Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Embah Jid Mahu Naikkan Semula Irama Malaysia

$
0
0

Usaha Menaikkan Semula Irama Malaysia oleh Embah Jid


Apabila bercakap tentang irama Malaysia atau etnik kreatif, teringat dengan dua penyanyi terkenal iaitu Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza yang gemar mengalunkan lagu bergenre begini. Tarian dengan lagu Cindai, Dikir Puteri dan pelbagai lagu yang lain sering menjadi pilihan dalam pelbagai acara.

zapin lenga, teracap inai
Embah Jid dan pasukan tariannya


Pada zaman yang semakin ke hadapan ini, pelbagai genre lagu wujud. Pop, balada, blues, rapper dan lain-lain lagi mula menjadi pilihan pendengar generasi kini. Ya, tidak salah untuk menyukai lagu-lagu sebegitu tetapi bagaimana dengan irama Malaysia yang kian pudar pada masa kini? Masih adakah penyambung legasi irama Malaysia?

Embah Jid dan Seni Muzik


Maka, disebabkan itulah Encik Majid bin Rawino atau lebih dikenali sebagai Embah Jid mahu meneruskan dan menaikkan irama Malaysia.

Embah Jid
Embah Jid

Beliau merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Beliau dikenali dengan panggilan mesra TOK JID oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar Embah Jid.

Embah Jid
Embah Jid bersama keluarga


Gelaran Embah Jid


**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah Melayu 'Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru'.


Profil Embah Jid

Jom kenali serba sedikit tentang Embah Jid. Beliau adalah...

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga
- Penerus Zapin Lenga dan Teracap Inai
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, Kuala Lumpur
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014

Kagum dengan semangat beliau yang masih aktif dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu iaitu Joget Kuasa Cinta.

zapin lenga, teracap inai
Ketika bengkel Zapin Lenga dan Teracap Inai


Lagu Joget Kuasa Cinta Taruhan Embah Jid dalam Irama Malaysia

Lagu Joget Kuasa Cinta ciptaan Brojam ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" di mana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau mempertaruhkan lagu berunsurkan joget kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperti tawaf mengelilingi Kaabah.

Embah Jid, zapin lenga

Seronok apabila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya lebih menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.

Untuk mengenali Embah Jid dengan lebih dekat, anda boleh ke Facebook dan juga Instagram beliau.
Facebook: https://www.facebook.com/dijame.emajid
Instagram: https://www.instagram.com/dijameemajid/

 

Dapat Hadiah Selesema dan Batuk Akibat Jerebu

$
0
0

Jerebu di Malaysia


Kini jerebu sedang melanda Malaysia. Beberapa kawasan sudah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Taburan hujan pula kurang pada waktu ini yang membuatkan keadaan jerebu di sesuatu tempat semakin menjadi-jadi.

Hari ini terasa sangat bau seperti asap. Pagi tadi lagi pekat baunya. Sampai pening dibuatnya. Nampak kelabu jugalah keadaan sekeliling. Walaupun tempat Mai tidak dikategorikan sebagai kawasan tidak sihat, tetapi masih terasa jerebunya.

jerebu, jerebu di Malaysia


Akibat jerebu, datang penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti selesema dan batuk. Mai kena selesema dan batuk bermula dari minggu lepas lagi. Mula-mula batuk sedikit, kemudian makin kuat pula.

HOT: Doa Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit

Apabila batuk mula berkurang, selesema pula datang sampai hidung pun tersumbat. Bagilah makanan paling sedap waktu terkena ini, tetap tiada rasa. Kesian kan.

Menurut media tempatan, jerebu ini datangnya daripada kebakaran besar yang berlaku di negara jiran. Nak tak nak, kita memang kena jaga kesihatan dan keselematan dalam keadaan berjerebu ini, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah. 

Jangan lupa pakai mask serta bawa bekal air masak ke mana saja ye.


Jerebu? Jom Semak Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

$
0
0
Jerebu... jangan dibuat main ya. Kita kena peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat mengelakkan sesuatu yang tak diingini berlaku seperti mendapat sakit atau sebagainya. Ketika ini Indeks Pencemaran Udara (IPU) penting untuk kita ambil tahu. Jadi laman web Air Pollutant Index of Malaysia atau singkatannya APIMS menjadi rujukan utama.

cara semak bacaan IPU


Di laman web APIMS, kita boleh mengetahui bacaan IPU kawasan masing-masing. Jika ada tersenarai, mungkin IPU agak tinggi daripada kebiasaannya. Maka ia sedang dipantau oleh pihak sepatutnya.

Terdapat beberapa warna yang menjadi penunjuk IPU seperti yang ada di laman tersebut, bacaan normal kepada bahaya. Daripada bacaan IPU tersebut kita boleh amalkan langkah berjaga-jaga ketika jerebu.

Untuk mengetahui bacaan IPU dengan lebih lanjut, boleh klik API Table [Hourly]. Bacaan yang dipaparkan adalah setiap jam.

cara semak bacaan IPU


API Table

cara semak bacaan IPU


Nasihat Semasa Jerebu


Antara nasihat semasa jerebu daripada APIMS yang boleh kita amalkan:

  1. Dilarang melakukan pembakaran terbuka.
  2. Padamkan kebakaran kecil atau laporkan ke talian 999.
  3. Dapatkan rawatan di hospital/klinik (pesakit asthma, sakit mata, batuk, selesema dan sakit jantung? jika bertambah buruk.
  4. Gunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di luar sepanjang masa.
  5. Sejauh yang boleh, tinggal di dalam rumah/bangunan dan elakkan berada di luar.
  6. Kurangkan aktiviti luar/riadah/bersukan yang agresif.
  7. Minum banyak air.
  8. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan bekurangan.


Apa pun ketika jerebu, amalkan langkah berjaga-jaga. Kesihatan dan keselamatan perlu diutamakan.


Blog Bermasalah? Cuba Periksa Malware dalam Blog

$
0
0

Cara Check Malware dalam Blog


Periksa malware dalam blog | Blog adalah salah satu platform untuk berkongsi pelbagai maklumat. Apabila membuat carian sesuatu kata kunci di pelayar Google, blog kerap muncul di halaman pertama carian. Itulah kuasa blog kan.

Tapi kadang-kadang bila dah dapat apa yang dicari dan mahu klik sesuatu link blog, keluar pula amaran yang mengatakan blog itu terdapat malware. Ada juga yang tidak muncul amaran, tetapi keluar iklan yang tidak sepatutnya, link blog redirect ke laman lain yang tak munasabah, muncul pop up pelik. Mungkin 'terselit' dalam kod template blog atau widget yang digunakan dalam blog. Risau juga jika apa-apa data kita diambil dalam diam.

check malware dalam blog

Kesian kepada pembaca yang nak mencari maklumat kan? Maka, blogger kena ambil langkah untuk bersihkan blog supaya selamat untuk dilayari. Salah satu caranya adalah dengan memeriksa malware dalam blog.

Untuk periksa malware, Mai akan ke laman web Sucuri SiteCheck. Mudah sangat caranya. Hanya masukkan URL blog dalam kotak yang disediakan. Pengimbas Sucuri SiteCheck akan memeriksa blog atau laman web untuk malware yang diketahui, virus, status senarai hitam, kesilapan tapak web, out-of-date software dan kod berniat jahat (malicious code).

Sucuri SiteCheck
Sucuri SiteCheck

Selepas blog selesai diimbas oleh Sucuri SiteCheck, jika muncul warna hijau, blog dalam berkeadaan baik.

check malware dalam blog

Jika muncul warna merah, blog telah diberi amaran kerana terdapat malware. Maka tindakan segera perlu diambil terhadap blog seperti membuang kod yang bermasalah dan sebagainya.

check malware dalam blog

Untuk mengetahui bahagian dalam blog yang bermasalah, klik pada More Details (rujuk gambar di atas). Ia akan menunjukkan kod dalam blog yang patut dibuang.

Senang je kan? Kalau blog bermasalah, jom periksa blog kot-kot ada benda yang tak sepatutnya 'melekat' dalam blog.


Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

$
0
0

Ayam Masak Merah Sedap


Sedapnya makan nasi panas dengan ayam masak merah. Boleh bertambah makan dibuatnya hehe. Menu ayam ini menjadi salah satu kegemaran Mai.

Yang penting cara menyediakan ayam masak merah adalah mudah. Asal ada bahan asas seperti bawang besar, bawang putih, halia, sos dan buah tomato.. jadilah ia. Kalau Mai, masak je guna apa saja bahan yang ada di rumah.

ayam masak merah


Cara memasak setiap orang berlainan kan. Ada yang suka guna banyak bahan untuk lebih rasa sedapnya. Resepi yang Mai kongsikan ini mudah je. 'Campak-campak' bahan dan siap hehe. Yang nak belajar masak tu, elok sangat cuba resepi senang ini.


Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:

7 ketul ayam - atau mengikut kuantiti yang anda ingin masak
2 sudu besar cili kisar - boleh tambah lagi mengikut kepedasan masing-masing
1 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Sebiji tomato - dilenyek
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula merah secukup rasa
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
Sedikit daun ketumbar - digaul
Air secukupnya untuk kuah

Cara menyediakannya:

1. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan setelah siap.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk sehingga harum.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan tomato yang dilenyek. Kacau rata dan masukkan air secukupnya.
5. Masukkan ayam dan gaulkan.
6. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat (ring), gaul sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan sedikit daun ketumbar, gaul manja.
7. Siap dihidangkan.

* Kalau suka, and boleh tumis dengan rempah 4 sekawan.
* Kalau tak suka daun ketumbar, tidak perlu letak. Boleh gantikan dengan daun sup atau tak payah letak apa-apa.

Resepi sedap yang lain: Resepi Sup Sayur Campur Sihat dan Mudah


ayam masak merah

Senang je kan? Bolehlah makan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, roti atau paling senang ratah je haha. Selamat mencuba ;)


Same Day Flower Delivery: Why Send Lovely Bouquets Today | Little Flower Hut

$
0
0

Flower Delivery by Little Flower Hut Florist


It does not require special occasions or events in sending a beautiful and lovely bouquet of flowers to express your thoughts or feelings. You can always send Flower Delivery of lovely bouquets today through the Little Flower Hut Florist at prices within your budget. In sending fresh and wonderful flowers, here are some of the reasons why you should send on today to the person who means so much to you with or without occasions:

Little Flower Hut Florist


· Send Flowers for Greetings

If someone you know is celebrating a special day today, you have nothing but the best in same day flower delivery. A bouquet of fresh flowers will surely say your heartfelt greetings to the celebrant. When you send flowers for greetings, trust the florist for the prompt and on time delivery of birthday flowers or other designs of flowers on special occasions.

· Send Flowers to Convey Your Thoughtful Message

Whether romantic, friendly, or family relationship, you can always send flowers to convey your thoughtful message to someone today. Flowers delivered within the day are sure to brighten up someone’s day. No matter what the occasion is, or for no occasion at all, the gift of flowers convey special messages of love and thoughtfulness.

flower bouquet


· Send Flowers to Cheer Up a Friend

A hand bouquet arranged beautifully and delivered within the day will surely cheer up a special person. You can make someone’s day bright and happy because of these flowers.

· Send Flowers to Thank Someone Today

If you want to thank someone for helping you in a difficult task, or for reaching out to you when you are down, you can always send lovely bouquets of fresh flowers today. There are plenty of designs to choose from at the flower shop for this purpose. The flowers will make the message clear and meaningful.

· Send Flowers to Say Sorry

If you want to say sorry for doing something bad or for failing someone, you always have the best choice of gifts to say sorry in same day flower delivery. The flowers are expressive of the thoughts and sentiments you want to say, and to do that properly, let your florist point you to the best bouquet.

When you want to say something through flowers, rest assured that the Flower Delivery delivered on the same day is your best choice. All flowers and bouquets are crafted by professional florists, making your expression of sentiments and thoughts unique and wonderful.


Sarapan Pagi yang Sihat Bantu Kurangkan Berat Badan

$
0
0

Cara Berkesan Kurangkan Berat Badan


Rasanya rata-rata ramai yang sudah tahu dengan kepentingan sarapan pagi bukan? Ruginya jika langkau waktu makan yang penting ini. Bagi Mai, setiap pagi sarapan wajib diambil. Kalau tak ambil, memang lain rasanya.

sarapan pagi sihat
Gambar Freepik

Mengambil sarapan pagi adalah salah satu langkah hidup sihat. Sarapan pagi ini membekalkan tenaga untuk memulakan hari yang penuh cabaran. Apabila dapat tenaga yang secukupnya, barulah otak dan badan menjadi cergas. Aura positif dan mood baik pun datang pada kita. Orang tengok muka kita pun turut rasa tempias auranya. Maka, kerja seharian pun dapat dilaksanakan dengan lancar.

Yang paling Mai suka tentang pengambilan sarapan pagi adalah ia tidak membuatkan kita rasa lapar dan tidak memerlukan kita untuk makan berulang kali. Kalau ambil sarapan dengan portion yang betul dan cukup nutrisi dalam satu pinggan, InsyaAllah akan rasa kenyang yang lama. Tunggu makan tengah hari je nanti. Dapat elak untuk mengidam makan makanan tak sihat seperti jajan, keropok dan sebagainya.

Nak ambil makanan yang macam mana untuk sarapan pagi? Senang cerita, ambil je ikut portion suku-suku separuh. Suku karbohidrat, suku protein dan separuh buah-buahan dalam satu pinggan. Pinggan pula, jangan guna yang terlalu besar. Guna saiz yang biasa je. Sebaiknya pilih menu sihat berbanding masakan yang menggunakan kaedah menggoreng, berlemak dan manis.

ayam masak merah
Sedapkan ayam masak merah ni? Jangan terlebih ambil ye hehe

Menu sarapan sihat yang paling mudah dan murah, roti telur goyang. Ambil dua keping roti wholemeal, sebiji telur ayam separuh masak serta buah kegemaran anda. Minumannya pula boleh pilih susu, teh O tanpa gula atau paling senang air masak. Waktu terbaik untuk ambil sarapan bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Kalau rasa lapar dalam tempoh selepas ambil sarapan ke waktu makan tengah hari, boleh ambil snek dalam jam 10.30 hingga 11.00 pagi dengan makan tiga keping biskut krim kraker atau roti wholemeal dengan teh O tanpa gula atau segelas susu.

menu sarapan pagi sihat
Roti telur goyang nyumsss

Teringat pula proses Mai mengurangkan berat badan sebelum ini. Menu inilah yang Mai ambil untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kadang-kadang roti ditukar dengan segenggam nasi. Telur juga ditukar dengan ayam atau ikan dengan mempelbagaikan cara masakan sihat. Tiada pun rasa jemu atau rasa nak muntah heee. Alhamdulillah memang menjadi, seronok apabila BMI dah normal sekarang ini.

Kenapa ambil roti wholemeal? Glysemic Index (G1) roti jenis ini adalah lebih rendah berbanding roti putih. Roti ini juga mengenyangkan. Kalau tak percaya, boleh cuba ya hehe. Salah satu contoh jenama roti yang wholemeal adalah Gardenia, pilih plastik hijau. Plastik ungu pun boleh juga.

Kalau anda jenis yang tak biasa ambil sarapan pagi, cuba juga untuk ambilnya. Banyak kebaikan untuk kesihatan diri ya. Jangan beri alasan dengan berkata tidak sempat menyediakannya.

Untuk dapat lebih maklumat tentang cara pemakanan seimbang dan sihat, anda boleh muat turun Kuliah 13: Diabetes (Pengawalan Pemakanan untuk Pesakit Diabetes).

diet pesakit diabetis

Selain pesakit diabetes, diet ini boleh je yang normal amalkan. Mai tahu kuliah ini pun sebab salah seorang ahli keluarga Mai ada diabetes. Jururawat minta untuk muat turunnya supaya senang untuk buat rujukan. Memang bagus untuk kita amalkan.

Sementara masih merasa nikmat sihat, jaga kesihatan sebaiknya. Jangan salahkan perkara lain kalau diri sendiri yang mengabaikan makan minum yang sihat dan malas bersenam. Jika kesihatan terjaga, hidup pun jadi lebih ceria dengan orang sekeliling.



Puas Hati Makan KFC Zinger Double Down!

$
0
0

KFC Zinger Double Down Sedap


KFC Zinger Double Down... Mai baru pertama kali mencubanya pada minggu lepas. Sebelum mencuba sesuatu menu di KFC, Mai suka baca komen mereka yang sudah merasainya di Instagram. Kalau dah influencer makanan yang dikenali ramai pun beri komen positif pada menu ni, apa lagi... Mai pun cubalah.

KFC Zinger Double Down


Selalu lalu depan restoran KFC di Kuala Kangsar, tahan nafsu je lah bila tengok banner iklan menu ini. Tapi bila asyik teringat, tak boleh jadi ni. Kena cuba jugalah jawabnya hehe. Sekali sekala mencuba, apa salahnya kan. Nanti bakar balik kalori. Tapi apabila dah cuba sekali, rasa nak cuba lagi dan lagi pula haha..

Mai memang suka cuba menu baru di KFC. Menu yang ini sudah pernah keluar sebelum ini. Disebabkan mendapat permintaan ramai daripada penggemarnya, maka ia muncul kembali. Menu ini kali pertama Mai cuba.

KFC Zinger Double Down
Set Zinger Double Down Box Meal bersama minuman sekali

Mai memilih set Zinger Double Down Box Meal berharga RM19.90 bersama minuman. Order set ini sebab pada mulanya ingatkan Zinger Double Down bersaiz kecil, bila dapat.. boleh tahan besar saiznya. Lebih kurang besar tangan tau. Fuhhh.. memang kenyang. Akhirnya, seketul ayam goreng tu simpan untuk makan esok je hihi.

KFC Zinger Double Down
Fuh.. boleh tahan besar saiznya

Macam yang diperkatakan dalam iklan... meat on meat on meat. Chicken strip di tengah-tengah dengan mayonis, sekeping keju cheddar dan sos keju.. diapit pula dengan dua zinger fillet. Perghhh sedap! Siapa yang tidak gemar sayur dalam burger, ini adalah pilihan terbaik anda. Bagi anda yang suka sayur, boleh tambah sendiri sayur dari rumah. Jangan merungut tiada sayur sebab dah diberitahu awal ye hehehe.

KFC Zinger Double Down
Bahagian dalam

Mai suka dengan Zinger fillet, lembut je apabila digigit. Bertambah sedap dengan salutannya yang rangup. Chicken strip pun sedap. Secukup rasa dengan kepingan keju cheddar dan sos keju. Mai tambah sos cili Life ditengahnya untuk menyedapkan lagi rasanya.

Secara keseluruhannya, Mai sangat berpuas hati dengan KFC Zinger Double Down ini. Kenyang, sedap dan boleh dikatakan berbaloi dengan harganya. Kena ulang makan lagilah kalau macam ni hehehe.

KFC Zinger Double Down

Apa yang disampaikan ini adalah pengalaman Mai sendiri. Citarasa setiap orang mungkin berbeza. Ada yang suka, ada yang kurang suka. Apa pun Mai sangat suka menu ini 😁

Lapar pula tengok gambar-gambar tu.. huhuhu




Resepi Puding Kastard Lapis Oreo

$
0
0

Puding Kastard Mudah


Selamat sejahtera semua! Beberapa hari lepas, siap buat Puding Kastard Lapis Oreo. Nampak tepung kastard di kabinet dapur masih banyak, maka terhasillah puding ini. Sedap juga rasanya bila diletakkan biskut Oreo pada permukaan paling atas lapisan kastard. Nyummss

Puding kastard lapis Oreo


Mai sendiri menyukai puding kastard kerana teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, terasa kelembutan dan kesedapan puding ini. Cara untuk menyediakan puding ini juga mudah. Jom buat puding kastard lapis Oreo!

Resepi Puding Kastard Lapis Oreo 


Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
4 cawan air
2 cawan gula (boleh dikurangkan, ikut tahap kemanisan masing-masing)
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko dibancuh dengan 2 sudu makan air panas
1 paket panjang biskut Oreo (atau biskut seakan Oreo 😁 juga boleh)

Cara membuatnya:

1. Bancuhkan susu cair dengan tepung kastard, kemudian tapiskan. Ketepikan seketika.
2. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Kacau dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan kastard ke dalam agar-agar yang telah dimasak tadi.
4. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Untuk warna asal dan warna coklat. Untuk warna coklat, masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam satu bahagian, kacau dan masakkan sehingga pekat.
5. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan. Biarkan keras seketika.
6. Lapiskan adunan kuning (kastard sahaja) ke atas adunan coklat tadi.
7. Susun biskut Oreo di atas lapisan kastard, tekan sedikit.
8. Sejukkan sebentar pada suhu bilik kemudian simpan di dalam peti sejuk.


MasyaAllah... sedapnya! 
Resepi dah ada. Ate.. moh le kite buat hehe. Selamat mencuba.


Musim Buah-buahan Kayu yang Menyeronokkan!

$
0
0

Musim buah durian, manggis dan rambutan


Alhamdulillah, sekarang ini musim durian, manggis dan rambutan sedang hangat. Orang panggil buah kayu sebab pokoknya kayu. Musim buah-buahan kayu yang sering menjadi perhatian sesiapa saja. Sedapnya semua buah tu!

Durian, manggis dan rambutan.. semua buah-buahan ini kegemaran Mai. Memang seronoklah bila tiba musim buah kayu ini. Terutamanya durian. Orang kampung boleh jadi 'jutawan segera' bila tiba musim buah ini. Abah Mai juga tidak terkecuali. Alhamdulillah sangat.

Seronok lihat orang kampung membawa raga yang penuh dengan buah durian. Ada yang menjual terus kepada pelanggan, ada juga yang menjual kepada peraih. Seterusnya buah durian Perak ini dihantar ke negeri-negeri lain pula. Orang kata durian Perak ni sedap, betul ke? Ehehehe

durian Perak
Hasil dari pokok durian tepi rumah

Buah yang paling Mai suka antara durian, manggis dan rambutan.. manggis sudah semestinya menjadi pilihan. Sekilo pun mampu hadap sorang-sorang je haha. Suka sangat dengan rasa masam manisnya, isi lembut... alahaiii sedapnya!

manggis
Buah kegemaran!

Syukur.. tahun ini beberapa batang pokok manggis yang ada di kebun tepi rumah mengeluarkan hasil yang banyak. Dapat juga merasa manggis di kebun sendiri tanpa perlu dibeli. Buah manggis ini juga mendapat permintaan daripada pelanggan yang membeli durian di rumah.

Bukan durian dan manggis je boleh buat duit, rambutan juga sama. Tahun ini, buah rambutan masak dalam musim durian. Buah ini juga menjadi perhatian pelanggan yang datang membeli durian. Tertarik dengan warnanya, terus je cakap nak beli. Rasanya juga manis dan isinya lekang kalau elok orang kata. MasyaAllah.. banyaknya rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah. Masing-masing mencari peluang untuk menambah pendapatan sampaingan waktu ini.

rambutan
Isi rangup ni...

Yang berada di bandar juga tak lepaskan peluang ini. Ada yang pulang ke kampung sebab nak cari buah-buahan segar dengan harga yang amat berpatutan. Dapat juga berkumpul satu keluarga kan..

Musim ketiga-tiga jenis buah ini memang menyeronokkan. Macam-macam ragam ada heeee.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
Ar-Rahman:13


Popia Goreng Inti Daging dan Sayur yang Menyelerakan

$
0
0

Resepi Popia Goreng Sedap


Popia goreng inti penuh memang menjadi kegemaran. Bila membeli di luar, kadang-kadang kecewa dengan intinya yang sikit. Ada pula yang kulitnya keras sangat. Hilang mood nak makan. Daripada selalu kecewa dengan masalah ni, lebih baik buat sendiri kan. Nak letak macam-macam jenis inti, banyak mana pun boleh. Kali ini Mai buat Popia Goreng Inti Daging dan Sayur.

resepi popia goreng sedap
Popia Goreng Inti Daging dan Sayur

Dagingnya Mai guna daging burger je. Lebihan yang ada dalam peti ais. Nak guna daging segar pun boleh. Lagi sedap jadinya. Resepi ini mudah disediakan dan hanya mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. Sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang, berbuka puasa, bersahur atau bila-bila sahaja yang anda suka.

Sekali buat akan dapat banyak. Jangan risau,boleh disimpan dalam peti sejuk. Kalau rasa nak makan, goreng je. Mudah kan? Jom cuba resepi Popia Goreng Inti Daging dan Sayur yang menyelerakan ini.

Popia Goreng Inti Daging dan Sayur


Bahan-bahan inti:

1 cawan kubis bulat yang dihiris halus
1 batang lobak merah dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 atau 3 keping daging burger dihiris halus
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:

Kulit popia (beli je satu plastik tu)
Tepung gandum dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat (boleh gantikan tepung dengan sebiji telur dipukul manja)
Sos cili untuk cicah dengan popia yang dah siap digoreng

Cara membuatnya:

1. Inti popia

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, goreng daging burger seketika dan ketepikan. 

Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum dan layu. Masukkan daging burger yang telah digoreng tadi, hirisan lobak merah dan kobis. Kacau dan masak hingga layu, tambahkan sedikit garam, gaul rata dan matikan api. Biarkan inti sejuk seketika.

2. Cara gulung popia goreng

Ambil sekeping kulit popia, sudukan inti (sedikit sahaja, cukup untuk gulung, kalau banyak inti boleh pecah kulit popia), gulung kulit popia seperti gambar di bawah

cara gulung popia goreng

Sapu bancuhan telur pada lipatan kiri dan kanan kulit popia yang terbuka. Kemudian gulung sampai habis dan kemaskan. Sapu bancuhan telur pada hujung kulit popia. Ulangi langkah yang sama untuk baki kulit popia dan inti.

Apabila sudah siap gulung semuanya, bolehlah digoreng. Goreng dalam minyak penuh supaya dapat masuk lebih kurang 5-6 biji popia dalam kuali besar.

Dah siap goreng? Bolehlah cicah popia goreng ini dengan sos cili atau dimakan begitu saja.

*Tips: 
  • Kulit popia senang mengeras apabila terdedah. Ambil kain bersih, basahkan kain tu dan letak di atas lapisan-lapisan kulit popia.
  • Boleh letak hirisan keju cheddar dalam popia sebelum digulung, lagi sedap nanti.
  • Daging burger boleh digantikan dengan apa saja yang dirasakan sesuai mengikut selera anda.
  • Kalau dapat banyak popia dengan kuantiti resepi ini, simpan je dalam peti sejuk. Boleh goreng bila-bila masa anda suka nanti.

Senang je kan? Jom cuba resepi mudah ni.


Air Fryer Toros Pro Chef Memudahkan Aktiviti Memasak

$
0
0

Air Fryer Toros Pro Chef Mudah Guna


“You are what you eat”. Kita adalah apa yang kita makan. Kalau nak sihat, kenalah pilih makanan yang sihat untuk tubuh dan minda yang sihat bukan? Sebab itulah Air Fryer Toros Pro Chef menjadi pilihan Mai. Yang penting, aktiviti memasak juga jadi lebih mudah dengannya.

Air Fryer Toros Pro Chef
Air Fryer Toros Pro Chef

Siapa yang tak suka dengan makanan bergoreng kan? Kebanyakan makanan bergoreng sedap rasanya. Mai sendiri peminat ayam goreng segera, pizza segera dan lain-lagi makanan bergoreng yang kalorinya tinggi.

Seperti yang kita tahu, kalori dalam makanan bergoreng adalah lebih tinggi daripada yang direbus atau dibakar. Alaaaa tapi.. makanan bergoreng sedap rasanya. Cara yang bagus untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan air fryer. Goreng tanpa menggunakan minyak atau guna minyak dalam jumlah yang sangat sikit.

Cari punya cari, akhirnya jumpa dengan air fryer Toros Pro Chef keluaran Buffalo yang terkenal dengan peralatan memasaknya. Jatuh cinta pandang pertama dengan air fryer ni. Rupanya yang bulat dan unik dengan fungsi tersendiri, macam-macam jenis cara masakanseperti goreng, bakar, grill, kacau goreng dan panggang boleh dibuat menggunakannya.

Air Fryer Toros Pro Chef
Bahagian dalam air fryer Toros Pro Chef

Nak goreng ayam, ikan, daging, sayur, buat pizza, biskut, roti bakar, tart telur, popcorn, kek... guna je air fryer ni. Nak buat nasi goreng,mi goreng dan masakan bertumis juga boleh. Boleh je menumis dalam air fryer ini ye.

Mai suka sangat dengan air fryer Toros Pro Chef. Hasil gorengannya sekata kerana ia boleh dicondongkan ke kiri atau kanan untuk menggoreng dan berlaku putaran bahan masakan di dalam ruangan menggoreng (pot). Ia dilengkapi dengan fungsi auto berputar yang membantu penyebaran haba supaya sekata.

Ia adalah teknologi pemanasan berputar 360. Teknologi pemanasan turbo yang unik ini adalah untuk menjana udara yang dipanaskan dengan cepat untuk memasak makanan dengan sedikit minyak atau tiada. Keunikan pot yang berputar dalam keadaan condong ini, membuatkan makanan dimasak sekata sama seperti menggoreng cara biasa.

Yang menariknya lagi, pot yang disediakan juga luas, Jadi, boleh masukkan banyak bahan dalam satu masa. Pot diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak membuatkan makanan melekat padanya serta mudah dicuci.

Air Fryer Toros Pro Chef
Pot

Selain itu, cara untuk menggunakannya juga sangat mudah. Hanya masukkan makanan ke dalamnya, pasang plug, tekan Start pada control panel, tekan menu untuk pilih kaedah memasak, laraskan suhu dan masa kemudian tunggu masakan untuk siap. Dah boleh makan.. Senang kan?

Toros Pro Chef
Control Panel

Air fryer ini dilengkapi dengan aksesori utama seperti pemegang yang digunakan untuk mengangkat pot dan low rack untuk membakar atau memanggang. Aksesori tambahan juga dibekalkan seperti penyepit, untuk mengangkat makanan atau pinggan keluar atau masuk ke dalam pot memasak. Lagi satu, penapis yang perlu dipasang pelindung pemanas bagi mengelakkan pengumpulan gris dalam pemanas berpunca daripada masakan berlemak.

Cubaan pertama Mai menggunakan air fryer ini dengan menggoreng kentang. Mula-mula nak guna mestilah yang mudah kan hehe. Isi dalamnya juga masak sekata.

goreng kentang air fryer

Untuk kentang goreng, pilih mode memasak ‘Fry’ dengan suhu 240°C. Masanya Mai set 10 minit sahaja. Hasilnya memang cantik, lembut dan masak isinya. Di bawah ini adalah cara-cara Mai menggunakan Air Fryer Toros Pro Chef untuk menggoreng kentang.


Mai juga masak sayur campur goreng sos tiram menggunakan mode ‘Stir-fry’. Masa dan suhu yang telah diset mengikut mode ini adalah 240°C dan 15 minit. Anda boleh je kurang atau tambahkan masa mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak sayur rasa rangupnya, boleh kurangkan masa. Mai set 10 minit saja. Di bawah ini pula adalah cara memasaknya... 

Sayur campur goreng sos tiram guna air fryer Toros Pro Chef

Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih dan halia dan tutupkan penutup dan condongkan ke kanan. Bila dah berbau wangi, betulkan semula kepada kedudukan biasa (menegak), buka penutup dan masukkan sayur campur yang telah digaul dengan sos tiram. Semasa penutup dibuka, automatik pemanasan berhenti. Ia akan bermula sebaik saja penutup ditutup semula. Condongkan semula mesin tersebut dan biarkan sehingga masak mengikut masa yang telah ditetapkan sehingga berbunyi.


Ketika condong, jangan buka penutupnya. Buka setelah ia ditegakkan.

Dengan adanya penutup yang lutsinar, kita boleh pantau masakan yang berada di dalam mesin tersebut.

Selain itu, Kek Marble juga Mai buat menggunakan air fryer ini. Senang sangat. Pilih mode ‘Bake’, letak low rack di dalam pot. Kemudian letakkan loyang berisi adunan kek di atas low rack dan tutup penutup. Biarkan dalam keadaan biasa (menegak) dan tekan Start. Kalau nak periksa kek sama ada dah masak atau belum, boleh je buka penutup dan cucuk kek tersebut.

Nah.. cantik kejadian kek marble ini.

Kek marble guna air fryer. Sedap!

Tiada ketuhar untuk membuat kek atau biskut? Guna air fryer pun boleh 😉 Kalau tiba-tiba dapur kehabisan gas, air fryer Toros Pro Chef menjadi penyelamat keadaan. Guna ini pun boleh siap pelbagai makanan.

Beli Air Fryer Toros Pro Chef


Macam mana, teringin nak guna air fryer ni? hehe. Jangan risau, anda boleh membuat pembelian di Shopee ye, siap ada diskaun lagi untuk anda tau..

Beli di Shopee: http://bit.ly/TorosBlogger
Kod diskaun: BUFFTOROS

Harga biasa: RM 799
Selepas guna kod diskaun 40%: RM 479 ( Sehingga 15th September 2019)


Wah.. harga yang sangat berpatutan tu! Bila nak dapat lagi kan. Jangan terlepas peluang ini ya.

Memang seronok dapat guna air fryer Toros Pro Chef ini! Jom sihat dengan mengambil makanan sihat! Mulai sekarang bolehlah kurangkan makanan bergoreng yang tinggi kalori. Tapi kalau dah suka, goreng je tanpa minyak menggunakan Toros Pro Chef.. lagi bagus.


Kek Marble Tanpa Telur Guna Air Fryer

$
0
0

Resepi Kek Marble Guna Air Fryer Toros Pro Chef


Sedapnya kek marble... Gebu dan harum baunya. Dijamah pula dengan teh atau kopi panas. Memang sedap. Sebenarnya baru pertama kali Mai buat kek marble ini. Guna air fryer Toros Pro Chef je. Disebabkan terasa nak makan, terus cari resepi paling mudah di internet.

kek marble bakar
Ini hasilnya.. Kek Marble Tanpa Telur

Setelah buat carian di Google, maka dapatlah satu resepi kek marble tanpa telur. Guna bahan-bahan yang sedia ada di dapur je. Resepi kek ini sesuai bagi sesiapa yang mengalami alahan dengan telur. Walaupun tanpa telur, hasilnya tetap sedap, cantik, gebu dan wangi. Makan pada hari esoknya pun kek tetap sedap, lagi lembut.

Jom buat kek marble!

Kek Marble Tanpa Telur

Resepi asal daripada blog Fiza's Cooking
Diolah sedikit oleh Mai.

Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
225gm gula kastor (kurangkan jika tidak suka manis)
3 sudu besar susu tepung
100gm mentega di cairkan (Mai guna Buttercup)
1 sudu teh pes pandan (Mai guna 1 sudu besar serbuk coklat dicairkan dengan sedikit air atau pes pilihan anda)
150ml air
1 sudu teh baking soda

Cara memasak:

1. Cairkan mentega, ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga baking soda, susu tepung dan gula kastor. Kacau dengan whisk hingga semua bahan bercampur.

3. Seterusnya masukkan air sambil dikacau dengan whisk dan masukkan pula mentega sambil di kacau lagi. Pastikan kacau sehingga gula hancur.

4. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan pes pandan (atau serbuk coklat) ke dalam salah satu dari adunan tersebut.

5. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Setelah siap tuang adunan, lorekkan corak di atasnya.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 ⁰C selama 30 minit atau hingga masak. Mai guna air fryer Toros Pro Chef dengan suhu 160 ⁰C selama 30 minit. Kek ini juga boleh di kukus.

Gambar di bawah ini adalah air fryer Toros Pro Chef (klik untuk baca). Senang betul guna tau. Nak goreng ayam, ikan, daging, sayur, buat pizza, biskut, roti bakar, tart telur, popcorn, kek, nak panggang... guna je air fryer ni. Nak buat nasi goreng, mi goreng dan masakan bertumis juga boleh. Boleh je menumis dalam air fryer ini ye.

Air Fryer Toros Pro Chef
Air Fryer Toros Pro Chef



Resepi Sup Sayur Campur Sihat dan Mudah

$
0
0

Resepi Diet Sihat, Sup Sayur


Makanan sihat tidak semestinya tawar. Ramai yang menganggap bahawa kalau nak makan secara sihat, rasa makanan kena tawar. Tiada sebarang perisa tambahan yang perlu diletakkan. Yelah nak sihat kan.. garam gula kena jaga pengambilannya.

Tapi bagi Mai, makanan tawar ni memang tak lalu nak telan. Tak sedaplah kalau tawar kan hehe. Sebenarnya kita boleh je pelbagaikan cara masakan. Salah satu resepi sihat yang mudah adalah sup. Sup yang Mai buat, tiada tambahan penyedap makanan atau rempah ratus pek sedia. Senang dan sihat.

sup sayur campur sihat
Sup sayur campur

Tumis pun menggunakan air saja. Tidak menggunakan minyak. Kata nak sihat kan.. kenalah kurangkan penggunaan minyak juga 😊

Kali ini Mai nak berkongsi resepi sihat yang mudah iaitu sup sayur. Ada orang, dia tak lalu makan sayur mentah begitu saja. Kena masak dulu baru boleh makan. Maka masaklah sup.

Resepi Sup Sayur Campur Sihat


Bahan-bahan:

Lobak merah
Cendawan tiram
Kobis bunga
Sebiji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia sedikit (ditumbuk)
Daun kunyit setengah helai
Garam (kurangkan penggunaannya ok)
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air. Mai tumis sampai bawang jadi sedikit hitam melekat pada kuali (ini yang buat sup jadi sedap).
2. Masukkan daun kunyit, lobak merah dan kobis bunga, gaulkan dengan bahan tumisan tadi.
3. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Masukkan cendawan tiram. Perasakan dengan sedikit garam saja.
5. Siap! Sedia untuk dihidang.

* Boleh tambah isi ayam atau telur jika suka.
* Sayur, mengikut pilihan masing-masing.

Mudah je kan? Siapa kata nak makan sedap kena tawar macam makan kertas? Bagi ada sedikit rasa, itu sudah memadai. Aroma daun kunyit yang ditambah memang membangkitkan deria rasa.

Nak makan nanti, cuba amalkan kaedah suku suku separuh. InsyaAllah seimbang diet harian kita. Cukup karbohidrat, lauk, sayur dan buah.

Jom sihat bersama!


Brownies Kedut Mudah dan Sedap

$
0
0

Resepi Brownies Sedap


Brownies kedut sedap | Siapa suka brownies... angkat tangan! hehe. Mai memang suka brownies sebab rasanya yang sedap, kaya dengan coklat. Lagi suka apabila brownies yang dibuat sendiri, keluar kedutnya. Cantik je rupanya.

brownies kedut sedap


Kalau buat brownies, Mai suka guna coklat gelap. Baru lagi rasa coklatnya. Resepi yang Mai gunakan ini sesuai juga untuk dibuat biskut brownies. Bezanya cuma, paipkan adunan ke atas acuan. Jadi nipis seperti saiz duit syiling. Rangup lagi tu.

Resepi yang sama ini juga Mai pernah buat brownies dalam cawan. Comel jadinya dengan kedut merekah yang terhasil bersama. 

brownies kedut sedap


Dah dah.. jom cepat buat brownies kedut super senang ni.

Resepi Brownies Kedut 


Bahan-bahan:

Bahan A

240 gram choc coin coklat gelap
80 gram unsalted butter (Mai guna Buttercup je)

Bahan B

2 biji telur
100 gram tepung kek (Mai guna tepung gandum yang diayak)
140 gram gula aising (Mai kurangkan)

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150⁰C.

2. Kacau telur dan gula aising hingga sebati guna whisk saja. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata.

3. Dalam bekas lain, cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler.

4. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau rata.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik dengan parchment paper.

6. Boleh tabur hirisan badam atau choc coin di permukaannya jika suka.

7. Bakar pada suhu 150⁰C selama 30 minit. Setelah siap dibakar, biarkan sejuk seketika kemudian barulah dipotong.


Kalau Mai, lebih suka makan brownies panas-panas. Lebih sedap rasanya. Untuk penyimpanan, boleh masukkan brownies dalam bekas kering bertutup. Tak perlu masukkan dalam peti sejuk sebab nanti brownies akan jadi keras.

Alaaa.. rasa nak buat lagi laa pulak



Tips Membeli-belah Dalam Talian pada Bulan Merdeka

$
0
0

Cara membeli-belah dalam talian dengan berkesan


Rata-rata semua rakyat Malaysia mengetahui bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Jadi, tidak hairanlah jika bendera Malaysia dikibar lebih banyak pada bulan ini berbanding bulan-bulan sebelumnya. Bulan yang dirai dengan kegembiraan kerana sejarahnya. Lagi menarik, bulan merdeka ini banyak kedai dalam talian atau online buat jualan murah! Hehehe

tips shopping online


Apabila sebut saja jualan murah, mata terus terbuka luas. Peluang keemasan yang sentiasa dinanti. Masa inilah sesuai nak cari pelbagai barangan keperluan dengan harga yang berpatutan kan. Boleh jimat berganda lagi tu. Ramailah yang akan buka laman web kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watson dan sebagainya nanti. Mungkin Malaysia Airlines juga akan menawarkan tiket penerbangan dengan harga berpatutan pada bulan kemerdekaan ini. Siapa tau kan ;)

Jualan murah sememangnya menjimatkan. Tapi jangan pula terlebih berbelanja sehingga ‘kering’ duit dalam akaun bank. Tiada langsung yang tinggal untuk perbelanjaan harian yang lain. Ini tidak bagus ya.

Nak membeli-belah dalam talian bukan main klik ‘add to cart’ kemudian terus bayar. Kena ada ilmu. Macam mana caranya?

Tips membeli-belah secara online


1. Utamakan membeli barangan keperluan

Ini adalah perkara yang paling penting untuk membeli-belah. Tujuannya supaya kita fokus dengan misi untuk mencari barangan keperluan. Kalau nak membeli barangan bukan keperluan, boleh saja tapi jangan sampai berlaku pembaziran.. beli tapi akhirnya tidak digunakan. Membazir bukan?

2. Buat senarai barangan keperluan beserta harga

Mai suka buat yang ini. Membuat kira-kira tentang perbelanjaan secara kasar yang perlu dikeluarkan agar tidak membazir wang. Selain itu, dengan membuat senarai ini dapat menjimatkan masa ketika membeli belah. Sebabnya kita dah tahu nak beli apa. Walaupun membeli belah secara online, ia dapat mengelakkan kita daripada asyik meninjau kedai online sehingga mengabaikan kerja harian kita.


tips shopping online


3. Kaji selidik harga di pelbagai kedai dalam talian

Dengan melakukan kaji selidik harga, kita akan nampak perbezaan harga di setiap kedai talian untuk sesuatu barangan yang hendak dibeli. Pilih harga yang lebih murah untuk penjimatan berganda.

4. Pilih kedai online serta peniaga yang dipercayai

Ini amat penting supaya dapat mengelakkan penipuan berlaku. Cara untuk mengetahuinya.. kalau di laman Lazada atau Shopee, boleh tanya pada peniaga sendiri serta lihat pada komen-komen pembeli. Jika banyak yang memberikan komen positif maka bolehlah membeli dengan peniaga tersebut. Sama juga jika ingin membuat pembelian dengan peniaga di Instagram atau Facebook, tanya peniaga sehingga puas hati atau minta saja testimoni pembelian.

Banyak yang telah menjadi mangsa penipuan peniaga online. Di laman web yang dikenali ramai juga tidak kurang hebatnya. Lain yang dibeli, lain pula barang yang diterima. Dapat barang yang tidak masuk akal pula tu. Teringat kisah benar dalam akhbar tempatan… seorang pembeli yang sudah membayar untuk sebuah telefon pintar, menerima sebiji lesung batu. Sedih dan menyesal tak sudah jawabnya…

Sebab itulah perlu lebih berhati-hati ketika membeli-belah secara online supaya dapat elak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

5. Selidik kualiti sesebuah produk

Bagi Mai, penting untuk kita mengetahui kualiti sesebuah produk yang hendak dibeli. Sesuatu harga yang ditawarkan biarlah setanding dengan kualitinya. Kalau tak, kita juga yang menyesal setelah menerima barangan yang dipesan kerana dapat kualiti rendah.

Caranya, baca penerangan produk yang disediakan dan baca komen pembeli.

6. Guna kupon dengan membeli melalui laman web yang menawarkan diskaun berganda

Ini satu bonus untuk pembeli seperti kita. Siapa yang tidak suka harga diskaun kan? Memang dapat berjimat sungguh. Contohnya membeli barangan keperluan dengan menggunakan Shopee promo code atau dengan Watson Promotion untuk membeli produk penjagaan diri. Jadi, rajin-rajinlah menjengah ke pelbagai laman web yang menyediakan servis sebegini, seperti ShopCoupons.


tips shopping online


Inilah antara beberapa tips yang dapat dikongsikan. Nampak macam remeh je kan tapi inilah perkara yang perlu dibuat sebelum membeli belah secara online untuk mengelakkan kerugian.

Anda pula macam mana? Ada tips selain yang disebutkan di atas ini? Jom sama-sama kongsi di ruangan komen di bawah ye.



Business vector created by pikisuperstar - www.freepik.com
Infographic vector created by freepik - www.freepik.com

Tidur Malam Lebih Lena dengan Bantal Hotel DAG!

$
0
0

Bantal hotel DAG


Bantal Hotel Das Abdul Global, Bantal DAG | Bahagia je rasa apabila bangun pagi dihiasi dengan senyuman. Yelah, dapat tidur malam yang lena dengan waktu yang cukup kan. Barulah rasa seronok untuk mulakan hari yang penuh cabaran. Menguap kurang, letih pun tak datang.

Untuk dapatkan tidur yang nyenyak, bagi Mai.. ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antaranya, waktu tidur yang mencukupi, kawalan tekanan perasaan yang baik, keadaan tilam dan juga bantal untuk tidur lena dengan selesa. Kalau salah satu daripada ‘kurang’, nak lelapkan mata pun payah.

bantal DAG


Salah satu perkara yang Mai tekankan adalah keselesaan bantal. Mai suka bantal yang gebu, tidak begitu lembut dan tidak begitu keras serta bahan isi yang digunakan berkualiti. Bila letak saja kepala atas bantal, boleh buat kita tersenyum sendirian bagai berada di awangan kerana keselesaan bantal tersebut. Mood ok, tidur pun mesti lena kan. Senang cerita, rahsia tidur yang lena adalah dengan bantal yang empuk.

Apabila sebut tentang bantal, Mai tertarik dengan satu jenama bantal iaitu, Das Abdul Global (DAG) antara brand bantal terbaik Malaysia. Ramai pengguna yang telah berkongsi pengalaman menggunakannya. Banyak maklum balas positif daripada mereka. Disebabkan itulah, Mai juga nak cuba merasai keistimewaan bantal berkualiti bertaraf hotel ini.


Apa lagi, Mai terus buka laman web DAG sebab nak tahu lebih lanjut tentang bantal hotel DAG amat berkualiti tinggi ini. Rupa-rupanya ada beberapa jenis bantal yang disediakan. Semuanya menarik! Selama ini ingatkan ada satu jenis je heee. Harga juga berbeza mengikut jenis bantal. Tebalnya juga boleh tahan.

bantal hotel DAG

Pilih punya pilih, Mai berkenan dengan bantal 4 bintang, H-Classic yang berharga RM45. Bantal ini adalah produk hot DAG tau. Di laman web itu juga ada memberitahu bahawa bantal DAG senang dan mudah untuk dijaga. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh lagi tu. Ia juga tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma. Memang ngam lah bantal ini dengan Mai yang alah pada debu.

Bantal DAG mudah dibasuh

Yang paling penting, H-Classic lembut dan gebu kerana ia dibuat dari bahan yang empuk. Selesa dan tidak panas. Lagi, ia sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Ia tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik. Menarik bukan?

Gebu dan empuk

Macam mana cara untuk membelinya pula? Mudah saja, anda boleh mengisi borang yang disediakan di laman web (di bahagian bawah produk). Kemudian staf HQ DAG akan menghubungi kita melalui Whatsapp dengan bertanyakan kuantiti yang ingin dibeli dan tempat tinggal supaya dapat dirujuk pada reseller terdekat.

Kalau nak lebih cepat, pelanggan juga boleh cari Reseller pada tab menu di laman web DAG. Cari mengikut negeri, seterusnya lokasi terdekat anda dengan reseller. Pelanggan boleh klik terus pada nama reseller untuk bertanya dan membuat pembelian bantal.

Mai buat pembelian dengan reseller DAG dari Padang Rengas. Cepat je reseller respon. Hari ini hubunginya, esoknya dapat bantal pilihan iaitu H-Classic. Bila dah dapat, Mai terus buka bungkusan plastik dan mencuba bantal ini. Perghh memang sedap baring. Selesa sangat!


Masa reseller datang, dia siap bawa bantal jenis yang lain seperti Polyester Helix-DAG dan H-Class Pro supaya Mai dapat merasai sendiri perbezaan dan membuat perbandingan. Emmm.. sedap juga bantal H-Class Pro. Lepas ini boleh beli yang jenis ini pula hehe.

Kalau anda nak tahu, DAG juga ada menyediakan bantal peluk selain daripada bantal kepala. Nampak gebu je kan? Mesti sedap peluk. Bantal peluk ini juga mudah dijaga. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.



Anda yang masih tercari-cari bantal empuk tu, tak payah susahkan diri lagi. Guna Bantal Hotel DAG Pillow ini. Macam-macam jenis ada. Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai bantal ini, boleh layari laman seperti yang tertera di bawah ini…

Website : https://www.dasabdulglobal.com/
Facebook : https://www.facebook.com/dasabdulglobal/
Instagram : https://www.instagram.com/dasabdulglobalofficial/

A good pillow is a key to a good night's sleep. Everyone must choose the right pillow for a better sleep cause good pillow is as important as having a comfortable, supportive mattress for a good night's sleep.

Haa.. nak tidur lena, ingat bantal DAG.



Makan Madu Campuran Kunyit Honey Hub Life Elixir. Apa Kebaikannya?

$
0
0

Honey Hub Life Elixir


Rata-rata ramai yang tahu bahawa madu membawa pelbagai kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan. Malah boleh dijadikan pengganti gula dalam diet harian. Kali ini Mai mencuba makan madu Honey Hub Life Elixir dengan campuran serbuk kunyit. Untuk apa tujuannya tu ya?

Honey Hub Life Elixir
Honey Hub Life Elixir


Baru-baru ini lutut Mai sebelah kiri mengalami lenguh dan berasa tidak selesa untuk berjalan jauh. Sebabnya lutut Mai pernah terhempas semasa aktiviti koku di universiti dulu, kesannya mungkin dah datang sekarang ini. Kadang-kadang tangan juga mengalami lenguh kerana kerja yang banyak menggunakan komputer, posisi tangan ketika menggunakan komputer juga kadang kala salah. Itu yang menyebabkan sakit.

Senaman ringan Mai tak lupa buat. Makan minum juga dijaga. Bila nampak pula Honey Hub Life Elixir di Facebook katanya boleh bantu mengurangkan lenguh-lenguh dan sakit sendi. Jadi, Mai pun cuba.

Mai memang baru mencuba Honey Hub Life Elixir ini. Jadi belum nampak kesannya tu. Mai memilih madu ini kerana dapat membantu mengubati radang sendi, arthritis, stiff join, body inflammation, finger trigger dan untuk kesihatan hati. Lagi pula, madu tualang.. madu premium digunakan untuk produk ini.

Kandungan Honey Hub Life Elixir ini terdiri daripada madu tualang, American ginseng, Astragalus, Black curmin o dan lain-lain lagi. Harganya pula RM209 untuk 700 gram sebotol. Bagaimana pula dengan rasa madu yang dicampur dengan pelbagai ramuan ini?

Honey Hub Life Elixir
Ini rupa isinya


Masa mula-mula nak makan, risau juga jika rasanya pelik. Suapan pertama, rasanya sedap juga. Ada rasa manis, masam sikit, rasa kunyit dan pahit sikit. Tapi bagi Mai ok je, boleh telan.

Cara pengambilannya:

  1. 1 sudu makan pada waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu makan pada waktu malam sebelum tidur.
  2. Guna sudu selain daripada besi.
  3. Jangan campurkannya dengan air, makan begitu saja.


Harapnya Mai dapat amalkan berterusan sebab nak dapatkan hasil yang positif. Mana tahu, dengan makanan yang bagus ini betul-betul boleh membantu kita mengatasi masalah yang sedang dialami kan?

Kalau anda nak tahu, selain Life Elixir, Honey Hub juga ada mengeluarkan produk madu yang lain seperti Dark Elixir dan Golden Elixir (100% madu asli), Royal Elixir (100% royal jelly), Red Elixir, produk penjagaan kulit Natural Honey Cleanser dan pelembap wajah. Kesemua produk ini dibuat dengan menggunakan bahan premium, 100% wild and raw honey tau.

Produk madu Honey Hub juga telah dibuat ujian makmal oleh UNIPEQ UKM, yang membuktikan bahawa produk-produk tersebut adalah asli. Jadi, tak perlu ragu-ragu lagi untuk membeli dengan Honey Hub.

Honey Hub Life Elixir


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut tentang pelbagai produk keluaran Honey Hub, lawati Facebook Honey Hub.

Jom jaga kesihatan sebaiknya. Usaha dan jangan sesekali putus asa.


Cara Beli Dekoder MYTV dengan Mudah

$
0
0

Beli dekoder MYTV sebelum siaran analog ditutup


Diam tak diam, siaran TV analog di Malaysia akan ditamatkan pada 30 September 2019 nanti. Bagaimana dengan persediaan anda, sudah membeli dekoder MYTV atau IDTV?

Cara Beli Dekoder MYTV


Kalau masih belum memilikinya, anda boleh membuat pembelian dekoder MYTV secepat mungkin. Nak lagi mudah, beli terus IDTV. Dengan IDTV, siaran MyFreeview dapat diperolehi tanpa menggunakan dekoder. Di rumah Mai guna dekoder yang abah dapat percuma 2 tahun lepas je. Abah Mai penerima BR1M masa tu.

Macam mana dan di mana nak beli dekoder MYTV? Terdapat dua cara untuk mendapatkan dekoder MYTV iaitu melalui e-kedai (beli secara online) atau terus membeli dengan wakil penjual berdekatan anda.

  • Untuk membeli dekoder MYTV secara online anda boleh klik > BELI SINI. Harganya cuma RM187.
  • Untuk membeli dengan wakil penjual berdekatan, anda boleh semak sini > SENARAI WAKIL PENJUAL yang sah mengikut negeri seterusnya tempat tinggal anda.

Tambahan yang perlu ada adalah antena UHF. Boleh gunakan antena luar atau dalam.

antena UHF

Jika tempat tinggal dengan jauh dengan pencawang, gunakan antena luar. Pasang dengan kukuh supaya tidak mudah bergoyang. Kalau bergoyang, lagi hebat apabila ditiup angin.. mungkin akan mengakibatkan masalah seperti skrin jadi hitam, siaran hilang seketika (no signal E025).


Cara pasang dekoder MYTV sendiri

Mudah saja cara pemasangannya. Anda boleh rujuk video yang dikongsikan di YouTube myFreeview ini.


Tak rugi pasang dekoder MYTV. Percuma, tiada bil bulanan yang perlu dibayar. Jelas dan cantik paparan TV dengan siaran digital MyFreeview. Memang puas hati menonton. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau untuk membuat aduan, hubungi terus pihak MYTV di talian 1300 80 6988. Mereka pasti akan layan anda sebaiknya.


Antena Sesuai untuk Dekoder MYTV

$
0
0

Antena MYTV Terbaik



Dekoder MYTV sudah dibeli, tapi antena sesuai untuk dekoder MYTV pula jenis yang macam mana? Antena yang paling sesuai adalah antena UHF.

antena mytv terbaik


Nak dapat siaran dengan baik, memang kena guna antena UHF. Mai pernah bertanya tentang perkara ini melalui Facebook MYTV kerana kadangkala masalah siaran hilang berlaku. Jadi, mereka meminta gambar antena yang digunakan di rumah Mai.

Jawapan pihak MYTV, antena rumah Mai adalah antena gabungan UHF dan VHF. Penggunaan antena gabungan UHF dan VHF, Booster dan Remote perlu dielakkan kerana ia akan mengganggu signal dari menara pemancar setelah siaran analog ditutup sepenuhnya nanti. Gabungan jenis antena akan mengakibatkan gangguan-gangguan seperti siaran susah dapat berlaku.

Berikut adalah jenis antena yang boleh dan tidak boleh digunakan seperti yang diberitahu oleh pihak MYTV.

Boleh digunakan

antena mytv UHF
Antena UHF tulang ikan


Tidak boleh digunakan

antena VHF

jenis-jenis antena

Kalau anda ingin membuat pemasangan antena sendiri, sebelum membeli antena, lebih baik bertanya dahulu kepada pihak MYTV atau wakil penjual dekoder MYTV. Anda juga yang tak rugi nanti ;)

Mai kena tukar antena lah jawabnya... huhuhu


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live