Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

$
0
0

Beauty Box Giveaway

Menariknya giveaway yang Mai sertai kali ni! Menarik sebab penganjur First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ iaitu Mellya, Mrs Pip, Aira, SyahirahValiant, dan Siqahiqa nak hadiahkan beauty box kepada seorang pemenang. Wah, bestnya kalau dapat beauty box tu kan, macam-macam ada dalam satu kotak tu. Boleh cuba produk yang ada dalam beauty box tersebut nanti. InsyaAllah jika rezeki terpaut di sini, merasalah juga nanti mencuba hadiah yang disediakan.

Wanita dengan produk kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kalau anda berminat untuk sertai giveaway ini, klik terus banner di bawah. Mudah saja syarat-syarat yang perlu diikuti.

Beauty Box Giveaway
KLIK BANNER UNTUK SERTAI GIVEAWAY INI
Instagram: @maisarah_humaira


First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ , bermula dari 20 September 2017 sehingga 20 Oktober 2017. Jom sertainya. Semoga berjaya!



Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Keremajaan Kulit

$
0
0

Kekalkan Keremajaan Kulit dengan Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Pee


Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel  | Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keaadaan in akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masaalah besar – Kulit orang di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna kerap mempunyai kulit kering di wajah mereka*. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit.

Kulit yang sihat adalah satu sebab kami akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin.

Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit anda sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar. 

murad face mask

Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan sepihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila menandatangani dehidrasi kulit dan kulit kusam, bungkusan Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembali and menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera yang sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan mengungkap tidak akan berlaku lagi.

Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:

Retexturizing Swab– Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarukan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask– Topeng lembaran memberkalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan berasa lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA

Gunakannya sekali seminggu.

Langkah 1 - Retexturizing Swab: Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas. 
Langkah 2 - Moisture Infusion Mask: Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka. 

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia; Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan.

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia.Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my bermula pada pertengahan bulan September. 

Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31 Mac 2018.

*R. Voegeli, A. V. Rawlings, P. Seroul, and B. Summers. A novel continuous colour mapping approach for visualization of facial hydration and transepidermal water loss for four ethnic groups. International Journal of Cosmetic Science, 2015, 37, 595-605.


TENTANG MURAD, INC.


Ditubuhkan pada tahun 1989, Murad adalah jenama penjagaan kulit klinikal perintis yang didedikasikan untuk mengalakkan orang ramai untuk hidup dengan lebih bahagia, sihat dan hidup yang lebih penuh. Disokong oleh 19 paten yang unik dan warisan yang mempunyai lebih daripada 30 tahun penyelidikan dan ujian klinikal, falsafah unik Murad, yang dikenali sebagain Connected Beauty, adalah pendekatan seluruh badan manusia untuk kesihatan dan kecantikan yang memberi inspirasi kepada orang untuk menyuburkan kulit mereka, membangkitkan badan mereka melalui aktiviti fizikal, “Eat” air dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber air, dan pemikiran “Be Kind To Their Mind”.

Untuk maklumat lanjut mengenai Murad, log masuk www.murad.com.my atau Facebook Murad di Murad.Malaysia.



Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!

$
0
0

Segmen untuk Blogger

Hari minggu hari untuk blogwalking. Maka terjumpalah Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri! anjuran blogger Rin Hijabist ini di salah sebuah blog yang menyertainya. Tanpa buang masa Mai terus sertai segmen mudah ini 😊

segmen blog
KLIK BANNER UNTUK SERTAI SERTAI SEGMEN INI

Ini adalah segmen paling mudah dan anda berpeluang untuk menangi Hadiah Misteri iaitu berupa wang tunai dan juga barangan eksklusif.

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk menambah kenalan antara Blog Rin dan juga anda semua juga sempena Rin baru lancarkan Ashrin Food dan juga Butik. So hadiah pun adalah dari wang tunai dan barangan butik. 

Cara untuk menang?
Senang je. Tak perlu buat entry. Hanya perlu klik banner di atas dan buat perkara di bawah ini:

2. Like page facebook ASHRIN FOOD dan page RIN HIJABIST.
3. Komen di Shoutbox atau ruangan komen entri segmen di blognya.

Segmen ini berlangsung sehingga 1 Oktober kerana tarikh itu adalah tarikh pelancaran untuk Ashrin Food.

Semoga berjaya!


Temujanji Terakhir dengan Doktor kerana Sporotrichosis

$
0
0

Temujanji Terakhir dengan Doktor Pakar Kulit


Semalam, 25 September 2017 merupakan temujanji yang terakhir dengan doktor pakar kulit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Ini bermakna Mai dah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Sporo. Alhamdulillah!

temujanji dengan doktor pakar kulit

Untuk temujanji yang bermula pada jam 2 petang, nama Mai adalah nama pertama dipanggil untuk Bilik 4 Klinik Dermatologi. Gembira sebab tak perlu lama menunggu giliran hehehe. Maklumlah kalau ke hospital kerajaan macam mana kan.. ramai. Masuk je bilik doktor, doktor tengok bahagian kulit yang terkena luka jangkitan Sporo. Belek punya belek dan tanya beberapa soalan, doktor beritahu dah OK dan tak perlu datang lagi untuk temujanji seterusnya. Seronok betul heee.

Ramai juga yang temujanjinya pada waktu petang. Masa Mai letak kad temujanji pun dah berkeping-keping ada dalam bekas tu. Alhamdulillah sekejap je duduk, nama pun dipanggil. Boleh balik cepat kan. Kerja pun banyak nak selesaikan lagi.

Ingat lagi masa mula-mula terkena jangkitan Sporo. Tak tahu pun luka yang semakin membesar pada tangan kiri sebenarnya berpunca daripada Sporo. Bengkak-bengkak mula tumbuh sehingga hampir ke ketiak. Sangat tak selesa pada waktu tu. Badan asyik rasa tak sihat, demam. Luka pula, dah sapu ubat pun masih tak berkesan malah semakin membesar. Akhirnya dapat jawapan daripada doktor di Hospital Kuala Kangsar, luka Mai ini berpunca daripada jangkitan Sporo. Terkejut juga masa tu. Terus dirujuk ke klinik pakar dermatologi atau kulit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 

Pertama kali datang untuk temujanji di klik pakar kulit, doktor siap buat pembedahan kecil lagi tu. Siap menangis tu haha. Bengkak lebam yang paling besar pada tangan kiri dipotong. Tujuannya sebagai sample untuk mereka kaji puncanya. Gambar luka dan tangan kiri Mai juga diambil. Masa tu juga terfikir tentang seekor kucing di rumah yang ada Sporo. Serabut. Tak tergamak nak PTS kucing tu. Sekarang ni Alhamdulillah, luka kucing tu pun dah beransur pulih.

Macam-macam cerita tentang Sporo yang Mai alami. Anda yang nak baca cerita-cerita Sporo di blog Mai, bolehlah klik tajuk di bawah ini...

Sedikit pesanan untuk anda, bagi anda yang memelihara kucing perlu kerap periksa tahap kesihatan kucing, cari luka kucing pada badannya terutamanya kucing outdoor+indoor. Jika terdapat luka, bawa terus ke klinik haiwan. Sporo dapat dielakkan kalau luka pada badan kucing segera dirawat. Manusia yang menjaga kucing yang dijangkiti Sporo juga perlu berhati-hati, jangan lupa pakai sarung tangan.

Jaga kesihatan kucing, jaga kesihatan anda juga.


Lirik dan Lagu Surat Cinta Untuk Starla yang Membuai Jiwa

$
0
0

Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun

Mai selalu dengar lagu terus dari Youtube, senang sebab taip je pada kota carian terus ada lagunya. Lagu-lagu dari seberang kebanyakan sedap didengar. Sebelum ini asyik dengar dan ulang lagu Asalkan Kau Bahagia yang nyanyian Armada. Ada satu hari tu ternampak lagu Surat Cinta Untuk Starla di senarai pada bahagian tepi video Youtube. Kalau tonton dari PC nampak macam tu lah. Mai terus klik lagu tu dan dengar. Sedap rupanya lagu ni! 

Lagu Surat Cinta Untuk Starla

Video lirik rasmi lagu Surat Cinta Untuk Starla ini telah dimuatnaik pada awal Februari 2016. Kini video tersebut sudah mencecah lebih 100 juta tontonan. Wow, hebatnya! Sama seperti lagu Asalkan Kau Bahagia. Apa yang yang membuatkan Mai tertarik dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla adalah melodi lagu dan liriknya. Kalau anda belum pernah dengar lagi lagu ini, cuba dengar sekali pasti anda suka.



Virgoun - Surat Cinta Untuk Starla

Kutuliskan kenangan tentang
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
Kan teramat panjang puisi
Tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang kujalani sampai kini

Aku slalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan
Sisa hidupku hanya untukmu

Dan tlah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Untukmu
Hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap disini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan
Sisa hidupku hanya untukmu

Tlah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Karena tlah kuhabiskan
Sisa cintaku hanya untukmu


Pelajar Sekolah Rendah Sudah Pandai Ambil Dadah

$
0
0

Kesan Buruk Akibat Dadah


Zaman sekarang yang semakin maju dan canggih masih tidak lari daripada pelbagai masalah sosial. Lebih membimbangkan, pelajar yang masih berada di bangku sekolah rendah sudah pandai merokok tanpa segan silu di khalayak umum. Malah lebih hebat lagi, ada yang sudah mula terlibat dengan najis dadah seawal usia ini. Allah...

Sempat Mai baca coretan daripada saudara Shukery Azizan (seorang motivator dan juga salah seorang dari team Tarbiah Sentap) di Facebook miliknya tentang sekolah rendah dan penglibatan mereka dengan dadah.

kesan buruk dadah
Sumber foto: Blog Pemadam Wangsa Maju

Berikut merupakan perkongsian daripanya...

Minggu lepas, saya sampaikan ceramah (talk) di sebuah sekolah asrama harian di Kuala Lumpur (saya rahsiakan nama sekolah itu). Pelajar yang terlibat adalah dari kalangan tingkatan 1, 2 dan 4. 

Usai habis ceramah, seperti biasa, ada beberapa orang pelajar jumpa dengan saya secara peribadi. Kemudian, ada seorang pelajar tingkatan 2 ingin berjumpa saya secara peribadi. Betul-betul peribadi.

Saya pun bawa dia ke sudut yang jauh dari pelajar lain di surau sekolah itu. Baru mukadimah saja, dia dah mula sebak,

"Ustaz, Allah terima ke taubat saya?"

Saya senyum dan usap belakang dia,

"InsyaAllah, apabila anta taubat sungguh2, confirm Allah ampunkan. Allah kan Maha Pengampun.."

Jeda. Kemudian dia sambung,

"Betul ke ustaz? Walaupun dosa saya besar?"

Saya mengangguk dan senyum. Kemudian dia sambung,

"Ustaz.. Dulu.... dulu saya.. saya jual dadah.."

Gulp. Saya menelan air liur. 

"Pusher dadah?"

Dia angguk.

"Ya Ustaz. Saya dulu pusher dadah. Saya jadi pusher seawal DARJAH 6. Hinggakan saya berjaya untung sampai belasan ribu ringgit. Bukan setakat jadi pusher, saya pun ambil dadah juga. Saya ambil suntikan. Tetapi masa pertengahan form 1, saya 'cuci tangan'. Saya rasa berdosa.

Saya cuba lari dari semua itu. Saya merayu pada mak untuk masuk sekolah asrama yang ni. Mak saya setuju. Tapi ketua lama saya cari saya, dan dia ugut saya supaya pulang baik semua keuntungan duit tu pada dia, dan jangan report polis. Kalau tak, nasib saya dan keluarga bahaya. 

Abang tolong rahsiakan tentang saya bang. Saya dah taubat. Tapi Allah terima ke taubat saya?"

Saya hampir menangis. Tiba-tiba terlintas kenangan jahiliah saya masa zaman underground dulu. Saya dahulu seawal darjah 5 sudah mula bergaul dengan kawan-kawan yang kaki gam, arak, ganja, bahkan kawan saya yang darjah 6 sudah pandai hisap ice baby (syabu). Malah ramai yang seusia kami masa itu dah pandai buat "dapur" (untuk ganja). 

Dan ada juga darjah 6 sudah pandai minum arak. Dulu biasanya minum Arak Thai Song (Sebab murah). Itu semua pada tahun sekitar 2002.

Tetapi syukur pada Allah, saya LANGSUNG TAK TERLIBAT SEMUA ITU. Cuma saya terlibat dengan gangsterisme (Skin Head) dan ponteng sekolah selama 6 bulan in a row sehingga akhirnya kena buang sekolah. 

Saya tak nak cerita pasal diri saya yang lalu. Tetapi apa saya nak beritahu kepada anda, zaman saya dulu, iaitu seawal tahun 2000, pelajar sekolah rendah pun sudah pandai mengambil syabu (kami panggi ice baby), ganja, gam, dan seumpamanya.

Sekarang, tahun 2017, dah ada pelajar sekolah rendah yang DAH JADI PUSHER DADAH! 

Itu baru dadah, belum lagi kes berzina, homoseksual (Gay lesbian), video lucah, dan lain-lain. Ini adalah 'bitter truth' yang terpaksa orang dewasa hari ini terpaksa telan. Stop being ignorance. 

masalah sosial

Saya amat-amat memahami apa yang dialami oleh kebanyakkan remaja yang bermasalah moral. Nak tahu apa yang 'kami' rasa? 

Kami hanya MAHUKAN PERHATIAN. Ya, PERHATIAN. Saya dulu buat semua perkara teruk (bahkan sebahagiannya dikategorikan sebagai juvana), adalah untuk meraih perhatian semata-mata!

Perhatian siapa? Perhatian orang sekeliling!

Sebab itu kami di Tarbiah Sentap berusaha semampu mungkin dengan bertungkus lumus menjelajah seluruh sekolah, di seluruh negara yang kami mampu masuk, untuk memberi sedikit perhatian kepada anak muda dan suntikan kesedaran pada mereka. 

Dan sebab itu juga, Tarbiah Sentap fokusnya hanyalah pada REMAJA dan BELIA UNIVERSITI SAHAJA. Kami tak fokus ekonomi, politik, dan lain2.

Walau kami yakin, memang takkan dapat 100% selamatkan mereka, tetapi at least, ini adalah usaha kami untuk selamatkan masa depan Malaysia.

Tujuan saya tulis status panjang berjela ini mudah saja, ia berkaitan dengan kes 7 remaja yang terlibat dengan kebakaran yang membunuh sekitar 25 orang di Maahad Tahfiz tempoh hari. 

Kepada ibu bapa sekalian, ini adalah WAKE UP CALLS kepada kalian. Perhatikan siapa anak anda berkawan, khususnya APA YANG ADA DI DALAM TELEFON BIMBIT MEREKA.

Kalau dapat, bacalah secara rahsia perbualan anak-anak anda di aplikasi whatapps, wechat, beetalk, bigo live, dan lain-lain.

Kalau boleh tukar smartphone kepada telefon setaraf Nokia 3310, tukarlah. 

Untuk kebaikan anak anda. Serta cukuplah jadi 'ignorance' dengan memikirkan 'insyaAllah anak aku tak ada apa-apa. Dia mesti tak terlibat punya. Anak aku kan baik..'

Cukuplah menafikan realiti. Kita tak kata anak-anak tuan puan confirm ada melakukan perkara nakal ini, tetapi sebagai ibu bapa, bukankah tabayyun (menyelidik) itu sebahagian dari perintah Islam? 

Di sebalik Tarbiah Sentap, kami menyimpan 1001 kisah menyayat hati lagi menyiat-nyiat tangkai hati berkaitan dengan kehancuran maruah anak remaja kita.

Moga peristiwa kebakaran itu membuka mata kita semua. Tidak cukupkah "harga" yang TERPAKSA dibayar oleh para syuhada tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk menyedarkan kita?

Harga yang berupa NYAWA. Tidak cukupkah?

Shukery Azizan
Shah Alam.
17 September, 2017


Risaunya dengan zaman kini. Tak terduga segalanya. Mai yakin ramai ibu bapa telah berikan yang terbaik buat anak-anak mereka tapi mungkin disebabkan pelbagai pengaruh luar yang lebih kuat membuatkan anak-anak kalah dengan godaan tersebut.

Apa sekalipun, sentiasalah berjaga-jaga, berusaha menjaga keluarga sebaik mungkin dan jangan lupa untuk bantu mereka yang ingin berubah. Berdoa meminta kepada Allah kerana doa itu senjata mukmin dan sentiasa muhasabah diri. Elakkan menuding jari untuk menyalahkan orang lain atas kelalaian kita sendiri. Bersangka baik dengan Allah kerana mungkin Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kita.

Elak rokok, jauhi dadah.


Spray8 Milk & Diaper Soothing Cream Melegakan Masalah Kulit Kanak-kanak dan Bayi

$
0
0

Spray8 Milk & Diaper Soothing Cream Melegakan Masalah Kulit


Spray8 For Kids Milk & Diaper Soothing Cream | Para ibu pasti merasa tidak senang duduk melihat anak kecil mereka menangis kerana masalah kulit. Lebih-lebih lagi jika bayi yang menghadapi tersebut. Kita sendiri susah hati melihat bayi yang hanya mampu menangis kerana tidak selesa akibat masalah yang dihadapi. Tapi jangan risau. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Apa kata para ibu menggunakan Spray8 Milk & Diaper Soothing Cream, produk keluaran Furley Bioextracts Sdn. Bhd untuk anak anda. Ia adalah produk penjagaan kulit semulajadi yang mengandungi ekstrak tumbuhan herba bebas noda yang kuat. Pelbagai penyakit kulit dapat diatasi dengan krim ini seperti eczema, psoriasis, ruam lampin dan susu, kulit kering, luka kecil dan masalah kulit yang lain.

krim ruam lampin bayi

Sebotol Spray8 Milk & Diaper Soothing Cream boleh mengatasi pelbagai masalah kulit. Wow! Mengapa membeli beberapa produk apabila anda hanya perlukan satu jenis sahaja? Spray8 For Kids Milk & Diaper Soothing Cream dirumus khas bayi yang dapat memudahkan ibu, mampu menggantikan banyak produk yang disimpan dalam beg bayi dan kabinet ubat. Ia juga sesuai dan mudah dibawa ke mana sahaja memandangkan saiznya yang tidak begitu besar.

krim ruam susu bayi

Dengan kandungan vitamin E yang lebih tinggi, dan resipi yang lebih lembut supaya krim ini mudah larut, Spray8 For Kids memastikan kulit sensitif mempunyai pelembab dan perlindungan yang diperlukan. Krim ini selamat digunakan pada bayi juga untuk kulit sensitif kerana ia tidak merengsa, bebas alkohol serta paraben dan menjadikan kulit bayi dan kanak-kanak lembut dan licin.

Cara Penggunaan Spray8 Milk & Diaper Soothing Cream


Mudah sahaja cara penggunaannya. Hanya sapukan lapisan nipis pada kulit yang meradang dan anda akan melihat kesannya dengan segera.

Spray8 For Kids Milk & Diaper Soothing Cream amat membantu dalam menyelesaikan masalah kulit kanak-kanak dan bayi, antaranya seperti:

1. Ekzema
ekzema, eczema
2. Ruam susu
ruam susu, milk rash
Dan lain-lain lagi...

Rata-rata para ibu yang menggunakan Spray8 For Kids Milk & Diaper Soothing Cream ini amat berpuas hati dengan hasilnya. Anak selesa, ibu gembira.

Jadi, setiap ibu perlu ada sebotol Spray8 For Kids Milk & Diaper Soothing Cream Berita baik untuk anda! Sebotol (100ml) hanya berharga RM50 sahaja. Harga yang sangat berbaloi dengan hasilnya nanti.

Bagi anda yang ingin mendapatkan krim yang mampu membantu pelbagai masalah kulit untuk anak kecil dan bayi anda, diskaun sebanyak RM10 akan diberikan untuk setiap pembelian pertama. Jimat kan? Untuk mendapatkan diskaun tersebut, anda hanya perlu masukkan kod khas ini FBIO-JNW untuk menikmati diskaun RM10 semasa membeli. Percuma kos pengeposan lagi tu.

Anda boleh membuat tempahan secara online dengan klik butang di bawah:


Untuk maklumat lanjut tentang Spray8® dan pelbagai jenis produk yang disediakan oleh Furley Bioextracts Sdn. Bhd, lawati:

Laman web: Furley Bioextracts Sdn. Bhd
Facebook: Furley Bioextracts Sdn. Bhd
Twitter: Furley Bioextracts
Instagram: Furley Bioextracts (@furleybio)


Jom sihat dengan Furley Bioextracts!


Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

$
0
0

Giveaway Oktober

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah adalah giveaway pertama anjuran blog Anugerah Terindah milik blogger Mardiah Diana. Dengan wujudnya entri ini bermakna Mai menyertai giveaway ini.

Jom sama-sama support rakan blogger dan meriahkan giveaway ini dengan menyertainya. Klik terus banner di bawah ini untuk sertai.
giveaway blog
KLIK BANNER

Mudah je syarat yang perlu diikuti. Hadiah yang ditawarkan juga menarik dan comel. Cepat-cepat klik banner di atas untuk sertai giveaway ini yang berlangsung sehingga 15/10/2017 jam 11.59malam hari tersebut.



Design Template Responsive Blog Pakar Insurans Takaful Islamik

$
0
0

Template Blog Responsive

Servis design blog murah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini Mai nak berkongsi lagi satu artwork iaitu template responsive Blog Pakar Insurans Takaful Islamik. Blog yang dimiliki oleh Ekin Nasir ini berkisarkan tentang insurans takaful islamik. 

header blog profesional

Warna tema biru dan putih dipilih sebagai warna tema blog ini. Di bawah ini adalah template Blog Pakar Insurans Takaful Islamik. Template blog ini adalah responsive, anda boleh melihat template responsive di Troy - Responsive web tester  dan masukkan url blog ini.

Jom lihat blog ini untuk paparan penuh dan lebih jelas di sini...

Blog pakej 4 + template responsive: Blog Pakar Insurans Takaful Islamik

design template blog takaful


Banner blog


Watermark 


Alhamdulillah, pemilik blog ini amat berpuas hati dengan design template responsive ini.

Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah saya akan design / edit mengikut citarasa anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)



Muslimah Pants yang Selesa di Zalora

$
0
0

Muslimah Pants di Zalora


Pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita yang bergelar Muslimah sudah semestinya yang mengikut syarak. Labuh, longgar dan tidak jarang adalah beberapa ciri-ciri pakaian yang perlu diambil kira oleh seseorang muslimah. Jadi, kali ini Mai ingin berkongsi tentang Muslimah Pants yang selesa sesuai digayakan oleh muslimah daripada Zalora.

Muslimah Pants, zalora

Siapa kata wanita muslimah tidak boleh bergaya? Tapi bergaya perlulah mengikut syarak yang telah ditetapkan. Seperti seluar, ia mestilah yang longgar (tidak mengikut bentuk kaki) dan tidak jarang. Jadi, Muslimah Pants sesuai untuk para muslimah. Terdapat pelbagai jenis seluar yang disediakan di laman web Zalora untuk muslimah yang boleh anda dapatkan dengan pelbagai rekaan menarik disediakan untuk anda.

Muslimah Pants ini diperbuat daripada pelbagai bahan fabrik bermutu tinggi yang berkualiti bagi menjamin keselesaan wanita muslimah. Ia disertakan juga dengan pelbagai pilihan warna kegemaran yang dan saiz yang sepadan dengan si pemakai. Pemakaian seluar mengikut jenis dan acara yang betul dapat membuatkan seseorang lebih menawan namun tetap kasual yang bergaya. Lihat sahaja rekaan dan jenis Muslimah Pants di bawah ini... cantik, menarik dan menutup aurat bukan?

Muslimah Pants, zalora Muslimah Pants, zalora

Muslimah Pants, zalora 

Seluar sering menjadi pilihan dalam berbagai-bagai acara mahupun untuk bersantai kerana ia memudahkan pergerakan. Para muslimah boleh bergaya dengan seluar yang anda pilih bergantung pada kesesuaian acara atau peristiwa yang anda perlu memakainya. Kerana kadang-kadang anda mungkin memerlukannya untuk satu majlis makan malam dengan seseorang, mesyuarat perniagaan yang penting, percutian atau pakaian harian di pejabat.

Muslimah Pants, zalora

Muslimah Pants sangat sesuai digayakan dengan top seperti blouse muslimah dan tshirt yang menyerlahkan sifat feminin muslimah. Ketika memilih ada beberapa faktor yang anda harus utamakan seperti potongan, warna dan juga stail seluar tersebut bergantung dengan jenis bentuk badan anda bagi mendapatkan persalinan yang selesa.

Anda sedang mencari Muslimah Pants mengikut citarasa anda? Cari sahaja di Zalora, pasti anda akan jumpa.


Jom Fahami Hukum Makmum Masbuq dan Muafiq

$
0
0

Hukum Makmum Masbuq dan Muafiq

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Masbuq dan Muafiq ini kita lakukan ketika solat berjemaah. Sebelum ini Mai ada kongsikan tentang perkara ini secara bertulis dalam entri Fahami Muafiq Dan Masbuq Dalam Solat Berjemaah. Tapi kali ini adalah dalam bentuk infografik yang lebih mudah difahami.

Jom fahami hukum makmum Masbuq dan Muafiq sebenar-benarnya dengan melihat infografik yang disediakan oleh MFR Studio ini.

Hukum Makmum Masbuq

Hukum Makmum Muafiq

Alhamdulillah, mudah kan untuk memahami serta membezakan antara Masbuq dan Muafiq. Bolehlah kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa untuk berkongsi ilmu ini ya.


Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 Anjuran HASRULHASSAN.COM

$
0
0

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Kali ini Mai sertai Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 yang dianjurkan oleh blogger otai yang dikenali ramai dalam dunia blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan.

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Blog MaisarahSidi.com tentang apa?

Blog ini berkongsi tentang gaya hidup yang berkisarkan tentang ilmu, agama, resepi, tutorial, pengalaman, pendapat sendiri tentang isu semasa dan juga reka bentuk grafik.

Bagaimana saya mula mengenali blog HASRULHASSAN.COM?


Mai mula kenal blog HASRULHASSAN.COM kerana tutorial blog yang disediakan dalam blog tersebut. Pada permulaan berblog beberapa tahun lepas, memang kosong ilmu tentangnya. Apa yang Mai tahu ialah menulis sahaja. Jadi untuk mantapkan blog dan supaya blog lebih berkualiti, Mai mula google tutorial blog terutamanya bab SEO dan kebanyakannya daripada blog HASRULHASSAN.COM. Ilmu tentang Adsense juga Mai rujuk di blog miliknya. 

Tujuan blog MaisarahSidi.com dihasilkan

Pada mulanya, Mai menulis kerana melihat rakan sebilik ketika belajar di universiti berkongsi tentang cerita mengembara ke pelbagai negara di blognya. Sejak itu Mai mula menulis dengan berkongsi apa sahaja perkara menarik yang Mai lalui. Kemudiannya Mai mula berkongsi ilmu seperti tutorial blog, komputer dan photoshop/reka bentuk grafik, agama. petua dan sebagainya untuk dimanfaatkan bersama. Blog ini juga adalah tempat untuk menjana pendapatan dengan mempromosikan hasil design yang Mai buat seperti blog, banner, doodle, vector portrait dan yang berkaitan di blog.

Harapan menyertai segmen ini

Yang pertama sekali, sudah semestinya berharap supaya terpilih untuk masuk dalam bloglist blog HASRULHASSAN.COM. Dari situ, Mai boleh mengenali blogger lain juga dan yang pentingnya dapat menjalinkan ukhwah sesama blogger.


#MYCYBERSALE, Jualan Online Besar-besaran di Malaysia Kembali Lagi!

$
0
0

Jualan Murah Online #MYCYBERSALE


#MYCYBERSALE kembali lagi! Jualan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Seronoknya! Mana tidaknya, harga dan diskaun berganda-ganda serta pelbagai tawaran menarik yang disediakan bagi sesuatu barangan sepanjang tempoh berlangsungnya #MYCYBERSALE yang sangat berbaloi dibeli oleh rakyat Malaysia. Jualan besar-besaran yang tidak patut dilepaskan oleh rakyat Malaysia.

#MYCYBERSALE


Apa itu #MYCYBERSALE?


#MYCYBERSALE adalah jualan dalam talian (online) terbesar di Malaysia. Pelbagai jenama terkenal menyertai jualan ini sepanjang tempoh berlangsungnya #MYCYBERSALE. Seperti yang diberitahu dalam akhbar tempatan Sinar Harian, #MYCYBERSALE 2017 merupakan program kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) dan peserta industri teknologi maklumat dan komunikasi, menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 peniaga. 

Untuk pengetahuan anda, PIKOM adalah persatuan yang mewakili industri ICT di Malaysia, mempunyai lebih daripada 1,200 syarikat korporat, dan profesional individu merentasi Peruncit, Pemborong, Multinasional dan komuniti pengguna. Bab E-Commerce PIKOM telah diluluskan pada 21 Julai 2016 oleh Majlis PIKOM untuk mengembangkan penglibatan PIKOM dalam industri e-Perdagangan.

Untuk #MYCYBERSALE 2017 kali ini, pelbagai jenis produk yang terpilih disediakan untuk anda  dengan tawaran eksklusif yang anda boleh dapatkan semasa jualan ini sahaja!


Bila #MYCYBERSALE diadakan?


Jualan dalam talian #MYCYBERSALE bagi tahun 2017 yang juga kali keempat ini bermula dari 9 sehingga 13 Oktober 2017 yang diadakan secara besar-besaran di Malaysia. Jangan lupa simpan tarikh ini ye! Kalau terlepas rugi nanti. Hehe. Jangan beri alasan tiada masa untuk membeli-belah atau merungut tentang harga sesuatu barangan. Beli-belah sewaktu #MYCYBERSALE berlangsung, pasti menguntungkan anda. Jimat masa, jimat belanja dan hati pun senang ;) 

Sempena #MYCYBERSALE ini, Mai telah menerima Gintell Magic Pillow. Best tau bantal ini. Memang magik. Satu bantal boleh dapat dalam dua bentuk iaitu bentuk U dan bujur. 

#MYCYBERSALE, Gintell Magic Pillow

#MYCYBERSALE, Gintell Magic Pillow


Bantal ini sangat sesuai untuk Mai yang banyak buat kerja dalam keadaan duduk yang kerap menggunakan laptop. Kalau duduk lama ni selalu juga rasa sengal di bahagian belakang badan. Leher juga terasa lenguhnya. Sedapnya apabila bantal ini diletakkan pada leher dan belakang badan. Rasa seperti diurut! Bantal ini sememangnya membantu Mai untuk melegakan ketegangan otot dan tekanan selepas kerja berjam-jam. Bagi anda yang sering merasa lenguh di bahagian belakang dan juga leher, elok sangat kalau anda beli bantal magik ini.

Selain itu, ia juga sangat sesuai digunakan untuk mereka yang kerap melancong terutamanya ketika berada dalam kapal terbang, bas atau kereta di lebuh raya. Bolehlah jadikan Gintell Magic Pillow ini sebagai teman perjalanan anda agar lebih selesa tanpa lenguh-lenguh yang akan mengganggu mood anda ketika melancong kan?

Apa yang menariknya tentang bantal ini ialah ia seolah seperti sedang mengurut kita. Sebuah vibrator disertakan bersama bantal ini. Vibrator tersebut yang membuatkan rasa seperti diurut. Cuma tekan butang On dan pada vibrator dan masukkan ke dalam bantal tersebut dengan membuka zipnya. Rasai nikmatnya…

Di mana boleh dapatkan Gintell Magic Pillow ini? Mudah saja. Cari di laman web Lazada dan pasti anda jumpa.

Barangan lain yang saya terima selain daripada Gintell Magic Pillow ialah barangan jenama Tesco. Antaranya Choco Malt dan Sandwich Spread with Tuna. Kedua-dua produk ini Mai dah cuba. Apa yang Mai suka tentang produk jenama Tesco adalah harganya lebih murah dan kualitinya setanding jenama terkenal. Anda patut cuba produk Tesco ini.

#MYCYBERSALE, tesco brand

Kalau anda nak tahu, pelbagai diskaun hebat boleh didapati di laman web Lazada (klik) yang diberikan untuk anda ketika berlangsungnya #MYCYBERSALE. Wow, bestnya! Peluang membeli-belah sambil berjimat yang tak patut anda lepaskan.

Selain daripada tawaran diskaun berganda-ganda selama tempoh berlangsungnya #MYCYBERSALE, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat seperti pakej percutian ke Korea, perkakas rumah dan dapur, telefon pintar, produk penjagaan kulit dan pelbagai hadiah hebat lain lagi menanti anda. Syaratnya mudah saja. Anda hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit bagi melayakkan anda untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Wah, ini sangat menarik!

Apa tunggu lagi, siap-siap tanda kalendar anda dengan tarikh #MYCYBERSALE supaya tidak terlepas peluang keemasan ini. Jom jimat belanja pada #MYCYBERSALE ini. Untuk maklumat lanjut tentang #MYCYBERSALE, lawati laman web https://mycybersale.my/ .


Puas Hati dengan Jam Tangan Casio Dari Zalora

$
0
0

Jam Tangan Casio Dari Zalora 

Alhamdulillah, jam tangan Casio dari Zalora selamat tiba di rumah. Encik posmen Gdex yang hantarkan. Puas hati sangat sebab bungkusan jam dan juga kotaknya tiada sebarang kerosakan. Tempoh penghantaran pun cepat. Inilah jam tangan wanita berjenama Casio yang Mai pesan melalui laman web Zalora.

Jam Tangan Casio

Agak lama juga Mai tak pakai jam tangan, bertahun juga lah. Sebabnya Mai alah dengan besi. Sebelum tu Mai pakai je jam tangan, bahagian bawah jam tu mesti ditampal dengan selotape. Baru boleh pakai. Kalau tak, timbul bintik-bintik merah dan gatal di kawasan yang terkena besi. Siap ikut bentuk bulat lagi tu. Nak beli jam plastik rasa macam budak-budak pulak. hehehe.

Akhir-akhir ni teringin pula rasanya nak pakai jam tangan. Jam tangan yang ada dah diberi kepada adik. Mai pun bukalah laman web Zalora untuk cari jam pilihan hati. Agak lama juga mencari sebab rambang mata hehe. Akhirnya, jam tangan jenama Casio dipilih. Harganya pula tidak melebihi RM100. 

Apa yang membuatkan Mai tertarik dengan jam tangan ini ialah rekaannya yang simple. Didalamnya diletakkan angka roman dan juga terdapat tarikh serta hari. Talinya pula adalah daripada kulit. Bingkainya berwarna perak berkilat. Memang berkenan dengan jam tangan ni. Yang pastinya ia adalah original. 

Jam Tangan Casio

Kalau jam tangan, Mai tak suka jenis yang kosong tanpa angka atau banyak corak dan aksesori didalamnya. Jadi, jam tangan ini memang jadi pilihan hati Mai.

Secara keseluruhannya, sangat berpuas hati dengan servis daripada Zalora. Dah banyak kali juga membeli di situ. Yang sebelum-sebelum ni pun sama. Servis tip top. 

Kalau anda nak tahu, sekarang ini sedang berlangsung #MYCYBERSALE yang bermula dari 9 sehingga 13 Oktober 2017. Pelbagai jenis produk disediakan untuk anda dengan diskaun berganda-ganda dan tawaran eksklusif yang anda boleh dapatkan semasa jualan ini sahaja. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat buka laman web beli-belah online sekarang juga. Kalau nak lebih penjimatan, beli melalui Shopback, anda akan dapat casback pula. Untung kan?

Selamat membeli-belah!


Minuman Heartbeat daripada Juice Works Kaya Antioksidan

$
0
0

Jus Kaya Antioksidan - Minuman Heartbeat daripada Juice Works


Antioksidan, anda mungkin pernah dengar istilah ini di sekitar kedai makanan kesihatan di bandar atau pun perbincagan mengenai topik kesihatan dan pencegahan penyakit.

Carian melalui Google menunjukkan penggunaan istilah ini telah berkembang pesat semenjak dua dekat yang lalu ini, selaras dengan peningkatkan minat dalam permakanan hidup yang lebih sihat. Tetapi tahukan anda apa itu antioksidan sebenarnya?

Merujuk kepada kamus, antioksidan merupakan bahan yang menghilangkan agen-agen pengoksida yang berpotensi merosakkan organisma hidup didalam badan. Pengoksidaan di dalam tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas yang boleh menyebabkan tindak balas rantaian yang boleh merosakkan sel.

Malah process metabolisme atau pemprosessan oksigen yang kita ambil melalui pernafasan, atau penghasilan tenaga daripada sel-sel, boleh menghasilakan radikal bebas seperti itu.

Tubuh kita adalah penciptaan tuhan yang menakjubkan, kerana ia juga boleh menghasilkan antioksidan yang diperlukan untuk mengatasi kerosakkan ini. Walau bagaimanapun, kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksidan yang terdapat didalam tubuh kita, terutamanya di dalam dunia yang semaking tercemar ini.

Oleh itu, untuk membantu badan kita mengekalkan keseimbangan, bekalan antioksidan luar yang berterusan diperlukan untuk membantu meneutral dan menghilangkan radikal bebas.

Inilah sifat alam semulajadi yang menyediakan apa yang diperlukan oleh badan kita. Antioksidan boleh didapati di kebanyakkan makanan yang ber asaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, wain dan coklat! Terdapat juga banyak jenis antioksidan yang lain, beberapa yang popular adalah vitamin (beta-Karoten), C, dan E. Andajuga mungkin pernah dengar mengenai flavanols – yang terdapat didalam coklat dan lycopene yang terdapat di dalam tomato. 

Salah satu sebab disebalik kenaikkan minat terhadap jus buah-buahan an sayur-sayuran baru-baru ini – selain daripada kelazatannya adalah jumlah antioksidan yang banyak yang boleh diperolehi daripada mereka.

Ambil minuman Heartbeat daripada Juice Works, yang menggabungkan kebaikan antioksidan yang kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun.

Juice Works Heartbeat

Ia mempunyai hesperidin antioksidan daripada oren, dimana ia boleh membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan menurunkan risiko penyakit jantung seseorang.

Selain daripada antioksidan alfa dan beta-karoten, yang bain untuk kuit, paru-paru, sistem imun dan kesihatan jantung, wortel mengandungi antioksidan lutein yang penting untuk kesihatan mata.

Di samping kaya dengan vitamn A dan C, limau gendang juga mempunyai antioksidan naringenin, yang telah didapati untuk membantu hati memecah lemak dan meningkatkan kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat bukti menyatakan bahawa naringenin mungkin melindungi hati daripada kerosakkan.

Timun, mempunyai banyak antioksidan juga. Sekali lagi, selain vitamin C fan beta-karoten, ia mengandungi flavonoid seperti kaempferol, yang dapat membantu melawan kanser dan menurukan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit jantung. Epal juga adalah kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksidan yang banyak. Saintis kini telah mengira kuasa antioksidan epal adalah bersamaan dengan lenih daripada 1,5000 miligram vitamn C.

Heartbeat, Juice Works

Jadi apa yang anda tunggukan? Dapatkan secawan Heartbeat – atau mana-mana jus pilihan anda dari Juice Wroks hari ini - dan bantu badan anda melepaskan radikal bebas yang jahat!

P/s: Khusus untuk bulan Oktober, Juice Works telah berkerjasama dengan Face – dahulu dikenali sebagai Groupon – unutk menawarkan RM 5 Diskaun untuk setiap pembelian di Juice Works. Hanya layari www.myfave.com atau muat turun aplikasi Fave dan dapatkan kod promo untuk mendapatkan diskaun anda!**

**Tawaran ini boleh ditebus dari Oct 1 sehingga Oct 31, 2017
**Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun/baucar yang lain



TENTANG JUICE WORKS Malaysia

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangan setia untuk kraf yang mengunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Juice Works

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.



First Giveaway by Mushyzaini

$
0
0

Giveaway September

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini baru ada masa jengah blog sendiri. Sibuk sikit akhir-akhir ni. Kali ini Mai sertai First Giveaway by Mushyzaini yang dianjurkan blogger Musfirah. 

Klik banner di bawah ini untuk menyertai giveaway ini.

Giveaway Mushyzaini
KLIK > First Giveaway by Mushyzaini

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Kalau nak tahu hadiahnya, klik terus banner di atas ye.
Mudah saja syarat-syarat yang perlu diikuti. Cepat-cepat sertai ye.

Rakan blogger yang ditag: +tenku butang dan +Nurul Syahirah 

Semoga berjaya!


Mug Comel dengan Rekaan Menarik di WePrintGift

$
0
0

Mug Comel daripada WePrintGift


Mug adalah barangan yang biasa ada di rumah atau di tempat kerja. Mug bukan sahaja digunakan untuk minum malah untuk perhiasan juga. Ia juga merupakan pilihan yang popular untuk barangan peribadi kegunaan sendiri dan dijadikan hadiah dalam pelbagai majlis dan acara yang berkaitan.

Lagi cantik dan menarik sesebuah mug itu jika disertakan dengan rekaan memukau hasil idea sendiri. Kemudian rekaan tersebut dicetak pada mug. Tapi bagaimana kita ingin mencetaknya jika tiada peralatan yang sesuai untuk itu? Jangan risau. Selesaikan masalah anda dengan WePrintGift. Mereka sedia membantu anda.
mug comel, WePrintGift
Mug daripada WePrintGift


Apa itu WePrintGift?


Pasti anda tertanya-tanya tentang WePrintGift kan? WePrintGift menyediakan servis membuat hadiah peribadi yang unik dengan merealisasikan reka bentuk yang kita inginkan dicetak pada barangan tertentu. Mereka juga menyediakan alatan reka bentuk yang memudahkan pengguna untuk mereka sendiri mengikut idea masing-masing di laman web tersebut. Harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan pula sudah pasti mampu untuk dimiliki oleh semua orang.
Laman Web WePrintGift

WePrintGift menawarkan sehingga 3,000 produk berkualiti tinggi untuk anda pilih, alat reka bentuk (design tools) mesra pengguna serta kaedah percetakan yang tahan lama, jaminan wang 100% dan bantuan perkhidmatan pelanggan yang cepat. Anda pasti merasai pengalaman membeli-belah yang menyenangkan di WePrintGift.

Pelbagai barangan menarik disediakan di WePrintGift, sama ada barangan kegunaan sendiri digunakan untuk menghiasi rumah atau hadiah yang sederhana namun amat bermakna buat penerima.


Teknologi Percetakan di WePrintGift


WePrintGift menggunakan teknologi percetakan pemindahan haba (heat transfer printing technology) untuk mencetak foto, nama atau mesej mengikut reka bentuk yang anda fikirkan. Anda boleh memilih untuk menggunakan alat reka bentuk mudah digunakan di laman web WePrintGift atau mereka bentuk sendiri menggunakan Adobe Photo atau Illustrator, memuat naik dan mencetak.

Ciri-ciri mug berkualiti yang disediakan WePrintGift:
  • Seramik
  • 3.25" Diameter, 3.75" Tinggi
  • Dishwasher and Microwave safe
  • Terdapat dalam 11oz
  • Mug Gred AA dengan kualiti premium
  • Dicetak sepenuhnya dengan monogram, logo atau mana-mana imej pada permukaan.
  • Terdapat dalam jenis Glossy dan Matte 
  • Tiada tempahan minimum diperlukan



Mug Peribadi WePrintGift yang Patut Dimiliki


Pada masa kini, hadiah yang menarik dan unik menjadi trend, semua orang ingin memiliki sesuatu yang bermakna kepada mereka.

Apa kata jika mug dengan hasil rekaan idea sendiri diberikan kepada yang tersayang. Pasti ia menjadi ingatan dan kenangan manis dalam hidup mereka. Anda boleh membuat mug peribadi sama ada dengan meletakkan foto, nama atau mesej untuk penerima.
mug comel, WePrintGift
Boleh letak foto, nama atau mesej

Mug sering menjadi pilihan sebagai hadiah atau juga kegunaan peribadi kerana ia digunakan setiap hari, jadi tidak hairanlah mug adalah salah satu pilihan yang paling popular untuk item peribadi atau idea hadiah! 


Cara untuk Membuat Tempahan di WePrintGift

Mudah sahaja cara untuk membuat tempahan di WePrintGift,  semudah ABC. Apa yang perlu buat ialah pergi ke laman web WePrintGift, kemudian...

Langkah 1 – Pilih barangan pilihan anda

Langkah 2 – Reka bentuk sendiri mengikut idea anda

Langkah 3 – Pesan

Mudah kan? Untuk lebih lanjut tentang cara membuat tempahan, anda boleh merujuk panduan yang disediakan di SINI.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari hadiah menarik dan unik buat yang tersayang dengan adanya WePrintGift. Apa tunggu lagi? Jom ke WePrintGift sekarang juga!



10 Reka Bentuk Ruang Tamu Kontemporari Menarik Di Malaysia

$
0
0

Reka Bentuk/Derkorasi Ruang Tamu


Ruang tamu merupakan ruang yang amat penting untuk sesebuah rumah kerana di situlah tempatnya untuk ahli keluarga bersantai bersama setiap hari, dan juga tempat untuk tuan rumah melayan tetamu yang datang membawa berkat.

Jadi, disebabkan itu, setiap pemilik rumah pasti akan berasa tidak sabar untuk renovate ruang tamu sebaik saja menerima kunci untuk rumah baru. Namun begitu, bukan ruang tamu untuk rumah baru sahaja yang boleh diubahsuai, rumah yang sedang diami sekarang juga boleh diubahsuai untuk memberikan suasana yang lebih segar dan moden.

Jika anda perlukan inspirasi untuk hias ruang tamu anda, jom lihat kompilasi gambar ruang tamu yang telah dihias cantik oleh interior designer tempatan untuk rumah-rumah di Malaysia.

1. Kondominium di St Mary Residences, Bukit Bintang

deko ruang tamu
Projek oleh La Conception Hauz

Hiasan dalaman kondominium ini telah menggunakan kombinasi reka bentuk kontemporari, artistik dan antik dengan sangat baik. Kerusi kulit berwarna coklat yang digandingkan dengan meja kopi kayu membuatkan ruang ini kelihatan klasik. Permaidani hitam dan sofa putih pula digunakan untuk mengimbangi suasana ruang ini dengan penampilan kontemporari.


2. Kondominium di Casa Tropicana, Petaling Jaya

deko ruang tamu
Projek oleh Pocket Square

Perabot di ruang tamu di ini telah disusun atur dengan kemas tanpa barang yang banyak di lantai. Rak di dinding di belakang sofa adalah idea yang kreatif dan praktikal sebagai ruang simpanan dan untuk menggantikan meja kopi. Sofa kulit berwarna coklat bentuk L itu pula membuatkan ruang ini kelihatan lebih maskulin.


3. Banglo di Raub, Pahang
reka bentuk ruang tamu

Banglo ini dihias dengan tema kontemporari dan minimalis. Sofa kulit dan meja kopi membuatkan ruang ini kelihatan moden. Pemilihan warna putih dan kelabu pada lantai, sofa dan feature wall menyerlahkan lagi tema minimalis di ruang ini. Bunga hiasan berwarna terang pula ditambah untuk menaikkan seri.


4. Rumah berkembar di Ecohill, Semenyih

deko ruang tamu

Warna coklat memang dikenali sebagai warna yang memberikan suasana warm and cosy. Interior designer yang menghias rumah ini telah berjaya memberikan suasana tersebut dengan menggunakan dinding kayu bercorak sebagai feature wall. Bingkai gambar pula disusun di dinding dengan penuh kesenian dan sebagai salah satu ciri hiasan dalam. Sofa moden berwarna gelap juga sangat sesuai dengan keseluruhan tema ruang ini.


5. Kondominium di Verde, Ara Damansara

deko ruang tamu

Palet warna hitam dan putih telah digunakan untuk menghasilkan hiasan dalam yang moden dan bersih. Permukaan kaca pada kabinet dapur membuatkan kondominium pelan terbuka ini kelihatan lebih luas. Bagi menaikkan seri ruang tersebut, lampu gantung bercorak artistik telah digunakan untuk ruang makan dan di dapur. Sofa hitam bentuk L yang selesa pula diletakkan di ruang tamu untuk menyerlahkan lagi tema moden.


6. Kondominium di Royal Regent, Dutamas

deko ruang tamu

Permaidani gebu berwarna kelabu adalah tumpuan utama untuk ruang tamu ini, dan berperanan dalam menghasilkan suasana yang selesa. Hiasan dalaman dengan tema kontemporari untuk ruang ini telah dilengkapkan dengan sofa dan meja kopi yang ringkas tetapi menarik. Dinding pemisah berwarna hitam dengan corak artistik pula digunakan untuk membahagikan ruang sambil mengekalkan reka bentuk pelan terbuka.

(Baca: 20 Rules To Hire Renovation Contractors in Malaysia)


7. Kondominium di Putra Prima, Puchong

deko ruang tamu

Ruang ini telah dihiasi dengan hiasan dalaman dengan palet warna yang terang dan ceria. Kombinasi warna kuning dan corak abstrak membuatkan ruang ini kelihatan moden dan unik dengan caranya tersendiri. Bagi memastikan suasana ruang tersebut kekal seimbang, pereka hias dalaman telah menggunakan warna asas sebagai warna latar.


8. Rumah teres di Bandar Rimbayu, Shah Alam

deko ruang tamu

Sementara kebanyakan ruang tamu lain menjadikan televisyen sebagai sebagai tumpuan, ruang tamu ini sangat berbeza. Kombinasi pelbagai jenis corak seperti batu bata sebagai feature wall, serta meja dan kabinet kayu asli membuatkan ruang ini kelihatan unik dan menarik. Sofa gebu dan oversized yang diletakkan di ruang ini pula membuatkan keseluruhan suasana kelihatan sangat selesa dengan serta-merta.


9. Kondominium di Casa Tropika, Puchong

deko ruang tamu
Projek oleh Hatch Design

Sekali imbas, mungkin ada yang merasakan ruang tamu ini mempunyai terlalu banyak barang. Tetapi yang sebenarnya, ruang tamu bertema minimalis ini mengetengahkan ciri-ciri praktikal. Pereka hias dalaman memilih reka bentuk abad pertengahan dengan menggunakan sofa kelabu tiga tempat duduk dengan meja kopi yang ringkas. Ruang makan dan ruang kerja pula disekalikan bagi menjimatkan penggunaan ruang.


10. Kondominium di Bangsar Puteri

deko ruang tamu

Hiasan dalaman ruang tamu moden abad pertengahan ini mempunyai gabungan warna terang dan kusam. Gandingan lantai berwarna kayu asli, siling berwarna simen konkrit dan dinding putih membuatkan rumah ini kelihatan sangat unik dan menarik. Bagi menaikkan seri, ruang tersebut telah dipenuhi dengan sofa berwarna biru terang dan kerusi makan pelbagai warna.


Adakah anda kagum dengan hasil kerja interior designer tempatan seperti dalam gambar-gambar di atas? Luangkan masa untuk lihat lebih banyak hasil kerja pereka hias dalaman yang berdaftar di Recommend.my untuk pelanggan di seluruh negara.

Jika anda inginkan suasana baru untuk ruang tamu, bilik tidur, ruang makan atau ruang dapur rumah anda, dapatkan sebut harga secara online di Recommend.my. Kongsi beberapa maklumat ringkas dan pihak Recommend.my akan memberi maklumbalas dalam tempoh 2 jam. Sangat mudah, kan?


Design Template Responsive Blog Eres Hermosa

$
0
0

Template Blog Responsive Tema Kecantikan, Kesihatan dan Lifestyle

Servis design blog murah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini Mai nak berkongsi tentang satu lagi artwork iaitu design blog Eres Hermosa yang dimiliki oleh blogger Ija Juhari. Tahu tak apa maksud Eres Hermosa? Maksudnya adalah bahasa Spanish yang bermaksud 'awak cantik'. 

design blog murah

Blog ini bertemakan gabungan warna pastel seperti warna merah jambu dan hijau. Sedap mata memandang. Header blog ini diserikan dengan bunga-bungaan dan dedaun yang lembut warnanya. Rekaan blog ini simple dan tidak serabut agar dapat memudahkan pembacaan. 

Template blog Eres Hermosa ini adalah template responsive. Di bawah ini adalah template penuh blog ini.

Blog pakej 4 + template responsive: Blog Eres Hermosa (klik untuk lihat paparan penuh)

design blog murah

Di bawah pula adalah paparan blog ini apabila dilihat menerusi telefon pintar.
design blog murah

Banner blog
design blog murah


Watermark
design watermark murah


Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah saya akan design / edit mengikut citarasa anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

> Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Nikah itu Sekali Aja, Seumur Hidup!

$
0
0

Video Mat Luthfi 'Kain Mahal'


Dalam hidup, pasti setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan hubungan mereka sampai ke syurga. Nikah memang sekali, tapi kalau perbelanjaan untuk majlis kahwin boleh menampung perbelanjaan untuk beberapa tahun, ini patut dijauhkan. 
nikah, kahwin
Foto deseretnews.com

Dah tonton video terbaru Mat Luthfi yang bertajuk 'Kain Mahal' ? Video berdurasi pendek ini sarat dengan pengajaran. Dalam kelakar ada terselit mesej tersirat dalam video lakonan Mat Luthfi dan viners terkenal Adib Alex dan Luqman Podolski.


Sekali aja, seumur idup! Suka dengar dia cakap macam tu 😄

Beberapa isi yang Mai dapat daripada video tersebut, 
  • Nikah memang sekali, tapi jangan disebabkan alasan itu sanggup berhabis duit untuk majlis yang hanya berlangsung beberapa jam sahaja.
  • Semahal-mahal kain yang kita pakai semasa hidup, kain kapas putih juga yang akan menutup badan pada penghujung hidup kita nanti.
  • Jangan terlalu fikir tentang dunia, nanti hidup entah ke mana. 
  • Jangan berlebihan, bersederhana itu lebih baik.
  • Manusia hanya merancang tapi Allah adalah sebaik-baik penentu.
  • Yang lebih penting, persediaan menghadapi waktu yang pasti dilalui setiap manusia iaitu kematian yang akan datang bila-bila sahaja.


Apa pun, bersederhanalah dalam setiap perbuatan. Manfaatnya kita juga yang rasa nanti.
Mati juga sekali aja, seumur idup!


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live