Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

$
0
0

Giveaway Oktober 

Siapa yang suka membaca pasti suka dengan giveaway yang dianjurkan oleh blog Siqahiqa ini. Hadiah yang ditawarkan dalam giveaway ini adalah buku. Jika diizinkan Allah menjadi pemenang, dapatl;ah tambah koleksi buku untuk dibaca 😊  Bukan buku sahaja, hadiah misteri juga turut disediakan untuk pemenang bertuah. Wah, best ni!

giveaway blog
Klik banner untuk sertai giveaway ini
Mudah sahaja syarat-syarat yang perlu diikuti. Klik terus banner di atas ini untuk menyertai giveaway ini.

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa sedang berlangsung dan akan tamat pada 12 November 2017 nanti. 

Semoga berjaya!




Sakit itu Tandanya Allah Sayangkan Kita

$
0
0

Ujian Sakit


Sakit itu penghapus dosa. Ketika sedang sakit ini selalunya automatik mulut kita menyebut kalimah 'Allah' . Sama ada kita perasan atau tidak sahaja. Dapat pahala percuma hanya dengan menyebut nama-Nya bukan?


sakit penghapus dosa
Foto Google

Mungkin saja sakit itu ujian yang diberikan Allah kepada kita supaya kita tidak lupa dengan-Nya. Sakit membuatkan kita teringat tentang amalan yang kita buat. Waktu inilah kita mula mengimbas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. 

Selagi kita masih menyedut udara milik-Nya, kita masih punya waktu untuk menginsafi diri dan berubah kepada yang lebih baik. Jaga solat, baca al-Quran, berzikir dan seumpamanya selagi kita masih bernyawa. Selagi itulah kita perlu berusaha untuk sihat, tidak ada gunanya putus asa dan merungut. Allah melihat setiap usaha yang dibuat, ada ganjaran di sebaliknya. Tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati. 

Baca: Doa Yang Menyembuhkan Penyakit

Kepada rakan-rakan yang sedang berusaha melawan sakit, semoga Allah memberi kesembuhan kepada anda. Allah menguji hamba-Nya kerana Dia sayang. Allah rindukan rintihan hamba-Nya. Berusahalah sekuatnya kerana masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebelum melangkah ke alam baru. 


Tutorial Letak Widget Instagram InstaWidget di Blog

$
0
0

Cara mudah letak widget Instagram di blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Baru-baru ini ada rakan blogger yang bertanyakan tentang cara mudah meletakkan widget Instagram di blog. Jadi kali ini Mai nak kongsi widget Instagram yang mesra pengguna, kata lainnya mudah digunakan dan setting sendiri.

letak Widget Instagram di Blog

Sebelum ini Mai pernah kongsi tutorial mudah ini dalam entri ini Tutorial | Letak Widget Instagram Di Blog dengan menggunakan beberapa widget Instagram yang lebih kurang sama fungsinya dan cara settingnya. Tapi kali ini Mai menggunakan widget InstaWidget yang sangat mudah digunakan.

Jom ikuti beberapa langkah mudah untuk meletakkan widget Instagram di blog:

1. Pergi ke laman InstaWidget (klik pautan) dan muncul seperti paparan di bawah ini.

InstaWidget

2. Masukkan username Instagram anda. hashtag tak perlu isi. Untuk lebar widget, boleh adjust sehingga betul-betul muat dengan sidebar blog anda. Kemudian isi kotak yang lain sekali mengikut kehendak anda. 

Dah siap isi boleh tekan butang 'Preview'. Nanti akan muncul widget tu di sebelah kanan. Anda perlu set Public akaun Instagram anda. Kalau private, widget Instagram takkan muncul setelah tekan butang Preview, kalau letak kod widget dalam blog pun takkan muncul widget tu. Set Public dulu ye.

Inilah rupa widget yang akan muncul...

letak Widget Instagram di Blog

3. Selepas itu, copy kod yang disertakan dan paste ke dalam ruangan html pada layout blog ( Layout > Add a gadget > HTML/JavaScript )

Contoh seperti di bawah...

letak Widget Instagram di Blog

Kemudian masukkan ke dalam ruangan HTML/JavaScript pada Layout blog

letak Widget Instagram di Blog

Apabila dah siap, bolehlah klik butang Save. 


Mudah je kan guna widget ini? Mai suka widget InstaWidget ini sebab kemas dan berbeza sedikit daripada widget Instagram yang lain. 

Kalau ada sebarang pertanyaan, tinggalkan komen di bawah ye. Selamat mencuba!


Mudahnya Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

$
0
0

Keluar Duit Google Adsense Melalui Western Union


Beruntunglah bagi blogger yang sudah ada iklan Google Adsense di blognya 😁 Iklan ini adalah salah satu cara blogger menjana pendapatan melalui blog. Terdapat tiga cara untuk keluarkan duit Google Adsense iaitu melalui Western Union, dikreditkan terus ke akaun bank ataupun cek yang dipos kepada anda. Terpulang kepada diri masing-masing untuk pilih cara yang mana satu.

Serba sedikit tentang iklan Google Adsense bagi blogger newbie. Apabila iklan Adsense muncul di blog, pembaca atau pelawat blog yang tertarik dengan iklan yang dipaparkan akan klik iklan tersebut. Setiap klik ada nilainya yang telah ditetapkan, yang menariknya ia dalam matawang USD. Duit Google Adsense boleh dikeluarkan apabila sudah mencapai USD100. 

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

Sebelum ini Mai pernah keluarkan duit menggunakan cek dan juga Western Union. Masa pertama kali nak keluarkan duit tu, Mai terus je pilih cek sebab tak buat research di Google dulu. Rupa-rupanya kena tunggu lebih kurang beberapa bulan kalau tak silap, barulah dapat pegang duit tu. Lama betul! Siap kena caj lagi. Rugi wooo kena caj sebanyak USD10.

Selepas itu, Mai terus bertukar kepada cara melalui Western Union. Sebabnya tidak dikenakan sebarang caj dan kebanyakan bank di Malaysia menyediakan perkhidmatan keluar duit melalui Western Union. Anda pernah terima atau keluarkan duit Google Adsense melalui Western Union? Mudah saja cara ini.

Cara-caranya:

1. Pilih Western Union sebagai cara pembayaran. 

2. Untuk proses tersebut, pihak Google Adsense akan memaklumkan pembayaran yang dibuat kepada kita melalui emel apabila sudah mencapai USD100. 

3. Kemudian, buka akaun Google Adsense dan klik pada Payment. 

Jika muncul perkataan 'Payment Issued' ini bermakna anda sudah boleh keluarkan duit tersebut. Klik pautan 'details' yang berwarna biru untuk melihat butiran maklumat lanjut. Anda akan lihat seperti ini.

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

4. Cetak maklumat yang dipaparkan. Senang nanti tunjuk terus pada staf bank kalau mereka tanya tujuan pengeluaran. 

5. Bawa cetakan tersebut ke bank berhampiran anda yang tertera papan tanda Western Union. Anda perlu tanya pada staf bank sama ada bank tersebut menyediakan servis terima duit melalui Western Union atau tidak. Jika tiada, pergi ke bank lain.

6. Beritahu kepada staf bank untuk membuat pengeluaran duit melalui Western Union, boleh tunjuk bukti cetakan maklumat pembayaran. Mereka akan memberi satu borang untuk diisi, contohnya seperti di bawah ini. Yang ini dibuat di AmBank. Pentingnya cetak maklumat tersebut sebab nombor MTCN perlu diisi dalam borang tersebut.

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union


7. Setelah selesai mengisi borang dan beri semula kepada mereka, tunggu beberapa minit untuk proses pengeluaran tersebut.

8. Anda akan diberikan resit sebagai bukti.

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

Selesai. Mudah je kan? Inilah cara yang saya pilih untuk keluarkan duit Google Adsense. Selamat mencuba!


Sedap atau Tidak Rasa Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch?

$
0
0

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch

KFC adalah salah satu restoran yang menyediakan makanan segera di Malaysia. Dah jenama pun Kentucky Fried Chicken, mestilah ayam goreng menu utamanya kan 😁 . Ayam goreng KFC memang menjadi pilihan Mai. Dalam sebulan, mesti akan ke restoran KFC. Sekarang ini KFC sedang mempromosikan menu terbarunya iaitu Spicy Sawadee Crunch. Ayam goreng berperisa ala Thai.

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch

Hari-hari tengok iklan tu di TV, hari ini baru terbuka hati untuk rasa menu baru Spicy Sawadee Crunch ini. Sebelum ni pernah baca komen mereka yang dah cuba menu baru ni pada iklan KFC di Facebook. Ada yang kata sedap, ada yang kata sebaliknya. Tapi Mai nak rasa juga menu baru ni walaupun ada yang kata tak berapa sedap di tekak mereka. Nak tahu sedap atau tak.. kena lah cuba sendiri kan.

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch ini rasanya lebih pedas daripada ayam Hot & Spicy. Kulit ayam pula ada rasa masam-masam, manis dan masin sikit, sikit je. Takde la sampai begitu masin seperti ada yang mereka katakan terlalu masin sehingga tak boleh makan. Bagi Mai rasa ayam KFC Spicy Sawadee Crunch ni boleh diterima oleh tekak Mai. Ok la. Pedas pun terasa pada lidah.

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch

Cuma rasa Thai tu ada pada kulit ayam je. Seperti serbuk perasa yang ditabur pada kulitnya sahaja. Lagi bagus kalau isi ayam pun rasa macam tu juga. Kulit ayam pula kalau nak dibandingkan dengan Hot & Spicy, jenis Hot & Spicy lagi rangup. Mai bagi 3/5. Mungkin rasa yang sedikit berbeza tu contohnya ada yang kata terlalu masin kerana lain cawangan, lain orang yang menyediakannya. Restoran KFC di tempat Mai ok je setakat ini 😊

Dalam banyak-banyak menu ayam goreng KFC, Mai paling suka Ayam Kicap Meletup. Sedap! Makan seketul memang tak cukup. Rasanya seimbang, sangat kena dengan lidah yang merasa. Rindunya kat Ayam Kicap Meletup ni. Kalau tak silap, menu ni dah dua kali keluar. Mungkin sebab ramai yang suka kan.

Apa pun pilihan di tangan anda. Nak tau sedap atau tak, anda kena cuba dulu. Dengar cerita daripada mulut orang lain, tak semestinya sama dengan kita. Kalau rasa ayam tak dapat memuaskan tekak anda, beritahu terus kepada pekerja dapur KFC. Senang cerita kan. hehe


Pembentangan Bajet 2018

$
0
0

Pembentangan Bajet 2018

Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia mendengar ucapan Bajet 2018. YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri juga merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 di Dewan Rakyat Parlimen

Bajet 2018
Kredit gambar: Laman Rasmi Bajet 2018

Tema Bajet 2018 kali ini ialah 'Negaraku Membentuk Masa Depan'.

Pembentangan Bajet 2018 ini juga boleh ditonton secara langsung melalui saluran-saluran TV di Malaysia seperti RTM, Bernama, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Astro dan TV Al-Hijrah. Jangan lupakan tonton pembentangan Bajet 2018 di kaca televisyen atau secara live streaming.

Bagi anda yang tidak dapat menonton pembentangan Bajet 2018, ringkasan ucapan boleh dibaca di sini.


Ringkasan Ucapan Bajet 2018

$
0
0

Ucapan Bajet 2018

Ringkasan Ucapan Bajet 2018 | YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, telah membentangkan Bajet 2018 di Parlimen pada 27 Oktober 2017.

Ringkasan Ucapan Bajet 2018

'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50' merupakan tema Bajet 2018. Berikut merupakan ringkasan Bajet 2018. Sumber dari Laman Rasmi Bajet 2018, Ringkasan Teks Ucapan (Touchpoints Bajet 2017).

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Bajet 2018

Untuk pelbagai maklumat lain tentang Bajet 2018, anda boleh terus ke laman rasmi Bajet 2018 di www.treasury.gov.my .


Pentingnya Mengetahui Keputusan Peperiksaan Pelajar dengan SAPS Ibu Bapa

$
0
0

Kepentingan SAPS Ibu Bapa


Keputusan peperiksaan pelajar sangat penting kepada ibu bapa. Ini kerana ibu bapa dapat mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam pelajaran di sekolah dengan keputusan tersebut. Kini, ibu bapa lebih mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dengan adanya SAPS Ibu bapa.

SAPS Ibu Bapa

Apa itu SAPS?


SAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Menurut sistemkpm.com, SAPS adalah satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD.


Kenapa SAPS Ibu Bapa Penting?


Sebelum SAPS Ibu Bapa diaplikasikan seperti sekarang ini, keputusan peperiksaan pelajar direkodkan dalam buku laporan kemajuan pelajar. Buku inilah yang akan diberikan kepada ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Adakalanya sekolah mengadakan sesi menandatangani buku laporan pelajar dengan ibu bapa. Ada juga yang diberikan terus kepada pelajar untuk diberikan kepada ibu bapa bagi menyemak keputusan peperiksaan. Tetapi bagaimana jika ibu bapa tidak dapat menghadirkan diri pada sesi tersebut? Bagaimana jika ada pelajar yang tidak memberikan buku laporan kepada ibu bapa kerana takut dimarahi atau ada yang meniru tandatangan ibu bapa?

SAPS Ibu Bapa

Di sini kita nampak kepentingannya. Pelajar tidak mudah untuk menipu ibu bapa mereka tentang keputusan peperiksaan di sekolah dengan adanya SAPS Ibu Bapa. Ibu bapa juga dapat memantau keputusan dan prestasi pelajar dengan lebih senang dan efektif. Jika keputusan peperiksaan pelajar tidak memberangsangkan, inilah masanya untuk ibu bapa bertanya dengan anak mereka tentang masalah yang dihadapi serta cara untuk mengembalikan semangat meraka belajar di sekolah.

Selain itu, pelajar juga boleh terus membuat semakan keputusan peperiksaan mereka tanpa perlu menunggu lama daripada guru untuk mendapatkannya.

Mudahnya zaman sekarang ini bukan? Nak semak keputusan peperiksaan anak-anak pun online sahaja. Hanya beberapa saat, ibu bapa dapat mengetahui keputusan penuh peperiksaan anak-anak.


Cara Menggunakan SAPS Ibu Bapa


Untuk pengetahuan anda, SAPS Ibu Bapa ini dapat menyemak keputusan yang melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Melalui SAPS, ibu bapa dapat mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak seperti Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Apa yang ibu bapa perlu ada untuk mengetahui keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu Bapa ialah komputer atau telefon pintar dan juga capaian internet. Ramai ibu bapa yang sudah tahu cara-cara untuk menggunakan SAPS Ibu Bapa. Tapi mungkin juga, ada segelintir ibu bapa yang masih belum tahu cara menggunakannya. Jangan risau, mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.

1. Layari laman SAPS Ibu Bapa: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/. Kemudian akan keluar seperti paparan di bawah ini.

SAPS Ibu Bapa

2. Isi maklumat lengkap pelajar yang diperlukan seperti Nombor IC atau Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.
3. Klik Semak.
4. Klik Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.

Seterusnya sistem akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan terperinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Slip ini boleh dicetak untuk simpanan jika anda mahu.

Sekiranya anda menghadapi masalah seperti nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklumkan perkara ini kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM.

Mudah bukan? Kini, segalanya di hujung jari anda. Manfaatkan penggunaan SAPS Ibu Bapa sebaiknya. Semoga perkongsian kali ini memberi sesuatu yang berharga kepada kita semua.



Sesuatu yang Ajaib Bakal Muncul dari Juice Works

$
0
0

Honey, it’s Christmas! Jus Baru dari Juice Works


Dapatkah anda merasakannya? Sesuatu yang ajaib bakal muncul. Daripada bunyi loceng yang menyinari hati sebagai nota yang biasa ditemui pada bulan yang akan datang ini berada di setiap sudut, ke senyuman yang lebih meriah di wajah orang yang kami temui. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, rasa teruja di hati mereka semakin kuat apabila akhir tahun semakin mendekati.

Ia seperti suasana seluruh dunia bertukar kepada suasana yang lebih bahagia dengan ketibaan musim yang indah tahun ini – Krismas!

Jadi janganlah terkejut kika anda mendengar kami di Juice Works bersenandung bersama, atau jika anda melihat senyuman mengusik bibir kami apabila kami mencampur minuman anda.

Sempena musin yang meriah ini, kamu telah mencipta minuman yang istimewa, berkilat merah! Bagi kami, is melambangkan semua kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Kami berharap name minuman ini sendiri akan memberikan sentuhan gembira, kerana kami menyebutnya “Honey, it’s Christmas!”

Juice Works, Honey, it’s Christmas!

Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strawberi, lemon, dan ditambah dengan jus delima mulberi dan delima runy=merah, ramuan kecil ini hanya boleh didapati dari 6 Nov 2017 sehingga 1 Januari 2018!

Mulberry kering, yang mempunyai rasa manis semulajadi tanpa gula tambahan juga memberikan tahap protein dan zat besi yang luar biasa untuk buah. Ia adalah sumber yang kaya vitamin C, serat, kalsium san antioksidan. Itulah sebabnya mengapa mulberi kering adalah lazat apabila dijadikan sebagai makanan ringan atau dicampurkan dengan yogurt, smoothies dan banyak lagi.

Delima dan benih permatanya yang tersendiri telah digunakan untuk tujuan perubatan selama ribuan tahun. Dengan antioksidan yang lebih tinggi daripada jus buah-buahan yang lain, ia juga mempunyai tiga kali lebih banyak antioksidan berbanding wain merah dan the hijau. Oleh itu, buat Timur Tengah ini dikatakan berkesan untuk memerangi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, keradangan dan beberapa jenis kanser, termasuk kanser prostat.

Tembikai susu mempunyai kandungan air yang tinggi dan kadar kalium, yang menjadikannya buah yang baik untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Memandangkan ia mengandungi kedua-dua vitamin C dan tembaga, ia juga menggalakkan kulit yang sihat dengan membantu pengeluaran kolagen dan pembaikan tisu. Untuk meningkatkan lagi vitamin C-o-meter, jus lemon juga ditambahkan, untuk membantu pencernaan dan untuk menjaga sistem imun pada tahap optimum.

Bagi strawberi, ia adalah penuh dengan serat, folat dan antioksidan seperti vitamin C dan phytochemicals untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri dan vesel. Ia juga adalah kaya dengan iodin untuk membantu mengawal fungsi otak dan sistem saraf yang betul, di samping mempunyai dos tinggi kalium per beri, yang sangat baik untuk daya tumpuan dan ingatan.

Seperti yang anda boleh pastikan sekarang, gabungan minuman ini telah direka dengan bersunguh-sunguh untuk membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit semasa musim perayaan, mengurangkan kolesterol semasa anda bermanja dengan makanan dan untuk memastikan anda terhidrat, dengan kulit yang sihat dan cantik!

Jadi, semasa anda berpesta pada akhir tahun dan meraikan kedatangan tahun baru, jangan lah anda lupa untuk meminumnya!

Dan daripada kami semua di Juice Works: Selamat menyambut hari Krismas dan tahun baru dengan badan yang sihat !

Sepatah dua tentang JUICE WORKS Malaysia


Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Juice Works

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.


Lagu Yang Terindah daripada Achey untuk Isterinya

$
0
0

Lagu Yang Terindah Nyanyian Achey


Pertama kali dengar lagu Yang Terindah nyanyian Achey, sedap juga suara Achey ni! Achey bukan hanya berbakat dalam bidang pengacaraan dan di pentas lawak tetapi juga berbakat dalam bidang nyanyian. Cayalah Achey. 

Lagu Yang Terindah Achey

Lagu ini Achey tujukan khas buat isterinya. Liriknya sangat menyentuh jiwa. Tapi bagi Mai, lagu ini ada bersifat ketuhanan dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang kita sayang selain isteri.

Dengarkan...




Lihat diriku
Aku merayu walaupun secebis kasih beri kepadaku
Ia cukup bermakna sebelum ku terlena
Lena untuk selamanya

Yang terindah
Engkau tetap didalam ingatan
Yang terindah manis mengatasi kepahitan

Cintaku tetap satu
Hanyalah kepadamu
Yang tersemat diragaku

Yang terindah
Ku pintakan di dalam doaku
Yang terindah
Bila tercipta cinta padamu

Setia dijiwaku
Setia dihatiku
Kaulah yang terindah

Lihat diriku
Aku merayu secebis kasihmu
Ia bermakna sebelum lena
Lena selamanya


Macam mana dengan lagu ni? Sedap kan 😉


Matematik dan Bahasa Arab Tinggi Jadi Subjek Kegemaran Waktu SPM

$
0
0

Subjek Kegemaran Waktu SPM


Zaman sekolah, mesti ada subjek yang menjadi kegemaran kan. Dalam 12 subjek yang diambil ketika SPM 2007, Mai paling suka Matematik dan Bahasa Arab Tinggi. Dah 10 tahun meninggalkan zaman persekolahan rupanya.

SPM


Sebab apa Mai suka Matematik dan Bahasa Arab Tinggi? Mai suka Matematik sebab lagi mudah berbanding dengan Matematik Tambahan. Matematik ni sekali belajar, Alhamdulillah cepat faham. Kalau Matematik Tambahan ambil masa sikit untuk fahamnya. Faham-fahamlah macam mana 'senang' Matematik Tambahan tu. hihi. 

Tapi ada je rakan sekelas yang senang sangat nak faham Matematik Tambahan. Jawab soalan pun laju je. Keputusan SPM pun dapat A1 dalam subjek ni. Mai dapat B4 je pun beryukur sangat dah. Mereka yang minat dengan subjek ni, mesti mudah je bagi mereka untuk faham dan jawab soalan. 

BACA: Cara Mudah Ingat Bentuk Graf Fungsi (Graph Of Function)

Bahasa Arab pula menjadi subjek kegemaran sejak dari Mai tingkatan 1 lagi. Teringat masa mula-mula jejakkan kaki ke dalam kelas aliran agama tingkatan 1. Masa tu tahu sikit je perkataan bahasa Arab ni. Yang belajar masa sekolah rendah pun banyak dah lupa. Maka, bermulalah sesi menghafal perkataan Bahasa Arab. Mula dengan yang mudah sehinggalah yang susah. Selalu juga kena denda ketika kelas ni sebab tak dapat hafal banyak perkataan masa tu. Bila dah lagi dalam belajarnya, bertambah suka pula pada Bahasa Arab ni.

Bahasa Arab ni syok bab mengarang esei. Bahasa Arab Komunikasi ketika PMR 2015, tiada soalan esei. Naik menengah atas, Bahasa Arab Tinggi pula ada soalan esei dalam kerta peperiksaan. Bahasa Arab Tinggi ni perlu banyak membaca. Kalau ada perkataan yang tak tahu, cepat-cepat buka kamus untuk cari maksud. Barulah ingat dengan perkataan tu. Kebanyakan pelajaran dalam Bahasa Arab Tinggi Mai suka. Hikam wal amsal (kata-kata hikmah) antara topik yang disukai dalam Bahasa Arab Tinggi. Memang teringat sewaktu belajar tentang tatabahasa, nombor, cara buat ayat, kena denda... rindu betul. hehe.

Sebjek-subjek lain pun Mai suka juga tapi Matematik dan Bahasa Arab Tinggi lebih menjadi pilihan Mai. Kedua-dua subjek ini dapat A1 dan A2. Alhamdulillah.

Antara subjek yang Mai ambil waktu SPM ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science and Technology. Fuh... banyak. Alhamdulillah dengan keputusan SPM Mai masa tu. Keputusannya.. biarlah rahsia. hehehe.

Apa pun, semoga berjaya diucapkan kepada semua calon SPM 2017. Buat sehabis baik. InsyaAllah boleh. Jangan stress, dah habis jawab 1 paper, tak payah bincang dah soalan tu. Teruskan untuk subjek seterusnya. You can do it! Selagi SPM belum tamat, selagi itu anda boleh ubah kepada yang positif.


Sedapnya Makan Kuah Durian Cicah Roti

$
0
0

Kuah Durian Cicah Roti

Anda peminat buah durian? Mai memang penggemar buah durian. Peminat buah durian ini, kadang-kadang harga mahal pun tolak tepi. Janji dapat makan kan?

Sekarang ini pokok durian sebelah rumah dah berbuah dan dah banyak merasa buahnya. Cuma durian di dusun besar baru berputik. Alhamdulillah rezeki. Dapat juga rasa buah durian hasil tanaman sendiri. Macam-macam yang boleh dibuat dengan durian ini.  Buat makan sudah semestinya hehe. Kalau buah durian gugur banyak dalam sehari, dijual pun ada. Durian ni kalau makan dengan nasi pun sedap, sekali dengan ikan goreng dan kicap. Bertambah-tambah seleranya.

Rugi kalau tak suka durian hehe. Tapi kalau tekak tak boleh terima durian juga, takkan nak paksa juga kan 😊 Ada orang dia tak suka buah durian dimakan mentah begitu saja, kena transform jadi makanan lain baru dia boleh makan. Sebenarnya banyak resepi berasaskan buah durian yang boleh kita buat. Antara yang Mai selalu buat ialah kuah durian dan cucur durian.

resepi kuah durian

Sebut tentang kuah durian.. fuhhh sedapnya! Cicah pula dengan roti kosong, memang sedap.  Ada yang suka makan dengan roti jala. Makan pula ketika kuah durian masih panas. Sedap sangat. Mudah saja cara nak buat kuah durian ini. Kalau Mai buat kuah durian, ikut suka je sukatannya asalkan seimbang rasanya dan hasilnya nanti sedap. Jadi Mai kongsikan resepi kuah durian yang mudah ini dengan anda, tapi resepi ini daripada vitamin2u.net sebab disertakan sekali sukatan bahan-bahannya untuk memudahkan anda. Jom cuba resepi kuah durian ni. 

Resepi kuah durian


Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji durian saiz sederhana
1 cawan santan
2 cawan air
Gula secukup rasa
Secubit garam
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul) nak bagi wangi.

Cara buat kuah durian:

1) Masukkan isi durian dari beserta bijinya. (Tak perlu asing isi dengan biji, kalau nak terpulang pada anda)
2) Masukkan santan, air dan daun pandan.
3) Tambahkan gula secukup rasa dan secubit garam.
4) Masak campuran ini dengan api perlahan. Perlu sentiasa dikacau.
5) Masakkan sehingga pekat. Kepekatan tu ikut selera masing-masing. Kalau nak pekat, masak lama sikit.

Dah siap, bolehlah dimakan dengan roti kosong atau roti jala.

*Kalau tak nak letak santan pun boleh, Mai guna tepung gandum. 


Dapat makan kuah durian musim hujan ni, berganda-ganda sedapnya hehe. Kalau durian banyak sangat dirumah, ini adalah salah satu resepi yang boleh anda buat untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Mudah, cepat dan sedap lagi tu. Selamat mencuba resepi kuah durian ini 😉


Manis Buah Rambutan Diingati Selalu

$
0
0

Musim Rambutan Kembali Lagi


Musim rambutan kembali lagi di tempat Mai iaitu di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Alhamdulillah. Dua batang pokok rambutan yang ditanam berdekatan dengan rumah telah membuahkan hasil. Meriah buahnya. 

rambutan

Manis rasa isi buah rambutan hasil daripada dua pokok tersebut. Isinya juga bulat dan agak tebal. Sesiapa yang menggemari buah rambutan pasti takkan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Boleh terbayang tak rasanya yang manis tu? hehehe. Kalau kupas kulitnya, kemudian isinya dimasukkan dalam peti sejuk. Lepas tu makan buah yang sejuk-sejuk tu... perghhhh lagi sedap 😋

rambutan

Sekarang ini sementara buah rambutan ada di pokok, hari-hari mengait buah rambutan, setakat makan 2-3 biji je. Makan banyak-banyak takut kena kencing manis pula 😁 Best sangat sebab segar baru dipetik, terus dimakan. Manis jee.. Tapi tak semua buah rambutan manis rasanya. Ada juga pokok rambutan yang buahnya masam. Macam mana nak makan rambutan masam ni? Buah rambutan masam ini sesuai dibuat jem. Ada rasa masam manis. Tapi Mai tak pernah buat sendiri pun. hihi

Kulit buah rambutan ketika warna merah dan sedikit hijau (seperti gambar di bawah ini), sedang elok untuk dimakan. Masa ini buah tengah sedap dan boleh kata sempurna dari segi rasa dan rupa.

rambutan

Kalau kulitnya dah terlalu merah, mungkin isinya berair. 

Selain dibuat makan, dijual pun ada juga. Dengan rambutan pun boleh buat duit tau. Kenalah jual dulu barulah dapat duitnya kan hee. Bolehlah menambah pendapatan sampingan abah. Sehari dapat juga jual dalam 20-25 kilogram. Sebelum dijual, ditimbang sekilogram seikat. Selalunya abah jual kepada peraih terus. Alhamdulillah laris, cepat je habis. Permintaan tinggi rambutan buat masa ni.

Kalau anda nak merasa rambutan, cepat-cepat cari di pasar malam. Tak pun balik je kampung sekejap, dapat makan fresh2 lagi tu hehe. 


Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com

$
0
0


Giveaway Mialiana.com


Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

giveaway november


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Yang Patut Dibuat Apabila Dipuji

$
0
0

Apa yang perlu dibuat jika dipuji?

Cara membalas pujian | Manusia mana yang tak suka dengan pujian. Bagi Mai, pujian itu sebagai salah satu cara untuk memotivasikan diri supaya lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu. Tapi ada juga yang terlalu asyik dengan pujian lalu berbangga dengannya.


Foto: Google

Selalunya kita bila kena puji... be like

A: Kau ni cantiklah. Muka macam Siti Nurhaliza je.

B: Eh, mana ada lah. Aku ni biasa je. 

A: Betul la, mana ada main-main ni.

B: Eh, serius ke. Hehe. Janganla puji, malu la..

Anda macam tu juga kan? hehehe


Kelakar pulak video ni 😂

Mungkin, kita pun tak tahu apa yang patut dibalas kepada pujian tersebut. Kalau mengiyakan, takut dikata perasan. Jadi merendah diri adalah cara yang kita rasakan betul untuk kita balas pujian tersebut. 

Sebenarnya. apabila kita dipuji, mudah saja, KEMBALIKAN PUJIAN itu kepada Allah. Cakap je Alhamdulillah dan haza min fadli rabbi.

Kerana, hanya Allah yang layak di puji. Bila orang puji, tak perlu acah rendah diri dan menafikan pujian atau kita kutuk diri sendiri. Jangan. Kita kembalikan saja pujian tu pada Allah. Ok? Hehe.

* Jangan melayang kerana pujian, jangan tumbang kerana cacian.



Hasil Tempahan Design dan Cetak Kad Bisnes Murah dengan Maigraphicdesign

$
0
0

Kad Bisnes Matte Laminate dan Frosted Plastic

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sihat dan ceria selalu. Agak lama juga Mai tak update tentang kad bisnes. Alhamdulillah sebenarnya design dan cetak kad bisnes masih lagi berjalan seperti biasa cuma tak sempat nak update di blog je. Jadi kali ini Mai kongsi terus beberapa design kad bisnes sekaligus. Senang sikit hehe.

Kad yang bermula dari nombor 1 hingga 4 adalah kad berkemasan Matte Laminate berketebalan 260GSM. Kelebihan kad berkemasan Matte Laminate 260 GSM ialah peratus kalis air adalah tinggi, tahan lama, tidak mudah koyak dan sudah pasti membuatkan perniagaan atau servis yang anda tawarkan nampak lebih profesional. 

1. kad bisnes matte laminate

2. kad bisnes matte laminate

3. kad bisnes matte laminate

4. kad bisnes matte laminate


Dibawah ini pula ialah kad jenis frosted plactic, iaitu plastik yang mempunyai tekstur permukaan yang separuh lutsinar. Kad jenis ini semakin ramai permintaannya kerana unik dan sudah pastinya memiliki kelebihannya tersendiri seperti kalis air kerana ia adalah plastik dan tahan lama. Kad jenis ini boleh letak pelbagai warna, tidak terhad kepada satu warna sahaja.

kad bisnes frosted plastic

Harga kedua-dua jenis kad ini amat berbaloi dimiliki. Percuma design dan kos pengeposan untuk anda. Selain daripada kad kemasan matte laminate dan frosted plastic, jenis lain seperti berkemasan glossy, spot uv juga disediakan.

Hasil tempahan yang lain boleh dilihat di sini: Klik --> HASIL TEMPAHAN KAD BISNES

Pelbagai manfaat yang akan anda dapat dengan memiliki kad nama/kad bisnes. Kad bisnes atau kad nama adalah sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan atau servis yang anda tawarkan.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan, tag label dan lain-lain lagi dengan 
harga yang berpatutan dan berkualiti?

Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan labih lanjut, hubungi Mai melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


* Pelbagai design yang lain Mai akan update dalam entri akan datang. InsyaAllah 😊 


Bayaran dari HYPR Sudah Masuk Akaun!

$
0
0

Pertama Kali Cashout HYPR


Sesuatu yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Alhamdulillah bayaran daripada HYPR sudah masuk akaun! Pertama kali cashout ni 😁 Sebelum itu, anda tahu tak apa itu HYPR?

HYPR Malaysia

Seperti yang diberitahu di laman web HYPR, mereka merupakan platform social influencer yang baru dilancarkan di Lembah Klang. Mereka ingin merevolusikan cara perkongsian artikel dan pengiklanan media sosial di Malaysia. 

Peranan HYPR sebagai perantara digital bagi influencer:
  • Membuat pengesahan dan penyelarasan kempen yang berdaftar di HYPR
  • Menyediakan pemantauan statistik untuk influencer merentasi semua media sosial
  • Menyediakan saluran pembayaran yang selamat bagi influencer untuk setiap promosi yang dilakukan

Anda selalu online dan buka media sosial seperti Twitter, Facebook dan lain-lain lagi? Jangan sia-siakan masa anda begitu saja. Daftar dan buat duit dengan HYPR. Dah terbukti mereka boleh dipercayai. Pertama kali Mai cashout dan kini bayaran tersebut sudah pun masuk terus ke dalam akaun bank. Ini buktinya...

HYPR Malaysia


Lepas ni nak lebih rajin share iklan atau kempen yang ada di HYPR di Twitter dan Facebook. Yeahhh!

Mudah je guna HYPR ni. Laman web HYPR boleh diakses melalui telefon pintar atau komputer. Lepas tu anda boleh jana keuntungan melalui promosi media sosial. Kalau anda nak tahu, HYPR adalah 100% percuma untuk influencer.

Haaaa.. macam mana? Dah mula berminat dan tak sabar nak buat duit dengan HYPR? Klik je pautan ini --> HYPR untuk mendaftar sekarang juga.

Penting untuk anda yang nak request cashout!

- Kalau anda cashout sebelum 21 haribulan setiap bulan, anda akan dapat bayaran pada 10 haribulan pada bulan berikutnya. 
- Cashout selepas 21 haribulan, bayaran akan dapat pada 10 haribulan 2 bulan berikutnya.

Ambil perhatian dengan tarikh tu ye. Jangan bila lambat masuk, meroyan pula 😂

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang HYPR atau ada sebarang kemusykilan, anda pergi terus ke Facebook mereka di HYPR Malaysia.


SPM Fever Giveaway

$
0
0

SPM Fever Giveaway Anjuran Blog Abam Kie


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. 


Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang
Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang
Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang
Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang
Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang
Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang
Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz * Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu...

Peristiwa yang paling diingati sewaktu SPM dulu ialah kalkulator saintifik hilang pada hari menjawab kertas Matematik Tambahan. Hari tu, Mai dah kemas siap-siap dan masukkan kalkulator dalam beg dari rumah lagi. Dah sampai sekolah, duduk-duduk sekejap tepi dewan sambil periksa barang wajib bawa dalam dewan. Kalkulator pun siap keluarkan, baru sekejap je berpaling dah hilang! Memang gelabah habis masa ni. Nasib baik kawan bagi cadangan supaya pinjam daripada budak form 4. Fuhhh.. Alhamdulillah lega. Mujur diorang bawa ke kelas.  Syukur dapat jawab dengan lancar. Terfikir juga, macam manalah boleh hilang begitu je... adoyai...

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri diSINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.
Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.

SEKIAN. TERIMA KASIH.


Bersihkan Penghawa Dingin dengan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner

$
0
0

Mengapa masih perlu berbelanja untuk menyelenggara penghawa dingin?


Menyedari berlakunya peningkatan kos sara hidup ketika ini, kita seharusnya menilai semula perbelanjaan dengan cermat. Antara perkara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan melakukan rutin pembersihan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi mengupah khidmat kontraktor walaupun untuk menyelenggara penghawa dingin.

Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan hidup sekeluarga namun, harganya bukan murah dan sudah tentu pengguna mengharapkan ia mampu bertahan lama. Bagi memastikan alat penghawa dingin sentiasa berfungsi dengan baik, pengguna harus melakukan rutin pembersihan dan penyelenggaraan dengan sebaiknya.

Kerja pembersihannya sebenarnya bukanlah terlalu rumit seperti apa yang disangka malah, ia lebih mudah dengan adanya produk WD-40 iaitu ejen pembersihan terbaik 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner.

cara bersihkan penghawa dingin

Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menanggalkan kotoran, debu, kulat serta kotoran lain yang terkumpul dari dalam gegelung penyejukan penghawa dingin berkenaan. Ia tidak perlu dibilas. Ini adalah cara mudah untuk menggunakan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner:
  1. Utamakan keselamatan, tutup suis penghawa dingin anda. 
  2. Alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis. 
  3. Semburan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner pada sirip penyejuk secara menegak dari bawah ke atas bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. 
  4. Biarkan sirip penyejuk selama dua minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. 
  5. Buka suis penghawa dingin semula dan biarkan selama 15 minit untuk memastikan kotoran dapat dikeluarkan daripada hos saliran. 
cara bersihkan penghawa dingin

Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai! 

Sebaik selesai melakukan pembersihan, alat penghawa dingin anda lebih sejuk sekaligus mampu menjimatkan tenaga elektrik. Apa yang lebih baik ialah anda berupaya menikmati udara lebih bersih dan nyaman! Jadi, simpan wang anda kerana tidak perlu lagi berbelanja hingga beratus ringgit untuk mengupah orang lain membersihkan alat penghawa dingin di rumah dan lakukannya sendiri ! Jadilah pengguna yang bijak.

Untuk mendapat tips dan idea lebih lanjut berkaitan penjagaan rumah, sila lawati http://wd40asia bagi produk WD-40® serta rangkaian produk 3-IN-ONE®.

Tentang Produk 3-IN-ONE®


Jenama 3-IN-ONE® mula terkenal sejak tahun 1894 lagi. Ia telah menyelesaikan pelbagai masalah dan membuatkan orang tersenyum. Inilah penyebab syarikat WD-40 terlibat dengan bisnes 3-IN-ONE Oil pada 1995 dan dari masa ke masa melakukan inovasi bagi menghasilkan produk terbaik dengan sistem terbaik.

Pakar dalam solusi produk tahan lasak yang sentiasa menjadi pilihan pengusaha dan pusat diy, , jenama 3-IN-ONE® antara produk berkualiti syarikat WD-40. Layari laman sesawang Asia untuk maklumat lanjut https://goo.gl/NiDfNd; atau http://wd40.asia/products/3-in-one/3-in-one-professional-air-conditioner-cleaner


Tentang syarikat WD-40 


Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia


Tarikh Mula Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018

$
0
0

Tarikh Permohonan dan Pengemaskinian BR1M 2018


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengumumkan tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018. Satu tarikh yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu supaya penerima yang layak menerima BR1M tidak terlepas pandang oleh pihak LHDNM.

tarikh mohon dan kemaskini BR1M 2018


Tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula pada tarikh 27 NOVEMBER hingga 31 DISEMBER 2017

Permohonan dan kemaskini boleh dilakukan di pejabat cawangan LHDNM, pusat khidmat hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Permohonan juga boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M (https://ebr1m.hasil.gov.my).

Siapa yang layak membuat permohonan baru BR1M?
  • Mereka yang belum pernah memohon
  • Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia atau bercerai
  • Pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini

Pengemaskinian BR1M
  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 (tiga) tahun permohonan.
  • Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan atau tanggungan. Perubahan status perkahwinan, perubahan alamat atau nombor telefon dan perubahan waris.

PENTING untuk kemas kini maklumat permohonan secara Borang Manual (boleh didapati secara percuma di LHDNM) atau Dalam Talian bagi memastikan penerima berada dalam kategori yang BETUL dan juga bagi mengelakkan permohonan ditolak. 


Pemakluman Keputusan Permohonan BR1M


  • Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M
  • Semakan secara online: https://ebr1m.hasil.gov.my
  • e-mel yang didaftarkan di dalam borang Borang Permohonan BR1M
  • Semakan secara Aplikasi Mobile BR1M:  Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
apps semakan BR1M


Antara maklumat penting yang perlu dikemaskini seperti:

1. Status perkahwinan
     - kahwin, cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian / kematian pasangan)
2.  Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
3.  Nombor telefon bimbit dan rumah
4.  Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
5.  Maklumat pasangan dan tanggungan
    - Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Pasport dan              Visa serta Sijil Lahir diisi dengan TEPAT dan JELAS.
6. Maklumat waris
    - Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia
    - Bagi membolehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M 


Dokumen Sokongan Penting yang diperlukan:

SSM
Bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda perlu kemukan salinan: 

i.     Penyata pendapatan perniagaan tahunan 2017; atau
ii.    Penyata akaun bank perniagaan / persendirian (Akaun semasa / simpanan) bagi 3 bulan terkini tahun 2017; atau
iii.  Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017

KEWARGANEGARAAN
MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau dokumen perjalanan seperti pasport dan visa bagi pasangan / tanggungan bukan warganegara Malaysia

KEMATIAN / PENCERAIAN
Salinan sijil perceraian / kemtian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara bagi pemohon berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Jadual Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah jadual pembayaran mengikut kategori:

Kategori 1 (Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah) : RM450
FEBRUARI - RM450

Kategori 2 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 - RM4000) : RM900
FEBRUARI - RM300
JUN  - RM300
OGOS  - RM300

Kategori 3 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah) : RM1200
FEBRUARI - RM400
JUN  - RM400
OGOS  - RM400


Ok lah. Jangan lupa catat tarikh penting tersebut ya. Takut terlepas pula tarikhnya.

Sumber: Pamphlet BR1M 2018


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live