Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Cara Memasang Iklan In-article Native Google AdSense Dalam Entri Blog

$
0
0

Cara Pasang Iklan In-article Native Google AdSense Dalam Entri


Memasang iklan Google AdSense di tengah entri adalah salah satu posisi iklan yang membantu dalam meningkatkan lagi earning kerana dapat menarik perhatian pembaca untuk klik iklan tersebut. Kini pihak AdSense menambah lagi satu iklan native iaitu In-article Native Ad atau iklan dalam artikel.

In-article adalah format iklan baru yang dioptimumkan Google yang membantu anda meletakkan iklan antara perenggan halaman anda. Banner iklan jenis ia adalah responsif. Paparan iklan In-article dengan susun atur yang sesuai antara gambar dan ayat yang membuatkan ia nampak lebih kemas. Elemen iklan pengiklan yang berkualiti tinggi digunakan bagi iklan jenis ini berbanding banner iklan standard. Contoh iklan in-article seperti gambar di bawah ini...
cara pasang iklan adsense dalam entri
Contoh In-article Native Ad Google Adsense

    Jadi, kali ini Mai ingin berkongsi cara mudah untuk memasang In-article Native Ad atau iklan Google AdSense dalam artikel.

    Ikuti langkah-langkah berikut:

    Bahagian A

    1. Log in ke akaun AdSense anda.

    2. Di panel navigasi kiri, klik My Ads.

    cara pasang iklan in-article dalam entri

    3. Klik butang + New ad unit.

    cara pasang iklan in-article dalam entri

    4. Klik In-article ads

    cara pasang iklan in-article dalam entri

    5. Beri nama iklan dalam artikel anda.

    cara pasang iklan in-article dalam entri

    6. Klik butang biru Save and Get Code.

    cara pasang iklan in-article dalam entri
    Kod iklan in-article

    Bila dah dapat kod, bolehlah letak dalam blog.


    Bahagian B
    Cara pasang iklan di dalam entri/artikel:

    1. Pergi ke dashboard blog, kemudian klik Theme > Edit html. Tekan Ctrl+f pada keyboard dan masukkan kod <data:post.body/>. Kalau ada jumpa banyak kod ini, cuba satu2 sehingga iklan muncul di blog.

    2. Copy dan paste kod di bawah ini dan gantikan dengan kod di bawah:

    <div expr:id='"post1" + data:post.id'/>
    <div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
    <center>
    *Letakkan kod unit adsense hasil parse disini
    </center>
    </div>
    <div expr:id='"post2" + data:post.id'>
    <data:post.body/></div>
    <script type='text/javascript'>
    var obj0=document.getElementById("post1<data:post.id/>");
    var obj1=document.getElementById("post2<data:post.id/>");
    var s=obj1.innerHTML;
    var t=s.substr(0,s.length/2);
    var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
    if(r>0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
    </script>

    Seterusnya, anda perlu parse kod iklan anda di Blogcrowds (klik).

    cara parse kod iklan adsense

    Gantikan ayat ini > *Letakkan kod unit adsense hasil parse disinidengan kod iklan anda yang telah diparse.

    cara pasang iklan in-article dalam entri
    Contoh kod iklan in-article AdSense yang telah diparse

    3. Kemudian, klik butang Preview Template untuk memastikan tiada sebarang error terjadi. Jika tiada, boleh Save Template.

    cara pasang iklan in-article tengah entri

    4. Iklan akan muncul di blog dalam tempoh 20-30 minit selepas kod dimasukkan. 
    Apa yang perlu buat selepas tempoh itu ialah klik salah satu entri blog anda dan lihat sama ada iklan AdSense muncul dalam entri atau tidak. Kalau tak muncul, anda perlu cuba letakkan kod dalam langkah 2 di bawah kod <data:post.body/> yang ada sehinggalah iklan muncul.

    Dah muncul di blog? Tahniah. Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh ajukan sebarang pertanyaan di ruangan komen, InsyaAllah Mai tolong yang mana mampu.


    Kredit kepada sayidahnapisah.com untuk kod letak iklan AdSense di tengah artikel blog.



    Giveaway Nurul & Friends

    $
    0
    0

    Giveaway Julai

    Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊 Pejam celik pejam celik, Julai bakal melabuhkan tirainya. Sebelum Julai berakhir, sempatlah juga Mai sertai satu giveaway ini iaitu Giveaway Nurul & Friends.

    Lebih 20 orang pemenang dicari untuk giveaway ini tau! Hadiah pun menarik semuanya. Tak perlu susah-susah, klik je banner di bawah ini untuk sertai Giveaway Nurul & Friends.

    KLIK BANNER INI - GIVEAWAY NURUL & FRIENDS

    Giveaway ini tamat pada 31 Julai 2017. Nak dekat sangat dah tu. Klik banner di atas cepat-cepat dan sertai giveaway ini. Mana tahu rezeki anda Allah dah tulis ada dalam giveaway ini.

    Semoga berjaya!


    Endang Hyder Cover Lagu-lagu Popular Guna Biola. Serius Sedap!

    $
    0
    0

    Bakat Endang Hyder Cover Lagu Popular Guna Biola


    Pertama kali Mai tonton video Endang Hyder cover lagu menggunakan biola masa di Facebook. Memang sedap bunyinya! Indah alunan biola daripadanya. Terus jatuh cinta untuk dengar dan terus dengar. 

    Lepas tu Mai terus cari di Youtube pula. Rupanya banyak dah lagu yang Endang Hyder cover menggunakan biola. Kagum betul dengan kebolehannya sehingga dapat menghasilkan alunan muzik daripada biola yang sangat indah didengar.

    Siapakah Endang Hyder?


    Endang Hyder atau nama sebenarnya Ell Zain Hyder Zainuddin merupakan seorang seorang guru muzik yang memiliki sebuah akademi muzik iaitu Aizel Academy of Music yang terletak di Ukay Boulevard, Hulu Kelang. Cikgu muzik ini juga adalah seorang isteri dan juga ibu.

    Endang Hyder, cover lagu Zalikha

    Beberapa lagu yang popular sekarang ini seperti Despacito, Zalikha, Aisyah, Jampi, Menahan Rindu, Sejati dan lagu-lagu yang lain Cikgu Endang cover menggunakan biola. Jom dengar salah satu lagu cover hasilnya, lagu Zalika (Floor88) ...



    Sedap kan? Tak jemu dengar. Asyik nak ulang je. hehehe. Memang berbakat Cikgu Endang yang mula belajar muzik seawal usia 8 tahun ini.

    Kalau nak kenal Cikgu Endang dengan lebih dekat lagi, like saja page Facebook miliknya, Endang Hyder, Instagram Endang Hyder dan subscribe channel Youtube Endang Hyder untuk tonton video pelbagai lagu versi cover hasilnya.


    Design Cover Photo Facebook Page Agen B Confident

    $
    0
    0

    Design Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo Tema Bisnes


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini kita dah pun melangkah ke bulan Ogos, sinonim dengan bulan kemerdekaan negara kita Malaysia. Kejap je masa berlalu kan. Hari ini Mai nak kongsi satu artwork dengan anda semua iaitu Facebook cover photo untuk page agen B Confident.

    Cover photo ini bertemakan warna merah jambu disesuaikan dengan kotak produk B Confident. Kaum wanita memang suka dengan warna ini secara tak langsung dapat menarik perhatian mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Pemilik page tersebut juga nak cover photo ini nampak meriah ada bling-bling lagi. Diselitkan juga bunga mawar sebagai penaik seri cover photo ini. Maka jadilah seperti ini hasilnya...

    design cover photo murah

    Di bawah ini pula profile picture yang direka khas secara percuma.
    PERCUMA dengan setiap tempahan cover photo tau.

    profile picture facebook

    Syukur Alhamdulillah pemilik page agen B Confident amat berpuas hati dengan design ini. Kalau anda tak berapa mahir untuk design sendiri Facebook cover photo, amat dialu-alukan untuk membuat tempahan dengan saya. 

    Mai menerima tempahan Facebook cover photo untuk pelbagai jenis tema page
    seperti peribadi, bisnes, syarikat dan lain-lain lagi.

    Anda boleh membuat tempahan melalui:
    Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
    Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

    Design dan Cetak Kad Nama Mr.Emcee

    $
    0
    0

    Design dan cetak kad bisnes/kad nama murah

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sihat dan ceria selalu 😊. Hari ini Mai nak kongsi satu artwork dan hasil cetakan iaitu kad nama untuk Mr.EmCee Khairi Khairuddin.

    Mr.Emcee telah memilih warna hitam dan merah sebagai warna tema kad namanya. Pada bahagian depan kad nama tersebut diletakkan gambar, logo dan juga butir-butir untuk dihubungi. Latar belakang kad nama ini berwarna hitam yang bercorak. Kad nama ini adalag art card dengan kemasan matte laminate yang kalis air. Mr.Emcee nak design yang simple je. Ini adalah hasil design dan cetak kad namanya...

    kad bisnes murah

    Alhamdulillah Mr.Emcee amat berpuas hati dengan hasil design dan cetak kad nama ini. Kalau anda sedang mencari emcee untuk pelbagai majlis, apa kata anda hubungi je Mr.EmCee Khairi Khairuddin terus.

    Anda sedang mencari kad nama/kad bisnes dengan harga berpatutan? Pelbagai jenis kad ada seperti art card, art card dengan kemasan matte laminate, art card dengan kemasan glossy, spot uv dan frosted plastic card.

    Pelbagai manfaat yang akan anda dapat dengan memiliki kad nama/kad bisnes. Kad bisnes atau kad nama adalah sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan atau servis yang anda tawarkan.

    Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
    seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan, tag label dan lain-lain lagi dengan 
    harga yang berpatutan dan berkualiti?

    Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan labih lanjut, hubungi Mai melalui:
    Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
    Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


    Jujurlah Dalam Menyampaikan Ilmu

    $
    0
    0

    Ilmu dan dakwah


    Menyampaikan ilmu ni kena jujur.

    Dakwah juga kena jujur.

    Kita dakwah, bukanlah untuk orang ikut kita. Tetapi, tujuan dakwah adalah supaya orang ikut Allah.

    Ajaklah manusia kepada Allah, bukan kepada diri kita.

    sampaikan ilmu

    Andai ada orang puji kita, kembalikan pujian tersebut pada Allah. Sesungguhnya, kita ni hakikatnya tak layak langsung di puji.

    Banyak sangat dosa kita pada Allah dan pada manusia. Aib kita menggunung tinggi, tapi Allah sembunyikan aib kita. Dalam keadaan banyak aib ni, Allah masih izinkan kita untuk dipuji oleh orang ramai.

    Namun, pujian itu ujian.

    Mengapa perlu bangga? Kebanyakan pujian orang tu sebenarnya kita tak layak. Orang kata kita baik? Kita sebenarnya banyak dosa. Orang kata kita hebat? Kita sebenarnya sering tewas dengan nafsu. Orang kata kita banyak ilmu? Hakikatnya ilmu kita cetek, tu pun kita dah bangga.

    Ah!

    Kita langsung tak layak di puji!

    Ingat, pujian itu ujian.

    Jangan bangga bila orang puji. Kembalikan pujian itu pada Allah, dan doalah pada Allah agar setiap pujian mereka itu menjadi DOA supaya kita ini betul-betul menjadi seperti apa yang mereka puji.

    Allah.

    Segala puji bagiMu!


    Ini merupakan perkongsian daripada Channel Telegram Tarbiah Sentap. Sentap juga membacanya. Betul semuanya. Biarlah setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini niatnya kerana Allah. InsyaAllah manfaatnya kita juga yang akan rasa. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka hati dan mata kita supaya sentiasa perbaiki diri kepada yang lebih baik.


    Hilang Stress Dengar Lagu Baby Shark Doo Doo Doo

    $
    0
    0

    Lagu Baby Shark Hilangkan Stress

    Baby Shark Doo Doo Doo Doo Doo Doo... suka betul Mai dengar lagu ni. Mengalahkan budak tadika je hahaha. 

    Lagu Baby Shark

    Pertama kali Mai dengar lagu Baby Shark beberapa bulan lepas, sebelum lagu ni jadi viral di Malaysia. Masa tu adik yang sedang belajar di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK) nak buat presentation. Salah satu lagu yang dia gunakan adalah lagu Baby Shark. Mula-mula dengar pun best dah. Comel je 😃

    Lagu ini memang mampu menarik minat kanak-kanak untuk dengarnya. Menyanyi sambil menari lagi tu. Video-video lagu ini juga penuh warna-warni, merangsang minda kanak-kanak. Bukan kanak-kanak je suka lagu ni, yang dewasa pun sama. Betul tak? hehehe. 

    Hilang stress dengar lagu Baby Shark ni tau. Nah.. dengar kompilasi lagu Baby Shark, mana tahu kot boleh hilangkan tekanan yang melanda tu 😁 Macam-macam rentak yang best ada. Confirm rasa nak menari je nanti hihi



    Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com

    $
    0
    0

    Bulan Ogos bulan merdeka bagi Malaysia. Saya dah menyertai Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com. Sudah pasti hadiah-hadiah menarik disediakan untuk para pemenang. Untuk sertai giveaway ini, klik je banner di bawah.

    KLIK BANNER UNTUK SERTAI MERDEKA GIVEAWAY INI

    Semoga berjaya!



    Edit Template Dan Design Header Blog Ciklapunyebelog

    $
    0
    0

    Servis Edit Template dan Design Header Blog

    Jom tengok artwork kali ini iaitu edit template responsive dan design header blog Ciklapunyebelog. Kali ini ilustrasi keluarga juga dilukis seperti yang pemilik blog inginkan. 

    Blog Ciklapunyebelog ini dimiliki oleh blog Cikla, bertemakan warna merah jambu. Header blog ini diletakkan ilustrasi Cikla dan anak-anaknya. 

    header blog comel

    Di bawah ini pula adalah template blog yang siap edit dengan warna merah jambu. Jom ke Blog Ciklapunyebelog untuk melihat paparan template dengan lebih jelas.


    template blog responsive

    Ilustrasi Cikla bersama anak-anaknya yang Mai lukis. Macam-macam gaya ada kan 😊

    doodle, ilustrasi keluarga

    Anda teringin menggunakan template readymade yang dah sedia ada dalam pelbagai laman template percuma tetapi tidak mahir untuk edit sendiri? Cepat-cepat roger Mai ok. InsyaAllah Mai boleh bantu. Tak mahal pun caj yang dikenakan 😊 Yang penting blog cantik mata memandang dan kemas, anda puas hati.

    Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah Mai akan design / edit mengikut citarasa anda.

    Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi Mai melalui:

    Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
    Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)




    Kamu Mengaku Sudah Kaya?

    $
    0
    0

    Kaya Harta di Dunia


    Aku kaya! Benarkah dengan memiliki pelbagai jenis aset di dunia ini sudah membuatkan kita cukup kaya?

    kaya, miskin, kaya harta
    Sumber: Google


    Terkesan dengan ayat pesanan perkongsian daripada sebuah channel di Telegram, tak ingat pula channel yang mana satu...

    Jangan mengaku diri tu sudah kaya, kerana Allah itu lagi Maha Kaya memiliki segala isi di dalam dan di luar bumi.

    Dalam surah Luqman ayat 26 yang bermaksud, "Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji".

    Jadi, jangan pernah sombong dan angkuh dengan apa yang dimiliki kerana semuanya milik Allah. Yang penting, sentiasa bersyukur kepada Allah dengan setiap rezeki pemberian-Nya walaupun kecil.

    Ada orang cari harta kerana cintakannya
    Ada orang cari harta kerana mahu kaya
    Ada orang cari harta kerana mahu orang lain bahagia
    Ada orang cari harta kerana mahu puaskan hati
    Ada orang cari harta kerana mahu bantu diri sendiri
    Ada orang cari harta kerana niat yang satu, iaitu kerana Allah cinta hakiki.

    Teringat kata-kata seorang ustaz, kalau kita lakukan sesuatu kerana Allah, InsyaAllah kita akan dapat banyak hasil daripadanya berbanding melakukan sesuatu hanya kerana perkara tertentu, maka itu sahajalah yang dia akan dapat.

    Jom muhasabah diri.


    Design Cover Photo Facebook Personal Page Mea Qaisara

    $
    0
    0


    Design Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo Tema Bisnes

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 😊 Hari ini Mai nak kongsi artwork iaitu Facebook cover photo untuk page peribadi yang menjalankan aktiviti perniagaan.

    Cover photo yang ini juga bertemakan warna merah jambu atau pink seperti yang pernah dikongsikan di sini - Design Cover Photo Facebook Page Agen B Confident. Pelanggan yang membuat tempahan cover photo ini menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan kesihatan badan. Maka, beberapa gambar produk diletakkan pada cover photo tersebut. Elemen bunga-bungaan pula dijadikan sebagai background. Jom tengok hasilnya...

    design cover photo Facebook murah

    Setiap tempahan Facebook cover photo, PERCUMA profile picture yang direka mengikut kehendak pelanggan sendiri. Di bawah ini adalah profile picture seperti yang pelanggan minta.

    deisgn FB cover photo murah

    Alhamdulillah pelanggan amat berpuas hati dengan design ini. Seronok rasanya kalau pelanggan suka tau 😉 Bagi anda yang ingin membuat tempahan cover photo untuk pelbagai jenis tema page seperti peribadi, bisnes, syarikat dan lain-lain lagi, boleh hubungi Mai cepat-cepat ye.

    Anda boleh membuat tempahan melalui:
    Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
    Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


    Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut

    $
    0
    0

    Petua Mudah Merawat Ulser Mulut

    Petua Merawat Ulser Mulut | Ulser mulut, siapa yang pernah rasa sakitnya, sampai hilang selera makan jadinya. Seingat Mai, pernah kena sekali ulser mulut ketika belajar di universiti dahulu. Mula-mula tumbuh sebiji, dah hilang sebiji tu, tumbuh di tempat lain pula. Arghhh...

    Masa tu Mai berkumur dengan air garam sahaja. Memang kena tahan pedih lah jawabnya. Ada sekali tu Mai letak terus garam pada biji ulser tu sebab nampak lambat nak baik. Lagi pedih! Hahaha jangan ikut ye.

    petua rawat ulser mulut

    Baru Mai tahu, rupanya banyak lagi petua yang ada untuk merawat ulser mulut dengan cara yang tidak menyakitkan. Baru-baru ni, Mai terbaca petua mudah merawat ulser yang dikongsikan oleh page Facebook Nucifera HQ. Petua-petua ini hanya menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah.

    Berikut merupakan petuanya:

    Cara merawat ulser mulut


    1) Marjerin
    petua rawat ulser mulut
    Sumber: Google
    Marjerin mampu merawat ulser mulut. Apa yang perlu dibuat ialah letakkan marjerin pada ulser tersebut dan marjerin akan cair. Perlu diamalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.


    2) Air kelapa
    petua rawat ulser mulut
    Sumber: Google
    Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi terdedah dengan panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh badan panas berlebihan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus diamalkan untuk tujuan kesihatan badan.


    3) Madu
    petua rawat ulser mulut
    Sumber: Google
    Madu asli juga sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu meletakkan madu pada ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Amalkan selalu supaya ulser cepat sembuh. Petua ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan dan rasanya manis.


    4) Baking Soda
    petua rawat ulser mulut
    Sumber: Google
    Anda boleh meletakkan serbuk baking soda pada ulser tau dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Kaedah ini juga akan mengecutkan diameter luka ulser tersebut jika diamalkan 2 atau 3 kali sehari. Kaedah ini tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak.


    5) Air garam
    petua rawat ulser mulut
    Sumber: Google
    Kaedah ini merupakan pilihan ramai sejak dahulu kerana ulser cepat sembuh dengan cara ini. Anda hanya perlu berkumur dengan air garam selama 2 atau 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa akibat luka ulser tersebut. Namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur dengan air garam.


    Begitulah antara beberapa petua mudah merawat ulser mulut. Lepas ni kalau ulser naik di mulut, bolehlah ikut petua mudah di atas. Mudah, jimat, selamat dan insyaAllah berkesan. Selamat mencuba!


    Cinta Kepada Allah Hilang kerana Nikmat-nya?

    $
    0
    0

    Lagu Hilang Nyanyian Rabithah 


    Alhamdulillah Alhamdulillah  Alhamdulillah. Kita masih diberi nikmat menghirup udara oleh Allah. Nikmat yang maha penting kepada manusia dan setiap makhluk bernyawa. Tanpa udara, bagaimana kita boleh hidup. Betul kan? 

    Udara juga merupakan rezeki berharga daripada Allah. Subhanallah, sebenarnya terlalu banyak nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Sama ada kita sendiri perasan atau tidak saja. Yang kita asyik fikirkan saban hari adalah wang, wang dan wang yang kita anggap ia rezeki besar. Benar, ia juga adalah rezeki tapi secebis saja.

    Bercakap tentang nikmat Allah, memang sepatutnya kita perlu banyak-banyak bersyukur kepada-Nya. Kalau tanpa izin-Nya, mana mungkin kita dapat rasa segala nikmat tersebut. Semoga nikmat yang Allah berikan membuatkan kita selalu ingat pada-Nya.

    Lirik lagu Rabithah - Hilang

    Terkesan betul dengan sebuah lagu nyanyian Rabithah yang bertajuk HILANG. Lagu ini adalah sebuah monolog tentang diri kita yang Allah dah bagi banyak sangat nikmat. Tapi, adakah nikmat yang Allah bagi tu membuatkan kita makin dekat dengan Allah, atau kita makin lupa dari Allah.

    Adakah cinta Allah semakin kuat di hati kita, atau ia telah HILANG dibuai nafsu? Lagu ini menceritakan tentang diri kita yang leka di buai dengan nikmat, hingga lalai melupakan Allah tanpa sedar yang menyangka bahawa amal beliau sudah diredhai Tuhan. - Tarbiah Sentap



    Hakim:
    Hariku sering tuah hadir bertamu
    Seakan dunia hanya untuk diriku
    Kasih alam sering menyebelahiku
    Seolah tiada ruang selain diriku

    Namun sepi ku rasa walau ku sempurna
    Takut ku pada indah dunia tak selama,
    Kelompang di jiwa,
    Tiada rasa tuk mendekati-Nya

    Mahdi:
    Tuhan ku bimbangi nikmat zikirku tiada lagi
    Ridwan:
    Rasa asyik ini ku sangka Kau redhai
    Akmal:
    Hampa sang nurani kerna ku ingin bebas rasa hilang
    Korus:
    Tuhan dekatiku pada yang Kau cintai

    Hakim:
    Kerna sepi ku rasa walau ku sempurna
    Takut ku pada indah dunia tak selama,
    Kelompang di jiwa,
    Tiada rasa tuk mendekati-Nya

    Mahdi:
    Naluri lumrahku memanggil tuk kembali
    Akmal:
    Jauhlah diri dari pujukan dunia
    Mahdi & Akmal:
    Oh tuhan jauhkan daku
    Dari rasa hilang ini



    Jom fikir sejenak . . .

    Adakah nikmat dan kejayaan yang kita kecapi selama ni, mendekatkan diri kita pada Allah, ataupun ia menambahkan kelalaian kita?

    Adakah nikmat yang Allah kurniakan untuk kita ni betul-betul nikmat, atau ia adalah ISTIDRAJ?

    Sejauh mana kita betul-betul menghargai segala nikmat yang Allah dah curahkan pada kita dari kita kecil hingga hari ini?

    Ya Allah!

    Ampunkan kami.


    Edit Template Dan Design Header Blog Zuraini.com

    $
    0
    0

    Servis Edit Template dan Design Header Blog

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 😊 Semoga ceria selalu. Hari ini Mai nak kongsi artwork baru iaitu edit template dan design header Blog Zuraini.com. Template ini adalah template readymade responsive.

    Pemilik blog ini telah memilih warna hijau dan emas sebagai warna tema blognya. Tiba-tiba teringat warna baju pengantin kawan yang sama dengan warna ni 😁 Cantik gabungan kedua-dua warna ni. Di bawah ini merupakan header blog tersebut.

    design header blog cantik
    Header Blog Zuraini.com

    Blog Zuraini.com, blog tentang produk kecantikan dan kesihatan homemade. Jadi, Mai letakkan dedaun hijau pada footer blog ini. Jom ke blog hijau emas ini untuk melihat paparan penuh dengan lebih jelas lagi.

    edit template responsive
    Template Blog Zuraini.com

    Sekarang ini lebih mudah. Blogger boleh pilih terus template readymade di mana-mana laman web yang menyediakannya. Hanya download dan install terus kod ke dalam blog. Tapi, pernah tak jadi pada anda... bila dah berkenan satu template tu, warnanya pula tak kena dengan jiwa. Ada juga yang nak tambah header bagi menarik lagi template. Macam-macam perkara lagi nak tambah dalam blog tapi tak berapa tahu nak pasang atau tukar sendiri.

    Haaa.. kalau anda teringin menggunakan template readymade yang dah sedia ada dalam pelbagai laman web template percuma tetapi tidak mahir untuk edit sendiri, Whatsapp atau PM terus Mai di Facebook ye. InsyaAllah Mai boleh bantu dengan harga yang amat berpatutan 😊 Yang penting blog cantik mata memandang, kemas, anda puas hati dan lebih bersemangat menulis di blog lepas tu.

    Blog template designer yang sedia ada di platform blogspot pun Mai boleh ubah jadi responsive dan SEO friendly.

    Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah Mai akan design / edit mengikut citarasa anda.

    Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi Mai melalui:

    Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
    Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

    ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

    $
    0
    0

    Giveaway Ogos

    Hari ini sedang blogwalking jumpa satu giveaway iaitu ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH. Giveaway ini dianjurkan oleh blogger Atie Hilmi. Apa lagi, Mai pun join lah giveaway ini.

    Kalau nak join giveaway ni juga, klik terus banner giveaway di bawah ini.

    giveaway atiehilmi.com
    KLIK BANNER

    Apa hadiah yang disediakan untuk pemenang bertuah? Inilah antara hadiahnya...

    giveaway atiehilmi.com

    Mana tahu rezeki kita ada di sini 😊 InsyaAllah. Cepat-cepat sertai giveaway ini ya. Semoga berjaya!



    Sedap ke Cadbury Dairy Milk Oreo?

    $
    0
    0

    Cadbury Dairy Milk Oreo

    Masa mula-mula tonton iklan coklat Cadbury Dairy Milk Oreo yang baru di TV, kejap-kejap tu juga nak cari dan beli. Nak tahu juga rasanya sedap atau tak.

    Sebenarnya Mai memang penggemar coklat. Lagi-lagi coklat Cadbury, hampir setiap jenis coklat Cadbury Mai pernah rasa. Yang Mai paling suka, Black Forest sebab ada biskut dan jeli dalam tu, sedap kunyah-kunyah dengan coklat. Sebab tu Mai teruja sangat nak rasa Cadbury Dairy Milk Oreo ni, ada biskut dalam tu kan hehe. Agak-agak sama tak rasa coklat Cadbury yang baru ni dengan yang sebelumnya?

    Jom...

    Cadbury Dairy Milk Oreo

    Coklat ini dibeli di pasar raya The Store Sungai Siput. Jalan-jalan dalam The Store cari barang yang diperlukan, tiba-tiba ternampak coklat Cadbury baru ni. Apa lagi, beli terus la jawabnya. Tengok plastik Cadbury Dairy Milk Oreo ini pun dah tak sabar nak rasa isinya. 

    Cadbury Dairy Milk Oreo

    Ada sarung kertas lagi di dalamnya. Sayang nak buang, Mai simpan je penyudahnya hehe.

    Cadbury Dairy Milk Oreo

    Haaaa.. ini isi dalamnya. Betul-betul tak sabar nak rasa coklat Cadbury Dairy Milk yang diisi dengan krim berperisa vanila dan sudah pasti ada biskut Oreo yang telah dihancurkan dalamnya. Sedap juga rasa coklat ni kunyah-kunyah dengan biskut Oreo. Biskut yang ada dalam bar tu pun banyak. Yeaayy Mai suka! Cuma... rasanya saja agak manis. Mungkin sebab rasa krim vanila tu kot. Tapi yang lain memang ok dah 😊 Tak tahu la kot Mai je yang rasa agak manis coklat ni. Ikut lidah masing-masing kan hehehe.

    Apa pun coklat Cadbury tetap menjadi pilihan hati Mai. Kalau ada yang nak hadiahkan Mai coklat Cadbury, lagi la Mai suka hahaha. Bagi anda penggemar coklat yang masih belum merasai Cadbury Dairy Milk Oreo ni, cepat-cepat beli ye. Sedap... tapi jangan makan selalu pula ya..

    Coklat Cadbury sentiasa sedap!


    Gayatnya Memandu Sebelah Kenderaan Besar di Jalan Raya!

    $
    0
    0

    Gayat Ketika Memandu


    Gayatnya apabila memandu sebelah kenderaan besar di jalan raya! Mungkin Mai je macam ni kot hehe. 
    gayat ketika memandu
    Sumber: Google

    Kalau memandu bersebelahan dengan kenderaan yang lebih kurang sama saiznya, Mai ok je. Tapi bila sebelah kereta ada kenderaan besar seperti lori besar atau bas... kecut perut dibuatnya. Rasa nak menjerit pun ada kalau waktu memandu tu kenderaan besar lalu di sebelah. 

    Kalau Mai jadi penumpang pun, sama je gayatnya. Siap tutup mata bila lori besar lalu. Aduhhh.. Abah Mai gelak je lah. haha. Entahlah macam mana pula rasa gayat ni boleh datang. Mungkin sebab berita-berita kejadian kemalangan yang membuatkan Mai rasa gayat dan takut. 

    Ingat lagi semasa ujian memandu dengan JPJ beberapa tahun lepas. Memang betul-betul ada lori besar lalu ketika sedang memandu. Haishhh. Takkan nak menjerit depan abam JPJ tu pulak kan. Nak tak nak Mai teruskan je memandu sambil baca macam-macam ayat dah. haha. Alhamdulillah, lulus jugak masa tu.

    Mai ada terfikir juga. Macam mana cara nak atasi masalah gayat ni. Mungkin kalau Mai tak terlalu fikirkan yang bukan-bukan, akan kurang rasa gayat. InsyaAllah boleh kan.


    *** 

    Jangan sia-siakan akaun Blog, Facebook, Instagram dan Youtube anda. Anda boleh jana pendapatan dengannya. Konsepnya mudah, anda kongsi anda dapat wang.
    Memang mudah, klik SINI segera untuk sertainya. 


    Promosi Kad Bisnes Murah dari MaiGraphicDesign

    $
    0
    0

    PROMOSI KAD BISNES/KAD NAMA MURAH

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Promosi kad bisnes murah kembali lagi!

    Anda sedang mencari-cari kad bisnes harga mampu milik?
    Anda ingin meluaskan perniagaan anda dan dikenali ramai?
    Promosi kad bisnes murah oleh MaiGraphicDesign Enterprise sedang berlangsung!

    kad bisnes murah
    Jangan lupa save gambar ini dan sebarkan kepada rakan serta saudara-mara anda 😉

    Promosi kad bisnes murah dengan harga berbaloi-baloi ini berlangsung sehingga perubahan harga diberitahu kelak.
    Dapatkan segera sebelum terlambat!

    Apa yang menariknya dengan promosi ini?
    DESIGN DAN *KOS PENGEPOSAN ADALAH PERCUMA!

    Anda tiada idea untuk design sendiri kad bisnes / kad nama anda?
    Atau anda mahukan kami design kad bisnes anda?
    Jangan risau, kami sedia untuk menyediakan design kad bisnes yang menarik untuk anda.

    Promosi kad bisnes murah ini sah untuk material 
    MATTE/GLOSSY LAMINATE 260 GSM sahaja.

    Kelebihan material MATTE/GLOSSY LAMINATE 260 GSM:
    1. Kalis air
    2. Tahan lama
    3. Tidak mudah koyak
    4. Perniagaan anda nampak lebih profesional

    Servis dan kualiti terbaik kami berikan kepada anda. InsyaAllah

    Hasil tempahan kami, boleh lihat sini:

    Selain daripada kad kemasan matte laminate dan glossy, jenis lain seperti spot uv dan frosted plastic card (kad bisnes translucent) juga disediakan.

    Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,
    sila hubungi MaiGraphicDesign Enterprise di:

    atau
    Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)
    atau
    Email: maigraphikdesign@gmail.com

    Siapa lambat, melepas lah jawabnya. hehehe


    Jangan Jadi Manusia yang Lupa dengan Janji-Nya

    $
    0
    0

    Lirik lagu Buta (Caliph Buskers ft. Faizal Tahir)


    Kita telah berjanji dengan Sang Pencipta ketika masih di dalam perut ibu lagi. Tapi, adakah janji suci itu masih kita tidak mungkiri?

    Buta (Caliph Buskers ft. Faizal Tahir)

    Lagu Buta nyanyian Caliph Buskers ft. Faizal Tahir ini betul-betul membuatkan kita terfikir semula tentang janji yang kita sudah ungkapkan dahulu. Mari perbetulkan diri kita, sementara peluang masih ada. Syukur kepada-Nya jangan pernah sesekali kita lupa, kerana tanpa-Nya siapalah kita.




    Pejamkan mata dengarkan saja
    Apa di minda
    Apakah semua yang zahir dimata
    Takkan pernah berdusta

    Ceritakanlah pada aku
    Agar ku faham dunia

    Tuhan
    Segalanya telah Engkau tentukan
    Terangi saja hatiku
    Maaf ku selalu terlupa
    Mensyukuri semuanya

    Andai mampu ku lihat semua
    Adakah ku sempurna
    Atau kerna mataku yang leka
    Membuat ku berdosa

    Ceritakanlah pada aku
    Agar ku faham dunia

    Tuhan
    Segalanya telah Engkau tentukan
    Terangi saja hatiku
    Maaf ku selalu terlupa
    Mensyukuri semuanya

    Tuhan
    Segalanya telah Engkau berikan
    Tetapkan saja hatiku
    Maaf ku selalu terlupa
    Mensyukuri semuanya

    Tanpa Kamu siapalah aku
    Tanpa aku tetap saja Kau sempurna
    Dan satu
    Terangilah hatiku

    Tuhan
    Segalanya telah Engkau tentukan
    Terangi saja hatiku
    Maaf ku selalu terlupa
    Mensyukuri semuanya

    Tuhan
    Segalanya telah Engkau tentukan
    Terangi saja hatiku
    Maaf ku selalu terlupa
    Mensyukuri semuanya

    Maafkan aku
    Selalu terlupa
    Mensyukuri semuanya

    Pejamkan mata
    Dengarkan saja
    Apa di minda


    Jom introspeksi diri. Semoga peringatan ini sentiasa membuka mata dan hati saya, saya, saya dan kita semua. InsyaAllah.

    ***

    Jangan sia-siakan akaun Blog, Facebook, Instagram dan Youtube anda. Anda boleh jana pendapatan dengannya. Konsepnya mudah, anda kongsi anda dapat wang. Dapatkan job berbayar dengan harga bermula dari USD50.
    Memang mudah, klik SINI segera untuk sertainya.


    Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

    $
    0
    0




    Giveaway Ogos

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini sempat juga join Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com. Kalau anda nak join, klik terus banner di bawah ini...

    giveaway ogos
    KLIK BANNER UNTUK SERTAI GIVEAWAY INI


    Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.

    Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

    Syarat - syarat :-

    • Follow Blog Sponsor 



    • Like Fanpage

      • Add To Circle Sponsor 

      • Follow Instagram Sponsor


      • Follow Twitter Sponsor 

      • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
      • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri
      • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI

      17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 

      1 September 2017


      Semoga berjaya!


      *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

      Anda seorang blogger? Inginkan job berbayar dengan harga serendah USD50? Jom sertai Sushivid (klik link). Anda daftar, anda akan dapat RM25. Bukan tu saja, setiap rakan yang anda invite dan sertai di bawah link anda juga, anda akan dapat RM25. Wow! 

      Jangan sia-siakan akaun Blog, Facebook, Instagram dan Youtube anda. Anda boleh jana pendapatan dengannya.


      Viewing all 1258 articles
      Browse latest View live