disapu, lebih baik.


Awas Produk Minyak Herba Asma Mujarab Tiruan

Disebabkan Minyak Herba Asma Mujarab ini laris kerana manfaat dan keberkesanannya, semakin banyak produk tiruan berada di pasaran. Semakin ramai yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mudah.

Pengguna disarankan untuk meneliti ketulenan produk ini sebelum membeli. Lihat PELEKAT HOLOGRAM, QR CODE dan NOMBOR SIRI DI BELAKANG BOTOL sebelum membeli. 

Minyak Herba Asma Mujarab original

Anda hanya perlu menggunakan apps imbasan QR di smart phone anda (boleh di download di app store) dan scan pada QR code tersebut untuk memastikan produk anda beli adalah original. Jika ia original, akan terpampang satu web yang menyatakan produk ini dikeluarkan dari pihak Minyak Herba Asma Mujarab sendiri.


Minyak Herba Asma Mujarab original


Juga jangan terpedaya dengan harga yang murah. Beli dengan harga yang sepatutnya dan yang original sahaja baru dapat rasai kelebihannya.

Perbezaan antara Produk Tiruan dan Asli Minyak Herba Asma Mujarab

Gambar di bawah adalah cara untuk membezakan produk tiruan dan bukan produk Minyak Herba Asma Mujarab. 

Minyak Herba Asma Mujarab original


Pihak Minyak Herba Asma Mujarab tidak pernah menukar label kepada "Minyak Herba Asmak" atau apa saja label yang lain seaakan-akan sama. Label pada pelekat masih kekal sama iaitu tertulis Minyak Herba Asma Mujarab. 

Minyak Herba Asma Mujarab original


Pembuat produk Minyak Herba Asma palsu juga berani menggunakan Meditag KKM palsu semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan.

Minyak Herba Asma Mujarab tiruan


Juga salah satu produk tiruan yang cuba mengambil kesempatan di atas minyak herba asma yang asli. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab juga tidak pernah keluarkan versi “PATI HERBA ASMA”. Sila berhati-hati.

Minyak Herba Asma Mujarab tiruan


Jika diperhatikan dengan teliti, pihak Minyak Herba Asma Mujarab tidak menggunakan logo yang tertulis MHAM. Jika anda mendapati pelekat pada botol minyak ini terdapat logo ini, ia adalah tiruan. Minyak Herba Asmak juga bukan keluaran dan tiada kena mengena dengan Minyak Herba Asma Mujarab.

Terkini, pihak Minyak Herba Asma Mujarab telah memperbaharui pelekat disebabkan banyak pihak yang tidak bertanggungjawab telah meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab ini.

stiker baru Minyak Herba Asma Mujarab original

Diharap sesiapa yang ingin membeli minyak ini membuat penelitian yang sepatutnya supaya tidak tertipu dan rugi. Yang diharapkan kesembuhan tapi mudarat pula yang tiba. Hati-hati dengan produk tiruan yang mengaburi mata. Gunakan yang original, pasti berkesan.

Testimoni Minyak Herba Asma Mujarab

Walaupun Minyak Herba Asma Mujarab sekadar minyak sapuan luaran, tetapi dengan izin Allah SWT telah ramai pengguna sembuh dari penyakit asma. Alhamdulillah! Bukan sahaja penyakit asma, penyakit lain seperti lelah, batuk berkahak, gatal-gatal pada kulit, lenguh-lenguh dan bisul juga sembuh dengan penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab ini. Syukur kerana ramai pengguna memberikan maklum balas positif setelah menggunakan minyak ini.

Bapa saya juga menggunakan minyak ini untuk melegakan lenguh-lenguh pada badan kerana penat bekerja. Tuang sedikit minyak pada tapak tangan dan sapu pada bahagian lenguh. Kemudian urut dan terasa lega. Sejuk dan berangin je rasanya.

Beberapa makluma balas positif daripada pelanggan yang telah menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab:


testimoni Minyak Herba Asma Mujarab originaltestimoni Minyak Herba Asma Mujarab originaltestimoni Minyak Herba Asma Mujarab original

testimoni Minyak Herba Asma Mujarab original

Untuk testimoni yang lain, sila ke laman Facebook Minyak Herba Asma Mujarab .

Cara Membeli Minyak Herba Asma Mujarab

Anda sudah baca dan lihat keberkesanan minyak ini? Pasti anda ingin mencubanya juga bukan? Dapatkan Minyak Herba Asma Mujarab dengan segera untuk merawat penyakit asma dan lain-lain lagi. Minyak Herba Asma Mujarab Cuma berharga RM39.00 sebotol. Anda boleh dapatkan secara online atau dengan stokis/agen sah di sekitar anda.

Untuk membeli Minyak Herba Asma Mujarab secara online dan maklumat lanjut, hubungi:

Facebook: Minyak Herba Asma Mujarab
Laman Web: Minyak Herba Asma Mujarab Original
Nombor telefon HQ: En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
                                  Puan Nurul : 017-623 9935 ( Produk Owner)


Beli Smartphone Secara Online

$
0
0

Beli Smartphone Secara Online

Selalu juga tengok smartphone di laman web Lazada. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Harganya memang menggoda sungguh. Tapi beli smartphone secara online ok ke?

smartphone


Cadangnya nak tukar smartphone yang ada ni kepada RAM yang lebih besar. RAM telefon yang sedang digunakan sekarang ni cuma 1GB. Asyik tak cukup space je. Selalu lagging. Geram juga kalau asyik jadi macam ni. 

Anda ada pengalaman beli smartphone secara online tak? Teringin sangat nak beli secara online ni. Kalau anda ada pengalaman, boleh kongsikan di sini.


3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs Menghilangkan Gelap Bawah Mata

$
0
0

Cara Menghilangkan Gelap Bawah Mata

Setiap hari bekerja menggunakan komputer memang akan membuatkan mata menjadi letih. Gelap bawah mata pun sama je naiknya. Mana tak nya. Kadang-kadang saya kerja menggunakan komputer sehingga lewat malam. Tidur pun lambat. Geram juga dengan gelap bawah mata ni. Tapi, mujur ada 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs. Serum ini mampu menghilangkan gelap bawah mata tau. Wow!

3D Gold Stemcell Serum

Gelap Bawah Mata Hilang dengan 3D Gold Stemcell Serum

Untuk menghilangkan gelap bawah mata ni memang kena bersabar. Sebab kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawatnya. Lebih kurang 3 minggu saya gunakan 3D Gold Stemcell Serum, baru nampak kesannya. 

testimoni 3D Gold Stemcell Serum

Warna kulit nampak berbeza kerana gambar diambil di tempat yang berbeza. Tapi jujur saya katakan memang gelap bawah mata tu dah tiada.

Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan 3D Gold Stemcell Serum ini yang mampu menghilangkan gelap bawah mata saya ni. 

Cara Menggunakan 3D Gold Stemcell Serum untuk Bahagian Bawah Mata


Senang je cara nak gunakan serum ini.

1. Mula-mula cuci muka agar bersih.
2. Kemudian sapukan toner. Kalau tiada toner pun tidak mengapa.
3. Tekan sekali sahaja pada tapak tangan dan oleskan pada bahagian bawah mata dengan lembut menggunakan jari manis. Bahagian bawah mata ni kulitnya nipis, jadi perlu berhati-hati semasa sapu di kawasan itu supaya gelap bawah mata dapat dihilangkan dengan segera.
4. Gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Dan yang paling penting, gunakan 3D Gold Stemcell Serum secara berterusan untuk mendapatkan perubahan seperti yang diinginkan.

Sukanya saya dengan perubahan ni. Selain daripada bahagian bawah mata, saya juga mengoleskan 3D Gold Stemcell Serum di kawasan bawah dagu, dagu, hidung dan dahi. Best sangat! Rasa tegang je kulit wajah bila apply serum ini. Dapat kulit flawless lagi tu. Jadi bagi anda yang memiliki kulit wajah menggeleber, saya syorka anda menggunakan 3D Gold Stemcell Serum.

testimoni 3D Gold Stemcell Serum

Saya juga perasan kesan parut sebiji jerawat yang ada pada pipi saya juga cepat baik dengan 3D Gold Stemcell Serum. Anda dah rimas dengan jerawat yang dah lama bertapak pada kulit wajah? Cuba 3D Gold Stemcell Serum ni. 

Kelebihan 3D Gold Stemcell Serum

Selain mampu menghilangkan gelap bawah mata, 3D Gold Stemcell Serum juga berkesan untuk:
  • Menghilangkan parut hitam
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengecutkan jerawat
  • Melicinkan kulit wajah
  • Membantu untuk dapatkan tona kulit sekata
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembapkan kulit muka
  • Mengnjalkan kulit muka
  • Mengawal minyak muka
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menegangkan kulit muka yang menggeleber
  • Menghilangkan gelap bawah mata
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Menghilangkan garis halus dan kedutan muka

Kelebihan ini anda dapat hanya dengan menggunakan 3D Gold Stemcell Serum. Memang jimatlah macam ni. Tak perlu beli banyak produk untuk digunakan dalam satu masa. Cukup dengan 3D Gold Stemcell Serum sahaja.

Kelebihan yang tak mungkin saya lepaskan. Saya akan terus menggunakan 3D Gold Stemcell Serum untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Ingin merasai sendiri kelebihan3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan 3D Gold Stemcell Serum ini dengan melayari dan menghubungi talian berikut:

Facebook : My Beauty Herbs HQ
Instagram : @mybeautyherbs
Website : www.mybeautyherbs.com.my
No. Tel : +6011-2809 0446  / +6012-223 9447




Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Bulan November Bulan Naik

$
0
0

Kenaikan Harga Minyak Masak dan Petrol

Pejam celik, tahun 2016 hampir tiba ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan November pun. Bulan November juga kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga petrol dan minyak masak. Sampai orang pun naik minyak.

minyak masak naik, petrol

Bukan hendak merungut, jauh sekali tidak bersyukur. Tetapi melihat kepada pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang banyak berada di tahap sederhana membuatkan ramai yang merasa terbeban dengan kenaikan ini akibat penstrukturan semula subsidi minyak masak. Harga minyak masak yang naik serentak dengan harga petrol, amat memberikan kesan terhadap pengguna.

Semalam tengok berita di TV dan ada seorang yang berpangkat dalam bidang politik ni bercakap soal kenaikan harga minyak masak. Boleh pula dibuat kira-kira yang tidak masuk akal tentang penggunaan minyak masak. Berangin jugak la rasa. Mungkin yang berpendapatan tinggi tidak berapa rasa kenaikan minyak masak dan petrol dalam satu masa. Tapi bagaimana dengan rakyat yang berpendapatan sederhana? Penduduk kampung yang hanya menyara kehidupan dengan menoreh getah?

Harga minyak paket dikekalkan. Tapi minyak paket ni tak bagus untuk kesihatan. Minyak kitar semula. Kalau kanak-kanak kerap makan makanan yang digoreng menggunakan minyak tu, bagaimana agaknya dengan kesihatan mereka pada masa akan datang..hmmm.

Menurut seorang menteri, harga pasaran minyak masak di negara Malaysia adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Bagi saya tak perlu buat perbandingan begini. Kerana setiap negara berbeza nilai matawang dan keadaan ekonominya. Apa yang perlu dibuat ialah, perbelanjaan negara Malaysia betul-betul mengikut seperi kira-kira yang telah dibuat tanpa ada pembaziran yang tidak munasabah.

Apa pun, semoga rakyat Malaysia bertabah dengan keadaan ini. Berjimat cermat ketika membeli. Jangan lupa menabung untuk masa depan walaupun hanya RM1 setiap hari.


Design Cover Photo FB Page Auraleen Perfume HQ

$
0
0

Design Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo Murah

Kali ini nak kongsi artwork iaitu Facebook cover photo tempahan daripada klien untuk page minyak wanginya, Auraleen Perfume HQ. Warna biru dan merah jambu dipilih menjadi warna tema cover photo page ini. Berpadanan dengan warna logonya yang juga berwarna biru dan merah jambu.

Botol perfume Auraleen yang dipaparkan pada cover photo adalah produk utama Auraleen Perfume HQ. Beginilah hasil rekaan yang siap untuk klien.

design cover photo murah
Mock-up cover photo page Auraleen Perfume HQ
Klien yang membuat tempahan cover photo FB akan mendapat profile picture secara percuma. 

design cover photo murah
Profile picture percuma
Alhamdulillah klien amat berpuas hati dengan kedua-dua hasil rekaan ini.

Anda berminat untuk membuat tempahan design Facebook timeline cover/ FB cover photo 
dengan harga yang berpatutan? Percuma profile picture!
Untuk pelbagai jenis page seperti personal, bisnes, syarikat dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?

$
0
0

Tips untuk Berjaya

Bercakap soal kejayaan, ada juga dalam kalangan kita yang merungut kerana susah untuk berjaya dalam hidupnya. Ada yang susah mendapat pekerjaan. Ada yang lambat mendapat jodoh. Ada yang dalam hidupnya selalu sakit. Ada yang sering gagal dalam pelajarannya dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi.

Mungkin ada khilaf dan dosa yang kita terlepas pandang membuatkan kita masih belum bertemu dengan kejayaan. Tetapi kita perlu tahu yang memberikan kita dugaan dan ujian ini adalah Allah. Dengan masalah yang muncul, menjadikan kita kreatif untuk berfikir dan berusaha mencari penyelesaian dan tidak mudah putus asa untuk mengecapi sesuatu kejayaan.

tips untuk berjaya

Hari ini ada rakan yang berkongsi tentang tips untuk berjaya dalam group Whatsapp. Terima kasih banyak-banyak kepada penulis asal yang menulis tentang ini, semoga Allah merahmatimu. Jadi, saya kongsikan tips tersebut di sini.

Tips untuk Berjaya dalam Kehidupan

Syukur
-Sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi. Walaupun diuji pelbagai dugaan, bersyukurlah dan berdoalah agar Allah menguatkan hati kita untuk hadapi dugaan.

Senyum
-Sentiasa senyum,dengan melebarkan senyuman yang ikhlas kita dapat buang perkara negatif.

Salam
-Bersalaman dan memberi salam terutama bagi orang Islam.

Sedekah
-Sedekah mengikut kemampuan kita dengan ikhlas, InsyaAllah akan rasa tenang kerana dapat bersedekah.

Sujud
-Allah pernah berkata, waktu paling dekat dengan-Nya adalah semasa sujud. Sujud lah sebanyak mungkin agar kita dapat merasakan 'The Power Of Sujud'.

Selawat
-Sentiasalah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Allah pernah berkata ' Sesungguhnya Allah dan Para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas nabi, Wahai Orang Beriman Ucapkanlah salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W'.

Serah
-Usaha sebaik mungkin dan serahkan kepada Allah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Sumbang
-Bantulah orang lain untuk meringankan beban dia dengan ikhlas dan sumbanglah tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Sabar
-Sentiasa sabar dalam apa jua keadaan. Walaupun diuji dengan berat, bersabarlah kerana Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.

Apa tunggu lagi? Jom mulakan dari sekarang laksanakan tips di atas. Kejayaan tidak datang bergolek kepada kita. Kita yang kena cari. Jika pernah gagal, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Gagal adalah asas kepada kejayaan. 

Semoga perkongsian ini memberi kesan dan manfaat serta menjadi peringatan kepada saya dan pembaca semua. InsyaAllah.


Jus Qalbi Al-Ehsan, Jus Pembersih Kolesterol

$
0
0

Jus Pembersih dan Menurunkan Kolesterol 

Kita kerap mendengar bahawa kolesterol bahaya terhadap tubuh badan. Tapi anda tahu tak yang kolesterol ini adalah penting untuk tubuh? Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’. Kolesterol yang buruk inilah yang perlu kita jauhkan. 

Low Density Lipoproteins (LDL) atau kolesterol buruk mempunyai kecenderungan untuk melekat pada dinding arteri. Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Ia sering menjadi punca masalah peredaran saluran darah yang mana mengakibatkan penyakit yang berkaitan dengan jantung seperti stroke, sakit dada, darah tinggi dan sebagainya.

Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah menurunkan paras kolesterol LDL. Ini akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung. Untuk menurunkannya, doktor akan sarankan untuk mengambil ubat, selain itu kita perlu mengubah gaya hidup tertentu seperti bersenam secara teratur, ambil diet seimbang dan rendah kolesterol dan menurunkan berat badan berlebihan.

Jadi, jom amalkan Jus Qalbi Al-Ehsan sebagai suplemen harian kita sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol LDL. Bagaimana Jus Qalbi Al-Ehsan berfungsi untuk merendahkan kolesterol?

Fungsi Jus Qalbi Al-Ehsan

JUS QALBI AL-EHSAN juga dikenali sebagai JUS PEMBERSIH KOLESTEROL sangat mujarab untuk menghakis serta melunturkan kolesterol malah menjadi pembekal tenaga semulajadi. Secara tidak langsung dapat mencegah masalah yang berkaitan dengan jantung. 

Jus Qalbi Al-Ehsan

Kandungan Jus Qalbi Al-Ehsan

Jus ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang asli seperti BAWANG PUTIH, HALIA, CUKA EPAL, LEMON DAN MADU ASLI. Bahan-bahan yang dipilih itu terbukti berupaya menurunkan kandungan kolesterol dalam tubuh badan. Bukan itu saja, cuka epal yang terkandung dalam jus ini juga bagus untuk menurunkan berat badan. Tak percaya? Anda patut cuba dulu Jus Qalbi Al-Ehsan ini.

Kelebihan Jus Qalbi Al-Ehsan

Gabungan 5 bahan asli semulajadi dalam jus ini juga mampu untuk melancarkan saluran pernafasan serta mengurangkan risiko asma dan semput selain juga berfungsi sebagai agen pencair kahak degil. Selain itu, jus ini juga berupaya untuk:

Menyingkirkan toksin dalam badan
Melancarkan peredaran darah
Menurunkan tekanan darah tinggi
Melancarkan sistem pernafasan
Menghindari penyakit strok
Mencairkan lemak
Mengurangkan serangan gout
Membuang angin dalam badan
Mengatasi masalah selsema
Meningkatkan daya pemikiran dan minda
Melegakan sakit-sakit badan dan sendi
Menurun berat badan serta melangsingkan badan
Menambah tenaga
Meningkatkan sistem immunisasi badan
Membantu untuk mendapatkan kesihatan yang berpanjangan

JUS QALBI AL-EHSAN ini juga sarat dengan Vitamin C yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Jadi, jangan takut untuk mencuba Jus Qalbi Al-Ehsan kalau nak kulit cantik dan bersih serta kulit wajah yang berseri-seri. Kaum wanita pasti suka kan?

Cara Pengambilan Jus Qalbi Al-Ehsan

Mudah saja cara pengambilannya. Minum 1 sudu makan sebelum sarapan dan 1 sudu makan sebelum tidur malam. Rasai keajaibannya dengan pengambilan yang berterusan.

Pertama kali saya mencubanya, sedap juga rasanya yang masam-masam sedikit dan yang penting tidak pahit. Kena dengan tekak saya. Memang sesuai diamalkan setiap hari.

Jus Qalbi Al-Ehsan


Cara Mendapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan

Anda boleh dapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan ini dengan merujuk butir-butir di bawah ini:

Algae Park Sdn Bhd
Alamat: No.80A, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Shah Alam.
No.tel: 03-5511 4366
HP: 017-7300366 & 017-3730366
Instagram : www.instagram.com/qalbialehsan


Katakan tidak kepada kolesterol jahat. Amalkan Jus Qalbi Al-Ehsan setiap hari.


Info tentang kolesterol dirujuk di Portal MyHealth.

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR 2016

$
0
0

Keputusan UPSR 2016

Pelajar tahun 6 telah pun selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijalankan pada awal September 2016 yang lalu. Dalam beberapa hari saja lagi calon bakal menerima keputusan peperiksaan UPSR.

Tarikh Keputusan UPSR 2016

Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2016

Tarikh rasmi pengumuman keputusan UPSR 2016 ialah pada  17 November 2016 (Khamis).
Calon UPSR perlu hadir ke sekolah pada tarikh tersebut bagi mendapatkan slip keputusan. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menyediakan perkhidmatan semakan ringkasan keputusan secara online dan sistem pesanan ringkas MySMS 15888.

Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online

Untuk membuat semakan keputusan UPSR 2016 secara online, boleh klik > Aplikasi Sistem Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan.
Sistem semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan diumumkan secara rasmi. Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan. Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online

Untuk membuat semakan keputusan UPSR 2016 menggunakan perkhidmatan SMS:

Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR KC001A040 hantar ke 15888.


Semoga semua calon UPSR 2016 mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan ini. InsyaAllah.

Sumber Asal:  mysumber.com

Design dan Cetak Kad Nama Jenis Frosted Plastic

$
0
0

Design dan Cetak Kad Bisnes Murah

Kad nama atau kad bisnes jenis Frosted Plastic (lutcahaya) sering mendapat perhatian pelanggan. Ramai yang menggemari kad jenis ini kerana nampak elegan, unik, kalis air dan pastinya tahan lama. Jadi, sebab itulah kad jenis frosted plastic sering menjadi pilihan.

Kali ini saya menerima tempahan dari klien saudara Hakim Ashraf. Warna hitam dan putih dipilih sebagai warna tema kad nama ini. Rekaan yang simple sahaja untuk kad nama ini. Alhamdulillah, klien amat berpuas hati dengan design dan cetakan kad ini.

frosted plastic card

Ini adalah rupa kad nama atau kad bisnes jenis plastik lutcahaya atau lutsinar. Tahan lama kerana ia kalis air dan diperbuat daripada plastik. Sesiapa yang menerima kad ini pasti tertarik kerana keunikannya.

Perkenalkan servis dan produk anda serta kembangkan perniagaan anda dengan menyediakan kad bisnes atau kad nama sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan anda. Dengan kad bisnes, ramai yang akan cari anda nanti. Tak percaya? Cuba dulu untuk tahu kesannya.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan, tag label dan lain-lain lagi dengan 
harga yang amat berpatutan dan berkualiti?

Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan labih lanjut, hubungi saya melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


Design Web Banner Kek Berhantu

$
0
0

Design Web Banner Chocolate Cheese Cake Berhantu

Kek coklat keju atau chocolate cheese cake semakin popular pada masa ini. Gabungan rasa kek coklat dan krim keju memang kena. Bagi penggemar kek mereka pasti suka kek coklat keju yang sedap ini. Padanlah ramai yang menggelarkan kek ini 'cheese cake berhantu' kerana rasanya yang membuatkan orang termimpi-mimpi kerananya ;)

Kali ini saya dapat tempahan dari klien untuk mereka web banner Kek Berhantu. Kek Berhantu ni kek coklat berkrim keju sebenarnya. Nama mesti gempak kan. Barulah orang pandang. hehe. 

Untuk web banner ini saya memilih warna coklat dan putih untuk dipadankan dengan warna chocolate cheese cake. Alhamdulillah klien amat berpuas hati dengan rekaan banner ini. Saya sendiri terliur tengok banner ni. haha

banner cheese cake berhantu

banner cheese cake berhantu

Pelbagai tema banner saya boleh design kan mengikut cita rasa anda. Untuk perniagaan pun boleh. InsyaAllah. Apa lagi, cepat buat tempahan dengan segera ok!

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email : maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live