Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

$
0
0

Duit Raya Giveaway

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah.

duit raya

SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

 Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

*Najiah Shaharain
*Abam Kie
*Mardhiyyah Rosli
*Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut.

*Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.


Waktu Sebelum Berbuka Puasa adalah Waktu Mustajab Berdoa

$
0
0

Kelebihan Berdoa pada Bulan Ramadhan


Banyakkan Berdoa Sementara Ramadhan Masih Ada | Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. InsyAllah beberapa hari saja lagi kita bakal melangkah ke fasa terakhir Ramadhan bagi tahun 1438H. Sementara Ramadhan masih ada, jom kita pulun ibadat dan amalan kebaikan kerana Allah.

Semua tahu bahawa segala ibadat dan amal kebaikan yang dilakukan kerana Allah dalam bulan Ramadhan akan diganjar dengan pahala yang berlipat ganda. Doa yang kita minta dengan Allah juga insyaAllah akan dimakbulkan. Jadi, janganlah kita sia-siakan bulan yang penuh rahmat ini.

Waktu doa dimakbulkan dalam bulan Ramadhan

Sebut tentang doa, ada waktu mustajab untuk berdoa yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan iaitu berdoa menjelang atau sebelum berbuka puasa. Kira-kira 10-15 minit sebelum berbuka puasa eloklah kita bersedia dengan wudhuk dan berdoa meminta apa saja pada-Nya.


Kalau hari-hari puasa sebelumnya kita buat tak tahu je dengan waktu mustajab ini atau kita masih sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa, apa kata mulai hari ini luangkan sedikit masa sebelum azan Maghrib berkumandang untuk kita berdoa.

Tapi, jangan risau. Berdoalah kepada Allah bila-bila masa dan di mana saja InsyAllah akan diperkenankan oleh-Nya asalkan kita tak mudah putus asa. Ada juga yang merungut, "doa aku macam tak makbul je"... ini maknanya Allah suruh kita gandakan lagi usaha, perbetulkan diri kita, bersabar dan terus berdoa kepada-Nya tanpa jemu. Tak dapat sekarang, kita akan dapat bila tiba masanya. Percayalah dengan Allah.


Cantik Bergaya di Hari Raya dengan Kebaya Kenanga Demiane Hijau

$
0
0

Baju Raya Cantik dan Mampu Milik di Lazada Malaysia


Pening juga nak pilih warna tema untuk hari raya Aidilfitri tahun ni. Mana tak nya, semua ahli keluarga cadangkan warna yang berlainan. Bincang punya bincang, akhirnya tema warna-warni menjadi pilihan. Haaa kan senang… mesti nampak meriah nanti macam-macam warna ada kan. Hehehe.  Jadi baju raya tahun ni Mai pilih warna hijau yang lembut. Sedap mata memandang.

Untuk hari raya Aidilfitri tahun ini, sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Mai akan pilih pakaian yang simple rekaannya dan sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa. Baju kurung sudah semestinya menjadi pilihan hati. Mai lebih suka baju kurung tanpa corak, kalau ada hiasan seperti manik, labuci atau lace pada baju tersebut lagi bagus. Lagi nampak serinya. 

Bab tudung pula, tudung bercorak atau tudung warna kontra dengan warna baju akan dipilih sebab Mai suka baju kurung tanpa corak. Barulah padan kan. Tudung bercorak tu pula Mai selalunya akan pilih corak yang simple dan berwarna lembut. 

Setiap tahun, baju raya Mai beli yang dah siap je. Banyak rekaan terkini yang boleh dipilih nanti. Tapi selalu juga ada masalah. Masalahnya susah nak pilih je hehe. Sebab semua design cantik dan terkini. Apa yang menjadi keutamaan Mai dalam memilih pakaian ialah design yang patuh syariah. Maknanya pakaian tu labuh dan longgar serta tak jarang dan semestinya menutup aurat dengan sempurna. Labuh dan longgar bukan bermaksud sampai susah nak jalan ke sana ke mari, tapi mengikut saiz badan, tidak ketat mengikut bentuk badan dan selesa.

Untuk membeli baju raya, Mai tak kisah nak beli online atau beli terus di kedai. Hari tu saja-saja buka laman web Lazada Malaysia untuk cari beberapa barangan keperluan untuk hari raya, nampak pula ada baju raya dengan pelbagai jenama di situ. Cantik-cantik pula tu. Tudung pun ada juga. 

Belek punya belek, Mai berkenan sungguh nak beli Kebaya Kenanga Demiane berwarna hijau terang dan lembut ini, kain premium silk cotton. Memang kena dengan warna tema hari raya yang Mai pilih. Tambahan pula rekaannya menepati citarasa dan semestinya menjadi pilihan hati Mai. Harganya cuma berharga RM89.00 sepasang. Memang mampu milik.

Kebaya Kenanga Demiane



Tudung pula, untuk dipadankan dengan kebaya berwarna hijau lembut tadi, sesuai sangat digayakan dengan Instant Shawl Mystic Topaz Series yang berwarna hijau kontra dengan warna kebaya. Sarung je terus siap. Harganya pun berpatutan, cuma RM30 sehelai. Beli sepasang kebaya dan tudung ni, tak sampai RM150 pun jumlahnya. Memang berbaloi. Boleh berjimat lagi tu kan.

Instant Shawl


Kalau anda masih belum ada baju raya atau ingin menambah lagi pakaian raya, cepat-cepat ke laman web Lazada Malaysia. Macam-macam jenis pakaian ada dengan pelbagai jenama, untuk wanita, kanak-kanak dan juga lelaki disediakan.

Jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun (tempat yang anda boleh dapat diskaun istimewa sehingga 90%!)


Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas Pasti Memukau

$
0
0

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut

Kome tahu tak apa itu panjut? Panjut atau dalam kata lainnya ialah pelita yang selalu dipasang pada minggu akhir Ramadhan. Di Padang Rengas, Kuala Kangsar adalah salah satu tempat yang terkenal dengan panjut. Maka, pertandingan dan pertunjukan panjut akan diadakan di kawasan yang meliputi Parlimen Padang Rengas bagi tahun ini. Tahun lepas masuk TV lagi tu.

Pertandingan dan pertunjukan panjut Parlimen Padang Rengas ini akan berlangsung pada 23 Jun 2017 (Jumaat malam Sabtu) bermula pada jam 10:30 malam. Kepada anak perantau Perak, cepat-cepat balik kampung untuk melihat kemeriahan pertandingan dan pertunjukan panjut ni. 


Berikut ialah pelan lokasi beserta koordinat GPS kawasan pertandingan dan pertunjukan panjut Parlimen Padang Rengas...

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas

Jangan lepaskan peluang ini. Bawa kamera bersama untuk rakam setiap bentuk rekaan panjut yang unik nanti.

Apa yang menariknya tentang panjut di Kuala Kangsar ini ialah pelita dipasang pada binaan yang dibuat daripada buluh atau apa sahaja yang sesuai. Pelbagai rekaan seperti masjid, rumah, istana dan lain-lain bentuk lagi yang kome boleh saksikan dalam pertandingan dan pertunjukan panjut ni. Tak sabarnya nak tengok panjut esok!

Seronok tengok panjut. Mengimbau zaman ketika kenak-kanak dulu. Dulu selalulah juga Mai pasang panjut di sekeliling rumah tapi sekarang ni setakat satu dua je pasang sebab depan rumah dah ada lampu neon terang benderang. Kalau saudara-mara jauh balik kampung, memang mereka akan pasang panjut. Sambil tu main bunga api. Bestnya!

Jom ramai-ramai meriahkan pertandingan dan pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas ini. Pasti membuat kome terpukau dengan keunikannya yang tersendiri.


Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri

$
0
0

Solat Hari Raya Aidilfitri


Esok merupakan 1 Syawal 1438H. Ini bermakna kita sudah menyempurnakan puasa Ramadhan pada tahun ini selama sebulan, Alhamdulillah. Pagi 1 Syawal umat Islam dianjurkan untuk menerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Jadi, untuk entri kali ini saya akan berkongsi tentang cara-cara menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

FOTO BHARIAN.COM.MY

1. Lafaz niat solat Hari Raya Aidilfitri (untuk makmum)

Lafaz niat solat Hari Raya Aidilfitri

Bahasa rumi: Usolli sunnatan 'aiydil fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala
Ertinya: Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Lafaz tasbih
Setiap takbir saat solat pada rakaat pertama dan kedua disunnahkan membaca tasbih iaitu:

Lafaz tasbih

Bahasa rumi: Subhanallah walhamdulillah walailaha illAllah wAllahu akbar
Erinya: Maha suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

3. Cara menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri

    Rakaat pertama
     a)  Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahuakbar disertakan dengan niat solat Aidilfitri di dalam hati.
     b) Membaca doa iftitah
     c) Lafaz takbir 7 kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
     d) Membaca surah Al-Fatihah.
     e) Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A'laa)
     f) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

   Rakaat kedua
     a) Mulai dengan lafaz intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
     b) Lafaz takbir 5 kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
     c) Membaca surah Al-Fatihah.
     d) Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghasyiyah).
     e) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
     f) Memberi salam.

Jangan lupa mandi sunat Hari Raya Aidilfitri dan jamah makanan sebelum pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

Akhir kalam, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam. Raikanlah Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan kita dengan sebaik-baiknya.

Sumber: iLuvislam.my


Ramadhan dalam Ingatan, Raya dengan Penuh Keinsafan

$
0
0

Ramadhan dan Syawal Seiring Bersama


Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog MaisarahSidi.com dan semua umat Islam di seluruh dunia! Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari kelima Syawal untuk tahun ini. Ini merupakan entri pertama dalam bulan Syawal 1438H. Maklumlah sibuk membuat persiapan raya dan juga sibuk beraya hehehe.

Pelita, panjut, syawal

Pasti seronok menyambut kemenangan kita pada 1 Syawal setelah penat lelah melawan nafsu pada bulan Ramadhan yang lalu bukan? Alhamdulillah. Pastikan perkara baik yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan dibawa kepada bulan-bulan seterusnya kerana ada manfaat disebaliknya.

Ramadhan dalam ingatan, raya dengan penuh keinsafan. Itulah yang sebaik-baiknya. Jangan dipisahkan Ramadhan dengan Syawal. Mereka saling berkaitan. Rasa seperti tak lengkap raya jika puasa Ramadhan kita ala kadar sahaja kan.

Raya, raya juga. Ramadhan jangan dilupakan terus. Jangan kerana raya, sampai berhabis wang simpanan kita. Jangan kerana raya, membazir sini sana. Jangan kerana raya, kita bermegah dengan harta benda. Jangan kerana raya, kita bangga menayang aurat yang menjadi jamuan mata yang tidak sepatutnya. Apa yang lebih penting pada hari raya, utamakanlah ia. Bermaafan dan jalinkanlah ukhwah sesama saudara serta jangan lupa kepada umat Islam yang memerlukan bantuan kita.

Akhir kalam, ambil iktibar dan pengajaran daripada Ramadhan. Berayalah dengan cara yang selayaknya secara bersederhana kerana itu lebih baik. Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan Allah, insyaAllah.


Syawal Kelima Baru Keluar Beraya

$
0
0

Raya Syawal Kelima


Pejam celik pejam celik, hari ini sudah pun Syawal keenam. Cepat masa berlalu. Macam mana hari raya anda? Seronok tak? Dapat melaram baju baru cantik-cantik, saudara-mara ramai pulang ke kampung halaman, sahabat yang lama tak berjumpa datang ke rumah.. mestilah seronok kan hehe.

Alhamdulillah, ramai tetamu yang datang ke rumah raya ni. Dari raya pertama sehingga keempat memang tak putus-putus tetamu datang. Baju raya pun tak sempat sarung. Pakai blouse dan skirt labuh je sebab banyak buat kerja-kerja dapur. Kalau pakai baju raya habis kena air, basah pulak nanti hihi.

Tapi takpelah seronok melayan ramai tetamu ni. Tetamu yang datang membawa rezeki. Kita yang berusaha menyediakan makanan dan minuman untuk tetamu juga dikira bersedekah. 

Pagi Syawal kelima, satu keluarga jiran yang juga saudara dekat datang beraya. Petang tu barulah keluarga dan saya keluar beraya. Seronok betul! Masa ni lah baru nak pakai baju raya haha. Syawal kelima pun jalan raya masih lagi penuh kereta. Tapi takdelah sampai sesak susah nak bergerak ke sana ke mari. Kalau time raya biasalah. Jalan raya bandar yang berdekatan kampung memang banyak kereta lalu tak seperti hari biasa. 


Langit pun cantik semalam. Tak panas sangat. Memang sesuai nak berjalan waktu tu. Mula-mula sekali beraya di rumah Mak Lang belah emak di Klebang Putra. Lalu ikut jalan lama tempuh Sungai Siput. Dah selesai makan-makan di sana, beraya pula ke rumah Pak Long di Taman Kuala Kangsar. Kemudian ke rumah Pak Tam di Talang. Sedapnya laksa homemade isteri Pak Tam buat! Perghhh teringat sampai sekarang kesedapannya. 

Hari ini dah Syawal keenam, petang ini beraya lagi. InsyaAllah ke Taiping pula. Lepas tu bolehlah jalan-jalan pusing-pusing kat Taiping sekejap. hehe

Mai cuti sampai Ahad ini. Memang tengah dalam mood raya lagi ni. Sementara cuti masih ada berayalah kan. Hati-hati di jalan raya, beraya dengan penuh berserdahana


Seminggu Cuti Beraya, Jangan Liat Mula Kerja

$
0
0

Cuti Raya Dah Habis


Seronoknya bercuti lebih-lebih lagi cuti kerana Hari Raya Aidilfitri. Sebabnya ketika cuti inilah masing-masing dapat meluangkan masa bersama keluarga, saudara-mara dan juga sahabat. Ditambah pula dengan aneka juadah raya yang pasti membuatkan kita sentiasa teringat dengannya. 

Diam tak diam, dah seminggu Syawal rupanya. Pantas masa berlalu. Akhirnya bertemu juga dengan Isnin. Hari Ahad, ada di antara kita yang sudah pun memulakan kerja dan juga sesi persekolahan. Sudah seminggu bercuti raya, jangan liat pula untuk mula bekerja atau bersekolah ye 😉 Nak tak nak, kena hadapinya juga. 

Tapi kalau asyik teringat raya sampai susah nak move on, bawa je kuih raya, lemang, ketupat dan rendang ke tempat kerja. Senang cerita. hehehe. Rilek lah.. Syawal kan sebulan. Tak cukup seminggu, ada baki tiga minggu lagi nak beraya.

jeti kuala kangsar, cuti raya

Dah penat beraya seminggu ni? Berehatlah supaya esok dapat memulakan kerja tanpa hati yang terpaksa. Semoga ceria selalu! 



Jangan Hanyut Dengan Cinta Buta Mengarut | JAUHILAH (Shape Of You Cover)

$
0
0

Lagu Jauhilah (Shape Of You Cover) Tentang Cinta Nyanyian The Faith


Cinta.. ramai antara kita yang menyalahertikan maksud cinta. Cinta itu sebenarnya suci yang lahir dari hati. Mana ada cinta hanya kerana rupa semata-mata. Mana mungkin cinta akan wujud hanya kerana harta. Cinta akan wujud kerana keikhlasan hati kita kasih terhadap sesuatu. Apabila ikhlas hadir, cinta akan datang tanpa dipaksa.

Shape of You

Cinta juga bukanlah jiwang karat semata-mata, bukan juga yang akhirnya ke 'lembah hitam'. Bukan hanya cinta sesama makhluk tetapi yang cinta kepada Allah, itu yang paling utama. Haa.. mesti anda tahu lagu Shape of You nyanyian Ed Sheeran kan? Sedap je bunyi lenggok lagu tu. Siap nyanyi dan bersiul-siul lagi bila dengarnya. Betul tak? Tapi... lirik lagu Shape of You ini sangat-sangat lucah, memang tak bagus untuk dibuat penenang jiwa.

Apa kata anda dengar lagu Jauhilah daripada kumpulan The Faith, lagu cover Shape of You pula. Pelbagai kata nasihat terkandung dalam lirik lagu cover ini. Jika lagu asal ini tentang zina, maka lirik yang team Tarbiah Sentap ubah ini adalah untuk ajak semua anak muda agar jauhi zina.



The Faith - JAUHILAH (Shape Of You Cover)

Lirik: Ustaz Adnin.
Lagu asal: Ed Sheeran.
Producer: Ustaz Adnin
Mixing & Mastering: Amin Nordin.
Video: Afiq Jamil.
Designer: Ubai Zaidi
TARBIAH SENTAP RECORDS

VERSE(ANIQ)
Tenggelam hanyut terlena,
Terbenam mabuk lalai jatuh dan leka,
Kisah ini adalah tentang aku,
Yang di goda dengan cinta..

Jika kau mahu tahu,
Kisah silam ku ini,
Ku pilih tuk bercerita oh,
Agar setiap kali kau melaluinya,
Kau mampu bertahan,
Dan kau mampu menang!

PRE CHORUS(FIRDAUS)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...

CHORUS(FAHIMI)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!

VERSE 2(AMIR)
Tipulah ku tak terumbang-ambing,
Dengan godaanmu itu,
Sungguh hatiku ini,
Berdebar tuk memilih,
Antara nafsu dan wahyu..

Ku terus ulang dan ulang,
Pesanan tuhan untukku,
Agar jauhi zina tercela,
Dan terkadang aku sangsi,
Namun ku sedari,
Dosa takkan buat ku bahgia,
Lalu ku bertahan..

PRE CHORUS(AMIR)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...

CHORUS 2(FAHIMI)
Teman jangan dikau hanyut,
Dengan cinta buta mengarut,
Pasti amalmu serabut,
Aku harap kau jauhi..
Dan waspada ikhtilatmu,
Agar hatimu tak terganggu,
Andai nikah kau masih lagi tak manpu,
Aku harap kau jauhi(3 kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu..

BRIDGE(ANIQ)
Jagalah dirimu teman(8 kali)

CHORUS(FIRDAUS)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu,
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!


Tak rugi dengar lagu ini kan? Secara tak langsung dapat menyedarkan diri sendiri dan juga orang tersayang di sekeliling kita tentang cinta yang sepatutnya. Semoga penyampaian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada saya, saya, saya dan anda semua. InsyaAllah.

* Berhibur tiada salahnya tapi carilah hiburan yang tidak melalaikan.


Resepi Puding Sagu Kuah Kastard Mudah Lagi Sedap

$
0
0

Resepi Puding Sagu Kuah Kastard yang Sedap


Sedapnya puding sagu kuah kastard. Memang menjadi kegemaran Mai puding ni. Sebelum ini selalu buat puding sagu gula melaka. Ini pun sedap juga. Tapi kali ini kuahnya ditukar kepada kuah kastard. Padan sangat dimakan bersama sagu, lebih-lebih lagi yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Sedapnya!

Puding Sagu Kuah Kastard

Cara nak membuat puding ini juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Mai buat puding sagu kuah kastard ni pun sebab bahan-bahannya memang dah ada di rumah. 

Jom ikuti cara-cara untuk membuat puding sagu kuah kastard yang mudah lagi sedap ini. Resepi ini asalnya daripada Azie Kitchen. Memang Mai ikut sebijik resepi Kak Azie ni cuma tak letak jagung manis semasa menghidang je. Puding yang anda patut cuba sebab sangat mudah disediakan.

Puding Sagu Kuah Kastard

Sagu
1 cawan biji sagu - saya guna yang berwarna hijau.
1 liter air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Pewarna kegemaran - saya tak tambah sebab guna biji sagu siap warna
Jagung manis - saya tak letak

Cara-cara membuatnya:
Biji sagu direndam lebih kurang setengah jam atau sehingga agak kembang sedikit. Kemudian toskan airnya.

Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.

Toskan sagu dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna yang warna yang anda sukai dan kacau menggunakan garfu.

Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.

Kuah Susu Kastard

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan di atas dan masak sehingga semuanya larut. Sentiasa kacau hingga mendidih.

Kuah sedia digunakan untuk dimakan bersama puding sagu dan jagung manis.

Cara menghidang:
Keluarkan sagu daripada acuan dan masukkan dalam mangkuk. Tuang kuah susu kastard. Letak sesudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati. Enak dimakan ketika sejuk.

Puding Sagu Kuah Kastard

Selamat mencuba!


Ramadhan Sudah Berlalu, Apa yang Kita Dapat?

$
0
0

Hasil daripada Ramadhan


Sekarang kita sudah pun berada dalam bulan Syawal. Dalam keseronokan kita menyambut kemenangan pada bulan ini, adakah kita telah mendapat sesuatu daripada bulan Ramadhan yang lalu? Atau masih sama seperti sebelumnya?
tazkirah ramadhan
FOTO blogthecall.wordpress.com

Hari ini sempat buka Channel Tarbiah Sentap di aplikasi Telegram lalu terbaca tazkirah yang dikongsikan oleh admin channel tersebut. Tazkirah ini benar-benar telah membuat hati saya 'terasa' dengan pengisiannya. Jom baca tazkirah seperti yang dikongsikan di Channel itu...

1) Adakah taqwa kita bertambah? Adakah takut kita pada Allah bertambah?

2) Adakah kita rasa bertambah manis ketika melakukan ibadah? Dan apakah AZAM kita untuk istiqamah dalam ibadah?

3) SOLAT kita bagaimana? Bagi lelaki, adakah kita berjaya didik diri kita untuk solat berjemaah 5 waktu di masjid secara berjemaah? Bagi perempuan pula, berjaya atau tidak mendidik diri solat di awal waktu?

4) Qiamullail dan tahajud kita bagaimana? Adakah sepanjang ramadhan kita dappat jaga tahajud, dan apakah kita ada niat untuk menjaga tahajud selepas ramadhan?

5) Bacaan Alquran kita bagaimana? Berjaya tak kita khatamkan Alquran sepanjang ramadhan? Kalau yang sebelum ni tak pandai dan tak lancar baca Alquran, adakah selepas berlalunya ramadhan, kalian dapat lancarkan bacaan alquran? Apakah kita berazam untuk membaca dan menghayati Alquran selepas ramadhan?

6) Bagaimana usaha kita untuk tinggalkan maksiat?


Yang tak menutup aurat, adakah ramadhan mampu menjadi pencetus untuk kalian mula menutup aurat?

Yang merokok, adakah ramadhan menjadi pencetus untuk kalian kurangkan rokok seterusnya meninggalkan rokok sedikit demi sedikit?

Yang ketagih zina atau, video lucah atau couple, apakah ramadhan berjaya menjadi pencetus untuk kalian tinggalkan semua itu?

Yang suka mencarut, adakah ramadhan berjaya mendidik hati dan lisan kalian untuk bercakap perkara yang Allah redha?

Yang ketagih drama dan movie, adakah ramadhan berjaya menyedarkan kalian bahawa melihat aurat, pergaulan bebas, atau segala unsur dosa di dalam movie atau drama itu adalah perkara yang Allah tidak redha?

Dan banyak lagi maksiat yang hanya kita dan ALLAH sahaja tahu.

Sejauh mana usaha kita untuk tinggalkan semua itu?

* * * *

Kawan..

Raya itu kemenangan.

Kemenangan bagi mereka yang berjaya menewaskan NAFSU dalam perang selama 30 hari.

Peperangan yang amat sengit, jatuh dan bangun, berpenat lelah.

Adakah kita berjaya menewaskan nafsu kita?

Atau..

Kita TEWAS dan terus menjadi hamba kepada nafsu?

Muhasabah.

Tanya pada diri.

Apakah yang aku dapat setelah 30 hari ramadhan Allah hadiahkan kepada ku?

Menangislah...


Allah... memang terasa sangat dengan ayat-ayat tu. Tapi tak mengapa. Selagi kita diberi peluang untuk melihat dunia ini, selagi itu kita masih berkesempatan untuk mengubah sikap yang tidak baik kepada yang lebih baik dan diredhai Allah. Jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi.

Semoga apa yang disampaikan ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan kita semua.


Seronoknya Menonton TV dengan Siaran Digital Percuma myFreeview!

$
0
0

Teruja dengan Kualiti Gambar Siaran Digital Percuma myFreeview


Seronoknya menonton TV dengan siaran digital percuma myFreeview! Mana tidaknya, kualiti gambar TV sangat bagus setelah disambungkan dengan dekoder MYTV. Rasa macam nak masuk dalam TV je macam iklan tu hehehe.

myFreeview Malaysia, dekoder MYTV

Nama abah Mai terpilih sebagai salah seorang penerima dekoder MYTV basic secara percuma. Penerima unit dekoder MYTV percuma ini dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. Ramai rakyat Malaysia yang dah terima dekorder ini. Anda boleh semak sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima unit dekoder MYTV melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, di laman web mybrodcasting.myatau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

myFreeview Malaysia, dekoder MYTV
Dekoder MYTV basic

Gambar TV sangat jelas dengan menggunakan dekorder ini. Teruja tengok TV dengan kualiti gambar yang sangat bagus ni. Sebabnya sebelum ini, gambar TV di rumah Mai siap ada bintik-bintik hitam putih lagi tu. Siaran yang jelas cuma TV1, 8TV dan TV9 je. Sekarang ini dapat tonton siaran TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV Alhijrah, BERNAMA dan TVi tanpa gangguan bintik hitam putih atau gambar jadi melayang. Apa yang menariknya tentang siaran digital myFreeview ialah semua siaran yang ditawarkan tidak dikenakan sebarang bayaran bulanan. Wow...

myFreeview Malaysia, dekoder MYTV
Gambar TV1 yang jelas
myFreeview Malaysia, dekoder MYTV
Tiada lagi bintik-bintik hitam putih di TV3. Yeayyy

Siapa dah dapat tu cepat-cepat sambungkannya dengan TV. Tak kisah TV apa pun yang anda guna. Jenis flat screen, jenis petak besar yang lama pun boleh. Kalau anda dah sambungkannya dengan TV dan masih tak dapat scan siaran, ini bermakna kawasan anda sedang dalam proses naik taraf pemancar. Jangan risau kerana anda pasti dapat tonton TV dengan kualiti gambar yang jelas juga, cuma perlu bersabar saja.

Dekorder MYTV ini abah Mai dapat lama dah, bila entah tak ingat bila poslaju hantar. Tapi semalam baru sambungkan dengan TV. Haha lambat sangat cuba. Orang lain dah lama cubanya. Rupanya senang je cara nak pasang dekoder ini dengan TV. Hanya ambil masa beberapa minit saja dengan merujuk panduan yang disertakan bersama dalam kotak dekoder. InsyaAllah Mai akan kongsikan cara mudah pemasangan dekorder MYTV langkah demi langkah pada entri seterusnya.


Cara Pasang Sendiri Dekoder MYTV di Rumah

$
0
0

Cara Pasang Sendiri Dekoder MYTV


Mudahnya pasang sendiri dekoder MYTV di rumah! Dah siap pasang, bolehlah mula menonton siaran digital myFreeview dengan kualiti gambar yang sangat jelas. Saya tahu, ramai rakyat Malaysia yang telah dapat dan guna dekoder ini. Bagi anda yang telah mendapat unit dekoder MYTV percuma ini dan masih belum menggunakannya, boleh cuba pasang sendiri di rumah. Sangat mudah.

Siapakah yang layak menerima unit dekoder MYTV basic secara percuma? Penerima unit dekoder MYTV percuma ini dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. Untuk membuat semakan sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima unit dekoder MYTV, anda boleh semak melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, di laman web mybrodcasting.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

cara pasang dekoder MYTV

Apa yang ada dalam kotak MYTV ini? Apabila anda telah menerima dekoder ini, periksa dulu komponen yang ada dalam kotak yang diberikan. Dalam kotak tersebut mengandungi 1 dekoder digital DTT, 2 bateri AAA, seunit alat kawalan jauh, 1 kabel RCA, panduan pengguna dan adapter kuasa.

Cara pasang dekoder MYTV
Dekoder MYTV

Jangan risau, mudah saja cara untuk pasang dekoder ini. Rujuk saja panduan pengguna yang disertakan, insyaAllah jadi.

Sebelum penyambungan dekoder ke TV dilakukan, matikan sumber kuasa sebelum menyambung dekoder ke peranti lain. Pastikan juga antena telah dipasang. Jom mula pasang dekoder ini. 

Cara Pasang Dekoder MYTV dan sambung dengan TV


1. Sambungkan kabel antena (luaran/ mudah alih) ke port ANT IN di panel belakang dekoder. Di rumah saya menggunakan antena luaran.

Panel belakang dekoder

2. Sambungkan kabel HDMI/RCA (guna salah satu saja sama ada HDMI atau RCA) dari dekoder ke TV.

Kabel RCA yang disambung ke TV

Kemudian, tukar mod TV ke mod HDMI/AV dan pilih berdasarkan kabel HDMI/RCA yang disambungkan sebentar tadi. 

cara setting MYTV
Saya pilih AV sebab guna kabel RCA

*Cara tukar mod TV ke mod HDMI/AV
Tekan butang Source atau Input pada alat kawalan jauh TV (mengikut alat kawalan jauh TV masing-masing).

cara setting MYTV


3. Teruskan dengan carian saluran kali pertama.


Tetapan dekoder untuk kali pertama

1. Sila pilih Bahasa menggunakan kekunci navigasi kiri atau kanan.

2. Seterusnya, untuk pilihan kuasa antena, sila pilih salah satu antara berikut:

     a) Antena Luaran - Pilih OFF
     b) Antena Dalaman dengan kuasa - Pilih OFF
     c) Antena Dalaman tanpa kuasa - Pilih ON

3. Seterusnya, tekan butang biru untuk carian saluran.

remote control MYTV

4. Sila tunggu sebentar sehingga imbasan auto carian saluran selesai dan saluran 1 akan terpapar secara automatik.

5. Anda kini boleh memilih saluran untuk ditonton. Selamat menonton.

*Untuk menukar saluran, gunakan alat kawalan jauh MYTV.

Penyelesaian Masalah: Menetapkan kembali siaran

Imbasan Auto

1. Sila tekan butang MENU.

2. Seterusnya, pilih Carian Saluran.

3. Seterusnya, pilih Imbasan Auto dan tekan OK. Masukkan kod pin '0000'.

4. Sila tunggu sehingga carian saluran selesai, saluran 1 akan terpapar secara automatik.

5. Anda kini boleh menonton saluran pilihan anda. Selamat menonton.


Imbasan Manual 

1. Sila tekan butang MENU.

2. Seterusnya, pilih Carian Saluran.

3. Seterusnya, pilih Imbasan Manual dan tekan OK. Masukkan kod pin '0000'.

4. Perhatikan penanda tahap Kekauatan dan Kualiti bertukar kepada hijau menandakan isyarat yang baik. Seterusnya, tekan Butang Biru dan anda boleh menonton saluran pilihan anda.

5. Jika tiada penanda hijau selepas 1 minit, sila hubungi 1 300 80 6988 untuk bantuan lanjut.


Masalah lain:

Jika ada masalah seperti... contohnya, anda dah tekan butang merah ON pada alat kawalan jauh MYTV dan lampu hijau muncul tetapi OFF sendiri selepas tu (keluar lampu merah).... kalau jadi macam ni, penyelesaiannya tekan je butang kuasa ON pada dekoder.

dekoder MYTV

Masalah ini terjadi setiap kali saya nak ON dekoder MYTV. Kejap je lampu LED hijau muncul, kemudian lampu merah pula muncul. Jadi saya ambil langkah tekan je butang pada dekoder tersebut. Selesai masalah.

Itu saja cara-caranya. Memang mudah. Tapi kalau anda ada sebarang masalah tentang pemasangan atau dekoder, hubungi MYTV Broadcasting di talian 1 300 80 6988. Untuk lebih lanjut tentang keperluan memasang dekoder MYTV ini, anda boleh membuat rujukan di laman myFreeview Malaysia.

Bagi anda yang tidak tersenarai dalam nama penerima unit dekoder MYTV percuma, anda boleh membuat pembelian dekoder MYTV Advance dengan wakil penjual berdekatan anda pada harga RRP: RM 299 + GST 6% atau beli online di SINI pada harga promosi RM199* (termasuk GST) secara online. (*Tawaran terhad sehingga 16 September 2017. Harga tidak termasuk kos penghantaran.). Untung sangat kalau beli online tau!


Sumber: Manual pengguna dekoder MYTV, laman wev MYTV, laman myFreeview dan sendiri.


Mini Giveaway : Duit Raya

$
0
0

Giveaway Duit Raya

Syawal masih lagi berbaki beberapa hari sebelum melangkah ke bulan Zulkaedah. Boleh beraya lagi la kiranya kan hehe. Dalam kesibukan menghadiri beberapa majlis rumah terbuka hari ini, sempat juga sertai Mini Giveaway : Duit Raya yang dianjurkan oleh blogger Tashira.

Giveaway duit raya
KLIK BANNER INI UNTUK SERTAI MINI GIVEAWAY: DUIT RAYA
Anda pun boleh sertai juga. Klik je banner di atas. Mudah je syarat-syaratnya. Hadiahnya berupa wang tunai RM30 dan RM20 akan diberikan kepada pemenang. Haaa.. apa lagi, jom sertai. Mana tau rezeki kita terselit di sini kan. InsyaAllah 😊

Semoga berjaya!


Edit Template dan Design Header Blog Coretan Murni Alysa

$
0
0

Edit Template dan Design Header Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Lama rasanya tak update entri blog tentang tempahan design blog. Sebenarnya saya masih ambil tempahan design atau edit blog sehingga kini cuma update artwork je lambat hehehe. Jadi hari ini saya nak kongsikan blog yang siap edit bersama headernya iaitu Blog Coretan Murni Alysa.

header blog

Blog Coretan Murni Alysa, blog yang bertemakan gabungan dua warna pastel sedap mata memandang. Template blog ini adalah readymade template responsive yang tersedia di laman Gooyaabi Templates. Warna temanya diubah daripada warna hitam putih kepada warna oren-kelabu terang dan slightly desaturated cyan. Header blog ini juga Mai designkan. Beberapa kod penting turut dimasukkan ke dalam template ini. Maka terhasillah seperti ini...

(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)


Bagi anda yang ingin menggunakan template readymade yang dah sedia ada dalam pelbagai laman template percuma tetapi tidak mahir untuk edit sendiri, insyaAllah Mai boleh bantu. Tak mahal pun caj yang dikenakan 😊 Yang penting blog cantik dan kemas, anda puas hati.

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah saya akan design / edit mengikut citarasa anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, hubungiMai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

> Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design



Design Template Responsive Blog SUPERVITAMINXOXO

$
0
0

Template Blog Responsive Tema Kesihatan

Servis design blog murah | Cantik gabungan warna merah jambu lembut dan warna peach. Itu adalah warna tema pilihan pemilik blog  untuk blog tersebut. Mai berkenan sangat dengan warna lembut macam ni. Ok, kali ini Mai berkongsi tentang design blog Supervitaminxoxo dengan pembaca semua.

Blog ini adalah blog kesihatan dan berkisarkan tentang makanan tambahan Shaklee. Jadi, pada header blog ini diletakkan ilustrasi yang berkaitan dengan kesihatan dan juga logo Shaklee.

header blog kesihatan

Jom lihat blog ini untuk paparan penuh dan lebih jelas di sini, Blog Supervitaminxoxo.

Blog pakej 4 + responsive: Blog Supervitaminxoxo

template responsive tema kesihatan

Banner blog
Watermark

Template blog ini adalah responsive, yang mana saiz paparannya akan mengikut daripada mana kitta lihat blog ini. Contohnya, jika lihat daripada telefon pintar anda, akan jadi seperti ini...

template blog responsive

template blog responsive

Alhamdulillah, pemilik blog ini amat berpuas hati dengan design ini.

Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah saya akan design / edit mengikut citarasa anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

> Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Lirik Lagu Despacito yang Patut Anda Ambil Tahu

$
0
0

Lirik Lagu Despacito

Tentang lirik lagu Despacito | Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Tetapi jangan tersalah memilihnya, carilah hiburan yang boleh memberi faedah kepada diri dan juga agama.

Ada orang suka belajar bahasa asing melalui lagu. Bagus kerana berjaya manfaatkan lagu tersebut. Tapi jika lagu tersebut mengandungi lirik yang tidak baik dan ada berbaur lucah, adakah ia bagus untuk dipelajari? Adakah ia bagus untuk sesiapa sahaja yang mendengarnya?

Lagu-lagu dengan lirik yang tidak memberi manfaat kepada kita elok sangat kita jauhkan. Kalau anda dah suka sesuatu lagu yang bukan dalam bahasa sendiri, tak salah buka Google Translator atau cari saja di internet maksud lagu tersebut. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu pun ada lirik yang mengutuk agama.

Viral mana pun sesebuah lagu, jika liriknya tidak sesuai didengar ia tetap tak sesuai. Apabila ada yang mempersoalkan tentang lirik lagu yang sedap dan viral, ada yang kata "Alahhh... tu cuma lagu je, apa salah nak dengar. Bukannya nak ikut buat pun". Contoh mudah, lagu Despacito yang dipopularkan oleh Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber. Rentak lagunya memang sedap didengar. Tapi lirik di sebaliknya?

Jom kita lihat maksud sebenar lirik Despacito yang tengah hot sekarang ini.

Terjemahan lirik lagu Despacito

terjemahan lirik lagu despacito
Lirik Justin Bieber ft. Luis Fonsi, Daddy Yankee - Despacito

[Intro: Justin]
Comin' over in my direction
Kemarilah
So thankful for that, it's such a blessin', yeah
Sangat bersyukur untuk itu, itu seperti berkat bagiku
Turn every situation into Heaven, yeah
Ubah situasi menjadi seperti di surga
Oh, you are
Oh, kau adalah
My sunrise on the darkest day
Cahaya matahariku di hari kegelapan
Got me feelin' some kind of way
Membuatku merasakan sedikit kemajuan
Make me wanna savor every moment slowly, slowly
Membuatku ingin merasakan semua momen secara perlahan
You fit me, tailor-made love, how you put it on
Kau cocok denganku, cinta buatan penjahit (penjahit selalu membuat pakaian sesuai ukuran sipemesan), bagaimana kau bisa melakukannya
Got the only key, know how to turn it on
Mendapatkan satu-satunya kunci, tahu bagaimana cara menghidupkannya
The way you nibble on my ear, the only words I wanna hear
Caramu menggigit telingaku, Satu-satunya kata yang ingin aku dengar(yaitu)
"Baby, take it slow so we can last long"
"Sayang, pelan-pelan saja supaya kita bisa bertahan lama"

[Verse 1: Daddy Yankee & Luis Fonsi]
Oh, tú, tú eres el imán y yo soy el metal
Kau adalah magnet dan aku adalah logam
Me voy acercando y voy armando el plan
Aku semakin mendekat dan aku membuat rencana
Sólo con pensarlo se acelera el pulso
Memikirkan denyut nadi ku yang semakin cepat
Oh, yeah
Ya, ya me está gustando más de lo normal
Dan aku menikmatinya lebih dari biasanya
Todos mis sentidos van pidiendo más
Semua panca indra saya meminta lebih
Esto hay que tomarlo sin ningún apuro
Kita harus melakukan ini tanpa kesulitan

[Coro: Justin & Fonsi, Yankee]
Despacito
Pelan-pelan
Quiero respirar tu cuello despacito
Aku ingin bernafas dilehermu pelan-pelan
Deja que te diga cosas al oído
Biarkan aku berbisik ditelingamu
Para que te acuerdes si no estás conmigo
Supaya kau bisa mengingat aku saat kau tak bersamaku
Despacito
Pelan-pelan
Quiero desnudarte a besos despacito
Aku ingin melepaskan pakaianmu secara perlahan sambil menciummu
Firmo en las paredes de tu laberinto
Memasuki "dinding labirin" mu
Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito
Dan membuat tanda diseluruh tubuhmu
(Sube, sube, sube, sube)
(Naik, naik, naik, naik)

[Bridge 1: Fonsi & Yankee]
Quiero ver bailar tu pelo
Aku ingin melihat tarianmuQuiero ser tu ritmo
Aku ingin mengikuti ritmemu
Que le enseñes a mi boca
Aku ingin kau mengajar mulutku
Tus lugares favoritos
Bagian favoritmu
(Favorito, favorito, baby)
(favorit favorit, sayang)
Déjame sobrepasar tus zonas de peligro
Biarkan aku melewati zona berbahayamu
Hasta provocar tus gritos
Hingga aku membuatmu berteriak
Y que olvides tu apellido
Dan membuatmu melupakan nama terakhirmu

[Verse 2: Yankee]
Si te pido un beso, ven, dámelo
Jika aku meminta ciuman, kemari, dan berikan padaku
Yo sé que estás pensándolo
Aku tahu kau memikirkan itu
Llevo tiempo intentándolo
Aku sudah berusaha beberapa kali
Mami, esto es dando y dándolo
Mami, aku menyerah
Sabes que tu corazón conmigo te hace bang-bang
Aku tahu saat kau bersamaku jantungmu berdenyut kencang
Sabes que esa beba está buscando de mi bang-bang
Kau tahu bahwa kau berusaha membuatku deg-gean
Ven, prueba de mi boca para ver cómo te sabe
Ayo coba rasakan mulutku untuk mencari tahu apa yang terjadi
Quiero, quiero, quiero ver cuánto amor a ti te cabe
Aku ingin tahu berapa banyak cinta yang bisa kau buat
Yo no tengo prisa, yo me quiero dar el viaje
Aku tidak buru-buru, aku ingin berjelajah
Empecemos lento, después salvaje
Mari kita mulai dengan perlahan lalu menjadi liar

[Bridge 2:Yankee]
Pasito a pasito, suave suavecito
Langkah demi langkah, perlahan-lahan
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Kita semakin dekat sedikit demi sedikit
Cuando tú me besas con esa destreza
Saat kau menciumku dengan keahlian itu
Veo que eres malicia con delicadeza
Aku bisa tahu bahwa kau sudah ahli
Pasito a pasito, suave suavecito
Langkah demi langkah, perlahan-lahan
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Kita semakin dekat sedikit demi sedikit
Y es que esa belleza es un rompecabezas
Dan kecantikan itu masih menjadi teka-teki
Pero pa' montarlo aquí tengo la pieza
Tapi aku mendapatkan petunjuk dari teka-teki itu
¡Oye!
Hey!

[Coro: Justin & Fonsi, Yankee]
Despacito
Pelan-pelan
Quiero respirar tu cuello despacito
Aku ingin bernafas dilehermu pelan-pelan
Deja que te diga cosas al oído
Biarkan aku berbisik ditelingamu
Para que te acuerdes si no estás conmigo
Supaya kau bisa mengingat aku saat kau tak bersamaku
Despacito
Pelan-pelan
Quiero desnudarte a besos despacito
Aku ingin melepaskan pakaianmu secara perlahan sambil menciummu
Firmo en las paredes de tu laberinto
Memasuki "dinding labirin" mu
Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito
Dan membut tanda diseluruh tubuhmu
(Sube, sube, sube Sube, sube)
(Naik, naik, naik, naik)

[Bridge 1: Fonsi & Yankee]
Quiero ver bailar tu pelo
Aku ingin melihat tarianmu
Quiero ser tu ritmo
Aku ingin mengikuti ritmemu
Que le enseñes a mi boca
Aku ingin kau mengajar mulutku
Tus lugares favoritos
Bagian favoritmu
(Favorito, favorito, baby)
(favorit favorit, sayang)
Déjame sobrepasar tus zonas de peligro
Biarkan aku melewati zona berbahayamu
Hasta provocar tus gritos
Hingga aku membuatmu berteriak
Y que olvides tu apellido
Dan membuatmu melupakan nama terakhirmu

[Verse 3: Fonsi]
Despacito
Pelan-pelan
This is how we do it down in Puerto Rico
Begini cara kita melakukannya di Puerto Rico
I just wanna hear you screaming, "¡Ay, Bendito!"
Aku hanya ingin mendengarmu berteriak "Ohh, diberkatilah"
I can move forever cuando esté contigo
Aku bisa bergoyang selamanya saat melihatmu..
¡Bailalo!
Menari

[Bridge 3: Yankee, Fonsi & Justin]
Pasito a pasito, suave suavecito
Langkah demi langkah, perlahan-lahan
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Kita semakin dekat sedikit demi sedikit
Que le enseñes a mi boca
Aku ingin kau mengajar mulutku
Tus lugares favoritos
Bagian favoritmu
(Favorito, favorito, baby)
(favorit favorit, sayang)
Pasito a pasito, suave suavecito
Langkah demi langkah, perlahan-lahan
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Kita semakin dekat sedikit demi sedikit
Hasta provocar tus gritos (Fonsi)
Hingga aku membuatmu berteriak
Y que olvides tu apellido
Dan membuatmu melupakan nama terakhirmu
Despacito
Pelan-pelan

*Sumber terjemahan lirik daripada laman Best of Lyric.

Begitulah terjemahan liriknya. Kalau kita amati betul-betul, sebenarnya banyak je lagu dari luar yang berkisarkan tentang cerita-cerita yang tak bagus sebegini disebaliknya. Dengan rentak lagu yang memikat, inilah cara yang dapat menarik orang untuk dengar sesebuah lagu. Kebanyakan lagu Bahasa Inggeris memang sedap tapi ada beberapa lagu yang liriknya amat tidak sesuai didengar. 

Cuba anda dengar lagu cover Despacito dan  Shape Of You nyanyian The Faith. Confirm 'terasa hati'. Lirik lagunya diganti dengan lirik yang mengajak kita meninggalkan perkara yang buruk dan penuh makna tersirat. Senang cerita, buka Youtube dan cari 'The Faith'. Beratur lagu cover best tersedia untuk anda.

Berhibur tak ada salahnya melainkan kita mencalarkan hiburan itu dengan sesuatu yang hodoh. Maka hodohlah dilihat sesuatu hiburan itu. Kalau kata nak belajar Bahasa Inggeris melalui lagu, cari lagu yang betul-betul boleh membantu.

Pilihan di tangan anda. Jangan kotori hiburan dan jangan lalai kerana hiburan. Sebut yang baik-baik, 


Sudah Dapat Suntikan Vaksinasi HPV?

$
0
0

Suntikan Vaksinasi HPV

Alhamdulillah, Mai dah dapatkan suntikan vaksinasi HPV. Selasa (18 Julai 2017) merupakan temujanji pertama untuk suntikan dos 1. Anda sudah dapatkan suntikan ini? Kalau belum, cepat-cepat buat temujanji di Klinik Nur Sejahtera LPPKN terdekat atau Pusat Kesihatan IPTA anda. Lagi cepat anda bertindak, lagi bagus.

Seingat Mai, lama dah bagi nama di klinik, dalam tahun ni juga.  Tapi dapat panggilan untuk temujanji suntikan dalam bulan Julai ini sebab bekalan vaksin baru ada bulan ni. Tak kisahlah. Janji dapat suntikan ni. 

Kali ini Mai kongsikan info tentang suntikan vaksinasi HPV yang sememangnya memberi kebaikan kepada kaum wanita.

Program Vaksinasi HPV

Kerajaan, dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak. Program ini merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai 'catch up' group bagi wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser serviks/pangkal rahim.


Apa itu Human Papillomavirus (HPV)?

HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.

virus HPV, kanser serviks, kanser pangkal rahim

  • Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV.
  • Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser serviks/pangkal rahim.

Tentang Kanser Serviks yang patut ambil tahu

Di Malaysia, kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum.

Mengikut Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007, kanser serviks merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pap smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.

Vaksinasi HPV

  • Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV.
  • Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
  • Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
          Dos 1: Tarikh vaksinasi pertama diberikan
          Dos 2: 1 bulan selepas suntikan pertama
          Dos 3: 6 bulan selepas suntikan pertama

Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Kriteria wanita layak di bawah Program Vaksinasi HPV

  • Bermula Januari 2017, pemberian vaksinasi HPV secara percuma melalui program ini adalah kepada wanita bujang/belum pernah berkahwin, warganegara malaysia atau penduduk tetap yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996. Anda boleh dapatkan suntikan ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN.
  • Tidak hamil.
  • Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

Kesan sampingan daripada suntikan vaksinasi HPV

Vaksinasi ini adalah selamat - Jawatankuasa Penasihat Sedunia Untuk Keselamatan Vaksin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah membuat kesimpulan bahawa vaksin HPV mempunyai profil keselamatan yang baik (Human Papillomavirus Vaccines WHO Position Paper 10th April 2009).

Seperti vaksinasi lain, anda mungkin mengalami sedikit kesakitan, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan. - Tangan Mai yang kena suntik tu rasa lenguh sangat, berlarutan sampai keesokan harinya. Lepas tu ok dah.

Demam, pening kepala, loya atau muntah.

Sekiranya anda mengalami masalah akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Penting!
  • Pastikan anda melengkapkan 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan.
  • 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks.


Tempat mendapatkan vaksinasi HPV

Vaksinasi HPV boleh didapati di mana-mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh negara kecuali Klinik Nur Sejahtera Ampang dan Klinik Nur Sejahtera Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jika anda berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), vaksinasi akan diberikan di Pusat Kesihatan IPTA.

Vaksinasi adalah PERCUMA. Bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan hanya untuk pemeriksaan kolesterol dan gula sahaja.

Pelbagai soalan yang kerap ditanya dan jawapan tentang Program Vaksinasi HPV boleh dirujuk di > Soalan lazim tentang Program Vaksinasi HPV


Sumber: Pamphlet Program Vaksinasi HPV, laman web rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.


Kucing Pun Pandai Merajuk

$
0
0

Perkara Comel Tentang Kucing 


Rupanya kucing pun pandai merajuk. Nasib baik tetap comel macam tuan dia walaupun tengah merajuk 😂 .

kucingmerajuk

Kisahnya petang semalam, marah Abby, kucing Mai sebab dia selerakkan surat khabar. Tapi bukan marah betul-betul pun. Acah-acah marah manja je kat dia. Lepas tu terus je dia berlari keluar rumah. Mai pun ikut la dia nak pergi mana.

Ingatkan ke mana la dia nak pergi. Rupa-rupanya ke reban ayam hahaha. Nasib dekat je. Tepi reban ayam tu ada satu bakul besi kosong yang bersih. Abby masuk dalam bakul tu sembunyikan diri. Elehh... ingat Mai tak nampak dia la tu.

Mai pun pergi dapatkan Abby. Tapi dia lari pula. Bukan ke mana pun, lari masuk rumah je. Cari punya cari, atas almari pula dia menyorok. Pandang muka Mai pun dia tak nak. Mai pun ambil dan peluk dia. Boleh pula dia jelir lidah macam tengah dahaga tu. Selalunya takda macam ni pun. Gosok-gosok dagu dan kepala dia pun tak jadi juga. Bagi wetfood pun tak mahu juga. Tiba-tiba je jadi memilih, pergi dekat orang lain nak bermanja. Adoi.. merajuk betul Abby ni. Susah hati bila dia merajuk. Rasa macam hilang saudara je bila dia taknak layan kita haha.

Abby ni manja sangat, dibela dari kecil lagi bersama kakaknya, Memey. Tak pernah marah atau pukul pun. Sekali dia kena marah, terus merajuk. Tapi tengah merajuk pun comel. Bila dia merajuk, rasa macam adik sendiri yang merajuk siap kena pujuk pula tu. Beberapa jam kemudian barulah dia ok nak manja dengan kita. Abby..abby.. geram sangat sebab dah pandai nak merajuk 🐱

kucing comel
Budak Abby yang comel sangat

Kucing pun ada perasaan juga kan. Cuma kita je yang tak pandai nak faham dia sebab dia tak sama macam manusia. Contohnya, kucing pun tahu marah kalau anaknya diusik. Orang yang rapat dengan mereka pasti lebih memahami tentangnya. Mai terfikir, macam manalah agaknya kucing rasa ketika mereka diseksa. Sedih sangat bila tengok video ada segelintir manusia yang tergamak membunuh kucing dengan kejam tanpa rasa kasihan.

Apa pun, kita perlu sentiasa saling mengasihi sesama makhluk. Tak rugi pun kita buat begitu kerana setiap ciptaan Allah ada manfaatnya.


Edit Template Dan Design Header Blog Coretan Hati Lya

$
0
0

Servis Edit Template dan Design Header Blog


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini nak kongsi hasil kerja yang dah siap dengan pembaca semua iaitu edit template dan design header blog Coretan Hati Lya. 

Blog Coretan Hati Lya ini dimiliki oleh blogger yang lebih mesra disapa Kak Lya. Kak Lya memang suka warna hijau. Tengok saja blognya, hijau juga yang jadi pilihan hehe. Kali ini, warna hijau zaitun dan merah dipilih sebagi warna tema blog. Di bawah ini adalah header blognya yang terkini. Gambar Kak Lya bersama anak-anaknya diletakkan pada header dengan sedikit elemen bungaan.

design header blog
Header terkini blog Coretan Hati Lya

Di bawah ini pula ialah header blog sebelum ini. Header ini juga Mai designkan.

header blog
Header lama

Readymade template responsive yang tersedia di laman Gooyaabi Templates ini menjadi pilihan Kak Lya untuk blognya. Anda boleh terus ke blog Coretan Hati Lya untuk paparan penuh dan lebih jelas.


template blog responsive

Blognya simple, kemas dan pastinya tidak serabut. Biar designnya simple, janji pengisiannya mantap. Ye dak? hehe

Anda teringin menggunakan template readymade yang dah sedia ada dalam pelbagai laman template percuma tetapi tidak mahir untuk edit sendiri? Cepat-cepat roger Mai ok. InsyaAllah Mai boleh bantu. Tak mahal pun caj yang dikenakan 😊 Yang penting blog cantik mata memandang dan kemas, anda puas hati.

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah saya akan design / edit mengikut citarasa anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

> Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live