Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Sahut Cabaran Tanpa Gula Sebulan

$
0
0

Cabaran Gula KKM


Ada orang pantang dicabar, terus buat apa yang disuruh. Ada juga yang tak segan buat beberapa cabaran remeh temeh yang viral di laman sosial. Tapi, Cabaran Gula sanggup sahut tak?

cabaran gula KKM

Kebanyakan orang akan memilih minuman manis sebagai penghilang dahaga. Mestilah sedap kan. ABC, cendol, teh ais pekat, air manis di pasar malam.. huishh sedap tu. Siapa tak mahu kan?

Bukan tak boleh ambil makanan dan minuman manis, makanlah kalau nak. Tapi kenalah pantau pengambilan gula. Guna sesudu je atau ambil sekali sekali ke. Kalau terlebih gula, kencing manis datang pula nanti. Minta dijauhkanlah daripada kita semua...

Gula bukan saja boleh menyebabkan kencing manis, obesiti pun datang sama. Kalau Mai, selepas ambil makanan atau minuman manis, mesti rasa nak makan sesuatu. Kalau selalu ambil yang manis-manis, memang bertambah berat badan jawabnya. Kalau dah makan banyak, rasa mengantuk pula datang. Kerja pun jadi lambat siap kerana kurang fokus.

Nak tak nak kena pantau pengambilan gula kan. Alhamdulillah, sekarang ni makanan dan minuman manis pun jarang Mai ambil sebab sedang usaha dapatkan berat badan ideal.

Untuk anda, jomlah sertai CABARAN GULA oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam bulan Mac ini. Mana tahu, lepas ni nak minum yang tawar pun laju je. Yang penting tahap kesihatan bertambah bagus.



Pray for Pasir Gudang

$
0
0

Doa untuk Pasir Gudang


Simpati dan sedih dengan kejadian hitam yang menimpa Pasir Gudang akibat sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim. Ramai yang menjadi mangsa akibat perbuatan jenayah ini. 

pasir gudang toxic

Mai ada tonton satu video di Instagram, video mangsa yang terlibat. Allahu.. Sedih melihat mangsa yang pengsan, tubuh menggeletar, muntah-muntah.. semuanya kerana terhidu sisa kimia tersebut.

Inilah yang terjadi akibat daripada sikap pentingkan diri sendiri. Bina kilang haram, nak buat kerja mudah, nak jimat dan mementingkan keuntungan. Sudahnya, beratus orang yang menjadi mangsa jenayah tersebut.

Jom sama-sama berdoa untuk Pasir Gudang. Semoga mangsa dan keadaan di sana kembali pulih seperti biasa. Harapnya pihak yang melakukan perbuatan terkutuk ini dapat didakwa secepat mungkin.


Rezeki Dapat Hadiah dari Sabah

$
0
0
Dua hari lepas, hadiah dari pengirim yang tinggal di Sabah selamat sampai di rumah. Seronoknya! Macam-macam ada dalam satu bungkusan.

Hadiah ini adalah hasil daripada menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Mrs Pip di blognya iaitu #RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip . Mai turut serta giveaway ini sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger. Alhamdulillah rezeki terpalit di sini 😊

Terima kasih Mrs Pip sebab pilih Mai sebagai salah seorang pemenang, iaitu Pemenang Best Comment.

Antara barangan yang ada dalam bungkusan tersebut adalah satu tiub pencuci muka jenama dan tiga pek mask jenama Boom De Ah Dah dari Korea, tiga sachet kopi Yit Foh dari Sabah, tag bagasi dan rantai kunci. Bestnya!

hadiah giveaway

Terima kasih sekali lagi Mrs Pip. Semoga Mrs Pip dilimpahkan rezeki yang baik dari-Nya. Amiin..


Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

$
0
0

Giveaway Mrs Pip


Jom support rakan blogger kita Mrs Pip yang sedang menjayakan giveaway terbarunya iaitu Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip. Menarik hadiah yang ditawarkan tau.

Kalau anda nak sertai giveaway ini, klik saja banner di bawah ini.



qissborneo
saya follow

Jom meriahkan giveaway ini. Senang saja syarat-syarat yang perlu diikuti untuk menyertainya. 
Semoga berjaya!


Design Template Responsive Blog khatyaiman.com

$
0
0

Template responsive blog lifestyle


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Kali ini Mai ingin berkongsi dengan anda artwork design blog, iaitu blog milik blogger Khaty Aiman. Blog ini siap lama dah tapi baru hari ini nak kongsi di blog 😁

design blog murah

Blog khatyaiman.com ini bertemakan gaya hidup. Pelbagai cerita yang ada dalam blognya. Blog responsive ini diserikan sedikit elemen bungaan pada header, footer, foto blogger di sidebar dan banner.

Blog custom made design ini dilengkapi dengan responsive dropdown menu tab serta ruangan kecil untuk carian di blog. Warna merah jambu dan putih menjadi warna tema blog. Rekaan minimalis menjadi pilihan pemilik blog ini. Ruangan komen juga menggunakan jenis yang terbaru.

Untuk melihat paparan penuh template, boleh terus ke blog khatyaiman.com.

Blog khatyaiman.com (www.khatyaiman.com)
Pakej 4


design blog murah
Template blog

Template blog ini adalah responsive dan mobile friendly. Di bawah adalah rupa paparan blog pada telefon pintar. Anda juga boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com untuk melihat pelbagai paparan responsive.

design blog murah
Banner blog

design blog murah
Watermark

Kalau anda berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan, boleh PM Mai segera melalui Facebook, emel atau lebih cepat melalui Whatsapp. 

Pelbagai jenis tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi mengikut niche blog, Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi.

Selain blog custom design, Mai juga mengambil tempahan untuk edit template readymade dengan mengikut warna tema, rekaan header baru dan lain-lain lagi. Harga dijamin berpatutan dan puas hati.


Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)




Design dan Cetak Kad Nama Perniagaan Jahitan

$
0
0

Design dan cetak kad bisnes jahitan


Hai.. Kali ini Mai nak kongsi satu lagi artwork dan hasil cetakan iaitu kad nama perniagaan jahitan milik Shafinaz Nasaruddin. Anda yang menjalankan aktiviti perniagaan, elok sangat ada kad nama. Dapat juga sebarkan servis yang disediakan, sekaligus dapat tambah pelanggan.

Untuk kad nama jahitan ini, warna emas dan putih dipilih sebagai warna tema kad. Tambahannya, gambar berkaitan jahitan seperti zip, gunting, butang, benang dan lain-lain lagi.

kad bisnes murah
Kad nama perniagaan jahitan

Kad nama ini adalah kad berkemasan Matte Laminate berketebalan 260GSM. Kelebihan kad ini ialah peratus kalis air adalah tinggi, tahan lama, tidak mudah koyak dan sudah pasti membuatkan perniagaan atau servis yang anda tawarkan nampak lebih profesional.
kad bisnes murah

Design dan kos pengeposan adalah percuma untuk anda. Selain daripada kad kemasan matte laminate, terdapat jenis lain juga seperti kad berkemasan glossy, spot uv dan frosted plastic juga disediakan.

Hasil tempahan yang lain boleh dilihat di sini: Klik - HASIL TEMPAHAN KAD BISNES

Pelbagai manfaat yang akan anda dapat dengan memiliki kad nama/kad bisnes. Kad bisnes atau kad nama adalah sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan atau servis yang anda tawarkan.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan, tag label dan lain-lain lagi dengan 
harga yang berpatutan dan berkualiti?

Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan labih lanjut, hubungi Mai melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


Asah Bakat Main Recorder Lagu Yang Mana Satu

$
0
0
Bila tengok recorder, teringat zaman sekolah rendah kan. Subjek yang paling best masa sekolah rendah, muzik. Tak perlu nak fikir susah-susah. Nyanyi dan main alat muzik je heee

Zaman sekolah dulu Mai suka main recorder. Mula main ketika darjah 5. Boleh dikatakan mahir jugalah bermain alat muzik recorder. Banyak juga cipta note recorder masa tu. Ada lagu best, mesti buat. Seronok dan puas hati dapat main hasil gubahan sendiri. 



Baru-baru ini Mai keluarkan semula recorder sebab nak sertai peraduan Aktifkan AME 2019 yang dianjurkan oleh 100PLUS. Syaratnya mudah je, tonjolkan je bakat terpendam masing-masing. Fikir punya fikir, Mai ambil keputusan untuk main recorder. Nak menyanyi, suara ke laut mati pula haha. 

Dah buat keputusan untuk main recorder, kenalah cari lagu kan. Mai ambil lagu Yang Mana Satu nyanyian P Ramlee dan Saloma sebab senang. Kejap-kejap tu jugalah reka note recorder. Siap je terus berlatih main supaya lancar. Alhamdulillah jadi.


Macam mana, ok tak? Hihi.. maaflah bunyi sumbang sikit. Maklumlah, dah berbelas tahun tinggalkan recorder. 

Anda yang ada bakat terpendam tu, tonjolkan bakat anda dengan menyertai peraduan Aktifkan AME 2019. Apa saja bakat yang ada seperti menyanyi, bermain alat muzik, mengacara, parkour dan lain-lain lagi. Hadiah pun masyuk tau. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk menyertainya.



Rawat Jiwa dengan Al-Quran

$
0
0

Kebesaran Al-Quran


Apabila sebut Al-quran, rata-rata semua muslim tahu tentang kebesaran dan kelebihannya. Al-quran mampu merawat jiwa yang gundah-gulana. Betul kan?

Pernah tak anda mengalami keadaan ini.. sering merasa resah gelisah, nak buat kerja serba tak kena, terlalu fikir tentang masalah dunia sehingga serabut minda dan sakit kepala, kadang-kadang rasa kosong jiwa. Mai pernah mengalami ini. Nak luah kepada manusia, Mai kurang percaya pula.

Solusinya, kembali kepada Allah. Banyakkan mengadu pada-Nya. Allah amat merindui rintihan hamba-Nya. Cuma hati kita yang ego kata itu semua tak berkaitan dengan hubungan kita dengan pencipta. Kita menidakkan kenyataan itu.

al-quran merawat jiwa


Kalau sebelum ini apabila masalah datang diubati dengan mendengar lagu yang tiada pengisian tentang kehidupan, apakata lepas ini pasang mp3 bacaan ayat-ayat al-Quran. Di samping itu baca bersama terjemahannya. Boleh menangis dibuatnya. Ketenangan datang dengan sendirinya. Percayalah...

Apabila ada masalah muncul, cuba lihat diri sendiri. Adakah ia terjadi kerana diri kita sendiri.. Lebih baik daripada menyalahkan pihak lain kan. Masa inilah kita perlu muhasabah diri.



Bila baca ayat yang terkena dengan diri sendiri, lagilah sentap yang membuatkan kita beringat. Sangat disarankan apabila baca al-Quran, baca sekali terjemahannya. Baru faham maksudnya. 

Untung kita umat Islam ni. Sudah ada penduan hidup lengkap dalam sebuah al-quran. Dengan al-Quran saja dah boleh dapat banyak pahala daripadanya. Dengar, baca, tadabbur, hafal, amal, ajar orang lain.. semuanya dikurniakan pahala oleh Allah.

Jom ngaji! Tak rugi pun sediakan masa kita untuk al-quran. Walaupun segala-galanya perlukan wang untuk dapatkannya tapi kena ingat bahawa ketenangan dan kebahagiaan diri tidak dapat dibeli di mana-mana.

Apa pun, jika masalah melanda.. carilah penyelesaian yang terbaik. Jangan sesekali jebakkan diri ke lembah hina. Kita masih ada Allah dan orang yang menyayangi kita.



Pelihara Kucing Mengurangkan Stress

$
0
0

Cara mengurangkan stress berkesan


Kucing, terkenal dengan sifat manjanya. Ditambah dengan kecomelannya yang pasti membuatkan manusia tertarik dengannya. Siapa bela kucing? Betul ke pelihara kucing dapat mengurangkan stress?

Abby

Bagi Mai, betul. Pelihara kucing memang dapat mengurangkan stress. Lihat sesuatu yang comel membuatkan mood gembira datang. Rasa bahagia je. Seperti terapi kepada diri.

Bila kita jaga kucing dengan baik, seperti beri makanan, minum air bersih, belai dan ubati mereka.. secara tak langsung mereka juga akan membalasnya dengan kebaikan dengan cara mereka sendiri. Mungkin mereka juga mendoakan yang baik-baik untuk kita. Siapa tahu kan.

Kucing Mai, namanya Ceci. Seekor kucing jantan yang sangat mesra dengan manusia yang dikenalinya. Setiap kali ke luar rumah, Ceci mesti ikut dari belakang. Ke mana pun dia akan ikut. Macam pengawal peribadi pula. Mungkin itu cara dia 'menjaga' kita kan. Tapi sayangnya umurnya tak panjang. Tak sampai setahun, dia pergi ke alam sana.

Abby dan Memey pula kucing betina yang dipelihara sejak kecil lagi. Memang manja sangat dengan keluarga Mai. Hari-hari kena gomol. Siapa suruh comel sangat kan? Haha rasakan. Masa umur mereka setahun, suka sangat bawa sesuatu bila pulang ke rumah. Burung murai, anak tupai, anak ayam, belalang, rama-rama... macam-macam lagi. Yela.. nak tunjuk hebat la tu kan hehe.

Hilang stress tengok perangai masing-masing haha. Tidur pula macam-macam gaya ada. Macam bermimpi sampai ke bulan dah. Ganggu Abby tidur ok lagi. Kalau Memey, garang sikit.. dapat gigitanlah jawabnya heee.

kucing comel
Memey

Pernah juga si Abby merajuk sebab Mai marah dia. Acah-acah je pun. Dia lari masuk kebun terus menyorok dalam raga basikal hahaha. Muka jangan cakaplah, muka tengah merajuk. Kucing pun pandai merajuk tau. Merajuk pun tetap comel. Memang gelak je tengok gelagatnya.

Kadang-kadang kalau Mai stress, bercakap dengan kucing lagi bagus. Mereka pendengar yang baik. Seperti memahami apa yang sedang kita alami. Siap buat muka sedih lagi tu. Tak sampai hati nak stress lama-lama bila tengok kucing 😄

kucing comel
Yoyen, kucing luar yang menetap di rumah. Macam model dah haha

Tak rugi sayang kucing. Amat rugi bagi mereka yang bertindak kejam dengan haiwan ini. Kalau tak suka, mudah.. jauhkan diri daripada mereka. Jangan sampai membunuh. Begitu juga dengan haiwan lainnya.


Mudahnya Beli T-shirt Harga Berpatutan di MD Textile!

$
0
0

T-shirt murah di MD Textile


T-shirt adalah pakaian yang sering menjadi pilihan dalam pelbagai aktiviti dan acara. Misalnya, hari keluarga, hari sukan.. t-shirt paling sesuai digunakan kerana memudahkan pergerakan dan selesa. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi pilihan ketika jalan-jalan makan angin bukan? Kalau anda juga penggemar t-shirt, apa kata jom ke MD Textile.

t-shirt murah


MD Textile? Ya, kerana mereka adalah pembekal dan mempunyai koleksi t-shirt terbesar di Malaysia. Pelbagai jenis t-shirt disediakan oleh mereka seperti t-shirt kosong yang berleher bulat, berlengan panjang, polo dan juga pakaian bayi. T-shirt labuh muslimah juga ada. Harganya pula amat berpatutan. Nak tahu tak? RM6.20 untuk sehelai t-shirt kosong kain kapas berkualiti tanpa pesanan minimum. Wow!

MD Textile
Laman web MD Textile

Selain itu, mereka juga menyediakan t-shirt dengan beberapa jenis kain seperti kain kapas dan jersey yang selesa. Bukan itu saja, tujuh saiz berbeza dan 20 warna menarik turut disediakan untuk pelanggan. Nak baju dicetak terus pun boleh. Beritahu saja pada mereka nak macam mana, dan mereka akan buatkan mengikut kehendak anda.

t-shirt murah
Pelbagai warna menarik disediakan

Nak beli untuk pakai di rumah pun boleh tau. Tak menjadi masalah sebab boleh beli dalam jumlah yang sedikit. Tiada minimum kuantiti untuk membeli. Bagi mereka yang kreatif, pasti t-shirt yang kosong jadi berharga dengan rekaan ilustrasi masing-masing kan.

T-shirt di MD Textile juga sangat sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan percetakan baju. Ada t-shirt kosong berleher bulat dengan lengan panjang dan pendek, berleher V, ada yang bersaiz besar, jersey dan pakaian bayi seperti t-shirt dan rompers juga ada. Pendek kata macam-macamlah ada. Buka saja laman web mereka, anda boleh lihat macam-macam produk disediakan di situ.

Teringin pula nak membeli t-shirt.. bagaimana cara untuk membeli di laman web?

Mudah saja caranya.

  • Buka laman web MD Textile (www.mdtextile.com) dan halakan cursor pada menu ‘BUY ONLINE’ yang terdapat di laman web tersebut. 
  • Kemudian, anda boleh lihat senarai produk yang disediakan. 
  • Klik mengikut pilihan. 
  • Anda sudah boleh mula membeli mengikut keperluan anda.

t-shirt murah


Anda boleh menonton video pendek di bawah ini untuk lebih lanjut tentang cara untuk membuat pembelian di laman web MD Textile.



Macam mana? Mudah kan cara untuk membeli t-shirt di laman web MD Textile? Hanya dengan beberapa klik, selesai buat pesanan. Kemudian, anda hanya tunggu pesanan tiba saja.

Lepas ini tak perlu pening-pening lagi untuk cari pembekal t-shirt dengan harga berpatutan. Cari saja di MD Textile, macam-macam jenis ada.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang MD Textile, boleh layari laman web dan juga Facebook mereka seperti yang tertera di bawah ini:

Laman web: MD Textile
Facebook   : MD Textile


Efek Ramping Segera dengan Shapee 2 Way Body Shaper

$
0
0

Body Shaper Shapee yang Selesa



Shapee 2 Way Body Shaper | Rata-rata kaum hawa mementingkan bentuk tubuh masing-masing kan? Bagi Mai, bentuk badan yang yang menarik dapat menambah tahap keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Masalahnya, apabila sudah dapat bentuk badan idaman, kadangkala bahagian perut pula buncit. Anda juga begini?

Mai dah dapat penyelesaian terhadap masalah ini. Pakai Shapee 2 Way Body Shaper, ramping pinggang dan kempis bahagian perut dengan segera. Seronoknya! Sebelum ini, Mai pernah mencuba beberapa body shaper tapi ini antara body shaper yang selesa dipakai.

Shapee 2 Way Body Shaper


Betul.. selesa sangat. Nak pakai dalam tempoh lama pun tak kisah kerana material fabriknya yang lembut dan nipis mempunyai liang udara yang membenarkan pengaliran udara berlaku. Secara tidak langsung membuatkan kulit selesa dengannya. Tak rasa panas pun ketika memakainya.

Body shaper yang dibuat daripada nylon dan spandex sesuai dengan kulit dan boleh meregang tanpa rosak. Kain luarnya berwarna beige dan lapisan kain bahagian dalamnya berwarna putih. Talinya boleh dilaras mengikut kesesuainya pemakai.

Shapee 2 Way Body Shaper


Apa yang menariknya dengan body shaper ini adalah ia direka untuk sentiasa "mengurut" mikro zon sasaran anda dan menjana haba untuk meningkatkan peredaran darah dan metabolisme untuk pembakaran lemak pada setiap pergerakan badan. Maknanya dapatlah ia membantu mengurangkan masalah perut buncit serta membentuk badan pada bahagian perut ke dada.

Kalau anda nak tahu, 2 Way Body Shaper ini boleh digunakan untuk dua cara yang berbeza dan kedua-dua cara itu mempunyai fungsi yang berbeza. Ia boleh dipakai sama ada dengan bentuk U atau V pada dada.

Bentuk U - dipakai untuk menaikkan payudara
Bentuk V - dipakai untuk memadatkan payudara.

Shapee 2 Way Body Shaper
Bentuk V
Body Shaper selesa
Bentuk U
Mudah saja cara nak memakainya. Sarungkan dari bawah, bermula dari kaki. Sampai pada bahagian punggung, tarik perlahan-lahan hingga ke atas. Pakai dalam tempoh 5 ke 8 jam sehari.

Harganya mampu milik, RM85 sahaja, terdapat dalam pelbagai saiz. Siapa berkebaya pada hari raya nanti? Eloklah kalau pakai sekali dengan Shapee 2 Way Body Shaper ini supaya dapat sorok perut buncit yang comel dan lemak-lemak disekelilingnya itu 😉


Rezeki Siti Jamumall Dapat Tajaan Kahwin Hampir RM500 Ribu

$
0
0

Perkahwinan Siti Jamumall Ditaja



Baru-baru ini telah berlangsung sebuah majlis perkahwinan besar-besaran Siti Suriani atau lebih dikenali dengan Siti Jamumall. Alaa.. yang selalu buat review dan promosikan produk secara langsung di Facebook tu... Tumpang gembira dengar Siti dapat tajaan kahwin sehingga RM500 ribu.

Majlis kahwin Siti Jamumall

Pada mulanya beliau hanya ingin mengadakan majlis biasa secara kecil-kecilan. Tetapi siapa sangka, setelah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya tentang majlis perkahwinannya, terus mendapat mesej di Whatsapp dan panggilan telefon bertalu-talu dari pelbagai pengasas produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi untuk menjadi penaja majlis beliau.

Hampir 100 syarikat dengan pelbagai produk berminat untuk menaja majlis kahwin Siti. Tidak terkecuali, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati untuk menaja majlis perkahwinannya.

Setiap pasangan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan semestinya menginginkan kelancaran majlisnya dan dapat memberi layanan terbaik untuk tetamu yang hadir. Alhamdulillah, rezeki sudah tertulis untuknya.. dipermudahkan urusan dalam majlis perkahwinannya.

Majlis kahwin Siti Jamumall

Menurut Siti, beliau terharu kerana tidak menyangka, majlis yang pada mulanya dirancang biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun yang membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.

Majlis kahwin Siti Jamumall

Katanya lagi, "selama ini Siti promote produk orang dengan ikhlas, Siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampailah dikenali dan viral.. disebabkan itu ramai yang menghargai jasa Siti dan apabila Siti kahwin, mereka sanggup memberi pelbagai tajaan. Siti sangat-sangat bersyukur mendapat tajaan dari nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin sehinggalah ke pakej bulan madu".

Majlis kahwin Siti Jamumall

Majlis kahwin Siti Jamumall

Jom lihat antara beberapa penaja yang terlibat dalam majlis perkahwinan Siti...

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal

Grand Cake daripada Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official

Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/

Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq

Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri

Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji

Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/

Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun

Printed Box daripada Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

Perfume daripada  Luxe Essencia Resources

Honeymoon Pakej daripada Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort

Wah.. banyak betul yang menaja. Alhamdulillah rezeki. Tahniah untuk Siti dan pasangannya! Semoga berbahagia sampai syurga hendaknya.


Allah Kan Ada

$
0
0

Ujian dan masalah sebagai penguat semangat


Hidup siapa yang tidak pernah datang masalah dan ujian kan. Tua, mudah, kaya, miskin semua sama saja. Ujian kecil atau besar, pastinya Allah memberikan yang mampu kita tanggung.

Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang tentang satu perkara ini. Ketika senang mudah lupa pada-Nya, ketika susah baru terhegeh-hegeh menagih simpati-Nya. Tapi ketahuilah bahawa Allah sentiasa merindukan rintihan hamba-Nya. Mintalah daripada Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Allah bersama kita
Sumber Google

Ujian yang hadir itu sudah tertulis untuk kita, semestinya menjadi penambah semangat dan pengalaman berharga untuk hargainya supaya dapat mengubah nasib diri sendiri. Risau kita kadangkala membuat sesuatu perkara bertambah rumit. Apa yang kita kena buat, tenangkan diri kerana Allah kan ada bersama kita.

Apa pun, waktu susah atau senang, jangan sesekali lupakan-Nya. Jangan sombong dan ego jauhkan diri daripada-Nya. Ingat nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan pada kita ketika dihimpit masalah dan sentiasa bersyukur kepada-Nya atas setiap pemberian kepada kita.

Ayat Cinta Dari Tuhan - The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)





Darah luka membasahi hati ini
Perit tak terperi
Sepi ruang hati ini sepi
Tiada siapa memahami rasa ini

Mata tak mampu menangis lebih lagi
Lubuk luka menguasai
Letih, segala raga ku letih
Tuhan, tolong aku hilang rasa pedih

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan

Jatuh, kerap kali ku terjatuh, rasa pilu
Bagai tiada sinar baru
Namun, dalam sendu aku tahu
Kau setia kasihkan ku, oh Tuhan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Quran setia meneman

Hadirmu, sebagai sahabat hingga hujung waktu
Namun tewas dengan nafsu
Malu, aku malu
Tuhan kau perhatikan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Kau kan temui jalan

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan


Resepi Cornflakes Madu - Kuih Raya Mudah

$
0
0

Kuih Raya Mudah, Cornflakes Madu


Cornflakes Madu | Hari raya tak lengkap tanpa biskutnya kan. Ada yang memilih untuk buat sendiri atau beli yang dah siap terus. Ikut kelapangan masa masing-masing juga kan. Kalau ada masa terluang boleh buat sendiri je sebab lagi jimat dan dapat banyak.

Teringin nak buat kuih raya sendiri? Boleh cuba yang mudah dulu, seperti Cornflakes Madu. Sangat senang nak sediakannya, gaul-gaul kemudian bakar dalam oven dan siap. Jom cuba buat..

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu Sedap dan Rangup


Bahan-bahan:

Cornflakes kotak sedang
125 gram atau separuh Buttercup
1 cawan madu

Cara-cara membuatnya:

1. Cairkan Buttercup dalam kuali besar.
2. Masukkan madu dalam Buttercup tadi, apabila sudah sebati masukkan cornflakes.
3. Gaul rata, kemudian masukkan ke dalam cup kecil.
4. Tuang sedikit madu di atas cornflakes yang telah dimasukkan ke dalam cup tadi.
5. Tabur sedikit hirisan badam dan ceri cincang bagi yang suka. Nak biarkan kosong pun boleh.
6. Bakar pada suhu 160 ⁰C dalam 5 hingga 7 minit (mengikut oven masing-masing).
7. Setelah siap dibakar, tunggu sehingga sejuk kemudian simpan dalam balang kedap udara.

* Kalau adunan madu banyak lebihnya, boleh masukkan lagi cornflakes ke dalamnya.
* Topping hiasan boleh letak mengikut kesukaan anda.

Cornflakes Madu

Kalau di rumah Mai, cornflakes madu ini wajib buat raya setiap tahun. Sebabnya semua suka dengan rasanya dan yang paling penting senang sangat nak membuatnya. Hasilnya juga dapat banyak.

Cornflakes Madu

Selamat mencuba ya 😉

RESEPI HOT: Cara Buat Kerepek Popia Cheese Pedas


Biskut Cornflakes Rangup, Sedap dan Wangi

$
0
0

Biskut Raya Sedap dan Mudah


Biskut Cornflakes... salah satu biskut raya kegemaran ni. Rangup dengan cornflakes dan sedap, boleh ketagih dibuatnya. Apabila dibakar dalam oven, fuhhh baunya wangi semerbak satu rumah. Kalau buat dalam bulan Ramadhan, terpaksalah tahan bau yang sedap ini haha.

Biskut Cornflakes Rangup


Sebenarnya mudah saja cara nak buat biskut cornflakes. Pada sesiapa yang ada masa lapang, bolehlah buat biskut ini sendiri kerana lebih jimat dan dapat banyak hasilnya. Selalunya biskut ini tak tahan lama dalam balang, yelah sebab asyik nak makan je kan. Habis cepatlah jawabnya hahaha

Ok.. Jom buat biskut cornflakes sedap ini!

Cara Buat Biskut Cornflakes


Bahan-bahan:

250 gram mentega (Buttercup pun boleh)
180 gram gula kastor
2 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
180 gram cornflakes (diramas kasar)

Bahan ayak:

210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven.
2. Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur kuning dan esen vanila, kacau sebati.
4. Masukkan cornflakes serta bahan ayak. Kaup balikkan adunan.
5. Apabila sudah sebati, rehatkan doh dalam peti sejuk.
6. Ambil sesudu adunan, bulatkan dan letak di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega.
7. Bakar pada suhu 170 ⁰C selama 25 minit (mengikut oven masing-masing) menggunakan apia atas bawah sehingga berwarna keemasan.
8. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

* Boleh letak topping seperti choc chip, hirisan ceri, kismis dan lain-lain atas biskut sebelum dibakar.
* Boleh juga golekkan biskut ke dalam cornflakes yang diramas sedikit sebelum dibakar.

RESEPI HOT: Popia Nestum Rangup dan Sedap



Resepi Biskut Chocolate Chip Mudah dan Sedap

$
0
0

Biskut Raya Sedap dan Mudah Buat


Biskut Chocolate Chip, kalau dah rasa sekeping mesti nak rasa lagi. Ini adalah antara biskut raya yang mudah disediakan. Bukan untuk raya saja, untuk makan hari-hari pun boleh biskut choc chip ini.

biskut choc chip


Biskut choc chip ini juga adalah salah satu biskut yang wajib dibuat ketika musim raya. Cara nak menyediakannya tidaklah rumit. Asalkan ada bahan-bahan yang cukup di rumah, boleh buat dah. Yang penting rasanya sedap dan rangup.

Biskut Choc Chip Sedap


Bahan-bahan:

250 gram mentega (guna Buttercup pun boleh)
220 gram gula perang
3 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
220 gram cip coklat

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175 ⁰C.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
3. Masukkan telur kuning perlahan-lahan kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan garam, tepung dan cip coklat. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
5. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama sejam.
6. Kepalkan doh atau guna sudu, kemudian letak doh di atas dulang pembakar.
7. Bakar selama 175 ⁰C dalam 10-15 minit (mengikut oven masing-masing dan mengikut saiz yang dibentuk).
8. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


Buat biskut ni, kena rajin buat eksperimen suhu. Sebelum letak banyak doh atas dulang pembakar, letak sikit dulu supaya dapat tahu suhu yang sesuai untuk biskut itu masak.

Satu adunan ini boleh tahan banyak hasilnya. Puas hati dapat buat sendiri biskut kegemaran ni. Jangan lupa cuba untuk raya nanti ye 😉


Abam Kie's Birthday Giveaway

$
0
0

Birthday Giveaway


Selamat hari lahir yang ke 46 Abam Kie! Sempena sambutan hari lahir pada 19 Mei 2019 nanti, Abam Kie ingin melancarkan Abam Kie's Birthday Giveaway bermula dari 15 sehingga 30 April 2019. Pada anda yang nak sertai giveaway ini, klik terus banner di bawah ini ya.

Abam Kie's Birthday Giveaway

Ucapan untuk Abam Kie sempena sambutan hari lahirnya:

Selamat menyambut ulangtahun hari kelahiran yang ke 46!
Umur bertambah seiring peningkatan usia. Benar, angka hanya angka tapi ia menjadi ukuran tentang apa yang sudah kita lakukan di dunia ini. Yang mana banyak, baik atau buruk.. masih sempat lagi untuk kita memperbaiki diri untuk mendapat keredhaan-Nya.
Semoga Abam Kie menjadi pendidik dan blogger berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sekian ucapan beberapa kerat daripada manusia biasa untuk Abam Kie ini..


Sedapnya Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong!

$
0
0

Mee Kari Ketam Nipah Sedap di Perak


Hari minggu adalah hari terbaik untuk berkumpul satu keluarga kan. Yelah, semua ada di rumah sebab bercuti. Jadi, rancang punya rancang.. Warung Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong menjadi pilihan. Kami pergi awal bulan April yang lalu. 

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong ini abang Mai yang cadangkan sebab ramai yang kongsi di Facebook, sedap katanya. Tengok gambar-gambar mee ketam nipah yang mereka kongsi pun dah buatkan Mai terliur. Huissshh kena cuba juga ni.

Tak susah mana pun untuk mencari lokasinya. Taip saja Warung Jetty di aplikasi Waze atau Google Map, kemudian ikut saja penunjuk yang diberikan. InsyaAllah sampai.

Tibanya kami di warung itu, terus saja ke meja makan dan bertanya tentang menu di situ. Sudah pastil mee kari ketam nipah menjadi menu istemewa. Mee kari udang juga ada. Yang rare seperti laksa ketam nipah, laksa udang, mee kari kawen dan laksa kawen pun ada. Kawen ni maksudnya ketam campur udang... Nak rasa sup ketam nipah segar juga boleh. Pelbagai jenis minuman juga disediakan.

Kami sekeluarga memesan menu yang sama iaitu mee kari ketam dengan pilihan ketam bersaiz biasa. Kalau nak saiz lebih besar juga ada.

Masa pesanan sampai di meja kami, teruja melihatnya. Besar juga saiz ketamnya. Maka bermulah aktiviti mengetuk ketam untuk mengeluarkan isinya. Nyummmss sedapnya. Banyak isi haaa..

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong
Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong
Isi ketam nipah

Sedap ke Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong ini? Bagi Mai, sedap! Mee kari dimakan dengan ketam nipah, memang ngam. Ketamnya segar dan besar, isinya manis. Puas hati berjalan jauh sampai ke Kuala Trong nak merasa menu istimewa ni.

Masih terbayang kesedapan mee kari ketam sekarang ni. Kena pergi lagilah jawabnya hehe. Kalau anda bercuti di Perak dan nak merasa makan sedap-sedap negeri ini, jangan lupa masukkan warung Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong dalam senarai ya. Selamat mencuba 😉


Filem Avengers: Endgame Terbaik! Cukup Rencah, Cukup Rasa

$
0
0
Peminat siri Avengers pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton siri yang terakhir Avengers: Endgame. Hari pertama tayangan di Malaysia, 24 April semalam dapat sambutan hangat dengarnya.

Mai sendiri sudah pun menonton filem ini di pawagam TGV Aeon Klebang semalam. Hampir penuh satu dewan dengan penonton walaupun weekday. Fuhhh.. hebat betul penangan peminat siri Avengers ini. Filem ini dengan 3 jam durasi, memang menarik dan tidak menghampakan penonton.

Review Avengers Endgame


Cukup rencah, cukup rasa. Ada masa serius, ada masanya kelakar, ada gembira dan sedih. Kali ini banyak juga kelakarnya, terhibur juga dengan lawak tak senagaja mereka. Sikap kerjasama pasukan Avengers ini juga sangat bagus untuk dicontohi. Tiada kerjasama, memang tak jadi kerja. Juga saling membantu, menyangi dan rela berkorban nyawa demi matlamat yang ingin dicapai.

Bagi Mai, jalan ceritanya mudah difahami. Visual filem ini mantap sarat dengan aksi dengan pelbagai kesan khas yang yang berjaya membuatkan penonton teruja dengannya. Idea yang menarik untuk cerita ini.

Semua tahu kan, kali ini hanya tinggal beberapa orang saja baki pasukan Avengers yang masih ada. Ada daripada mereka yang sudah move on, ada yang putus asa dan ada yang ingin meneruskan perjuangan mengembalikan kehidupan yang sepatutnya.

Siapa tak mahu kehidupan yang aman dan bahagia kan? Disebabkan itu baki pasukan Avengers yang ada berusaha untuk membatalkan akta The Mad Titan, Thanos. Infinity Stones diperlukan untuk tujuan itu. Maka bermulalah cerita tentang usaha mereka mendapatkan batu-batu tersebut.

Maka Thanos dicari untuk mendapatkan Infinity Gauntlet dengan batu-batunya. Tapi malangnya, batu-batu tersebut telah musnah kerana Thanos sendiri yang memusnahkannya. Lalu, Thanos dibunuh.

Beberapa tahun kemudian, baki pasukan yang ada berkumpul semula. Klunya, mereka pergi ke masa lalu untuk mendapatkan Infinity Stones. Bukan perkara mudah, pelbagai halangan dan ujian ada ketika pencarian ini. Ada yang berjaya mendapatkannya dan ada yang terkorban tanpa dapat dikembalikan semula pada masa hadapan.

Kebocoran rahsia pasukan Avengers, menyebabkan berlakunya pertempuran besar antara pasukan Thanos yang pergi ke masa depan dengan pasukan Avengers. Agak-agak, siapa yang menang dalam pertempuran ini? Adakah usaha mereka ini berbaloi dan membuahkan hasil? Kalau nak tahu, cepat-cepat tempah tiket untuk tonton di pawagam berdekatan ok. Memang tak rugi.

Untuk lebih memahami cerita Endgame ini, disarankan anda khatamkan dulu siri Avengers dan kenali watak-watak yang sebelum ini.

Tonton trailer Avengers: Endgame...






Comel pula tengok Thor dalam filem ini. heeee 😉




Jag Reward, Kumpul Point dan Tebus Wang Tunai!

$
0
0

Buat duit mudah dengan JAG



Boleh ke buat duit dengan mengumpul point je? Ya boleh, dengan Jag Reward. Senangnya hidup kalau macam tu kan hehe. 

Pada mulanya ada seorang rakan yang invite untuk menyertai Jag Reward. Mendaftar pun dah dapat point. Wow. Tapi Mai agak ragu-ragu juga untuk sertainya. Apa lagi, Mai pun carilah maklumat tentang Jag Reward di Instagram dan Facebook.

Jag Reward

Banyak bukti yang berjaya rupanya. Ramai yang menyertai Jag Reward sudah dapat ganjarannya. Yang paling menarik sudah tentu wang tunai. Bukan itu saja, pelbagai baucar dan diskaun juga kita boleh tebus dengan point terkumpul. Bestnya!

Ini bukti yang Mai sendiri dapat daripada Jag Reward... Bukan nak menunjuk ye, tapi nak ajak anda untuk turut serta Jag Reward yang best ni. Alhamdulillah, cepat masuk dalam akaun bank. Hari ini request withdrawal, esoknya dah ada dalam akaun (mengikut bank juga).

cara daftar Jag Reward

Kalau anda taknak tebus point dengan wang tunai, anda boleh tebus untuk pelbagai baucar yang disediakan di Jag Reward. Antaranya, KFC, Baskin Robbin, Nando's, Sushi King, Zalora, tiket wayang TGV, reload telco dan banyak lagi.

Jadi, cepat-cepat Mai sertainya sebab nak juga merasa apa yang orang lain dah dapat kan 😊 Pendaftaran percuma je tau. Yang menariknya lagi, anda akan dapat RM50 apabila mendaftar. Kalau anda pula berjaya refer seorang rakan untuk sertai Jag, anda akan dapat RM150 apabila rakan anda itu dah dapat 7500 point nanti. Best kan?

Mudah je cara untuk mendaftar Jag Reward ini. Ikuti langkah-langkah di bawah ini:
  1. Klik link ini Jag Maisarah. Masukkan username sarahcdsemasa mendaftar. (Wajib masukkan username untuk dapat point)
  2. Isikan maklumat yang diperlukan
  3. Anda akan dapat RM50 (5000 point) bila dah dapat 7500 point hasil daripada selesaikan task mudah di Jag Reward
  4. Anda juga boleh refer rakan untuk menyertai Jag dan anda bakal dapat RM150 (15000 point) bila rakan anda sudah capai 7500 point
* Anda boleh download aplikasi Jag Reward di Google Play dan Apple App Store untuk lagi mudah.

Tak susah mana pun task yang kita kena buat untuk dapatkan point. Tonton dan kongsi video, peraduan pelbagai kempen di Facebook atau Instagram, ada yang perlukan kita untuk ambil gambar dan lain-lain lagi. Task yang disediakan diletakkan bersama point nya. Lagi rumit sesebuah task, lagi tinggi point yang akan diberikan.

Ini antara contoh task yang ada...

cara daftar Jag Reward

Nak tengok task yang lain, boleh ke laman Jag Reward atau masuk ke aplikasinya.


Macam mana, syok ke tak? Nak tau syok atau tidak, daftar Jag Reward cepat-cepat, join task yang ada dalam tu untuk kumpul point. Dah cukup syarat untuk tebus, bolehlah tebus wang tunai atau baucar. Barulah rasa syoknya 😉

Boleh juga buat duit sampingan kan...


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live