Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Penyelesaian Masalah Hasil Cetak Printer Bergaris dan Putus-putus

$
0
0

Hasil Cetak Printer Bergaris dan Putus-putus


Geram juga rasanya apabila hasil cetak printer bergaris dan putus-putus. Cuba dua tiga kali print, masih keluar yang sama juga hasilnya, garis putus-putus dan nampak ruangan putih pula di tengah-tengah teks yang panjang.

Cara-cara selesaikan Masalah Hasil Cetak Printer Bergaris dan Putus-putus

Printer Mai yang berjenama Canon iP2770 menggunakan tank dakwat di luar, memang jimat banyak bila guna tank ni. Dah lama guna printer ni, dari zaman belajar di universiti lagi. Masa belajar dulu jangan cakaplah, memang banyak kerja yang perlu menggunakan printer jadi penggunaan tank dakwat di luar sangat-sangat membantu.

Printer tu sekarang ni dah pun bertukar tangan, adik Mai pula yang guna. Baru-baru ni printer tu mengalami masalah hasil cetak printer bergaris dan putus-putus, warna hitam je yang jadi masalah ini. Pelik juga sebab dakwat dalam tank masih banyak isinya. Siap keluar Error 5100. Nak kata ada benda tersangkut dalam printer, tak juga. Jadi, mungkin kesalahan ini terjadi disebabkan dakwat tak dapat mengalir lancar kerana kepala pencetak tersumbat. Macam mana boleh tersumbat pula? Mungkin sebab kepala pencetak kotor, dakwat mengering yang terlekat tidak dibersihkan.

Tapi error ni senang je nak selesaikannya.

Cara Mengatasi Canon Printer Error 5100

1. Off printer dan matikan suis.
2. Keluarkan cartridge daripada printer. Kemudian, lap printer head dan pin menggunakan tisu sehingga bersih.
3. Masukkan semula cartridge ke dalam printer.
4. On printer, test print untuk lihat hasilnya.


Ok dah selesai masalah Error 5100. Tapi hasil cetakan masih lagi sama keluar putus-putus dan garisan putih. Pembersihan sendiri oleh printer (di Maintenance printer Canon) pun tak jadi juga. Adik Mai bawa printer ke kedai komputer untuk periksa kerosakannya. Penyudahnya mereka suruh beli cartridge dakwat hitam yang baru. Ok, beli je lah yang baru masa tu. Tapi baru 4 bulan guna, jadi semula masalah print keluar garis putus-putus tu. 

Apa yang dibuat kali ini, printer dibawa balik. Mai cuba periksa sendiri printer tu ikut tutorial di internet. Kalau pergi kedai komputer lagi, mungkin mereka akan suruh beli cartridge baru. Tujuan guna tank dakwat pun memang nak jimatkan penggunaan dakwat. Takkan asyik nak beli cartridge baru je kalau ada masalah macam ni jadi kan..

Fikir punya fikir terus buka YouTube, cari tutorial untuk selesaikan masalah ini. Rupanya senang caranya.

Cara-cara untuk selesaikan masalah hasil cetak printer bergaris dan putus-putus


1. Off printer dan matikan suis.
2. Keluarkan cartridge daripada printer.
3. Sediakan air panas dalam bekas yang kecil.
4. Rendam printer head dalam air panas tersebut. Pastikan air tidak terkena pin di tepi. Rendam sampai air panas tu sejuk.
5. Kemudian, lap printer head dengan menggunakan tisu sehingga kering.
6. Apabila sudah betul-betul kering, masukkan cartridge ke dalam printer semula.
7. Test print untuk lihat hasilnya.

Selagi hasil cetakan keluar garis bergaris dan putus-putus, ulang semula langkah tadi sampai puas hati.

dakwat hitam tidak keluar


Di bawah ini adalah hasil selepas printer head dicuci.

test print
Hasil test print. Warna hitam dah ok.
test print
Hasil cetak sebelum printer head dicuci
Hasil Cetak Printer Bergaris dan Putus-putus
Hasil cetak selepas printer head dicuci

Alhamdulillah jadi! Cantik hasil cetakannya. Mai buat langkah-langkah ini 3 kali baru dakwat lancar keluar, takda dah garis putus-putus warna putih pada hasil cetakan. Kalau tahu awal hari tu, dah lama buat cara ini. Jimat dan tak kena tipu huhuhu...

Kalau anda pun menghadapi masalah begini, bolehlah cuba cara-cara untuk selesaikan masalah hasil cetak printer bergaris dan putus-putus ini. Kalau masih tak berjaya setelah mencuba beberapa kali, bawa printer anda kepada yang pakar.



Lazada Mobile Prepaid Top Up Memudahkan Tambah Nilai Nombor Telefon Prabayar

$
0
0

Mudahnya Tambah Nilai Nombor Telefon Prabayar dengan Lazada Mobile Prepaid Top Up


Lazada adalah salah satu pusat beli belah yang terkenal di Malaysia. Nak cari pelbagai jenis barangan keperluan, segalanya ada di Lazada. Anda tahu tak yang anda juga boleh membuat tambah nilai nombor telefon prabayar di Lazada dengan Lazada Mobile Prepaid Top Up selain membeli-belah?

Lazada Mobile Prepaid Top Up
Servis Lazada Mobile Prepaid Top Up
Wow, bagusnya! Anda yang menggunakan nombor telefon prabayar patut cuba membuat tambah nilai di Lazada Mobile Prepaid Top Up. Sebabnya ia adalah perkhidmatan tambah nilai prabayar yang cepat dan mudah.

Kini, telefon bimbit sudah menjadi barang-mesti-ada kepada seseorang. Sudah menjadi keperluan harian kerana ia memudahkan manusia untuk berhubung dengan lebih pantas. Untuk menjamin kepantasan berhubung, baki kredit nombor telefon prabayar perlu sentiasa mencukupi. 

Kita tak tahu bila waktu kita betul-betul memerlukannya. Kadang-kadang nak buat panggilan pada waktu kecemasan yang tak terduga, kredit habis pula. Kedai berdekatan pula tutup atau boleh jadi tiada kedai berhampiran pada waktu tersebut. Jadi, Lazada Mobile Prepaid Top Up sangat membantu ketika ini.

Kalau sebelum ini kedai-kedai berhampiran anda yang menyediakan servis tambah nilai prabayar menjadi tumpuan anda, apa kata anda cuba Lazada Mobile Prepaid Top Up pula. Mudah dan menjimatkan masa. Di Lazada Mobile Prepaid Top Up ini, anda boleh membuat tambah nilai nombor telefon prabayar untuk pelbagai operator seperti Digi, Celcom, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan XOX

Anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah ini untuk membuat tambah nilai prabayar di Lazada. Cara-caranya seperti:

Cara-cara membuat tambah nilai prabayar di Lazada Mobile Prepaid Top Up


Untuk membuat tambah nilai prabayar di laman web Lazada, anda perlu pergi ke Lazada Mobile Prepaid Top Up (klik link).

1.Masukkan nombor telefon prabayar anda dan pilih operator.

Lazada Mobile Prepaid Top Up

2.Pilih jumlah tambah nilai seperti yang disediakan dalam senarai.

Lazada Mobile Prepaid Top Up

Setelah pilihan dibuat, klik butang TOP UP NOW


3. Buat bayaran.

Anda boleh membuat bayaran melalui kad kredit/debit atau perbankan online.

Lazada Mobile Prepaid Top Up

Selesai. Nombor telefon prabayar anda akan ditambah nilai beberapa saat selepas pembayaran dibuat.


Senang dan cepat kan? Asalkan ada capaian internet, di mana-mana sahaja tak kira masa anda boleh membuat tambah nilai prabayar nombor telefon anda.

Kalau anda nak tahu, promosi tambah nilai prabayar bulanan (untuk semua operator) juga disediakan untuk anda. Promosi ini bergantung kepada operator atau pihak Lazada sendiri.Yang pasti, anda dapat penjimatan berganda dengan adanya promosi ini.

Bagi Mai sendiri yang telah menggunakan servis ini, Mai sangat berpuas hati. Tambah nilai cepat dikreditkan ke nombor telefon prabayar. Tak perlu tunggu lama pun. Terbaiklah...

Kredit habis? Kini anda tak perlu risau dan susah hati lagi jika kehabisan kredit tambah nilai prabayar. Lazada Mobile Prepaid Top Up kan ada…


ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

$
0
0

Giveaway by OmbakBergigi


Blog OmbakBergigi anjurkan giveaway iaitu ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI. Nak sertai juga? Klik banner di bawah ini segera ya.



Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

** support Blog OmbakBergigi ya.....

Semoga berjaya!


Cerita Berkempen PRU-14

$
0
0

Kempen PRU-14


Minggu depan akan berlangsungnya hari bersejarah iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Yang terlibat dengan kempen PRU-14, memang sedang sibuk sekarang ini untuk menjayakan kempen parti masing-masing. Pulun selagi boleh kan.

Kempen PRU, musim mengundi
Foto The Vocket

Waktu berkempen inilah sepatutnya setiap parti menonjolkan kelebihan masing-masing, bukannya dengan mengutuk dan mengkritik serta mencari kesalahan parti lain sehingga terhasut dengan kata-kata yang belum tentu kesahihannya. Cukup tak berkenan dengan orang yang macam ni, muak dengan perangai yang tak matang. Asal nak mengundi je, macam-macam cerita buruk dan karut keluar.

Mai perhati je. Menyampah pun ada bila macam ni. Banyak cara lagi yang ada untuk memenangi hati rakyat lah...

Waktu ini juga, wujud pula 'orang tengah' yang mengeluarkan pelbagai berita yang belum tentu sahihnya, yang memburuk-burukkan parti dan calon. Ada page Facebook itu ini... semuanya nak menjatuhkan parti lain. Fitnah berleluasa.. sampai boleh membuat hati pengundi beralih kesetiaannya.

Tak kurang juga yang memaksa untuk mengundi sesebuah parti. Mai yakin setiap pengundi yang mengundi parti masing-masing ada pendirian dan sebabnya tersendiri. Cinta pun tak boleh dipaksa, inikan pula mengundi.

Macam-macam perangai keluar musim mengundi ni kan. Jangan biar rakyat nampak politik kotor kerana bidang politik itu tiada salahnya. Yang salah, mungkin ahlinya sendiri.

Parti apa pun yang menang nanti, harapnya semua janji-janji dan tugas dikotakan untuk rakyat. Bukan hanya sebagai manis mulut untuk tarik undi saja.

Fuhh.. Berdebar juga nak menunggu hari PRU14 nanti. Tarikh yang menjadi penentu masa depan negara.


Seronoknya Ramadhan Semakin Hampir

$
0
0

Ramadhan yang dinanti


Diam tak diam, bulan Syaaban hanya berbaki kurang dua minggu sahaja lagi. Ini bermakna kita semakin menghampiri bulan Ramadhan. Bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.

ramadhan kareem, puasa ganti
Foto SpreadSalam Ahlan ya Ramadhan

Macam mana dengan puasa sebelum ini, penuh? Alhamdulillah. Kalau tak penuh pun pasti ada sebabnya kan.. melainkan ponteng puasa. Kena berusaha didik nafsu dan jiwa supaya tak lemah dalam bulan Ramadhan. Asyik ikut nafsu yang lapar makanan, kita juga yang rugi akhirnya.

Yang perlu ganti puasa kerana keuzuran yang tak dapat dielakkan pada bulan Ramadhan lalu, dah siap? Alhamdulillah kalau sudah. Kalau belum habis lagi, masih ada masa kurang dua minggu lagi untuk melaksanakannya.

Seronok kan nak bertemu Ramadhan.

Di kampung Mai, ada beberapa kenduri dibuat sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba. Nampak tak, punyalah gembira nak menanti Ramadhan ni sampai buat kenduri untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan dan berdoa sama-sama supaya dapat laksanakan puasa Ramadhan sehingga ke penghujung, InsyaAllah.

Jom siapkan diri dengan azam, ilmu dan tenaga menuju Ramadhan.
Ramadhan kareem!


* Mengundi.. mengundi juga, ganti puasa jangan lupa 😉


Untungnya Warga Ibu Kota dapat Bantuan Bas Sekolah Percuma

$
0
0

Bantuan Bas Sekolah Percuma


Baru-baru ini, Mai berjumpa dengan kawan sekolah yang sudah lama tak bertemu. Saja sembang-sembang dengan kawan, selit cerita kenangan zaman naik bas sama-sama waktu sekolah dulu. Sampailah ke cerita bantuan bas sekolah percuma yang dah pun wujud pada masa ini. 

Bantuan Bas Sekolah Percuma
Foto Utusan Online
Bila dikenang semula alangkah seronoknya kalau program bas sekolah percuma ini ada pada masa Mai di sekolah menengah. Dapat juga ringankan beban dan kurangkan perbelanjaan bulanan ayah yang hanya pekerja kilang.

Setiap hari biasa dalam jam 6.30 pagi di kawasan rumah, nampak beberapa orang pelajar sedang berjalan kaki menuju ke perhentian bas dengan uniform sekolah berkain biru muda dan berseluar hijau tua. Tak lain tak bukan, mesti nak tunggu bas sekolah. Yelah, bas sekolah menjadi pengangkutan utama untuk ke sekolah. Jarak yang jauh dari rumah dan ibu bapa keluar awal bekerja membuatkan pelajar perlu menggunakan kenderaan awam ini.

Mai sendiri pernah menjadikan bas sekolah sebagai pengangkutan wajib ketika di sekolah menengah dahulu. Teringat pada waktu itu, setiap hari naik bas sekolah kerana abah bekerja ikut shif dan jarak sekolah dari rumah juga agak jauh. Makanya sedikit perbelanjaan perlu diperuntukkan untuk tambang bas sekolah.

Kini, bas sekolah percuma telah pun menjadi kenyataan atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang telah bermula pada 3 Januari 2017. Tapi bantuan ini untuk siapa sebenarnya?

Siapa yang Layak Terima Bantuan Bas Sekolah Percuma?


Pelajar yang layak menerima bantuan ini semua anak-anak pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekitar Kuala Lumpur.

Seperti yang kita tahu, mereka yang tinggal di PPR dan PA adalah dari golongan berpendapatan rendah. Jadi, anak-anak penghuni di situ amat layak mendapat bantuan yang bagus ini.

Kemudahan bas sekolah secara percuma ini dinikmati oleh lebih 8000 anak-anak di PPR MTEN dan PA DBKL .

Bantuan Bas Sekolah Percuma
Foto Utusan Online

Manfaat Bantuan Bas Sekolah Percuma


Jika direnung kembali, banyak manfaat yang dapat daripada bantuan ini. Yang utamanya, perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dengan adanya bantuan ini.

Jika hanya seorang anak di dalam satu keluarga yang menaiki bas ke sekolah, perbelanjaan untuk tambang masih boleh diterima. Jika lebih daripada seorang, semakin tinggi kos yang diperlukan untuk tambang semata-mata. Ditambah pula dengan pendapatan ibu bapa yang rendah. Perbelanjaan lain juga perlu difikirkan. Jadi, bantuan ini dengan kos RM80 yang diperuntukkan untuk setiap pelajar seperti yang diberitahu oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, memang sangat membantu para ibu bapa meringankan beban kewangan mereka.

Kadang-kadang ada juga segelintir pelajar yang kurang berkemampuan tak hadir ke sekolah hanya kerana belanja tambang bas tak cukup. Ya, ini benar-benar berlaku. Jika perkara ini sering terjadi, sedikit sebanyak ia akan mengganggu prestasi anak-anak dan membuatkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran.

Dengan adanya Bantuan Bas Sekolah Percuma ini, anak-anak akan berasa seronok untuk ke sekolah dan lebih fokus dalam pelajaran. Ibu bapa tak perlu susah hati lagi untuk menyediakan wang tambang bas sekolah. Tidak ada alasan untuk ponteng dengan wujudnya bantuan seperti ini.

Bantuan Bas Sekolah Percuma
Foto GPS Bestari

Alhamdulillah, beruntungnya pelajar anak-anak penghuni PPR MTEN dan PA DBKL di ibu kota yang mendapat bantuan bas sekolah percuma. Banyak kan faedah daripada bantuan ini? Bantuan yang disediakan oleh DBKL ini tidak sepatutnya disia-siakan, perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Pada keseleruhannya, program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBKL ini memberikan kesan positif yang besar dalam sesebuah keluarga terutamanya dari segi kewangan.

Mai sangat setuju jika program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBKL ini diteruskan agar lebih ramai golongan yang layak menikmatinya. Harapnya semoga negeri lain juga mengikut jejak langkah seperti KWP dan DBKL yang menyediakan bantuan seperti ini agar sama-sama dapat merasainya.


Kali Pertama Mengundi, Lain Macam Debarannya

$
0
0

Pengalaman Kali Pertama Mengundi


Hari ini 9 Mei 2018 adalah hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14), rakyat Malaysia yang sudah berdaftar sebagai pemilih mengundi calon pilihan mereka. PRU ke-14 ini adalah kali pertama Mai mengundi. Fuhhh berdebar juga sebelum pangkah tu...

Awal jugalah datang ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris, Lubuk Merbau. Dalam jam 8 pagi dah ada di situ. Awal pun dah ramai yang beratur. Tapi tak lama menunggu giliran, cepat je selesai.

kali pertama mengundi

Berdebar juga tengok calon yang ada pada kertas undi tu. Di tempat Mai calon bertanding tiga penjuru iaitu BN, PAS dan PKR. Tapi Mai dah pun memilih dari awal lagi calon yang nak dipangkah. Dah kenal dengan calon tersebut, tahu fi'ilnya macam mana.. buat kita lagi senang untuk memilih.

Mai memilih calon yang berjiwa rakyat, yang mampu membantu rakyat tak kira masa. Bagi Mai, kalau pilih calon ikut parti tanpa mengenalnya dengan lebih rapat, rasa tak best pula.. tak kenal tapi kena pangkah, dah macam terpaksa je. Sebaik-baiknya, kenal calon dulu.. kena banyak bertanya kalau tak kenal.

Lagi satu, pilih calon yang boleh 'bekerja', tak pentingkan diri sendiri dan kroni. Kalau kita dah suka sesebuah parti tu, tapi calonnya tak berapa bagus, rugi juga. Sebab tu, fikir sehabis baik nak undi calon yang sesuai kerana dia yang akan 'menjaga' tempat kita.

Mengundi sudah... kita tunggu sajalah keputusan penuh PRU ke-14 nanti. Harapnya tiadalah masalah blackout waktu mengira kertas undi nanti. hehehe


Tahniah Rakyat, Tahniah PKR

$
0
0

PKR menang besar dalam PRU ke-14


PKR menang besar | Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) telah diadakan dengan lancar semalam dengan menyaksikan pertandingan antara beberapa parti hebat di Malaysia. Memang sengit pertandingan antara parti PKR, PAS dan BN di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak juga tak kurang hebatnya.

Berdebar-debar tunggu keputusan PRU ke-14 ni. Lama betul baru dapat keputusan penuh. Mana taknya, ada tempat yang perlukan undian dikira semula, ada tempat yang masih belum habis kira undi. Masing-masing dah resah gelisah nak tahu keputusan. Nak tahu dapat cuti atau tak pun ye juga. Hampir jam 3 pagi barulah keputusan diumumkan. Pecah rekod dah ni.

PKR menang besar PRU14
Foto Hari Anggara, ProjekMM

PRU kali ini, rakyat betul-betul mahukan perubahan. Jadi, rakyat meluahkan perasaan masing-masing pada kertas undi dengan memilih parti yang mampu berikan perubahan kepada negara. Tahniah kepada PKR kerana telah berjaya memenangi hati rakyat. Cayalah PKR, menang besar kali ini!

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN RAKYAT

PKR - 103 Kerusi
BN - 79 Kerusi
PAS - 18 Kerusi
DAP - 9 Kerusi
WARISAN - 8 Kerusi
BEBAS - 3 Kerusi
SOLIDARITI - 1 Kerusi

PAS juga menarik perhatian umum. Masih hebat dan hampir tidak terjejas walaupun bertanding sendirian. Yelah, sebelum ini ada yang meramalkan PAS kalah teruk tapi ternyata PAS mampu bertahan. PAS di Kelantan juga dapat dikekalkan dan kali ini dapat tawan Terengganu pula. Hebat!

HOT: SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14

Bagi yang menang,  jalankan amanah yang telah dijanjikan kepada rakyat dengan sebaik-baiknya. Sama-sama kita bekerjasama dalam setiap tindakan. Rakyat sangat menginginkan perubahan yang lebih positif selepas ini dan mengharapkan suara mereka didengari.

Tahniah rakyat, anda menang dalam memilih parti yang akan membawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada negara, InsyaAllah.



Design Template Responsive Blog Kesihatan Cik Maiza

$
0
0

Design Blog Murah Tema Kecantikan dan Kesihatan


Design blog murah | Hai semua! Kali ini Mai nak kongsi dengan anda tentang satu artwork ni iaitu design blog template responsive tema kecantikan dan kesihatan milik Cik Maiza.

design header blog murah

Blog ini menggunakan warna merah jambu dan ungu lembut sebagai warna tema blog. Cantikkan gabungan dua warna ini? Sedap mata melihat. Header blog ini diletakkan juga bunga dan rama-rama seperti yang diinginkan oleh pemilik blog. Maka, jadilah hasilnya seperti ini...

Blog pakej 4
Blog Story Beauty Healthy (duniasihatmaiza.blogspot.my)

design blog murah

Di atas ini adalah template penuh blog Cik Maiza. Template blog ini juga direka supaya responsive dan mobile-friendly. Anda boleh lihat melalui paparan mobil atau semak di responsivedesignchecker.com.


Di bawah ini pula adalah banner blog Cik Maiza.

design blog murah cantik

Ini pula watermark untuk blog ini.

design watermark murah

Anda berminat untuk membuat tempahan design atau edit blog dengan harga yang berpatutan? Jangan malu-malu ok, cepat-cepat hubungi Mai. Macam-macam tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda, InsyaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


Ramadhan yang Dirindui Kini Kembali

$
0
0

Bulan Ramadhan Kembali


InsyaAllah semua umat Islam akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang sememangnya dinantikan. Seronoknya nak bertemu Ramadhan ni! Setahun menunggu, kini baru ia kembali. Lama betul menanti.

ramadhan


Solat tarawih berjemaah di surau kampung, bersahur dan berbuka puasa bersama-sama keluarga, bertadarus beramai-ramai, cari baju raya sama-sama... mungkin ini yang buat kita rindu pada bulan Ramadhan kan. Lagi, kerana setiap ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ini akan diganjarkan dengan pahala berganda.

Dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memasuki bulan Ramadhan ni? Tenaga, kesihatan dan lain-lain lagi semuanya perlu diambil kira. Minda juga kena jaga supaya tak mudah tergoda dengan perkara yang melalaikan dan mengurangkan pahala puasa. Jika rasa tersasar dari jalan yang betul, ingat kembali niat kita puasa kerana-Nya.

HOT! Baca ini: Hantu Ramadhan

Ada juga yang excited nak raya bila dengar je perkataan Ramadhan. Sebabnya, teringat raya. Apabila tiba bulan Ramadhan, jangan terus ingat raya. Fikir dulu amalan-amalan yang nak dipenuhi pada bulan rahmat ini, baru puasa Ramadhan diberkati dan diredhai Allah, InsyaAllah.

Tapi kan.. macam mana sekalipun, mesti nak fikir pasal raya juga. Betul tak? Tak mengapa, tiada salahnya pun. Buatlah persiapan asalkan jangan lupa kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan ini sehingga kita terlupa dengannya kerana sibuk menyiapkan persiapan raya. Berpada-pada itu kan lebih baik.

Kerana bulan Ramadhan itu datang sekali dalam setahun, perlu kita manfaatkan bulan ini dengan sebaik-baiknya. Ruginya kita kalau abaikan bulan Ramadhan ni. Segala apa yang kita dapat, pelajari dalam bulan Ramadhan ini biarlah berterusan sehingga ke bulan-bulan seterusnya.

Malam ini dah mula tarawih kome oi, ate moh le kita. Jom hidupkan rumah, masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti agama. InsyaAllah takde ruginya.


Koleksi Resipi Berbuka Puasa Mudah dan Sedap

$
0
0

Resepi Berbuka Puasa Mudah dan Sedap


Resepi Berbuka Puasa Mudah | Alhamdulillah, kita sudah pun berada dalam bulan Ramadhan. Seronok, rasa tenang je kan. Kerja pun cepat dan lancar disiapkan. Tapi, ada satu perkara yang membuatkan kita pening dengan satu masalah ni iaitu juadah berbuka.

Ada yang suka memasak di rumah, ada yang membeli di bazar Ramadhan kerana kekangan waktu. Yang nak memasak, kena jugalah fikir apa yang nak dimasak untuk berbuka puasa. Kadang-kadang buntu dibuatnya asyik fikir nak masak apa.

resepi berbuka puasa

Jadi, di sini disediakan beberapa resipi berbuka puasa mudah dan sedap untuk anda. Sedikit sebanyak dapat juga memberi cadangan kepada para suri rumah dan sesiapa saja yang ingin memasak untuk berbuka puasa.

TOMYAM AYAM


tomyam ayam, sambal belacan

Bahan A:
6 biji bawang putih dititik
1 biji tomato dipotong dadu halus2
2 batang serai dititik
5 inci lengkuas diketuk

Bahan B:
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang holland– hiris
2 sudu perencah tomyam – brand TAEPEE
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower
4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
cili padi dalam 6 – 8 biji)
sos ikan
air perahan limau
1 biji tomato
garam

Cara memasak :
Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur,, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya.
Masukkan sos ikan dan air perahan limau. Lepas tu perasakan dengan garam. Siap untuk dimakan.


SUP IKAN MERAH, SAMBAL TUMIS UDANG


resepi berbuka puasa

RESEPI SUP IKAN MERAH

Bahan bahan:
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Tomato belah 4

Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. masukkan tomato. Akhir sekali masukkan lada hitam dan garam secukupnya, tabur daun sup dan daun bawang.


RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan bahan:
1 kg udang ~ gunting separuh dari kepala
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus - guna 1 sudu kecil pes asam jawa
1 - 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula - guna 7

Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan - kisar dengan cili - tak guna
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara memasak:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.


IKAN SIAKAP GORENG DAUN LIMAU PURUT, SOTONG TIN SAMBAL JAWA, SAYUR KACANG BUNCIS GORENG HATI AYAM


resepi berbuka puasa

RESEPI IKAN SIAKAP GORENG DAUN LIMAU PURUT

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
Minyak untuk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dengan tepung (kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yang dah digoreng atas ikan.

Untuk sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


RESEPI SOTONG TIN SAMBAL JAWA

Bahan-bahan:
1: Sotong tin
2:bahan2 tumis {bawang merah,bawang putih,halia,cili besar,cili Api ikut lah uolls nak pedas takat mana,and daun limau purut
3: air asam jawa sy agak2 je
4: air sotong dalam tin tadi jangan dibuang
5:Sotong tadi potong ikut suka
6:sunquick 2 sudu

Cara memasak:
Tumis bawang merah, bawang putih halia and cili sampai naik bau, sampai garing
Dah naik bau dan bawang tu agak garing masukkan sotong
Gaul sekata semua
Akhir sekali, masukkan air sotong. Gaul rata sampai mendidih dan perasakan dengan garam.


IKAN BAWAL GORENG GARING DAN SAMBAL KICAP, SAMBAL TEMPE IKAN BILIS, SAYUR KAILAN SOS TIRAM BESERTA BAWANG GORENG GARING


resepi berbuka puasa


RESEPI IKAN BAWAL GORENG

Bahan:
2 ekor ikan bawal
kunyit
garam

cara:
gaulkan ikan dengan kunyit dan garam. panaskan minyak dan goreng hingga garing.

RESEPI SAMBAL KICAP

1 biji bawang besar
3 biji cili padi
kicap manis

Cara:
bawang besar dan cili hiris halus, gaulkan dan masukkan kicap manis

RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
1 pek tempe - hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.

Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.


RESEPI SAYUR KAILAN SOS TIRAM 

Bahan-bahan:
300g kailan/baby kailan/siew pak choy
2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang halus
1/2 cawan sos tiram + 1/3 cawan air
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada sulah
1/3 cawan minyak untuk menumis
Bawang putih goreng - untuk hiasan

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah. Kacau goreng hingga pecah minyak

Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang putih goreng di atasnya. Siap.


PARU GORENG BERLADA, BENDI GORENG TELUR



resepi berbuka puasa

RESEPI PARU GORENG BERLADA

Bahan rebus:
700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:
9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan lain:
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping

Cara memasak:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

p/s: guna api besar kalau nak paru kekal rangup.


RESEPI BENDI GORENG TELUR

Bahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam

1 cili merah - dihiris
2 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bwang merah, putih, sehingga naik bau. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan . Agak agak bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur sekelilingnya.


IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK, SAMBAL SOTONG KEMBANG, SAYUR PAKCHOY SOS TIRAM


resepi berbuka puasa

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

Bahan:
1/2kg ikan tenggiri potong 3
1 genggam cili api merah*
2 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
3 batang serai dititik
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 keping asam keping
garam

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan dalam periuk..
panaskan bersama semangkuk air.. bila mendidih.. masukkan ikan
masukkan juga serai.. asam keping.. garam..
bila ikan telah masak masukkan santan..
kecilkan api.. biarkan santan mendidih sekejap..
tutup api sedia untuk dihidang..

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN:

1 ekor sotong kembang
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

2) Masukkan sotong , dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

SAYUR PAK CHOY SOS TIRAM

Bahan-bahan
seikat sayur siew pak choy
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
air sedikit
tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara

Sayur jangan dipotong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
hiaskan dengan baweng putih goreng.


SUP EKOR ALA THAI, LEMON AND HERB CHICKEN, SAYUR KACANG BUNCIS SOS TIRAM DAN SAMBAL BELACAN


resepi berbuka puasa

RESEPI SUP EKOR ALA THAI

Bahan-bahan:
500gm ekor lembu
1 biji bwg besar – dipotong 4
1 inci halia
4 ulas bwg putih
½ biji bwg besar - dipotong 4
1 biji tomato – dipotong 4
3 batang serai
Sedikit daun limau purut
Sedikit cili api
2 sudu besar sos nampla
Sedikit asam limau nipis
Sedikit daun ketumbar

Cara memasak :
1) Rebus ekor lembu bsama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga lembut)
2) Tumis bwg putih (api besar mcm kat kedai tu, tp jgn sampai hangit ye)..pastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut..kacau seketika
3) Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
4) Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang

RESEPI LEMON AND HERB CHICKEN

Bahan-bahan:

5 ketul ayam
1/4 cawan minyak zaitun
1 biji lemon (separuh ambil jusnya, dan separuh lagi hiris bulat)
1sk lada hitam (jenis yang kisar kasar)
1 sk dried Italian seasoning (ada jual kat pasaraya. Ini campuran basil, marjoram, oregano, rosemary & thyme)
1/2 sk dried rosemary
1/2 sk dried thyme
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah besar (potong bulat)
1sk gula
1 1/4 sk garam

kentang, lada benggala dan lobak merah (potong kecil) - kalau suka

Cara memasak:

Sediakan loyang yang sesuai. Letak sedikit minyak zaitun. Letakkan ayam atas loyang tersebut. Selit-selitkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam, gula, jus lemon, lada hitam, Italian seasoning, rosemary, thyme dan bawang putih. gaul sebati dengan ayam. Akhir sekali tabur bawang merah dan hirisan lemon atas ayam. Tuang habis minyak zaitun yang berbaki.
Panaskan oven 200 darjah. Masukkan ayam tadi dan bakar selama 50-60 minit. Sehingga ayam masak.


IKAN JELAWAT MASAK LEMAK CILI API, TELUR DADAR, SAYUR KAILAN IKAN MASIN, SAMBAL BELACAN, TEMPE GORENG GARING


resepi berbuka puasa

RESEPI IKAN JELAWAT MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
1-2 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
*1 labu bawang besar
*1-2 inci kunyit hidup
*10tangkai cili padi
*1 biji cili merah
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1ekor ikan jelawat dipotong saiz kecil
1batang serai (diketuk)
1helai daun kunyit

Cara memasak:
Kisar semua bahan *....masukkan bahan yg dibland dalam periuk bersama serai dan asam keping.tmbahkan garam dan pati santan.. masukkan daun kunyit. masak sekejap dan masukkan ikan jelawat...

RESEPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan:
1/2 biji bwg besar (hiris nipis)
3 ulas bwg putih (cincang)
seikat sayur kailan - potong dan asing batang dgn daun
2 ketul ikan tenggiri masin (fresh lg sedap)
1 biji cabai masak (buang biji) - potong serong
2 sudu Beso sos ikan
2 sudu Besar sos tiram
sedikit air

Cara memasak:
goreng ikan tenggiri masin dgn sedikit minyak hingga masak
- kemudian buang tulang dan hancurkan isi dlm kuali tu jugak
masukkan bawang besar & bawang putih dalam kuali tadi.... kacau hingga layu
kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram....
gaul sebati hingga batang lembut sedikit...masukkan air, adjust untuk kuah....
kemudian masukkan sayur kailan bersama cli potong kacau sekejap
dan bolehlah dihidangkan

RESEPI SAMBAL BELACAN

Bahan A
4-5 biji cili merah
3 biji cili padi merah (tambah jika mahukan lebih pedas)
belacan sebesar ibu jari (boleh dibakar dahulu jika mahu)
sedikit garam

Bahan B
Asam Jawa sebesar ibu jari
3 sudu air masak

Cara-cara menyediakannya:
1. Tumbuk bahan A sehingga 3/4 lumat. (saya lebih suka sambal yang tak berapa lumat. Nampak lbih menyelerakan).
Boleh juga diblend kering jika mahu tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan ia terlalu hancur.
2. Keluarkan dari lesung dan masukkan dalam mangkuk.
3. Bahan B disatukan rata dan di ambil jusnya terus dimasukkan kedalam mangkuk sambal.
4. Ratakan dan boleh terus dihidangkan.

RESEPI TELUR DADAR

Bahan-bahan:
3 biji telur
sos ikan
hirisan bawang
lada sulah atau lada hitam secukupnya

Cara-caranya :
1. memula basuh semua telur
2. pecahkan telur sebiji demi sebiji masuk dalam mangkuk
3. masukkan beberapa titik sos ikan, serbuk lada putih
4. masukkan bawang
5. tepuk laju-laju dengan garpu sampai agak ringan sikit.
6. panaskan minyak secukupnya. biasa aku letak minyak banyak sikit jadi dia kembang cantik.. kalau tak suka berminyak korang boleh letak sesudu minyak masak dalam telur tu sesiap sebelum tepuk tadi. pastu korang boleh masak atas pan atau kuali yang tak lekat minyak tu je..
7. Goreng agak keemasan dan jangan lupa terbalikkan jugak telur tu bagi sebelah lagi bahagian tu masak ok..
8. Dah siap boleh hidangkan

RESEPI TEMPE GORENG

Bahan-bahan:
1 Paket tempe yang dipotong nipis
serbuk kunyit
garam

Cara memasak:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing


RESEPI AYAM BLACKPEPPER CENDAWAN SHITAKE

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
7 Ketul ayam
7 biji cendawan shiitake,
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji bawang besar, potong 4
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar minyak masak
sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan garam secukupnya.


IKAN KELI GORENG BERLADA, SAYUR KANGKUNG GORENG, TAHU GORENG

resepi berbuka puasa

RESEPI IKAN KELI GORENG BERLADA

Bahan-bahan:
4 ekor ikan keli | dibersihkan
15gm cili merah | ditumbuk kasar
1 biji bawang besar | ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
12gm cili padi | ditumbuk kasar
1 Biji bawang besar potong gelang
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit tepung gandum
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Gaulkan ikan keli bersama tepung gandum dan sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan tersebut. Angkat ikan tersebut dan asingkan.
2. Tumbuk kasar bahanbahan seperti cili merah, bawang besar, bawang putih dan cili padi.
3. Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing. masukkan bawang besar yang dipotong gelang tadi.
4. Masukkan ikan keli dan kemudian bolehlah dihidangkan.


RESEPI KANGKUNG GORENG

Bahan-bahan:
Sayur kangkung
Bawang Merah hiris
Bawang Putih hiris
Cili Merah
Bawang Besar
Ikan Bilis
Garam halus

Cara memasak:
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis dan cili merah yang siap dipotong
Apabila sudah wangi masukkan sedikit garam
Masukkan sayur kangkung dan
Goreng sekejap saja, jangan sampai sayur layu nanti zat hilang


KUZI KAMBING, AYAM MASAK CILI HIJAU, SAYUR KACANG BUNCIS DENGAN CENDAWAN SHITAKE

resepi berbuka puasa

RESEPI KUZI KAMBING

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap sejam)
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih
Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

RESEPI AYAM MASAK CILI HIJAU

Bahan A:
6 ketul ayam
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (hiris kasar)
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar):
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1 biji tomato belah 4
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!
3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
4) Masukkan bawang besar dan tomato kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, dan bolehlah padamkan api.

RESEPI KACANG BUNCIS DENGAN SHITAKE MUSHROOM

Bahan bahan:
100 gms kacang buncis - potong 2
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan kuali (wok), masukkan 1 cawan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan kacang buncis dan biarkan ia stim lebih kurang 2 minit. Angkat dan toskan.
2.Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cendawan, goreng sebentar hingga layu. Kemudian masukkan kacang buncis dan kacau sebati.
3. Masukkan bawang putih dan sos tiram. Gaul sekata dan perasakn dengan garam jika perlu.
4. Angkat dan hidangkan bersama sama nasi hangat dan lauk yang lain.


IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL, TELUR GORENG MASAK KICAP

resepi berbuka puasa

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL

Bahan-bahan:
3 - 4 potong ikan tenggiri dibersih dan goreng garam kunyit
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sdb air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
3 sdb minyak masak

Bahan dikisar:
25 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2" belacan

Kisar semua bahan sehingga menjadi pes basah

Cara menyediakannya:
Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing
Masukkan garam, gula dan air asam jawa
Boleh tambah air jika suka berkuah sedikit
Masukkanaikan yang digoreng tadi

TELUR GORENG MASAK KICAP

Bahan-bahan :
3 biji telur
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji lada kecik - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
Kicap - sebanyak mana yang diperlukan
Sedikit air masak

Cara membuatnya :
Telur digoreng mata kerbau
Asingkan telur
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan lada kecik
Bila bawang dah layu, masukkan kicap dan air masak
Kacau-kacaukan
Tutup apinya
Curah kuah kicap di atas telur goreng mata tadi.
Siap untuk dimakan


NASI ARAB TANAM AYAM, SOS NASI ARAB, KERUTUK DAGING, SAYUR BROKOLI DAN KUBIS BUNGA

resepi berbuka puasa

RESEPI NASI ARAB TANAM AYAM
Boleh gunakan pes nasi arab. Boleh dapatkan di pasaraya. Mudah sahaja caranya. Hanya perlu pes, nasi, dan masukkan ayam yg telah direbus dan tanak.

RESEPI SOS NASI ARAB

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar,
4 biji cili merah
Gula garam
Perahan lemon

Cara-cara membuatnya:
Bahan2 diatas semua nya dikisar

RESEPI KERUTUK DAGING

Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2")
3 sb rempah kerutuk
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, bunga lawang, pelaga
1 kotak santan - bancuh dengan air secukupnya.
3 sb kerisik
Garam
Gula
Gula Melaka
1 keping asam keping
Tomato ketchup - boleh menyedapkan lagi

Cara-cara memasak:
Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.
Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak.
Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada.
Sesuaikan kepekatan dan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan


IKAN CENCARU BAKAR, LALA KAM HEONG, SUP SAYUR SAWI

resepi berbuka puasa

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR

Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara-cara memasak:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.
Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.
Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.
balut dengan daun pisang
Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.

RESEPI LALA KAM HEONG

Bahan-bahan:
300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh angkat


SAMBAL IKAN SELAR KUNING, SOTONG TAHU TELUR MASAK KICAP, KOBIS MASAK LEMAK

resepi berbuka puasa

RESEPI SAMBAL IKAN SELAR KUNING

Bahan-bahan:
12 ekor ikan selar kuning (bersaiz kurang lebih 2+ jari orang dewasa)
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air

Bahan-bahan kisar halus:
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Cara membuatnya:
Ikan selar kuning, disiang dan cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga keemasan, tak perlu sampai garing sangat. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asa jawa, kacau rata dan tambah air.
Biar mendidih dan masukkan ikan yang telah digoreng. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau suka manis boleh tambah lagi), masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.

RESEPI SOTONG TAUHU TELUR MASAK KICAP

Bahan-bahan:
2 peket tauhu telur - potong 4 dan digoreng
2 ekor sotong - potong cincin
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili merah - hiris serong
4 sd mkn kicap lemak masin - (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)

Cara memasak:
Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
Masukkan kicap
Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.

RESEPI KOBIS MASAK LEMAK

Bahan-bahan:
1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris sederhana kasar
1 camca besar penuh udang kering rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santant
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang puith dan udang kering. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan masak hingga kobis 1/2 lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air.
Masukkanhirisan cili merah. Kacau rata dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


KARI DAGING, SAMBAL TELUR HANCUR, SAYUR TAUGEH KUCAI GORENG

resepi berbuka puasa

RESEPI KARI DAGING

Bahan-bahan:
800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai

Cara penyediannya:
1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk. Nak cepat leh guna pressure cooker. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. saya suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…

RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR

Bahan-bahan:
3 biji telur
2 ulas bawang putih - kisar
segenggam cili kering - kisar
1 labu bawang besar - kisar
garam

- Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hinga pecah minyak.
- perasakan dengan garam.
-Pecahkan telur dan biar sebentar jangan kacau. Bila telur dah masak bawah tu boleh pusing.
- dah sebati semua boleh angkat dan hidang.


GULAI SIPUT SEDUT MASAK CILI API , AYAM GORENG MAMAK, SAYUR KOBIS BUNGA DAN KAROT

resepi berbuka puasa

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Bahan-bahan:
1 kg siput sedut
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)

Cara membuatnya:
Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujung siput (kerat pada bahagian senggan ketiga dari atas), buat hingga siap dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang air hingga penuh cuci sekali lagi dan toskan. Ulangi proses ini sekali lagi, tapi kali ini anda cedok siput tadi guna tangan dan masukkan dalam tapis, tujuannya untuk mengelakkan serpihan2 bahagia siput yang dikerat tadi ikut termasuk sekali. Ketepikan.

Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biarkan menggelegak., Kacau perlahan.
Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.

AYAM GORENG MAMAK

Bahan-bahan:
7 ketul ayam
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu kecil Tepung jagung.
4 sudu besar tepung gandum
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
2 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 5 ulas + Halia 2 inci
3 Tangkai daun kari
1 kg minyak untuk goreng.
1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula)
Garam Secukup rasa
2 biji putih telur
Air secukupnya untuk bancuhan..

Cara memasak:

1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam...
Selepas air dah tos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ayam...

Kemudian, masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati.. Air masukkan sedikit demi sedikit..
Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai..Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah sedikit air...Kelikatan tepung adalah amat penting diberi perhatian..,sekiranya terlalu cair tepung ini akan terlerai dari dari ketulan ayam..dan kalau terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng ler pulak...

Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut makanan dan perapkan dalam peti sejuk bahagian beku selama 1- 2 jam atau lebih supaya bahan2 rempah ini serap kedalam isi ayam...

2. Selepas cukup masa perap, boleh laa goreng ye..Maka dinasihatkan agar test goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bancuhan tadi cantik kejadiaannya atau tak..

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya ( ayam perlu tenggelam dalam minyak)...Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan..suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik...

4. Untuk gorengan yang cantik ,jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam satu2 masa..Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hanya masak diluar tapi masih berdarah didalam..pada satu2 masa cuma masukkan 4-5 ketul ayam dalam kuali yang sederhana besar pada api yg sederhana..gorengan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit...

Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung..

5. Goreng ayam tak perlu terlalu lama..Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam...


AYAM MASAK CILI KERING

resepi berbuka puasa

RESEPI AYAM MASAK CILI KERING

Bahan-bahan:
4 keping dada ayam potong kecil
1 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar sos tiram

-Perap semua bahan ni selama 15 minit kemudian goreng. Tak perlu garing

SOS
1/4 stok ayam
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sidi gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sdkit air)

BAHAN TUMIS
8 tangkai cili kering - potong
2 biji bawang putih - dadukan
2 cm halia - hiris

BAHAN LAIN
Cili hidup - potong dadu
Bawang besar - potong dadu

CARA-CARA
- panaskan minyak, boleh campur minyak bijan jika suka, Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau
- masukkan cili kering. Goreng sehingga cili agak garing.. Hati2 jangan sampai hangus ye
- Masukkan stok ayam dan bahan sos
- masukkan bancuhan tepung jagung... Kacau sebati hingga kuah memekat
- Masukkan ayam, bawang dan cili hidup
- Bila semua dah sebati boleh tutup api dan hidangkan


IKAN KERISI GORENG MASAK TAUCU DAN SAYUR BROKOLI GORENG

resepi berbuka puasa

RESEPI IKAN KERISI GORENG MASAK TAUCU

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi
1 bawang besar hiris
3 biji bawang putih hiris
1 inci hali
2 sudu besar taucu
5 tangkai cili padi
Sedikit air asam jawa
Kicap manis saya pakai jalen
1 sudu Sos tiram

Cara-caranya:
Panaskan minyak. Gorengkan ikan dengan serbuk kunyit hingga garing. Angkat.
Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris. Tumis hingga naik bau.
Masukkan taucu, air asam jawa, sos tiram
Masuk cili padi. Gaul ratakan ikan. Angkat. Xperlu garam sbb taucu dah masin. Rasa dulu seblum angkat. Kalau perlu garam tambah sikit.


KARI IKAN BAWAL, SAMBAL TUMIS SOTONG PUTIH, SAYUR KOBIS GORENG

resepi berbuka puasa

RESEPI KARI IKAN BAWAL

Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal - lebih kurang 500 gram
7 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi - potong kecil
1 paket kecil rempah kari ikan Babas
1 sudu kecil serbuk cili
6 batang bendi
2 batang cili hijau - patah 2
1 biji tomato buah - belah 4
6 batang bendi
1 sudu kecil penuh pes asam jawa
1- 1 1/2 sudu kecil garam
Santan secukupnya
garam

Cara memasak:
Panaskan minyak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi hiris. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Tumis sehingga wangi.

Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing.

masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan air asam jawa. Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak.
Petua Mamak: jangan biarkan kuah kari mendidih ketika ini kerana ia akan menyebabkan ikan hancur.

Masukkan bendi, tomato buah dan cili hijau. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah kuah terbit minyak dan cantik, boleh tutup api.

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG PUTIH

Bahan bahan:
10 ekor sotong
20 biji cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Garam
Gula

Cara memasak:
Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.

Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering.

Akhir sekali, masukkan garam, dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. tutup api apabila sambal kembali kering serta pecah minyak.


DAGING MASAK PAPRIK, TELUR DADAR

resepi berbuka puasa

RESEPI DAGING MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:
Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
Bawang putih - 4 ulas
Bawang holand - 1 biji
Lobak merah + kobis bunga +
3 sudu besar cili kisar/giling
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
6 biji cili padi
daun limau purut
gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Rebus daging sampai empuk. nak cepat guna pressure cooker. dan jangan buang air rebusan
Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau *jangan hangit ek
Masukkan sos cili dan sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
Masukkan kobis bunga, lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
Masukkan daging
masukkan cili padi
Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland
Kacau sedikit dan angkat


BEEF STEW, SAMBAL KERANG, BROKOLI UDANG

resepi berbuka puasa

RESEPI BEEF STEW

Bahan-bahan:
500 gram daging pejal, dipotong kiun pada saiz sederhana besar
4 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega
2 helai bay leaf
5 kuntum bunga cengkih
1 camca teh serbuk paprika
1 camca teh penuh serbuk lada hitam
2 batang saleri, potong kasar2
1 batang lobak merah, potong kasar
2 biji kentang, dadu besar2
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih diketuk
1 camca besar kicap cair (resipi asal guna "worcestershire sauce")
1/2 camca besar kicap pekat (nak bagi warna)
1 camca teh gula
Garam secukup rasa
1/2 camca teh jus lemon (mat tak letak)
Air secukupnya

Cara memasak:
Daging dicuci, tos dan lap kering dengan paper towel. Kemudian gaul dengan tepung gandum. Carikan mentega dalam non-stick pan, dan goreng daging bersalut tepung tadi hingga perang pada semua bahagian. Alih daging dan semua bahan dalam pan tadi ke dalam periuk. Tuang air secukupnya (biar banyak2 sebab nak renihkan lama)
Tambah bay leaf, bouquet garni, bawang putih, bunga cengkih, serbuk paprika, serbuk lada hitam, bawang besar, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan renih hingga daging empuk (kalau anda ada slow cooker, boleh guna), tuang air panas jika kering.
Bila daging lembut, masukkan gula, lobak merah, kentang, saleri dan sambung merenih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan jika suka masukkan jus lemon. Masak hingga kuahnya nampak pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau pasta. Hias dengan hirisan daun parsley jika suka.

RESEPI SAMBAL KERANG

Bahan-bahan:
Kerang - rebus dan kopek ambil isi
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Asam jawa
Garam
Gula
1/2 biji Bawang besar - hiris

Cara memasak:
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan gula dan kacau supaya sambal berkilat dan berwarna merah cantik.

Masukkan air asam jawa dan garam. Masukkan bawang besar hiris. Akhir sekali, masukkan isi kerang. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

RESEPI BROKOLI UDANG

Bahan-bahan:
500 gm brokoli
4 ulas bawang putih - kisar
10 ekor udang sederhana besar - buang kulit
1 sd lada sulah
1/2 sd sos tiram
Garam & serbuk perasa

Cara memasak:
Tumiskan bawang putih hingga bangkit bau. Masukkan udang dan lada sulah. Goreng selama 2 minit. Masukkan brokoli dan sedikit air. Masukkan sos tiram,. Biar hingga masak.


GULAI ASAM PEDAS IKAN BAWAL, AYAM GORENG, SAYUR KOBIS DAN KAROT GORENG


RESEPI ASAM PEDAS IKAN BAWAL

Bahan bahan:
2 ekor ikan bawal - potong 6 keping
1 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Garam
5 sudu cili kering kisar - boleh tambah
6 batang bendi
1 biji tomato belah 4
6 helai daun limau purut
2 serai dititik
Bahan kisar:
8-9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 biji tomato

Cara cara:
Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dan cili kisar sehingga wangi dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya.

Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Masukkan sayur bendi tomato dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

RESEPI AYAM GORENG SIMPLE

Bahan:
6 ketul ayam
Garam
Kunyit

Cara:
Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. panaskan minyak, goreng kan ayam sehingga garing, tos dan angkat.

RESEPI SAYUR GORENG

Bahan-bahan:
Kobis yang dihiris nipis
1/2 batang karot yang dihiris nipis
1 batang cili merah dihiris nipis
sedikit udang kering
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris

Cara memasak:
panaskan sedikit minyak. tumis bawang merah, putih dan udang kering sehingga naik bau. masukkan kobis dan karot. tunggu sehingga sayur masak. perasakan garam dan angkat.


TUMIS KACANG PANJANG DAN  KUPANG

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
100gm isi kupang | dibersihkan
1 biji bawang besar| dihiris
2 biji cili merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu makan sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
Angkat dan sedia dihidangkan.

Info : Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.


PERIA GORENG RANGUP

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk cili
Garam secukup rasa
1 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara memasak:
Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.

Info : Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.


GULAI ITIK SERATI

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
1 ekor itik serati | direbus dan dibersihkan
Rempah 4 sekawan secukupnya (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 keping gula melaka
1 sudu makan jus asam jawa
500ml santan pekat
5 sudu makan rempah kerutuk | dibancuh dengan sedikit air
5 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

15 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
5cm halia

Cara memasak:
Panas minyak masak di dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Kacau rata sehingga wangi.
Selepas itu masukkan rempah kerutuk. Kacau seketika.
Masukkan santan masak sehingga mendidih sambil dikacau.
Selepas itu masukkan gula melaka, gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi. Selepas itu, masukkan jus asam jawa dan itik serati yang telah dicelur.
Masak seketika dan bolehlah dihidangkan.

Info : Itik serati direbus dahulu agar isinya lebih lembut.


IKAN PARI AIR ASAM

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam

AIR ASAM:

1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato segar | dipotong dadu
10 biji cili api | dihiris halus
2 tangkai cili merah
2.5cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan sos cili
500ml bancuhan air asam jawa

Cara memasak:

Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
Sedia dihidangkan.

Info : Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
10 tangkai cili kering |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1sm kunyit hidup |dikisar
1sm halia |dikisar
1sm lengkuas |dikisar
1 sudu makan pati asam jawa
3 biji kacang bendi
500ml air
Daun kesum secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
Angkat dan hidangkan.

Info : Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.



SAMBAL TUMIS PETAI

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
1 biji kelapa |diambil santannya
5 tangkai cili kering |dikisar
5 biji cili padi |dikisar
2 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
10gm belacan |dikisar
Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
Angkat dan hidangkan.

Info : Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.


DAGING HITAM MANIS

resepi berbuka puasa

Bahan-bahan:
1kg daging | dipotong dadu
5 sudu makan kerisik
Minyak untuk menumis

Bahan perapan:
2 biji bawang besar | saiz sederhana } dikisar halus
5 ulas bawang putih } dikisar halus
3 batang serai } dikisar halus
2 sudu makan ketumbar }dikisar halus
1 sudu makan jintan putih } disangai dan ditumbuk halus
½ sudu makan jintan manis } disangai dan ditumbuk halus
1 sudu makan biji lada hitam
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
Gula secukup rasa

Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang

Cara memasak:
Daging yang telah dipotong digaul sebati dengan bahan perapan. Biarkan selama sejam.
Kemudian panaskan minyak , tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
Setelah itu masukkan daging yang telah diperap bersama jusnya dan dikacau rata.
Tambahkan air jika daging masih belum empuk. Biarkan mendidih.
Apabila daging sudah empuk, masukkan kerisik untuk memekatkan kuah. Kacau rata dan tutup api.
Hiaskan dengan hirisan cili padi dan sedia dihidangkan.

Info : Tidak perlu dimasukkan garam kerana daging sudah diperap bersama sos tiram. Jus daging yang telah diperap hendaklah dididihkan sekali dengan daging kerana ia memberikan perisa yang enak pada masakan ini.


Begitulah antara beberapa resipi berbuka puasa yang mudah disediakan dan pastinya sedap. Selamat mencuba.


Kredit: FB Pesan Bonda, Syaz Ahmad, Rasa


Resepi Popia Goreng Inti Sosej Berkeju Pasti Sedap

$
0
0

 Popia Goreng Inti Sosej Berkeju Mudah dan Sedap


Kali ini saya nak berkongsi resepi dengan anda iaitu popia goreng inti sosej berkeju. Popia yang menjadi kegemaran keluarga Mai ni, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Resepi ini mudah disediakan dan hanya mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. 

Popia Goreng Inti Sosej Berkeju

Popia goreng inti sosej berkeju ini sedap rasanya. Anda perlu cuba resepi ini. Ia adalah makanan yang mengenyangkan kerana mengandungi sosej, sayuran dan keju. Jadi, sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang, berbuka puasa, bersahur atau bila-bila sahaja yang anda suka. 

Sekali buat akan dapat banyak. Jangan risau, anda boleh simpan di peti sejuk. Kalau anda rasa nak makan, goreng je. Mudah kan? Jom cuba resepi popia goreng inti sosej berkeju yang menyelerakan ini . . .

Popia Goreng Inti Sosej Berkeju

Bahan-bahan inti:

1 cawan kubis bulat yang dihiris halus
1 batang lobak merah dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
5 batang sosej ayam dihiris halus secara memanjang (atau ikut suka cara anda hiris)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:

Kulit popia (beli je satu plastik tu.. saya guna jenama KG Pastry sebab tak mudah koyak)
Keju cheddar dihiris kecil memanjang
Tepung gandum dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat (boleh gantikan tepung dengan sebiji telur dipukul sedikit)
Sos cili untuk cicah dengan popia yang dah siap digoreng

Cara membuatnya:

1. Inti popia
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum dan layu. Masukkan sosej, hirisan lobak merah dan kobis. Kacau dan masak hingga layu, tambahkan sedikit garam, gaul rata dan matikan api. Biarkan inti sejuk seketika.

2. Cara gulung popia
Ambil sekeping kulit popia, sudukan inti (sedikit sahaja, cukup untuk gulung, kalau banyak inti boleh pecah kulit popia), letak hirisan keju cheddar, gulung kulit popia seperti gambar di bawah,

Popia Goreng Inti Sosej Berkeju

sapu bancuhan telur pada lipatan kiri dan kanan kulit popia yang terbuka. Kemudian gulung sampai habis dan kemaskan. Sapu bancuhan telur pada hujung kulit popia. Ulangi langkah yang sama untuk baki kulit popia, inti dan keju.

Apabila sudah siap gulung semuanya, bolehlah digoreng. Goreng dalam minyak penuh supaya dapat masuk lebih kurang 5-6 biji popia dalam kuali besar.

Ini popia yang dah siap . . .
Popia Goreng Inti Sosej Berkeju
Sedapnya!!!!
Boleh cicah popia goreng ini dengan sos cili atau dimakan begitu saja.

*Tips: Kulit popia senang mengeras apabila terdedah. Ambil kain bersih, basahkan kain tu dan letak di atas lapisan-lapisan kulit popia.

Sosej boleh digantikan dengan jejari ketam.

Kalau anda dapat banyak popia dengan kuantiti resepi ini, simpan je dalam peti sejuk. Boleh goreng bila-bila masa anda suka nanti.

Jom cuba resepi mudah ni. 

Cuba resepi yang lain juga:
Puding Roti Karamel


Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com

$
0
0

Giveaway Mei


Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.

parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.


Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. 

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

  • Soalan : AS menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke?
  • Jawapan : AS menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-6 pada 27 Mei 2018 (27 Mei 2012- 27 Mei 2018)

Akhir kata dari Mai, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kepada AS dan pasangan. Semoga cinta ini kekal sampai syurga, InsyaAllah.


Design Template Responsive Blog Ombak Bergigi

$
0
0

Design Blog Ombak Bergigi Tema Gaya Hidup


Design blog murah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat menjalani ibadah puasa semua umat Islam. Kali ini Mai nak kongsi artwork yang dah beberapa minggu siap tapi baru ini nak cerita 😁  Artwork kali ini ialah design template responsive Blog Ombak Bergigi.

design blog murah

Pemilik blog Ombak Bergigi ni nak blognya nampak simple dan kemas dalam masa yang sama nak juga nampak comel dengan gabungan dua warna lembut. Kelabu dan merah jambu dipilih menjadi warna tema blog ini. Elemen bungaan juga diletakkan pada header, footer dan banner blog bagi menambah seri blog ini.

Blog pakej 2
Blog Ombak Bergigi (https://ombakbergigis.blogspot.my/)

design blog murah

Yang anda lihat ini adalah template penuh blog Ombak Bergigi. Template blog ini adalah responsive dan mobile-friendly. Anda boleh lihat template blog yang responsive ini melalui paparan smartphone anda atau semak di responsivedesignchecker.com

Ini pula adalah banner blog

design blog murah

Haa.. macam mana? Berminat untuk membuat tempahan design atau edit blog dengan harga yang berpatutan? Jangan segan, hubungi je Mai. Macam-macam tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda, InsyaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Sudah Masuk Fasa Kedua Ramadhan

$
0
0

Fasa Kedua Ramadhan


Pejam celik, pejam celik... rupanya, sudah 10 hari kita melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah! Kita masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan pula.

Fasa Kedua Ramadhan

Apa yang ada dalam fasa kedua Ramadhan ini?

Keutamaan 10 Hari Kedua
Seperti yang diketahui umum, 10 hari kedua ini adalah fasa keampunan. Seperti petikan artikel daripada laman web IKIM yang bertajuk '3 Rahsia Keajaiban Ramadan' yang berbunyi:
Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan dan Allah SWT menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan solat sunat tarawih, menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus. Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi. Malah, menerusi perbincangan bertajuk ‘Tiga Rahsia Ramadan’, Ustaz Muhammad turut menyatakan bahawa bagi meraih pengampunan daripada Allah SWT, amalan istighfar amat digalakkan serta melakukan amalan-amalan lain sepeti berwuduk dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Untungnya kita umat Islam bukan? Sementara kita masih berpeluang merasai nikmat di bulan Ramadhan ini, guna dan manfaatkan bulan ini sepenuhnya dengan menggandakan kuantiti dan kualiti ibadat dan pelbagai amalan baik dengan ikhlas.

HOT: AWAS Pencuri pada Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan juga Allah berikan juga waktu mustajab berdoa dalam bulan Ramadhan ini iaitu ketika waktu sahur dan berbuka puasa. Seperti dalam hadis Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Jadi, mari kita banyakkan berdoa dengan seikhlas hati serta berusaha agar Allah mendengar doa-doa kita dan memakbulkannya, InsyaAllah.

Semoga Ramadhan kali ini memberi perubahan yang positif kepada kita dan dapat meneruskan amalan baik dalam bulan Ramadhan ini dalam kehidupan seharian. Tidak ada bulan-bulan lain yang sebaik bulan Ramadhan, maka janganlah kita mensia-siakannya, akhirnya kita juga yang rugi.



Misi Buat Kuih Raya Sendiri Bermula

$
0
0

Buat Kuih Raya Sendiri 


Ramadhan masih berbaki lebih kurang 2 minggu saja lagi. Waktu ini, ramai yang sedang buat persiapan raya. Baju raya, songkok raya, tudung raya, kasut raya, kuih raya... semuanya nak raya 😁antara persiapan raya yang selalu dibuat kan. Anda pula macam mana, dah sedia semuanya?

kuih raya, biskut raya
Foto MyNewsHub

Setakat ini, baju raya saja yang dah ada. Sekarang ini pula tengah merancang projek kuih raya. Tahun-tahun sebelum ini buat dalam 5-6 jenis biskut. Tahun ini tak tahu lagi, dalam senarai adalah juga beberapa jenis. Antaranya:

  • Biskut cip coklat
  • Biskut cornflakes
  • Biskut arab
  • Classic butter cookies
  • Biskut red velvet
  • Semperit
  • Tart Cadbury
  • Simpul kasih

Cuma nak buat je larat atau tak hehe. Harapnya adalah tenaga nak buat semua ni, InsyaAllah.

Kuih raya yang simple seperti kerepek popia nestum, kerepek popia cheese dan cornflakes madu memang wajib buat setiap tahun. Kalau ketiga-tiga ni takda, tak sah raya jawabnya haha. Tiga kuih raya ni lah yang tetamu suka pun kalau datang rumah.

Kali ini nak mula awal sikit buat kuih raya. Kerja-kerja design bersambung lepas raya ke 10 nanti. Tahun lepas, lagi 3 hari nak raya baru buat. Sampai ke malam buatnya. Memang penat buat last minute ni. Penat memang penat tapi puas hati dapat buat sendiri. Hasilnya pun dapat banyak, jimat lagi tu.

Hari ini Mai ke sebuah kedai menjual bahan-bahan bakeri di Kuala Kangsar, wow ramai betul wanita di dalamnya! Yang sedang memilih bahan-bahan.. ramai, yang tengah beratur pun ramai. Tak jadi nak membeli haha. Nampak gayanya kena keluar awal pagi lah nak mencari bahan-bahan untuk kuih raya ni.

Bahan-bahan pun dah disenaraikan, bolehlah mula membeli. Anda pula macam mana, dah buat kuih raya? Atau beli je?


BolehCompare Menjadikan Kehidupan Seharian Lebih Mudah!

$
0
0

BolehCompare Memudahkan Pengguna Membuat Perbandingan Produk


Mudahnya banding produk di BolehCompare | Sebelum membeli sesuatu produk atau menggunakan sebarang perkhidmatan, apa yang akan anda lakukan? Adakah anda akan terus membeli atau membuat perbandingan terlebih dahulu?

Kalau Mai, pasti akan buat senarai barangan atau servis dan buat perbandingan antara beberapa jenama sebelum membelinya. Mai suka buat macam ini sebabnya kita boleh pilih sesuatu barangan atau servis dengan kualiti yang bagus pada harga yang sangat berpatutan. Maknanya, kita dapat menjimatkan wang daripada mengalami kerugian dengan membeli tanpa buat perbandingan terlebih dahulu.

Contoh yang paling hangat sekarang ini, pelan data telefon. Rata-rata pengguna telefon pintar mahu memilih pelan yang paling jimat dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Tapi penyedia telekomunikasi (telco) yang ada di Malaysia ini agak banyak. Pening juga kalau nak senaraikan setiap satu telco berserta pelan yang disediakan. Jadi, untuk memudahkan kerja kita membuat perbandingan, pergi saja ke laman web BolehCompare.

BolehCompare?

Apa itu BolehCompare ?


apa itu BolehCompare

BolehCompare adalah sebuah laman web perkhidmatan perbandingan kewangan yang paling menyeluruh di Malaysia terutamanya untuk pelan telekomunikasi dan telefon pintar, broadband, perbankan dan juga insurans. Ia membantu pengguna menjimatkan masa, wang dan tenaga, sekaligus dapat membantu kita dalam membuat pilihan yang tepat.

Laman web ini sangat membantu memudahkan pengguna untuk membuat pilihan sebelum membeli. Tak perlu susah-susah untuk buat senarai secara manual tulis atas kertas untuk buat perbandingan antara beberapa produk. Dengan hanya beberapa klik, terus paparan senarai perbandingan muncul di skrin komputer. Mudah kan dengan BolehCompare. Paparan laman webnya juga mesra telefon pintar.

Mai suka dengan laman BolehCompare ini sebabnya ia tidak terhad untuk satu jenis produk saja yang boleh dibuat perbandingan tetapi lebih daripada satu, seperti:

  • Telco: Broadband, Pelan pascabayar (phone bundle) dan Pelan pascabayar (sim sahaja)
  • Telefon pintar
  • Bank: Kad kredit, Pinjaman perumahan dan Pinjaman peribadi
  • Insurans: Insurans Perubatan dan Insurans Kenderaan

Banyakkan? Senanglah nak buat perbandingan antara produk nanti. Dalam 1 laman web je boleh bandingkan kesemua yang dinyatakan.

BolehCompare
Antara beberapa tawaran hebat yang disediakan di muka depan laman web BolehCompare

Kalau anda nak tahu, maklumat dalam BolehCompare.com juga sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, maknanya ia adalah yang terkini. Anda tak perlu risau untuk buat perbandingan dengan  selesa di BolehCompare.

Bagi Mai, penting untuk buat perbandingan produk sebelum membeli. Dari sini kita akan dapat tahu kelebihan dan kekurangan pada produk tersebut dengan yang lain. Harga, manfaat tambahan yang ditawarkan dan lain-lain lagi, barulah nampak dengan jelas setelah perbandingan dibuat. Kemudian bolehlah kita pilih produk yang terbaik pada harga yang sangat berpatutan mengikut bajet sendiri. Jadi BolehCompare adalah yang terbaik untuk anda membuat perbandingan produk dengan lebih terperinci.

Bagusnya BolehCompare ni!

Apa yang menarik lagi tentang laman web ini adalah, pengguna boleh terus mendaftar di laman BolehCompare untuk sesuatu produk yang dipilih. Contohnya, setelah membuat perbandingan antara beberapa broadband, telco dan gajet yang ditawarkan, pengguna boleh mendaftar terus di laman web tersebut setelah berpuas hati dengan pilihan sendiri.

Bagaimana nak buat perbandingan di BolehCompare?

Cara-cara buat perbandingan produk di BolehCompare


Mudah sangat, ikuti langkah-langkah ini dan anda boleh mula buat perbandingan.

1. Klik https://bolehcompare.com/
2. Pilih kategori produk dan jenis
3. Bandingkan produk dan buat pilihan yang terbaik
4. Isi borang dan mereka akan bantu pengguna untuk mendaftar


Ok, ini contohnya untuk lebih terperinci…

Jika anda nak buat perbandingan untuk pelan data telefon,

1. Halakan cursor ke tab Telco,

BolehCompare

kemudian klik Postpaid Plan (Phone Bundle), akan keluar paparan seperti di bawah ini.

BolehCompare

Anda boleh pilih phone brand, data quota, monthly commitment, device capacity, telco, contract duration, phone price dan klik butang Find Now.

2. Anda juga boleh scroll ke bawah, lihat satu persatu atau klik kotak Add for Compare untuk buat perbandingan antara beberapa produk.

3. Setelah membuat pilihan, anda juga boleh klik butang Apply Now dan isi borang tersebut untuk mendaftar terus di laman web BolehCompare.com.

BolehCompare
Borang pendaftaran

Senang saja kan?

Tak tahu bagaimana cara nak mendaftar? Jangan khuatir kerana pihak BolehCompare.com akan membantu anda sehabis baik.

Selain membuat perbandingan pelbagai produk, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan denganmenyertai affiliate BolehCompare. Anda boleh mempromosikan produk yang terdapat dalam laman web tersebut kepada sesiapa saja. Anda berminat untuk menyertainya? Klik DAFTARdengan segera.

Beruntungnya ada kemudahan untuk membuat perbandingan secara online dengan BolehCompare ini kan. Lepas ini, tak perlu peningkan kepala anda untuk meneliti sesuatu produk seperti broadband, pelan data telefon, pinjaman bank, kad kredit dan insurans… buka saja laman web BolehCompare, pasti hidup anda jadi lebih mudah. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari MaisarahSidi.com

$
0
0

Salam Aidilfitri


Pejam celik, pejam celik... bulan Ramadhan sudah pun berlalu dan kini kita berada dalam bulan Syawal pula. Masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan luar negara. Rayakan kemenangan kita!

ucapan raya

 Hari ini Syawal keempat. Ada yang dah mula bekerja hari ini. Walaupun cuti sekejap saja, sempat juga beraya bersama keluarga di kampung. Jadilah tu hehe.. Syawal kan sebulan, boleh sambung beraya di tempat kerja juga nanti 😁

Yang belum sempat beraya dengan yang tersayang, jangan risau kerana bulan Syawal masih lagi sedang berjalan. Pulanglah bercuti luangkan masa bersama mereka yang menanti.

HOTRamadhan Sudah Berlalu, Apa yang Kita Dapat?

Budak-budak sekolah memang seronok sekarang ni sebab cuti masih berbaki kira-kira seminggu lagi. Maknanya ada masa lagi nak capai target kutipan duit raya tahun ni haha. Kutip jangan tak kutip dik.. akak dulu pun macam tu 😆

Raya, raya juga.. keselamatan juga perlu dijaga. Jangan main mercun ye. Dengar bunyi mercun meletup memang best tapi kalau tangan yang meletup, tak boleh nak ganti dah. Elak lagi bagus daripada menyesal.

Apa pun berayalah dengan gembira dan bersederhana.Semoga kita tidak sesekali melupakan Ramadhan yang baru saja berlalu pergi.




Tak Sempat Buat Kuih Raya Tart Cadbury!

$
0
0

Mengidam Tart Cadbury


Coklat jenama Cadbury memang menjadi kegemaran Mai bertahun dah. Kalau nak beli coklat, Cadbury lah yang menjadi pilihan pertama dan utama sebab rasanya sedap dan harganya juga berpatutan. Raya kali ini, viral pula biskut raya Tart Cadbury. Mengancam betul biskut raya yang ni...

Tart Cadbury
Tart Cadbury
Foto Rasa.my

Sedapnya kalau dapat makan Tart Cadbury. Setakat ini, masih belum jumpa tart cadbury bila beraya di rumah orang lain. Tart Cadbury ini dah disenaraikan dalam senarai biskut raya yang nak dibuat  untuk raya tahun ini. Tapi tak sempat pula.

Mai mula buat biskut raya, dua minggu sebelum Syawal tiba. Kalau diikutkan sempat je nak buat tart Cadbury tapi disebabkan ada beberapa dugaan yang tak dapat dielakkan, maka buat biskut yang 'laku' je. Demam dan cirit-birit membantutkan perancangan nak buat tart Cadbury heeee

Ini antara biskut raya yang sempat dibuat:

  • Biskut cip coklat
  • Biskut cornflakes rangup
  • Biskut arab
  • Classic butter cookies
  • Biskut red velvet
  • Tart nanas
  • Kerepek popia nestum
  • Kerepek popia cheese
  • Cornflakes madu

Biskut dalam senarai sebelum ini yang tak sempat dibuat selain tart Cadbury.. semperit dan simpul kasih.

Memandangkan masih tak jumpa lagi tart Cadbury, kena buat sendiri jugalah nampaknya. Tengok resepinya pun mudah juga nak buat. Ok lah nak cuba buat tart Cadbury dulu 😋


Cukup Sepotong Lemang Sahaja Raya Kali Ini

$
0
0

Lemang dan Rendang Pada Hari Raya


Lemang memang sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri dan juga Aidiladha. Bagi Mai, kalau tiada lemang dan rendang pada hari raya, tak sah rasanya. Rasa macam tak raya je hehe.

lemang, rendang pedas
Lemang dan rendang
Foto Zulfaza Loves Cooking

Setiap kali hari raya, lemang adalah juadah pertama yang Mai akan cari dan makan. Makan dengan rendang pedas ayam atau daging air tangan mak, lagi bertambah sedapnya. Memang bertambah-tambahlah makannya. 

Tapi raya Aidilfitri kali ini, hanya sepotong lemang je yang Mai makan. Itupun malam raya. Sepotong pun cukup dah, jadilah hehe. Macam takda selera pula nak makan lemang banyak-banyak raya kali ini.

Korang tahu tak berapa kalori untuk sepotong lemang? 

Kalori untuk sepotong lemang dengan berat kira-kira 30 gram mempunyai 100 kcal (sumber dari artikel Kalori makanan istimewa Aidilfitri di Berita Harian).

Wow.. itu baru sepotong, belum berpotong-potong lagi.
Patutlah ada yang merungut berat badan naik ketika musim raya. Tambah pula raya ini macam-macam juadah sedap disediakan.

Baru-baru ini beraya ke rumah saudara-mara. Adalah seorang makcik dok usha.. last-last cakap nampak badan Mai dah berisi. haha. Mula-mula sentap juga tapi bila fikir semula, betul juga cakap makcik tu. Mai sendiri pun perasan badan dah naik. Saiz baju dari S dah ke M. 

Memang kena jaga makanlah kalau macam ni. Bukannya tak bersenam, cuma bab makan je agak payah nak kawal. Ada resepi sedap, nak cuba. Nampak makanan sedap, nak cuba. Sudahnya berat badan pun naik. Korang ada yang macam ni tak?

Ok. Maka, bermulalah misi mengurangkan berat badan mulai hari ini. Biar seimbang berat dengan tinggi. Makan nasi, cuba ambil portion suku-suku separuh. Jom kita sama-sama kurus untuk sihat dan dapat beribadat lebih kuat. 


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live