Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Lapan Jenis Rezeki Daripada Allah

$
0
0

Rezeki yang Baik Dari Allah

Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat menghirup udara dan bernafas serta dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah. Semuanya kerana Allah yang memberikan nikmat tersebut kepada kita. Ia juga merupakan rezeki yang tidak ternilai harganya.

rezeki daripada Allah

Tetapi, masih ada segelintir daripada kita mengatakan bahawa rezeki itu adalah wang semata-mata. Jika tiada wang, kehidupan tidak dapat diteruskan dengan sempurna. Bagi saya sendiri, wang itu memang penting , lebih-lebih lagi dalam urusan jual beli. Nak beli beras, mesti guna wang. Kalau tiada, tak makanlah jawabnya.

Disebabkan itulah ramai yang mencari rezeki kerana wang semata-mata. Jangan sampai mengejar rezeki menjauhkan kita daripada pemberi rezeki. Allahu...

Jadi, saya ingin berkongsi apa yang saya baca melalui perkongsian di grup emas yang saya sertai iaitu jenis-jenis rezeki daripada Allah kepada makhluk-Nya. Jom ketahui jenis-jenis rezeki tersebut.

Lapan Jenis Rezeki Daripada Allah


1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Begitulah antara jenis-jenis rezeki daripada Allah kepada makhluk-Nya. Terima kasih pada yang berkongsi ilmu ini di grup. Yang penting, jangan mudah putus asa walaupun dilanda ujian yang besar dan berusaha serta sabar untuk mencari jalan penyelesaiannya demi kehidupan yang lebih baik. Sentiasa bersyukur, bertawakal dan perbanyakkan amalan bersedekah tidak kira waktu kerana itulah harta kita yang sebenar untuk dibawa ke akhirat sana.

Semoga Allah swt sentiasa melimpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. InsyaAllah

Jom menjemput rezeki!



Dugaan Apabila Cermin Mata Patah

$
0
0

Cermin Mata Patah

Cermin mata amat penting bagi orang yang rabun. Kalau tak pakai memang kaburlah jawabnya. Orang yang rabun jauh ni kalau melihat tanpa pakai cermin mata, objek tak nampak jelas dan kabur, nampak warna je. Kalau cahaya pula nampak 'kambang' je.

cermin mata patah

Payah rasanya tak pakai cermin mata ni. Pagi ini ditakdirkan cermin mata saya patah pada penyambung skru dan 'tangkai' sebelah kanan. Suka hati je panggil tangkai. haha. Bila dah patah ni, nak pakai memang tak boleh dah. Senyum dah redha je lah sebab tak nampak :) Nak tak nak kena juga tempah cermin mata baru.

Yelah, tahap rabun jauh saya agak tinggi. Jadi kalau tak pakai sukar nak tengok secara jelas. Tengok skrin laptop depan mata tanpa cermin mata pun kabur je. Melambatkan kerja jadinya. Kerja pula banyak menghadap laptop. 

Ok lah. Nak cari kedai cermin mata yang betul-betul menepati kehendak mata dan hati ini :)

Status Permohonan BR1M Masih Dalam Proses

$
0
0

Status Permohonan BR1M 2017

Wang BR1M dah pun masuk mulai Rabu, 22 Februari semalam. Tapi masih ada juga yang belum dapat lagi walaupun statusnya adalah LULUS. Kalau dah berstatus lulus tapi belum dapat, insyaAllah akan masuk ke akaun juga nanti tu.

Saya masih belum dapat lagi sebab masih berstatus 'DALAM PROSES'. Dalam keluarga saya ni, abah, abang dan adik semuanya tertulis lulus. Kenapa agaknya tertinggal anak abah yang sorang ni? Hahaha. Nampaknya sama macam tahun lepas juga. InsyaAllah, saya termasuk dalam penerima BR1M untuk kelompok kedua.

status BR1M

Saya tahu ramai yang masih berstatus 'DALAM PROSES'. Saya faham ramai orang yang betul-betul memerlukannya. Kalau dah dapat ucapkan Alhamdulillah dan kalau belum dapat lagi sila sabar.

Tahun lepas dan tahun sebelumnya abah, abang dan adik saya wang BR1M nya terus dimasukkan ke akaun bank masing-masing tapi tahun ini dapat baucar pula. Emm pelik juga ni. Dalam borang permohonan BR1M sudah diisikan nombor akaun bank tapi dapat baucar juga. Surat untuk pengambilan baucar BR1M itu diserahkan oleh wakil ketua kampung yang datang ke rumah. Kena ambil di dewan yang telah ditetapkan. Banyak kerja pula kena buat tapi takpalah. Dapat juga merasa wang BR1M 😊

Kalau dapat wang BR1M nanti, insyaAllah sebahagian daripadanya saya akan gunakan untuk membeli goldbar. Kenapa? Sebab emas ni adalah penyimpan harga yang bagus dan harganya akan menaik dari semasa ke semasa. Kalau ada apa-apa kecemasan, boleh gunakan emas tu. Emas juga salah satu aset yang mudah untuk kita simpan. Haaa kan.. takdalah duit BR1M tu disia-siakan dengan cara ni ye dak 😉

Apa pun gunakan ia dengan sebaiknya.
Daripada rakyat ia datang, kepada rakyat ia kembali 😁

Dapat Hadiah Chia Seeds dari SlimmTreats

$
0
0

Chia Seeds daripada SlimmTreats

Hadiah chia seed pek 200 gram daripada SlimmTreats selamat tiba di rumah. Sebenarnya minggu lepas lagi dah sampai chia seed ini tapi hari ini baru nak kongsi cerita dengan anda 😁 

Inilah rupa pek chia seeds 200 gram yang saya dapat daripada SlimmTreats.

chia seed murah

Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Slimmtreats Chia Seeds dalam GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017. Saya baru bercadang nak beli chia seeds sebab tergoda dengan khasiat dan kebaikannya. Tup tup dapat hadiah chia seeds pula. Syukur, rezeki 😊

Anda sedang mencari chia seeds? Apa kata kalau anda tempah sahaja chia seeds dengan SlimmTreats. Harga 1 pek chia seeds dengan berat 200 gram ini hanyalah RM20.

chia seed murah

Untuk tempahan SlimmTreats Chia Seeds, anda boleh menghubungi pihak SlimmTreats seperti yang tertera di bawah:

Telefon / Whatsapp: 012-614 5179
Instagram: @Slimmtreats
Laman web: slimmtreats.com


Sunnah Mudah Rasulullah yang Tidak Patut Diabaikan

$
0
0

Sunnah Mudah Rasulullah

Siapa sayang Nabi Muhammad? Mesti ramai yang jawab sayang kan 😊 Nabi Muhammad Rasulullah Salallahualaihiwasallam adalah pemberi syafaat di akhirat kelak. Tapi... kita ikut tak apa yang Rasulullah buat dan apa yang Rasulullah jauhi? 

sunnah Rasulullah

Kalau sayang, jom ikut sunnah Rasulullah. Beberapa sunnah Rasulullah yang mudah boleh kita boleh amalkan:

Sunnah Mudah #1

1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan
2. Tutup kepala apabila masuk tandas.

Sunnah Mudah #2

1. Kibaskan tempat tidur
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur

Sunnah Mudah #3

1. Minum dengan tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Sunnah Mudah #4

1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Sunnah Mudah #5

1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air kecil dan besar dalam keadaan duduk atau mencangkung
3. Masuk tandas jangan lama-lama.
4. Jangan makan dan minum dalam tandas

Sunnah Mudah #6

1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

Sunnah Mudah #7

1. Masuk masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yang di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah .

Sunnah Mudah #8

1. Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ini "Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini".
2. Apabila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
4. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Sunnah Mudah #9

1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Sunnah Mudah #10

1. Pakai selipar kaki kanan dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat2.
3. Apabiila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, apabila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring sehingga marah itu hilang.
4. Apabila marah, segera berwuduk.

Sunnah Mudah #11

1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yang ingin membentuk anak-anak soleh)

Sunnah Mudah #12

1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yang ada dihadapan, jangan capai yang jauh.

Sunnah Mudah #13

1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan doa antara Imam berkhutbah sehingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Solat Jumaat.
5. Memakai wangi-wangian.

Sunnah Mudah #14

1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

Sunnah Mudah #15

1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali menyedut air.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik, sumbing atau pecah.
3. Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yang besar seperti jug air dan botol yang besar.

Sunnah Mudah #16

1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Sunnah-sunnah yang disenaraikan di atas memang mudah mudah untuk kita amalkan. Tapi selalu juga kita abaikan atau buat tak tahu dengan sunnah tersebut. Tak rugi pun kita amalkan sunnah Rasulullah, dapat pahala lagi tu insyaAllah 😊

Setiap apa yang Rasulullah lakukan ada sebabnya. Jom sama-sama kita sebagai umatnya, menghayati sunnah Rasulullah.


Mangosteen Ostania® Amrita Menyihatkan Badan dan Kulit

$
0
0

Jus Manggis Mangosteen Ostania® Amrita 

Manggis adalah salah satu daripada buah-buahan tempatan yang berbuah mengikut musim. Rasa sedap masam manis isinya yang putih itu membuatkan manggis menjadi pilihan ramai. Bukan rasa saja yang sedap tetapi ia juga mengandungi pelbagai khasiat.

Disebabkan manggis mempunyai khasiatnya tersendiri, Furley Bioextracts Sdn Bhd memperkenalkan produk minuman pembekal tenaga berasaskan manggis iaitu Mangosteen Ostania® Amrita.

Mangosteen Ostania® Amrita, Jus Manggis yang Tinggi Khasiat

Mangosteen Ostania® Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali membuatkan Ostania® kaya dengan Xanthones.

Mangosteen Ostania® Amrita

Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai "ratu buah" , minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran epal, roselle, acai beri, anggur dan delima.

Manfaat Mangosteen Ostania® Amrita

Rasa sedap, banyak khasiat pula Mangosteen Ostania® Amrita ini. Minuman ini dapat membantu badan untuk sihat dan cergas dengan pengambilan yang berterusan. Antara manfaat Mangosteen Ostania® Amrita seperti:

  • Kaya dengan antioksidan dengan nilai ORAC 14186.98 (National University Singapore).
  • Mengembalikan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari.
  • Meningkatkan sistem usus, sekaligus membantu dalam mengurangkan berat badan dan mengelakkan sembelit terjadi.
  • Tinggi dengan antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas, merendahkan kadar kolesterol 'jahat', meningkatkan sistem imun badan.
  • Mengembalikan tenaga kepada pesakit kanser selepas rawatan kemoterapi atau atlet dalam fasa pemulihan.
  • Menentang radikal bebas untuk menghalang penuaan dan inflamasi.
  • Meneutralkan radikal bebas dalam badan
  • Mengurangkan kulat, bakteria dan jangkitan yis dengan antibakteria semula jadi dan aktiviti antikulat.

Wah, dalam satu botol sahaja dah boleh dapat semua manfaat di atas ini! Jadi amat digalakkan untuk mencuba Mangosteen Ostania® Amrita. Sekali cuba mesti nak lagi dan lagi. Minuman ini sesuai untuk semua tidak mengira umur dan jantina. Kalau anda seorang yang aktif ataupun seorang atlet, bagus untuk amalkan Mangosteen Ostania® Amrita untuk mengekalkan tahap kecergasan anda.

Pendek kata, kalau nak sihat luar dan dalam, amalkan saja Mangosteen Ostania® Amrita ini. InsyaAllah, pasti anda akan rasai sendiri manfaat daripadanya.

Jus Manggis yang Sedap dan Berkhasiat

Saya suka sangat dengan rasa Mangosteen Ostania® Amrita ini. Sedap! Rasa masam manis semula jadi minuman ini tanpa gula tambahan membuatkan saya nak minum hari-hari. Lagi sedap kalau diminum sejuk baru keluar dari peti sejuk. MasyaAllah sangat sedap!

Saya memang suka manggis. Nak dapatkan manggis kalau bukan pada musimnya agak susah. Jadi, saya pilih Mangosteen Ostania® Amrita untuk minum dan amalkan setiap hari. Kalau badan terasa penat dan mengantuk semasa bekerja, saya minum Mangosteen Ostania® Amrita terus. Suka sangat dengan rasanya. Saya minum 30 ml sekali minum. Kalau nak campur dengan air atau ais juga boleh, dengan ratio 1:1.

Mangosteen Ostania® Amrita yang mampu mengurangkan jangkitan fungus membuatkan saya tertarik untuk mencubanya. Kulit pada tangan kiri saya mengalami jangkitan fungus Sporotrichosis. Jadi, saya amalkan minum Mangosteen Ostania® Amrita sebagai salah satu alternatif untuk mengurangkan jangkitan fungus tersebut selain daripada mengambil ubat hospital mengikut jadual. Alhamdulillah, hasilnya kulit yang terkena jangkitan semakin pulih. 

Mangosteen Ostania® Amrita

Cantikkan botol Mangosteen Ostania® Amrita? hehe. Botol aluminium ini boleh digunakan semula tau. 

Dapatkan Mangosteen Ostania® Amrita 

Mangosteen Ostania® Amrita yang sedap serta tinggi khasiatnya, mampu dimiliki oleh semua orang. Harganya cuma RM130.00 untuk 3 botol

Mangosteen Ostania® Amrita

Anda ingin dapatkan Mangosteen Ostania® Amrita? Berita baik untuk anda! Masukkan kod khas ini FBIO-JNW untuk menikmati diskaun RM10 semasa membeli.

Anda boleh membuat tempahan secara online dengan klik pautan di bawah:

Klik untuk membeli > Mangosteen Ostania® Amrita (RM130.00 untuk 3 botol)

Jangan tangguh untuk beli kalau nak sihat. Memang tak rugi kalau beli. Sesuai digunakan seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut tentang Mangosteen Ostania® Amrita dan pelbagai jenis produk yang disediakan oleh Furley Bioextracts Sdn. Bhd, lawati:

Laman web: Furley Bioextracts Sdn. Bhd
Facebook: Furley Bioextracts Sdn. Bhd
Twitter:Furley Bioextracts
Instagram: Furley Bioextracts (@furleybio)


Jom sihat dengan Mangosteen Ostania® Amrita!

Design Template Blog Responsif Shylla Rose

$
0
0

Design Blog Responsif Tema Lifestyle

Servis design blog murah |  Kali ini saya kongsikan artwork template blog responsif. Blog milik Shylla Rose ini memilih warna merah jambu dan putih sebagai warna tema blog. Pemilik blog ini inginkan blog yang ringkas dalam masa yang sama nak nampak menarik dan cantik.

Header blog ini dihiasi dengan bunga ros dan rama-rama seperti yang diminta oleh pemilik blog sendiri. Alhamdulillah, pemilik blog Shylla Rose amat berpuas hati dengan rekaan template blognya.


design blog murah, blog responsive
Template blog
design blog murah, blog responsive
Template Responsive. Boleh semak di laman Troy - Responsive web tester


design blog murah, blog responsive
Banner blog

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan, untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi.
InsyaAllah saya akan designkan mengikut kehendak anda ;)

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, hubungi saya melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


p/s: Banyak lagi artwork yang dah siap belum review dan publish di blog😉

Design Logo MamaFik

$
0
0

Design Logo Bisnes

Servis design logo harga mampu milik | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Hari ini saya nak berkongsi artwork iaitu design logo dengan vector portrait.

Logo MamaFik ini bertemakan gabungan warna hot pink dan biru lembut. Terdapat 2 karakter dalam logo ini iaitu ibu dan anak yang dilukis dalam bentuk vector portrait. Saya mulakan design logo ini dengan melukis karakter dalam bentuk vector portrait. Logo ini direka menggunakan perisian Adobe Illustrator. Maka terhasillah logo seperti ini...

design logo murah

Alhamdulillah, klien amat berpuas hati dengan hasil design logo ini. Kawan-kawannya pun cakap cantik dan comel 😁 

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan design logo dengan harga yang berpatutan atau mengajukan sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya melalui:

Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

InsyaAllah saya akan designkan mengikut kehendak anda ;)

> Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

$
0
0

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Hasrul Hassan bantu trafik blog meroket! Betul ke ni? Kalau nak tahu betul atau tak, jom sertai Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket". Klik terus banner di bawah ini untuk ke laman segmen tersebut.

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket
KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN INI
Kepada Bro Hasrul Hassan...

Saya nak trafik blog meroket untuk post saya yang ini - http://www.maisarahsidi.com/2015/06/petua-melegakan-angin-dalam-badan.html

Tarikh tutup segmen ini ialah pada 10 Mac 2017 (Jumaat, Jam 12 Tengahari). Jadi tunggu apa lagi, cepat klik banner di atas untuk sertai sama.

Nak juga merasa trafik blog berpuluh ribu ni 😄. Semoga dengan bantuan daripada blogger otai bro Hasrul Hassan ini dapat membuat trafik blog saya naik mencanak-canak.


Bergaya Mengikut Syarak dengan MuslimahClothing.Com

$
0
0

Butik Pakaian Muslimah Terkini, MuslimahClothing.Com


Baju untuk hari raya, saya selalunya akan beli yang sudah siap dijahit. Pilih, bayar dan pakai. Senang kan?  Laman web MuslimahClothing.Com (MCC) berjaya menambat hati saya untuk membeli di situ. Pasti tak menyesal kalau ke laman web ini.

MuslimahClothing.Com


Ada apa dengan laman web MCC? Pelbagai fesyen muslimah terkini disediakan di laman web tersebut. Rekaannya sangat sesuai untuk muslimah, mengikut fesyen semasa, bergaya dan yang penting mematuhi syarak. Kesemua rekaan di MCC menekankan ciri-ciri labuh dan longgar. Siapa kata muslimah tak boleh bergaya dengan pakaian labuh dan longgar? Pilih dan beli saja di MCC, pasti menepati citarasa anda.

Selain daripada laman webnya, MCC mempunyai tiga butik. Butik utamanya terletak di Bangi dan dua lagi cawangannya di Shah Alam dan Kuala Terengganu. Kalau berdekatan dengan butiknya, boleh terus ke sana. Kalau jauh, cari saja baju pilihan anda di laman web MCC. Mudah, jimat masa dan cepat sampai di tangan. Kalau anda membeli melalui online dengan harga melebihi RM80, percuma kos penghantaran. 

Bila bercakap tentang pakaian labuh dan longgar, mesti kita terfikirkan jubah saja. Tapi di MCC pelbagai rekaan pakaian mengikut tema disediakan. Baju kurung, pakaian untuk ke tempat kerja, pakaian sukan, dress, tunic, abaya, pakaian denim dan pakaian untuk umrah dan haji dengan ciri-ciri labuh dan longgar ada di MCC. Tudung pun ada juga.

Beberapa rekaan menarik yang disediakan di butik dan laman web MCC...

baju kurung terkini

jaket wanita

pakaian sukan wanita

tunic

pants suit

dan pelbagai rekaan lain lagi.

MCC juga menyediakan saiz pakaian bermula dari saiz XXS sehingga saiz 3XL. Saiz paling kecil dan paling besar pun ada. Senanglah kalau nak pilih saiz lepas ni.

Taknak cakap banyak, anda klik je MuslimahClothing.Com atau terus ke butik MCC, pasti anda rambang mata nak pilih. Lebih kurang 3 bulan, hari raya bakal menjelma. Bolehlah buat persiapan awal untuk raya nanti. Tak perlu pening lagi kat mana nak cari baju raya yang sesuai, mengikut fesyen terkini dan menepati kehendak syarak. Pilih dan beli saja di MCC 😉 


Status Permohonan BR1M 'TIDAK LULUS' bertukar ke 'DALAM PROSES'

$
0
0

Kisah Status Permohonan BR1M 2017

Macam-macam hal BR1M 2017 ni 😁 Ramai yang tidak menyangka, status permohonan BR1M 2017 mereka bertukar kepada tidak lulus tidak seperti tahun sebelumnya yang lulus dan layak menerima BR1M.

BR1M 2017, ada yang tidak lulus kerana berdaftar dengan SSM dan pendapatan perlu disahkan, maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggunan perlu pengesahan. Ada juga golongan individu yang berpendapatan di bawah RM1000, tidak lulus statusnya dan lain-lain lagi.

Baru-baru ni adik beritahu kawannya yang statusnya tidak lulus telah pun dapat baucer untuk ditebus di bank. Ek pelik juga ni. Saya pun sama juga. Hari tu saya semak status permohonan dan menunjukkan perkataan 'TIDAK LULUS' tertera pada laman tersebut. Tapi semalam saya saja-saja semak tertulis 'DALAM PROSES' pula. Pelik ni. Kenapa ye agaknya?

Status Permohonan BR1M 2017

Mula-mula semak status permohonan BR1M saya masih 'DALAM PROSES', kemudian bertukar kepada 'TIDAK LULUS' dan sekarang statusnya bertukar semula kepada 'DALAM PROSES'. Tak tahulah kenapa sebabnya 😶

Takpelah, kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tak diberi peluang untuk merasa, redha je lah. Mungkin ada yang lebih memerlukannya 😊

Anda pula macam mana?


Cermin Mata Kanta Crizal Transitions Menjadi Pilihan

$
0
0

Cermin Mata Bertukar Warna

Dua minggu lepas cermin mata saya patah 'tangkai' sebelah kanan. Sebabnya besi tempat skru tu yang patah. Nak tak nak memang kena tempah cermin mata baru dan saya memilih cermin mata 'bertukar warna'. Cermin mata kanta photochromic nama betulnya 😁

cermin mata kanta photochromic

Cermin mata saya yang sebelum ini juga jenis kanta photochromic. Tak segelap kanta cermin mata baru ni apabila terkena cahaya matahari. Setelah diberitahu oleh optometris tentang kebaikan kanta Crizal Transitions, saya memilih untuk menggunakan kanta jenis ini. Cermin mata baru ini menggunakan kanta Crizal Transitions Signature berwarna kelabu. Original punya siap dapat kad waranti lagi.

cermin mata kanta crizal transtions
Kad waranti untuk kanta
Menariknya, kanta Crizal Transitions Signature adalah perlindungan UV yang terbaik dengan E-SPF25. Selain itu, ia juga mampu melindungi mata dengan penyesuaian silau. Kejelasan kanta ini juga dipertingkatkan lagi untuk menghindarkan pantulan, kesan calar, titisan air dan kesan jari. Alaaa..macam yang dalam iklan tv tu..main baling-baling tepung tapi cermin clear je..

Selain itu, kalau berada dalam rumah, penglihatan jadi sangat jelas dengan kanta Crizal Transitions. Kalau bawah cahaya matahari pula, memang cepat warna kanta bertukar jadi gelap. Kadar gelapnya lebih banyak berbanding kanta cermin mata lama saya.

Tak sakit mata kalau berada di bawah cahaya matahari yang terang kalau pakai kanta photochromic ni. Saya ingat lagi, beberapa tahun yang lepas, saya menggunakan cermin mata berkanta biasa. Mata mudah keluar air mata ketika melihat di bawah cahaya terang. Mata juga terpaksa dikecilkan. Rasa tak selesa sangat. Jadi, saya ambil langkah bertukar kepada kanta photochromic. Selesa nak melihat. Lagi selesa dengan kanta Crizal Transitions Signature.

cermin mata kanta photochromic

Harga cermin mata ini berharga RM399. Ini adalah harga pakej yang ditawarkan oleh kedai cermin mata yang saya tempah (Harga bergantung kepada kedai cermin mata). Bagi saya tak rugi kalau anda buat cermin mata kanta Transitions walaupun harganya lebih mahal daripada kanta biasa. Kalau power rabun yang tinggi, sangat digalakkan untuk guna kanta Transitions kerana pelbagai manfaat ada padanya.

Nak tahu best ke tak pakai cermin mata berkanta Transitions ni? Kenalah cuba sendiri dulu baru tahu 😉

Akhirnya Status Permohonan BR1M bertukar kepada LULUS

$
0
0

Status BR1M bertukar kepada LULUS

Baru-baru ini semak lagi status BR1M kot-kot bertukar kepada lulus dan akhirnya status BR1M bertukar daripada DALAM PROSES kepada LULUS. Maknanya layak untuk menerimanya.

status permohonan BR1M
Status permohonan telah diluluskan
Sebelum ini kecoh juga di Facebook dan di mana sahaja tentang sesiapa yang berdaftar dengan SSM tak layak menerima BR1M (berstatus TIDAK LULUS). Tapi, akhirnya ramai yang statusnya bertukar daripada tidak lulus kepada dalam proses dan kemudiannya lulus.

Anda boleh membuat semakan status di laman SEMAKAN STATUS 2017 atau
Install terus aplikasi mobil Semakan BR1M yang kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Klik SINI untuk tatacara menggunakan aplikasi mobil ini.

Bagi golongan individu yang statusnya telah bertukar kepada lulus untuk kali ini, mereka bakal menerima BR1M pada kelompok 3 nanti. Mungkin mereka akan menerima surat bersama baucer terus.

Haaa.. kalau dapat ucap Alhamdulillah. Kalau tak diberi peluang untuk merasa, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti dan mungkin juga ramai lagi yang benar-benar memerlukannya selain daripada diri kita sendiri.


Jom Beli-belah pada Lazada 5th Anniversary Sale

$
0
0

Jualan Khas Lazada Sempena Ulangtahun Kelima

Diam tak diam, pusat beli-belah online terkenal di Malaysia iaitu Lazada sudah pun berusia lima tahun pada Mac 2017 ini. Jadi, bagi meraikan ulangtahun kelima ini, Lazada mengadakan Lazada 5th Anniversary Sale - Great Brands with Best Offers!

Lazada 5th Anniversary Sale

Wah, syurga bagi penggemar beli-belah online ni! Apa yang menariknya jualan khas Lazada kali ini? Sudah pasti pelbagai barangan kegemaran dan juga keperluan ditawarkan dengan pelbagai tawaran eksklusif serta potongan harga yang berbaloi-baloi sempena ulangtahun kelima ini. Tawaran yang tidak patut anda lepaskan!

Anda sedang mencari barangan perhiasan dan peralatan rumah terkini? Telefon pintar yang paling popular dan aksesori komputer, atau pakaian yang paling indah dan aksesori untuk wanita? Apa kata kalau anda dapatkan semua itu dengan pelbagai jenama di kedai online Lazada pada Lazada 5th Anniversary Sale yang akan berlangsung selama 3 hari, bermula dari 22 sehingga 24 Mac 2017. Mudah sangat, semuanya di hujung jari anda. 

Kalau anda nak tahu, anda sudah boleh mula shopping di Lazada sekarang ini. Apa yang anda perlu buat ialah...

Lazada 5th Anniversary Sale

Kalau anda suka dengan barang tersebut, anda boleh Add to Whislist. Kemudian anda buka semula lamn web Lazada pada 22-24 Mac nanti dan lihat pada senarai wish list anda. Anda akan lihat paparan barangan yang anda pilih dengan harga selepas potongan. Kemudian Add to cart.

Seronoknya macam ni! Bolehlah shopping banyak-banyak sempena jualan Lazada nanti. Mana tak seronoknya, boleh shopping dan menang tiket penerbangan ke destinasi rahsia lagi tu. Wow!

Lazada 5th Anniversary Sale

Bukan ini saja, pelbagai tawaran menarik yang lain menanti anda. Tunggu apa lagi, buka laman web Lazada dan mula membeli sekarang juga. Nantikan pelbagai tawaran yang sangat menarik pada LAZADA 5th ANNIVERSARY SALE, 22 sehingga 24 Mac 2017 ini. 

Selamat membeli-belah di Lazada dengan hati yang bahagia 😉 


Design Facebook Cover Photo untuk Kedai Mainan Kucing Mickey Store

$
0
0

Design Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo Tema Bisnes


Kali ini saya nak berkongsi design Facebook cover photo untuk page Kedai Mainan Kucing Mickey Store. Cover photo yang bertemakan bisnes ini menggunakan warna kuning dan ungu sebagai warna utama. Logo 'Mickey Store' juga saya designkan, yang berada di bahagian kanan menggunakan warna yang sama.

Beberapa gambar barangan kucing turut diletakkan pada cover photo bagi menampakkan lagi barangan yang diniagakan.  Alhamdulillah, klien amat berpuas hati dengan hasil rekaan cover photo ini. 

design facebook cover photo
Mock-up cover photo page Kedai Mainan Kucing Mickey Store

design facebook cover photo
Profile picture percuma dengan setiap tempahan design cover photo FB

Anda ingin membuat tempahan cover photo Facebook mengikut citarasa anda? Jika anda ingin membuat tempahan, cepat-cepat Whatsapp atau PM saya di Facebook. Harga dijamin mampu milik. Percuma profile picture lagi tu!

Menerima tempahan Facebook cover photo untuk pelbagai jenis tema page seperti personal, bisnes, syarikat dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


Lazada Surprise Box Sempena Lazada 5th Anniversary Sale

$
0
0

Lazada Surprise Box 


Lazada Surprise Box selamat sampai petang semalam. Betul-betul terkejut sebab bungkusannya boleh tahan besar. Alhamdulillah, banyak betul barang-barang yang Lazada bagi. Surprise Box yang diterima ini adalah bersempena Lazada 5th Anniversary Sale. Maknanya Lazada dah masuk tahun kelima beroperasi. Tahniah dan Happy Birthday Lazada!

jualan murah lazada

Terima kasih Lazada. Seronok sangat! Bukan sekotak tapi ada tiga kotak semuanya. Berat lagi tu. Inilah bungkusan yang diterima petang tadi. 

lazada surprise box


Teruja betul nak buka bungkusan ni. Wah.. macam-macam ada. Betul-betul awesome!

lazada surprise box

Jom tengok barangan yang ada dalam Surprise Box dari Lazada. 

SIGNATURE SNACK
Klik > SIGNATURE SNACK

PENSONIC PERSONAL BLENDER
Klik > PENSONIC PERSONAL BLENDER

HOME FRAGRANCE HUSH PUPPIES
Klik > HUSH PUPPIES HOME FRAGRANCE


A6 SIZE NOTEBOOK BOTTLE
Klik > A6 SIZE NOTEBOOK BOTTLE

produk nestle
Klik > PRODUK NESTLE

HAIR DRYER, pengering rambut
Klik > CORNELL HAIR DRYER

KINOHIMITSU COLLAGEN DIAMOND
Klik > KINOHIMITSU COLLAGEN DIAMOND

PHOTOBOOK MURAH
Klik > PHOTOBOOK MALAYSIA

Banyaknya Lazada bagi. Terima kasih sekali lagi Lazada. Semua barangan di atas ini anda boleh dapatkan di laman web Lazada. Klik saja pautan yang telah disediakan di bawah gambar. Haaa.. kalau anda nak tahu sekarang ini sedang berlangsung Lazada 5th Anniversary Sale yang akan berlangsung selama 3 hari, bermula dari 22 sehingga 24 Mac 2017. Alamak.. kena cepatlah. Hari ni dah 24 Mac! 

Apa yang menariknya jualan ini? Menariknya, Lazada 5th Anniversary Sale ini ada diskaun sehingga 90%. Tak percaya? Klik pautan ini cepat untuk lihat apa yang anda boleh beli di Lazada dengan harga yang tak masuk akal ni > Lazada 5th Anniversary Sale. Bukan itu saja, Lazada juga menganjurkan beberapa peraduan yang anda patut sertai kerana hadiah yang ditawarkan sangat lumayan seperti tiket penerbangan ke destinasi rahsia dan pelbagai hadiah menarik lagi dengan membeli-belah di laman web Lazada.

Kalau buka laman web Lazada, mesti rasa macam-macam barang nak beli. Tambah pula harga sangat berpatutan dan mampu milik. Pelbagai jenama terkenal ada di Lazada. Apa yang anda perlu buat ialah cari, pilih, bayar dan tunggu barang sampai di rumah. Mudah kan?

Jadi, tunggu apa lagi. Masa akan berlalu. Jangan terlambat untuk membeli-belah barangan keperluan anda sementara jualan sempena Hari Jadi Lazada yang kelima ini masih berlangsung. 

 

Design Cover Photo Facebook Page Super Spek X Glare

$
0
0

Design Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo Tema Bisnes


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Semoga sihat selalu :) Kali ini saya nak kongsi artwork baru iaitu Facebook cover photo untuk page Super Spek X Glare. Sudah pasti cover photo ini bertemakan bisnes. 

Cover photo ini menggunakan warna merah dan kuning sebagai warna utama. Gambar produk Super Spek X Glare yang juga subjek utama diletakkan pada cover photo ini supaya dapat menarik minat sesiapa yang melihatnya. Beginilah cover photo Facebook yang telah siap...

cover photo facebook tema bisnes
Mock-up cover photo page Super Spek X Glare

cover photo facebook tema bisnes
Profile Picture seperti yang diminta oleh klien
Percuma dengan setiap tempahan cover photo.

Alhamdulillah, klien amat berpuas hati dengan hasil rekaan cover photo ini. Anda ingin membuat tempahan cover photo Facebook mengikut citarasa anda? Jika anda ingin membuat tempahan, cepat-cepat Whatsapp atau PM saya di Facebook. Harga dijamin mampu milik. Percuma profile picture lagi tu!

Menerima tempahan Facebook cover photo untuk pelbagai jenis tema page seperti peribadi, bisnes, syarikat dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

Ajarkan Aku Setia

$
0
0

Cerita Tentang Setia


Setia bukan kisah tentang pasangan bercinta sahaja. Cinta kita kepada Pencipta yang Maha Agung, Allah subhanahuwataa'la memerlukan lebih kesetiaan dan perhatian kepada-Nya.

cara untuk setia
Foto munawirsyam.com


Jika tidak setia, hati boleh jadi gundah-gulana, rasa tidak aman dan tenteram. Telah berkali-kali kita 'curang' dengan-Nya, kadang-kadang kita terlupa akan Dia ketika gembira, mudahnya kita kita mungkiri janji kepada-Nya tetapi Dia masih menerima kita. 

Cukuplah, mari terus setia dengan-Nya. Tidak terkira banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Jom sama-sama balas cinta dan setia kita kepada-Nya.


Adakala aku tertanya
Tercari-cari bukti cinta
Yang ku kata untuk-Mu saja 
Tapi goyah bila tergoda

Selalu janji ku mungkiri
Cintaku bagai tiada erti 
Sedang cintaku bukan palsu 
Ku yakin Engkau Maha Tahu

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana 
Ajarkanlah aku untuk tetap setia

Walau ku sedarkan diriku
Takkan pernah kuat tanpa-Mu 
Betapa Kau sangat ku perlu 
Namun sering ku tinggalkan-Mu

Ketika segalanya indah
Ku lupa Kau selalu ada 
Tapi bila resah menyinggah 
Dan baru rinduku menjelma

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh 
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana 
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Jangan Kau uji
Jangan Kau tinggal 
Takkan ku mampu 
Hidup tanpa-Mu 
Akan ku cuba 
Akan ku terus setia


Menghitung Hari Menuju Bulan Ramadhan

$
0
0

Persediaan untuk Bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Kini kita sudah pun berada dalam bulan April bagi tahun Masihi dan bulan Rejab bagi tahun Hijri. Kurang 60 hari, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia dan dinanti seluruh umat Islam.

persediaan untuk Ramadhan

Sudah bersedia untuk memasuki bulan Ramadhan? InsyaAllah kita masih punya masa untuk membuat persediaan yang secukupnya sebelum melangkah ke bulan Ramadhan. Perlukah buat persediaan sebelum Ramadhan? Ya perlu kerana Ramadhan bukan sekadar bulan untuk kita menahan lapar dan dahaga.

Ramadhan adalah madrasah rohani. Bulan yang mengajar kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang Allah, supaya kita dapat membawa ilmu yang kita dapat dalam Ramadhan untuk diamalkan dalam seluruh kehidupan kita. Malah segala amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan tersebut akan digandakan pahalanya. Rugi kalau tak rebut. Jadi, sebab itulah kita perlu bersedia dari segi ilmu, minda dan jiwa. 

Jom mula dari sekarang. Mulai saat ini jom solat tepat pada waktunya, latih diri untuk berinfaq, berusaha untul dirikan solat malam, melatih diri puasa sunat, mengawal waktu tidur, memanfaatkan waktu yang ada, akrab dengan al-Quran, mendalami ilmu fiqh Ramadhan, mengawal pemakanan dan lazimi berdoa. Jika niat kerana-Nya insyaAllah Allah permudahkan semua ini.

Mari pimpin diri ke arah jalan yang diredhai Allah. Berubah kepada yang lebih baik dengan memperbaiki diri sendiri. Mantapkan diri dengan ilmu. Didik nafsu dengan cara yang betul. Semoga kita semua sempat untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah. InsyaAllah.

Lebihkan melihat diri sendiri daripada kerap melihat perilaku orang lain.




Tips Menjimatkan Wang Ketika Membeli-belah

$
0
0

Berjimat Cermat Ketika Membeli-belah


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini, kita amat dianjurkan untuk berjimat cermat daripada kerap berbelanja. Kadang kala kita sanggup berbelanja besar untuk membeli barangan keperluan harian. Namun, kita masih dapat berjimat dengan membuat beberapa persedian sebelum keluar membeli-belah dan penelitian tentang harga barangan yang akan dibeli. 

cara berjimat cermat

Ada yang sedang mencari tips atau cara-cara menjimatkan wang ketika membeli-belah? Inilah antara tips yang saya akan lakukan sebelum membeli-belah. Jom ikuti beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk langkah berjimat cermat ini:

1.Buat senarai barangan beserta harga sebelum keluar membeli-belah

Ini adalah perkara yang paling penting untuk membeli-belah. Tujuannya supaya kita dapat membuat kira-kira tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan agar tidak membazir wang. Selain itu, dengan membuat senarai ini dapat menjimatkan masa ketika membeli belah. Sebabnya kita dah tahu nak beli apa.


2.Makan sebelum pergi membeli-belah

Kenapa perlu makan sebelum keluar membeli-belah? Nafsu kalau tak diberi makan akan 'menggila'. Betul tak? Contohnya, ketika perut lapar, waktu inilah kita teringin nak macam-macam. Fikir tentang makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Sedar tak sedar dah boleh buat satu senarai panjang hanya dalam otak. Nanti tak pasal-pasal lari bajet terus kalau berbelanja ikut nafsu. 

Bolehlah anda cuba ini. Jangan lupa untuk makan di rumah sebelum keluar membeli-belah. Nak tahu berkesan atau tak, anda kena cuba dulu. Lagi satu, kalau perut terisi, pasti perbelanjaan untuk ke restoran juga dapat dipotong. Jadi, dapat berjiimat kan?


3. Kenali lokasi yang terbaik untuk membeli-belah

Anda selalu membeli barangan di mana? Pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka RM2? Bagi saya, cari yang terdekat dekat tempat tinggal kita. Kalau dekat, dapat jimat minyak kereta dan masa juga.

Kalau nak ke pasar raya pun boleh je. Beli banyak sekali gus, contohnya barangan yang dibeli tu cukup untuk sebulan. Lagi bagus kalau beli-belah di pasar raya ketika ada harga runtuh. Wow, peluang yang terbaik untuk membeli belah ni. Dapat beli barang dengan kuantiti yang agak banyak kerana harganya murah sekaligus dapat menjimatkan wang dalam poket anda. Tapi jangan pula terlebih membeli ya. Nanti sakit poket tu 😁


4. Survey dan buat perbandingan harga barangan

Dalam sesebuah kedai atau pasar raya, pasti terdapat pelbagai jenama dan harga untuk sejenis barangan. Contohnya, pencuci pinggan mangkuk. Ada yang harganya mahal dan ada yang murah mengikut jenama masing-masing. Apa yang perlu anda lakukan ialah, bandingkan harga mengikut jenama serta kualiti sesuatu barangan. Kalau saya, harga yang murah dan menepati cita rasa, itu sudah cukup berkualiti dan membuatkan saya terus membelinya.

Tetapi bergantung juga kepada seseorang. Ada yang kata, barangan mahal itu berkualiti. Kalau anda rasa ia berbaloi, bolehlah beli. Tapi biarlah betul-betul perlu dan tidak mengganggu wang perbelanjaan untuk barangan dan perkara lain.


5. Membeli-belah secara bersendirian

Membeli-belah secara bersendirian membuatkan kita lebih fokus dengan senarai barangan yang telah dibuat dan membeli mengikut senarai sahaja. Bukan tidak boleh membeli-belah bersama keluarga, tetapi perlu tegaskan kepada yang lain supaya tidak membeli barangan yang tidak sepatutnya supaya tidak menganggu perbelanjaan yang telah dibuat.


6. Membeli-belah secara atas talian (online)

Membeli-belah secara online semakin popular pada masa kini. Mana tidaknya, hanya cari barangan yang diperlukan di mana-mana kedai online, buat bayaran dan tunggu barang yang dipesan sampai di rumah. Mudah kan?

Saya selalu juga membeli-belah online di Lazada, Lelong.my, Zalora, Hermo dan online sellers lain di laman sosial Instagram atau Facebook. Sebenarnya, lagi bagus jika kita menggunakan kod kupon untuk membeli-belah secara online. Terdapat banyak laman web yang menawarkan kod kupon dan tawaran yang gempak. Dengan kod kupon, saya dapat menikmati lebih penjimatan dengan diskaun besar daripada peruncit dalam talian seperti Lazada, laman web beli-belah yang saya selalu beli. Wow, sangat jimat kan!

Beli-belah secara online memang bagus kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga tetapi jangan sampai membazir terbeli barangan mengikut kehendak nafsu dan akhirnya menyesal.


Begitulah antara beberapa tips yang dapat menjimatkan wang ketika membeli-belah yang boleh dijadikan panduan bersama.

Akhir kata, berbelanjalah mengikut keperluan dan sentiasa berjimat cermat untuk kesenangan pada masa hadapan.

Viewing all 1258 articles
Browse latest View live