Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!

$
0
0

Birthday Giveaway 


Wow.. ada giveaway lah! Kali ini Mai sertai Giveaway Yeayyy, this is my birthday month! yang dianjurkan oleh blogger Cikla sempena bulan kelahirannya yang jatuh pada bulan Ogos ini.

Nak menang hadiah? 😉 Anda yang nak sertai giveaway ini, klik je banner di bawah..

Giveaway ciklapunyabelog
KLIK BANNER

Sempena hari lahir Cikla ini, Mai selitkan sekali ucapan hari lahir Cikla..

Selamat Hari Lahir Cikla! Semoga bahagia dan gembira selalu di samping yang tersayang, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang baik oleh-Nya dan yang penting semoga Cikla mendapat keberkatan dalam hidup daripada Allah. Semoga umur kita menjadi ukuran di dunia untuk mencari bekalan ke akhirat sana. ❤ 

Rakan ditag: Bonde Zaidalifah



Harga Baru Kad Nama Frosted Plastic Card di MaiGraphicDesign

$
0
0

KAD BISNES/KAD NAMA FROSTED PLASTIC CARD


Frosted plastic card, salah satu jenis kad nama yang menjadi pilihan pelanggan yang membuat tempahan dengan Mai. Walaupun harganya lebih mahal daripada jenis yang lain seperti art card, matte laminate, glossy dan spot UV, frosted plastic card ramai yang tempah.

Jadi, kali ini Mai nak umumkan harga baru frosted plastic card di MaiGraphicDesign.

Frosted Plastic Card murah Malaysia

Di bawah ini adalah senarai harga baru frosted plastic card. Anda boleh save terus gambar ini di komputer atau telefon ye. Senang nak rujuk nanti 😉

Harga Frosted Plastic Card Malaysia
4c sahaja - cetak tanpa warna putih
4c + white - cetak dengan warna putih

Sebelum ini, warna putih tak dapat dicetak pada kad frosted plastic. Tapi sekarang warna putih boleh dicetak pada kad jenis ini. 

Frosted plastic card sering mendapat perhatian pelanggan kerana materialnya yang tahan lasak dengan ketebalan 280gsm, tahan lama dan pastinya kalis air. Tambahan pula, kad jenis ini nampak lebih menarik daripada kad biasa. Pelbagai warna boleh dicetak pada kad ini. Nak buat bucu bulat juga boleh.

Tentang design pula anda tak perlu risau. Design adalah percuma untuk anda. Beritahu saja nak bagaimana, kemudian Mai akan design mengikut kehendak dan citarasa anda.

Berikut adalah beberapa daripada hasil design frosted plastic card di MaiGraphicDesign.

Frosted Plastic Card Malaysia

Frosted Plastic Card Malaysia

Frosted Plastic Card Malaysia

Frosted Plastic Card Malaysia

Frosted Plastic Card Malaysia

Frosted Plastic Card Malaysia

Frosted Plastic Card Malaysia



Frosted Plastic Card Malaysia


Untuk pengetahuan anda, selain daripada frosted plastic card, kad jenis Art Card, Matte laminate, Glossy dan Spot UV juga disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,
sila hubungi MaiGraphicDesign Enterprise di:

Facebook: MaisarahSidi.com / Maigraphicdesign Enterprise
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)
Email: maigraphikdesign@gmail.com


Filem Hantu Kak Limah Sudah Mula Ditayangkan Kome Oi!

$
0
0

Filem Hantu Kak Limah Mula Mengilai di Pawagam


Enjit enjit semut... sape sakit naik atas.. lagu Kak Limah ni memang berhantu, tak boleh lupa lagu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalau sebelum ini Kak Limah sakit jiwa  tapi dalam filem terbaru Hantu Kak Limah, dia meninggal dunia pula!

Hantu Kak Limah
Foto Astroawani.com

Menarik juga filem seram komedi arahan Mamat Khalid kali ini. Hantu Kak Limah dibarisi pelakon yang mampu membuatkan penonton ketawa dalam masa yang sama merasa seram. Lokasi penggambaran Hantu Kak Limah kali ini di Taiping dan Kuala Kangsar, Perak. Ate memang dekat bebeno dengan rumah teman hehe.

Hantu Kak Limah ditayangkan bermula hari ini, 9 Ogos di pawagam.

Sinopsis Hantu Kak Limah


Akhirnya Kak Limah bertemu kebahagiaan dan cinta hati dengan seorang pemuda bernama Kudha. Satu hari, ketika Kudha sedang memburu dengan Husin dan Wani, mereka terkejut apabila terjumpa dengan mayat Kak Limah.

Mereka terus membawa mayat tersebut ke hospital. Setelah selesai, mereka pulang ke rumah Khuda dan melihat Kak Limah sedang menunggu dan menyambut mereka dengan hidangan puding kentang.

Jika Kak Limah masih hidup, mayat siapakah yang mereka hantar ke hospital? Jadi dari saat itu, Husin, Wani dan seluruh penduduk kampung mula percaya yang Kak Limah sudah menjadi hantu! Hanya Khuda yang tidak mempercayainya.

Sementara itu, Husin sentiasa curi-curi bertemu dengan teman wanita barunya, Zaitun yang cantik tetapi sedikit aneh kerana hanya suka bertemu di dalam hutan.

Keadaan di Kampung Pisang pula menjadi kecoh dengan hantu Kak Limah. Kehadiran Encik Solihin, guru silat serta ejen insuran dan cukai jalan ini membantu penduduk kampung untuk mengusir hantu Kak Limah.

Penduduk Kampung Pisang mula bergantung pada Encik Solihin dan itu membuatkan Husin cemburu.

Tambahan pula Encik Solihin seorang yang gagah dan mempunyai gigi yang putih. Apakah kisah sebenar yang berlaku di sebalik tragedi yang menimpa Kak Limah? (SUMBER)




Wow.. baru tonton sikit dah rasa best. Kena tonton di pawagam juga nampaknya ni. Peminat Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti takkan lepaskan untuk menonton filem terbaru, Hantu Kak Limah ini.

Pelakon Hantu Kak Limah


Antara pelakon utama yang terlibat dalam filem ini adalah Delimati (Kak Limah), Dato' Awie (Husin), Zul Ariffin (Solihin), Uqasha Senrose (Puteri Bunian), Rab Khalid (Yeh Sekupang), Sharwani NS (Wani), TJ Isa (Kudha).

Pelakon undangannya pula, Mus May (Bapak Bunian), Ropie Cecupak (Nayan), Pekin Ibrahim sebagai(Musalman), Jue Aziz, Sabri Yunus, Ziema Din, Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

Boleh tahan juga barisan pelakonnya. Ate tunggu ape lagi, moh le kite ke panggung wayang tengok Kak Limah 'mengokak' di sana.


OST Hantu Kak Limah, Srikandi Cintaku Memang Menyengat!

$
0
0

OST Hantu Kak Limah menyengat!


Sekali dengar lagu Srikandi Cintaku dalam filem Hantu Kak Limah, terus suka. Lagu asal yang dinyanyikan oleh kumpulan Bloodshed dan Datuk M. Nasir ini telah diubah susunan menjadi rentak keroncong untuk menjadi OST filem ini ini. 

OST Hantu Kak Limah - Srikandi Cintaku

Untuk OST Hantu Kak Limah, lagu ini dinyanyikan oleh Dato' Awie dan Mus May. Memang hebat dan sepadan paduan dua suara ini. 

Lirik lagu Srikandi Cintaku - OST Hantu Kak Limah (Dato' Awie dan Mus May)




Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


Filem Hantu Kak Limah Best Kome Oi!

$
0
0

Filem Hantu Kak Limah Best


Sabtu yang lalu iaitu 25 Ogos, Mai sekeluarga ke panggung wayang TGV di AEON Taiping untuk menonton filem Hantu Kak Limah. Beli tiket on the spot. Fuhhh... nak pilih tempat duduk, tinggal 4 baris yang depan saja yang masih kosong. Nak tak nak, terpaksa juga pilih yang depan kalau tak melepas.

Review Hantu Kak Limah 2018

Ramai betul peminat filem seram komedi, Hantu Kak Limah ini. Kecil besar tua muda, semua suka. Yang dah tonton lebih daripada sekali pun ada. Rata-rata yang hadir untuk menonton Hantu Kak Limah ini adalah keluarga. Meriah betul dalam pawagam dengan gelak ketawa penonton. Itu yang membuatkan filem Hantu Kak Limah ini dapat lebih daripada RM20 juta kutipan sehingga kini. Wow!

Apa yang membuatkan Mai suka dengan filem Hantu Kak Limah adalah.. lokasi penggambarannya di Perak, tempat Mai sendiri iaitu beberapa tempat di Kuala Kangsar dan Taiping. Tempatnya cantik.

Kesemua watak dalam Hantu Kak Limah juga terbaik. Masing-masing memiliki sikap dan lawaknya tersendiri. Watak-watak yang biasa kita lihat dalam kehidupan orang Melayu. Zul Arifin yang membawa watak Solihin Mabrur pun boleh buat orang ketawa dengan kelakarnya. Lawak yang dibawakan oleh watak-watak dalam filem ini membuatkan ramai penonton tak kering gusi.

Review Hantu Kak Limah 2018
Foto Rojakdaily

Loghat Perak Husin (Awie) pun best.. loghat Perak belah Kuala Kangsar, loghat yang Mai cakap hari-hari 😁 Ada juga yang bercakap dengan loghat bunyi orang Penang. Yang ni kebanyakannya orang-orang belah Taiping.

Lagu pun best, lagu Srikandi Cintaku yang telah disusun semula menjadi rentak keroncong yang dinyanyikan oleh Awie dan Mus May memang sedap jadinya. Wani (Syarwani) miming lagu Hati Ku Luka Lagi, ditambah dengan penyanyi latarnya Solihin dan Yeh Sekupang buat ramai penonton gelak ketawa. Lagu iklan minuman Joy yang Nayan (Ropie) nyanyikan pula terus melekat dalam otak haha.

Review Hantu Kak Limah 2018
Foto Astro Awani

Jalan cerita juga mudah difahami, lagi-lagi bab Kak Limah meninggal dunia dan kenapa dia menjadi hantu.

Dalam kelakar filem Hantu Kak Limah ini sebenarnya nak menyampaikan sesuatu kepada kita, iaitu manusia dan makhluk halus iaitu bunian tidak boleh ada ikatan seperti perkahwinan. Menurut hukum Islam, tidak sah dan dilarang. Kalau manusia, pasangannya mestilah manusia kan. Mana mungkin boleh hidup dengan pasangan dari alam yang berbeza, pasti akan terjadi sesuatu nanti. Lagipun, tak logik bukan?

Bapak bunian (Mus May) pun dah beritahu sebab-sebab kepada Husin, kenapa dia dan Eton si puteri bunian tak boleh berkahwin.

Haaa.. best kan? Kalau anda belum tonton filem Hantu Kak Limah, cepat pergi ke pawagam terdekat untuk menonton ye. Mesti anda juga tergelak sama 😁


Kenapa Kak Limah Jadi Hantu?

$
0
0

Sebab Kak Limah jadi hantu


Dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kak Limah hanya sakit jiwa bukannya hantu seperti yang penduduk Kampung Pisang. Tetapi dalam filem Hantu Kak Limah 2018 ini, dia meninggal dunia pula.

Persoalan dalam filem Hantu Kak Limah ini, kenapa Kak Limah meninggal dunia secara tiba-tiba dengan wajahnya yang menyeramkan? Kenapa Kak Limah jadi hantu selepas dia meninggal dunia?

Hantu Kak Limah 2018
Foto mStar

Semua ini disebabkan suaminya, Khuda. Muka polos dan perwatakan Khuda nampak baik saja. Tapi tak sangka dia mampu berkahwin dua kali walaupun kehidupannya yang hanya sekadar bekerja kampung.

Khuda pernah berkahwin dengan bunian sebelum berkahwin dengan Kak Limah. Kehidupan bunian di alamnya sangat mewah. Apabila bunian berkahwin dengan Khuda dengan kehidupan yang serba serbi tidak cukup, Nooraini jadi marah, hari-hari sehinggalah wajahnya yang cantik bertukar rupa menjadi buruk, rambutnya juga menggerbang.

Pada suatu hari, Khuda menanam jagung tapi daun jagung yang ditanamnya. Khuda menyuruh isterinya menunggu jagung sehingga berbuah. Dengan izin Allah akhirnya membuahkan hasil. Isterinya sangat seronok.

Beberapa ketika selepas Khuda berkahwin dengan isterinya yang bunian itu, dia berkahwin pula dengan Kak Limah. Kehidupan mereka bahagia sehinggalah Kak Limah meninggal dunia mengejut di kebun.

Kak Limah meninggal dunia dalam keadaan muka yang sangat pucat dengan mata terjegil. Semuanya kerana isteri Khuda yang pertama. Kemunculan isterinya di kebun dengan keadaan yang buruk dan pucat membuat Kak Limah mati kerana terkejut. Lalu, bunian tersebut masuk ke dalam roh Kak Limah dan mengganggu orang kampung. Yang kena ganggu adalah mereka yang membantu Khuda.

Kemuncaknya, Solihin dan rakan-rakannya nak menghapuskan hantu Kak Limah. Tapi tidak berjaya.

hantu kak limah

Husin meminta pertolongan daripada bunian dengan menyerunya. Kmeudian datanglah sekumpulan bunian untuk membantu. Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa hantu Kak Limah yang sering menggangu mereka adalah bunian yang bernama Nooraini, isteri pertama Khuda. Nooranini dibawa ke alam bunian semula.

Masing-masing merenung kembali apa yang sudah terjadi. Rakan-rakan Khuda menasihatinya supaya move on.

Tak habis di situ kisah buniannya. Di penghujung cerita, boleh pula Khuda menyeru bunian untuk rakan-rakannya. Maka, datanglah 4 orang bunian yang cantik rupa parasnya. hahaha. Khuda... Khuda... muka je nampak baik, gaya macam pijak semut tak mati tapi masih tak serik lagi.

Begitulah sedikit cerita kenapa Kak Limah boleh jadi hantu. Nak lagi best, anda kenalah menonton filem penuh Hantu Kak Limah di pawagam ye.


Jatuh Cinta dengan Tisu Lembap Imaan Wipes!

$
0
0

Tisu Lembap Imaan Wipes yang pelbagai jenis


Tisu lembap Imaan Suci Wipes, ada yang masih belum kenal dengannya? Pertama kali Mai guna Imaan Suci Wipes, terus jatuh cinta. Kalau dah kenal, anda juga pasti sukakannya. Mana tidaknya, Imaan Suci Wipes ini bukan sekadar tisu lembap biasa tetapi mengandungi khasiat juga.


Imaan Suci Wipes benar-benar memberi kemudahan dalam melakukan aktiviti seharian. Sebelum keluar jalan-jalan makan angin atau ke mana saja yang agak jauh dari rumah, Mai akan bawa makeup remover dan kapas muka. Apabila masuk waktu solat, berhenti di masjid kenalah bersihkan wajah walaupun hanya sapu bedak kompak saja. Kadang-kadang rasa leceh pula sebab kena bawa dua benda ini tapi penting.

Imaan Facial Wipes, pembersih solekan mudah bawa


Akhirnya bertemu dengan Imaan Facial Wipes. Senang hidup. Tisu lembap pembersih solekan ini mudah dibawa ke mana saja dengan pek yang sebesar tapak tangan. Simpan dalam beg tangan confirm muat. Jadi, tak perlu lagi bawa botol makeup remover dan kapas muka, bawa Suci Facial Wipes Imaan pun cukup dah. Ringan beg tangan.

Imaan Facial Wipes

Tisu Imaan Facial Wipesini harum baunya, tak seperti bau ubat. Ia bebas daripada alkohol. Ditambah formula aloe vera da vitamin E. Ia berfungsi untuk membersih dan menyegarkan kulit wajah. Sapu sapu, tanggal terus mekap walaupun jenis kalis air. Memang rasa bersih dan segar kulit muka selepas menggunakannya. Tisu ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka, kulit yang sensitif pun boleh gunakannya.

HARGA ASAL

1 Paket RM6
3 Paket RM15
1 Kotak RM85


Imaan Facial Premium Wet Tissue 


Nak lagi bagus kesannya, guna Imaan Facial Premium Wet Tissue. Formulanya sama saja seperti Imaan Facial Wipes tetapi ia ada tambahan minyak argan yang banyak khasiatnya untuk kulit. Tisu ini berfungsi sebagai pembersih solekan (deep cleansing). Sehelai tisu cukup untuk menanggalkan solekan seluruh wajah. Permukaan tisu bercorak honeycomb, menggandakan lagi kuasa menanggal makeup walaupun jenis kalis air. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan juga kulit sensitif.

Imaan Facial Premium Wet Tissue

HARGA ASAL

1 Paket RM8
3 Paket RM20
1 Kotak RM120

HARGA PROMOSI MERDEKA (sehingga 31 Ogos 2018)

1 Paket RM8
9 Paket RM60 Free 1 Paket Imaan Facial Premium Wet Tissue
1 Kotak RM108 Free 3 Paket Paket Imaan Facial Premium Wet Tissue


Imaan Family Wipes untuk kegunaan seisi keluarga


Selain kedua-dua tisu tersebut, Mai juga suka guna Imaan Family Wipes. Kadang-kadang Mai makan dalam kereta, contohnya aiskrim.. sampai mulut dan tangan comot. Macam budak-budak pula kan 😄 Apabila ada Imaan Family Wipes ini, ambil sehelai dan lap, hilang comot. Yang bestnya, comot dengan rasa melekit daripada makanan manis tak rasa dah selepas guna tisu lembap. Tak perlu nak berhentikan kereta untuk cuci tangan kan.

Imaan Family Wipes

Tisu Imaan Family Wipes mengandungai ekstrak madu semulajadi, aloe vera dan Vitamin E yang menjamin kesegaran dan kebersihan kulit. Yang pasti ia tidak mengandungi alkohol. Jadi, sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Sesuai untuk bayi juga. Kebersihan ibu menyusu badan juga terjaga dengan tisu ini. Kalau anak-anak comot semasa makan, muntah.. lagi-lagi dalam keadaan terdesak tanpa air, dalam kereta contohnya.. lap saja guna tisu ini. Ia juga mampu menghilangkan bau badan.

HARGA ASAL

1 Paket RM6
3 Paket RM15
1 Kotak RM85

HARGA PROMOSI  (sehingga 31 Ogos 2018)

1 Paket RM6
9 Paket RM30
1 Kotak RM60

 

Tisu penjagaan miss V, Imaan Feminine Wipes


Satu lagi tisu yang Mai suka adalah tisu penjagaan miss V, Imaan Feminine Wipes. Sangat bagus untuk para wanita gunakannya. Tisu lembap untuk zon intim wanita yang berfungsi untuk membersih, menyegar dan melindungi.

Imaan Feminine Wipes

Kalau di rumah, ada tuala untuk keringkan kawasan intim. Bagaimana jika berada di luar rumah, contohnya ketika jalan-jalan makan angin. Singgah tandas, Mesti perlukan sesuatu untuk mengelap kawasan intim supaya tidak basah dan terjaga kebersihannya bukan? Jadi, tisu Imaan Feminine Wipes adalah penyelesaiannya.

Tisu Imaan Feminine Wipes ini dibungkus secara berasingan dalam setiap pek. Tisu ini mengandungi ekstrak daun sireh yang mampu mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman. Pati mawar juga ada, bertindak sebagai penyeimbang PH dan memberi rasa nyaman dan sejuk pada kulit. Tisu ini digunakan untuk luaran sahaja, hanya lap di kawasan intim wanita.

HARGA ASAL

1 Paket RM6
3 Paket RM15
1 Kotak RM85

HARGA PROMOSI  (sehingga 31 Ogos 2018)

1 Paket RM6
9 Paket RM45 Free 2 paket tisu Imaan Family Wipes (kuning)
1 Kotak RM85 Free 6 Paket tisu Imaan Family Wipes (kuning)

 
Bagaimana, anda sudah mula berminat dengan variasi Imaan Wipes? Jangan lengahkan masa anda, buat pembelian segera dengan menghubungi seperti butir-butir di bawah ini ok:

Page : https://www.facebook.com/Tisu-Viral-1823471677873564/?ref=your_pages

Page : https://www.facebook.com/Imaan-Slimming-Fruitea-Daily-Detox-1523613657726253/?ref=your_pages

Instagram : https://www.instagram.com/easy_trave1

No. tel : 0193922261 (zira)

Email: zira.shahrudin@gmail.com

Berminat untuk menjana pendapat sampingan dengan Imaan Wipes?

Jika anda berminat menjadi angel/agent boleh ke link https://angel.imaanworld.com/daftar/000048 bayaran sebanyak RM30 akan di kenakan. Promo pada bulan 8 adalah tisu imaan Pink, Kuning serta Ungu dan akan tamat pada 31 ogos 2018.



Flower Chimp Tawar Servis Tempahan dan Penghantaran Jambangan Bunga dan Hadiah

$
0
0

Flower Chimp Terima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara



Flower Chimp | “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.

Flower Chimp


Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

Flower Chimp

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Antara jambangan bunga yang cantik terdapat di Flower Chimp...

Flower Chimp

Hubungi Flower Chimp di:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Tentang Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara.

Flower Chimp

Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com.


Orang kuat di sebalik Flower Chimp

Flower Chimp

Maximilian Lotz (Ketua Pegawai Eksekutif, Flower Chimp)

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Flower Chimp, Maximilian bertanggungjawab untuk menjalankan semua aspek perniagaan di empat pasaran Flower Chimp. Maximilian mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam ruang e-dagang daripada mengetuai perniagaan Malaysia hear.com, penjual alat pendengaran yang terkemuka di dunia. Sebelum itu, Maximilian memperoleh pengalaman luas dalam bidang perbankan pelaburan & modal teroka. Maximilian lulus dengan B.Sc. dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Maastricht (Belanda) dan Universiti Bocconi Milan (Itali).

Niklas Frassa (Ketua Pegawai Operasi, Flower Chimp)

Sebagai Ketua Pegawai Operasi Flower Chimp, Niklas bertanggungjawab menyelia operasi seluruh jabatan di empat pasaran Flower Chimp. Latar belakang Niklas adalah dalam perundingan pengurusan, di mana dia antara peranan lain bertindak sebagai pemimpin projek untuk firma perunding pengurusan terkemuka di industri media Jerman. Lebih-lebih lagi, beliau memperoleh pengalaman e-dagang yang luas di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan syarikat fesyen dalam talian terkemuka di Asia Tenggara, Zalora. Niklas lulus dengan M.Sc. (CEMS) dalam Pengurusan Antarabangsa dari Rotterdam School of Management (Belanda) dan B.Sc. dari WHU - Sekolah Pengurusan Otto Beisheim (Jerman).



Puas Hati dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

$
0
0

St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub terbaik!


Setakat ini, Alhamdulillah muka Mai kurang masalah kulit. Cuma bintik hitam atau blackhead yang ada pada hidung dan pori kulit pada hidung serta kawasan sekelilingnya agak terbuka besar. Cari punya cari penyelesaiannya, akhirnya berjumpa dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub.


Baru-baru ini Mai diperkenalkan dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub. Satu jenama penjagaan kulit yang tidak menghampakan penggunanya. Sentiasa memberikan hasil yang menakjubkan kepada penggunanya.

Betul, Mai sendiri amat berpuas hati dengan hasil setelah menggunakan scrub ini. Hasilnya, blackhead pada hidung semakin berkurang dan menghilang. Pori muka pula semakin mengecil. Kulit muka juga rasa lembut.

Mana tidaknya, pori yang tersumbat dengan kotoran dikeluarkan dengan scrub muka St Ives Blackhead Clearing Green Tea ini. Baunya juga yang wangi membuatkan Mai lagi seronok menyental. Sekali anda guna mesti jatuh hati.

Selepas muka diurut dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub, kulit muka juga kurang berminyak. Scrub ini sesuai dan ngam dengan kulit muka Mai.

Cara Menggunakan Scrub Wajah


Mudah saja cara menggunakannya..

  1. Bersihkan kulit muka dengan pembersih muka kemudian bilas.
  2. Selepas itu, picit sedikit scrub pada tapak tangan dan gosok perlahan.
  3. Urut wajah dengan gerakan kecil secara membulat, gunakan tekanan lembut untuk membangkitkan peredaran semulajadi kulit muka.
  4. Apabila selesai, bilas dan kering dengan tuala bersih.
  5. Gunakan 3 hingga 4 kali seminggu (bergantung kepada kulit) untuk hasil terbaik.

Senang je kan? Kalau kulit muka anda menghadapi masalah blackhead dan pori besar, apa kata anda cuba St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ini. Harganya juga berpatutan dan mampu milik. Tak susah nak mencari scrub ini. Jenguk Watson, Guardian atau mana-mana pasar raya terpilih.. insyaAllah ada.

Jom usaha dapatkan kulit wajah sihat!



Munafik 2 Menyentap Jiwa, Sebak Terasa

$
0
0

Filem Munafik 2 Terbaik!


Munafik 2, filem yang ditunggu-tunggu dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara Malaysia. Cerita yang membuatkan peminat filem Munafik tertanya-tanya tentang Munafik 2 ini, adakah ia bersambung dari Munafik yang pertama atau tidak?


Ya, Munafik 2 adalah sambungan Munafik yang pertama. Ceritanya bermula dengan mimpi Ustaz Adam - mimpi Maria jatuh dari tempat tinggi dan ada seseorang di atas yang memandangnya (babak ini ada dalam Munafik pertama). Mimpi ini akhirnya memberi jawapan di penghujung cerita.

Munafik 2 kali ini lebih banyak bermain dengan emosi, seram dengan elemen kejutan tapi bukan sekadar filem seram 'kosong', ia lebih sarat dengan pengajaran dan pengisian Islamik tentang perjuangan fisabilillah menentang kekufuran.

Mai ke panggung wayang pada hari kedua tayangan filem ini. Tempah tiket secara online je beberapa jam sebelum waktu tayangan, nasib baik belum penuh lagi. Sampai je pawagam, terus dalam dewan tayangan sebab terlambat sampai, sudah penuh dengan penonton sampai ke depan! Hebat betul penangan Munafik 2.

Seram.. memang seram. Tapi lebih kepada cerita keagamaan dan perjuangan kerana Allah. Efek kejutannya, membuatkan laju jantung berdegup. Bab hantu keluar dan waktu Sakinah dirasuk, tutup mata juga, tengok sipi-sipi je sebab takut hehe. Tapi memang tak rugi tonton filem ini tau.

Mana tidaknya, jalan ceritanya menarik, ditambah pula dengan skrip berisi yang bagus dan penjiwaan watak daripada para pelakon yang hebat, memang mantap hasilnya. Sentuhan pengarah Syamsul Yusof ini memang padu.

Jangan kata diri sudah beriman jika belum pernah diuji. Sangat benar. Selagi belum diuji, selagi itu kita rasa selesa di takuk lama. Ujian di dunia pula hadir dalam pelbagai bentuk, bukan sebarang ujian tetapi ujian yang mendekatkan diri kita dengan Allah.

Antara ujiannya dalam Munafik 2 ini, Ustaz Adam (Syamsul Yusof) diganggu dengan sihir Abuja (Nasir Bilal Khan) selepas selesai membantu Imam Malik (Roslan Salleh). Dia juga diganggu wanita misteri berjubah hitam iaitu iblis yang sering mempersoalkan tentang kewujudan Allah dan keimanannya. Ibunya (Ku Faridah) meninggal dunia, lebih menyedihkan Ustaz Adam sendiri yang membunuh ibunya tetapi masa itu dia di bawah pengaruh sihir. Sakinah (Maya Karin) juga memfitnahnya. Ustaz Adam juga dipukul teruk oleh Abuja dan pengikutnya sehingga dia koma pada akhir cerita ini.

Paling tidak disangka, rakan baik dan juga teman seperjuangannya, Azman (Fizz Fairuz) sanggup memfitnahnya di depan khalayak ramai kerana dia juga terlibat dengan ajaran Abuja. Azman adalah ornag yang muncul dalam mimpi Ustaz Adam dipermulaan cerita. Dia yang menolak Maria jatuh sehingga meninggal dunia.

Ustaz Adam adalah contoh muslim yang patut kita ikuti. Walupun dirinya diuji dengan pelbagai dugaan yang melampau, hatinya masih percaya kepada Allah dan masih utuh Allah di hatinya. Niantnya untuk membantu orang yang memerlukan, mengembalikan semula kepercayaan penduduk kampung yang sudah termakan dengan kata-kata manis Abuja, melumpuhkan ajaran sesat Abuja.. bukan mudah untuk dilaksanakan tetapi dia tetap berusaha kerana Allah.

Hidayah dan petunjuk perlu dicari. Inilah yang Ustaz Adam sering katakan dalam cerita ini. Dia yang ustaz pun masih mencari hidayah, takkan kita yang biasa-biasa ini mengharapkan hidayah turun sekelip mata saja? Maka berusahalah untuk mendapat hidayah-Nya kerana apa yang kita lakukan selama ini, yang dirasakan sentiasa betul.. tak semestinya Allah redha.

Di penghujung cerita, perasaan sedih timbul. Dengan kawannya memfitnah ustaz, dipukul kejam oleh Abuja sehingga dipersoalkan juga apa yang telah dilakukannya.. tetapi Ustaz Adam masih ingat Allah, meminta hanya pada-Nya. Allahu.. kalau kita, sakit sikit dah pun dah merungut tak tentu hala. Macam mana nak berdepan dengan finah dajjal nanti.. Allah Allah... Terfikir juga, "bagaimana pula dengan pengakhiran aku nanti?".

Ayat-ayat yang dilontarkan juga menusuk hati. Rasa takut ada, sedih pun ada. Ada pula yang kena dengan diri sendiri. Tersentap terus.

Banyak perkara yang dapat kita belajar daripada filem Munafik 2. Hati tersentap banyak kali ketika menonton filem ini. Sangat banyak pengajaran dalamnya:

  • Jangan pernah ego, bongkak dan sombong dengan Allah.
  • Bela, berjuang dan pertahankan Islam kerana Allah bukan kerana nama dan pujian semata-mata.
  • Jangan sesekali remehkan nasihat yang boleh betulkan kembali diri kita ke arah kebenaran.
  • Meminta hanya pada Allah, bukan pada makhluk.
  • Fitnah membawa kepada keretakan hubungan, hilang kepercayaan.
  • Bersahabat kerana Allah, bukan kerana ingin mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri.
  • Mati tidak mengira masa, bertaubat kena sentiasa.
  • Sabar dalam berdakwah dan ajak orang ke arah kebaikan, sehingga ke titisan darah yang terakhir.
  • Ilmu dan kelebihan yang ada pada diri, jangan disia-siakan.
  • Jangan mudah mengata orang itu tak baik, ini tak kena.. rupanya diri sendiri yang munafik.


Ambil pengajaran daripada cerita ini, itu yang sebaiknya.

Pada anda yang masih belum menonton filem Munafik 2, cepat ke pawagam untuk menonton ya. Rasai sendiri pengalamannya. Peringatan untuk anda, terdapat bacaan ayat ruqyah dalam filem ini. Kepada sesiapa yang rasa diri yang ada sesuatu dalam badan, lebih baik elakkan untuk menonton sebab dah terjadi di beberapa pawagam, ada penonton yang 'panas' semasa ayat ruqyah dibacakan.



Agak-agak ada sambungan Munafik 3 tak? Seperti apa yang Syamsul Yusof beritahu di laman Twitter, membalas soalan peminat, dia memberitahu ada Munafik 3. Ustaz Adam cuma koma, belum meninggal dunia lagi.

Bukan biasa-biasa filem tempatan ini, 10/10 Mai bagi.


Kucing Sering Menjadi Mangsa Kekejaman Manusia Tidak Berhati Perut

$
0
0

Kisah sedih kucing dobi


Sedih.. sangat sedih melihat sikap segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan, terutamanya terhadap haiwan. Kisah seekor kucing betina bunting yang dimasukkan ke dalam mesin pengering di dobi oleh manusia yang tidak berhati perut, tragedi yang sangat menyayat hati.

Haiwan tidak memiliki akal tetapi punya perasaan kasih sayang. Rugi manusia yang diberikan akal tetapi tidak menggunakannya. Apalah salah kucing bunting itu, ia bukannya harimau yang sedang mencari mangsa untuk dimakan.

kucing comel, kucing dalam dryer
Gambar hiasan, Memey kucing Mai 😽

Kalau tak suka, jangan sakitinya.

Engkau manusia berakal, kalau orang tidak suka dengan engkau kemudian engkau dibunuh begitu saja.. macam mana engkau rasa?

Engkau jaga dia, engkau dapat pahala. Kucing, anjing yang menjadi 'haiwan gelandangan'.. biarkan mereka hidup sehingga ajal menjemput. Bukan engkau yang menjadi hakim mengadili siapa yang layak hidup didunia ini. Tidak banyak pun yang mereka minta. Makanan dan belaian manusia. Itu pun sudah cukup bagi mereka.

Cukup-cukuplah menyeksa haiwan yang tidak bersalah ini. Ada yang sembelih kucing suka-suka, ada yang memakannya, ada yang membakarnya... Allah.. Manusia, gunakanlah akal yang telah diberikanNya dengan sebaik-baiknya.

Semoga 'haiwan gelandangan' seperti kucing dan anjing di Malaysia diberi perhatian yang secukupnya dan sewajarnya oleh setiap rakyat di negara ini. Tak rugi pun jika kita berbuat baik sesama makhluk. 



Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

$
0
0

Giveaway Produk Kecantikan


Tertarik betul dengan giveaway Let's Be Beautiful anjuran blogger Ana Suhana ini. Hadiah yang ditawarkan merupakan beberapa produk kecantikan seperti set produk Safi Dermasafe, set Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask dan set Safi Balqis Oxywhite. Menarik bukan?

Dengan adanya entri ini bermakna Mai sudah menyertai giveaway ini. Kalau anda ingin sertai juga, klik saja banner di bawah ini...


Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Semoga berjaya!


Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura

$
0
0

Puasa Sunat Hari Tasu'a, Hari 'Asyura


Hari ini bertarikh 9 Muharram dan esok pula 10 Muharram. Umat Islam digalakkan berpuasa pada tarikh ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.

Hari Tasu'a, Hari Asyura

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram:

  • Nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
  • Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.

Kenapa berpuasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram)?

Tasu'a yang berasal daripada perkataan Tis'ah bermaksud sembilan dalam Bahasa Arab. Ulama’ berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram. Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharam adalah hari Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.– Riwayat Al Baihaqi.


Bagaimana jika terlepas puasa sunat Hari Tasu'a?

Ambil sehari selepas 10 Muharram bersama, seperti... pada 10 Muharram dan 11 Muharram.

Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)


Kelebihan Puasa Bulan Muharram

Kelebihannya dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:

1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya. (Hadis riwayat Ibni Abbas)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari 'Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

4. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari 'Asyura (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

5. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

Pelbagai fadhilat atau kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Jadi, jom berpuasa sunat Hari Asyura esok.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

Niat puasa Hari Tasu'a

Niat puasa Hari Asyura


Semoga kita bersama mendapat merasa kelebihan dan keberkatan daripada Allah atas puasa kita ini kerana-Nya InsyaAllah.


Entri dikemaskini pada 19 September 2018.


Kredit kepada Shafiqolbu

Bukti Kewujudan Pejabat dan Kilang Mesin ATM dan Pemilik di Kiev

$
0
0

Pembukaan Grand Malaysia di Kuala Lumpur, 15 Oktober 2018 sokongan oleh www.aitrades.org



Pada 2 September 2018 pemimpin tertinggi dari Indonesia, Singapura melawat ibu pejabat dan loji pengeluaran atm di Kiev. Dalam menjalankan pasukan bisnes www.aItrades.org, yang paling penting adalah:

1. Bersifat jangka panjang, diwariskan dan sah dari segi undang-undang di Estonia, Brazil dan Amerika.
2. Boleh dilihat, dikunjungi dan bertemu pemilik syarikat untuk mengetahui visi dan misinya.
3. Perkongsian keuntungan bagi pelabur sebenar pasif masuk akal dan terdapat komisen bagi ejen pengedar.
4. Bukan permainan wang, bukan Ponzi, tidak berbahaya dan tidak merugikan orang lain.
5. Tiada pendapatan tetap atau janji palsu, semuanya berdasarkan perniagaan telus.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Kali pertama melawat Ukraine, negara bekas Rusia dan penduduknya ramah dan persekitaran serta suhu mesra. Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perniagaan dan altrades.org adalah sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan baru mahupun senior yang mahukan syarikat yang stabil dalam membina rangkaiannya. Facebook Aitrades Malaysia adalah komuniti ahli kumpulan Aitrade Malaysia dan Asia.

Pada masa ini ada beberapa negara yang sedang berkembang seperti Ghana, South Africa, Nigeria, juga diadakan pre event seminar di China pada 16 September 2018, Thailand pada 26 September 2018, Osaka pada 22 September 2018, Tokyo pada 23 September 2019, Hanoi Vietnam, Manila Filipina pada 30 september 2018, Malaysia 15 Oktober 2018, Singapor pada 27 Oktober 2018, kemuncaknya grand Launching global pada 11 November 2018 di Kiev Ukraine.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Kita harus tahu syarikat harus untung dan terbukti dari hasil timbang tara robot, pengeluaran atm kira-kira 1000 buah per bulan yang dihantar ke Inggeris, Europe, Amerika Syarikat (USA), Brazil, China, United Arab dan Jepun serta Korea Selatan. Setiap 3-5 tahun ada penambahan teknologi baru, seperti perlombongan, ICO, perdagangan dan perluasan pemasaran baik secara online maupun offline.

Untuk menyertai, anda boleh mendaftar secara percuma di www.aItrades.org, jika berminat dengan pasif add fund agreement, berperanan aktif mempunyai personal link sebagai agen pengedar antarabangsa. Untuk Indonesia hubungi, +6281331603988, Malaysia Datowan, Singapura Mentor Bob, Ghana Mr.Kachim, Abu Dhabi Surendra dan Gazal serta Dubai Walid.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Terdapat 4 pakej yang ada bermula dari 0.01 btc sehingga 5 btc ke atas dan profit harian 0,01-0.4% serta compound system pasif. Komisen maksimum 20 btc sehari untuk orang yang aktif.
Lebih baik anda cuba daripada tidak berbuat apa-apa.

Sokongan 24 jam dalam backoffice berupa Telegram chat, ada group member Whatsapp dan juga Facebook Tedy Sutanto.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Inilah cara melipatgandakan bitcoin, ternak bitcoin tanpa rumit dan mempercepatkan untuk mengubah hidup kepa yang lebih baik. Setiap Isnin kita hanya menekan butang run ai untuk mendapatan keuntungan setiap hari, kalau lupa kita boleh klik di hari kita dalam talian untuk kontrak 365 hari ini.



Kalau kami sudah mempertaruhkan wang, tenaga bahkan risiko pergi jauh melihat pejabat dan mesyuarat di pelbagai negara serta membawa peluang ini untuk membantu orang ramai, sekarang giliran anda untuk menjadi bukti bersama kami berjaya dan bebas financial mempunyai mentor guru dalam dunia bitcoin crypto currency masa depan. Lihatlah anda dalam acara pembukaan besar Malaysia di Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2018 nanti.

Jom daftar sekarang!
bitcoin crypto currency



Design Template Responsive Blog Cunna Healthy

$
0
0

Design Blog Shaklee Niche Kesihatan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Dah lama rasanya tak berkongsi tentang design blog. Mai masih mengambil tempahan design blog ya, cuma update tentang hasil design nya sedikit lambat hehe. Jadi, kali ini Mai ingin berkongsi tentang artwork design template responsive Blog Cunna Healthy.

design blog Shaklee

Blog Cunna Healthy adalah sebuah blog yang berkongsi tentang kesihatan dan juga makanan tambahan Shaklee. Maka, pada header blog diletakkan seorang wanita bertudung yang sedang bersenam serta ikon yang berkaitan dengan kesihatan bagi menonjolkan apa yang dibawa oleh blog tersebut. Ilustrasi wanita bertudung tu Mai lukis sendiri.

Ungu dan merah jambu adalah warna tema blog yang dipilih oleh pemiliknya. Jom lihat keseluruhan template blog Cunna Healthy dengan gabungan 2 warna itu.

Blog pakej 4
Blog Cunna Healthy (cunnahealthy.blogspot.com)

design blog Shaklee

Template blog ini direka supaya menjadi responsive serta mobile-friendly. Anda boleh lihat template blog yang responsive ini melalui paparan smartphone anda atau boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com.

Dibawah ini pula adalah banner blog Cunna Healthy. Banner ini diletakkan pada sidebar di sebelah kanan blog berserta kod html yang boleh disalin (copy) dan diletakkan dalam blog lain.

design blog Shaklee

Ini pula adalah watermark blog Cunna Healthy. Watermark ini boleh diletakkan pada gambar yang akan dimasukkan dalam entri atau di mana sahaja yang dirasakan sesuai. Watermak ini percuma untuk sesiapa yang mengambil Pakej 4.

design blog kesihatan


Jika anda atau kenalan anda berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan, jangan segan-segan untuk hubungi Mai ye. Pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi, InsyaAllah. Nak edit template readymade pun boleh, beritahu je Mai ok. 

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)

Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design



Disengat Lipan Sehingga Hampir Pitam

$
0
0

Disengat lipan berbisa


Teringat masa kejadian Mai disengat lipan. Cerita ini berlaku 6 tahun lepas ketika Mai darjah 6. Wah lama dah rupanya. Bermula dengan Mai mencari surat khabar lama di atas almari di rumah untuk dibaca pada satu petang. Nak dapat idea, rujukan dan ayat sedap untuk menulis esei waktu sekolah dulu, kenalah banyak membaca kan. Sebab itulah surat khabar lama dibongkar semula.

disengat lipan

Banyak juga surat khabar lama yang ada atas almari. Mai hanya ambil beberapa naskhah saja, tak ambil semua. Selepas itu, surat khabar lama mula dibuka untuk dibaca. Satu persatu helai dibaca. Kejap duduk bersila, sekejap bertimpuh. Penyudahnya baring terus sambil baca surat khabar yang besar tu 😁

Tengah sedap membaca, tiba-tiba... bawah lengan terasa sakit seperti disengat. Sakit sangat. Apa lagi, terus berlari sambil menagis ke ruang tamu. Masa itu, rasa ada benda menjalar jatuh ke bawah. Belek bawah lengan tangan kiri, nampak ada 2 titik berdarah dengan bengkak kecil yang merah di situ. Maknanya memang betullah kena sengatan sesuatu yang berbisa.

Mak terus mengikat tangan Mai dengan kain. Tidak lama kemudian, muncul seekor lipan sedang menyusur di lantai. Besarnya! Merah lagi tu. Sengatan sang lipan rupanya. Selepas itu, kepala mula rasa pening, penglihatan pun samar-samar je... terus muntah. Kenapa pula ni?

Hampir pitam dibuatnya sengatan lipan ini. Bawah lengan semakin membesar bengkaknya. Mujur shif kerja abah habis jam 3 petang. Kemudian Mai terus dibawa ke klinik untuk rawatan. Hasilnya, dapat satu suntikan.

Sampai ke hari ini, Mai takut dengan lipan walaupun hanya melihat gambarnya dalam buku. Teringat masa di kolej matrikulasi dulu, ada buku diagram untuk subjek Biologi. Kebetulan kulit buku itu terselit pula gambar lipan. Tak pandang dah kulit buku tu haha. Cepat-cepat tampal gambar lipan tu dengan kertas. Kalau terbayang je pun, meremang bulu roma!

Masa sekolah menengah pula, kawan menyakat dengan lipan plastik. Diletaknya atas tilam, memang menjerilah jawabnya hahaha.

Haiwan berbisa seperti lipan dan lain-lain kita tak dapat jangka kehadirannya. Makanya kita sendiri perlu peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat mengelak berlakunya kejadian yang tak diingini. Semoga kita sentiasa berhati-hati di mana jua kita berada kerana malang tidak berbau.



Design Template Responsive Blog Bahejabella.com

$
0
0

Design blog tema kesihatan


Alhamdulillah.. siap design Blog Bahejabella.com. Sebenarnya blog ini dah siap design pada bulan Julai lagi. Kongsi di blog je lambat hehe. 

design blog kesihatan Shaklee

Blog Bahejabella.com, blog milik seorang lelaki yang berkongsi tentang kesihatan, gaya hidup, kekeluargaan dan makanan tambahan Shaklee. Memilih warna hijau sebagai warna tema yang sepadan dengan tema blog tersebut iaitu kesihatan dan Shaklee.

Template blog ini adalah responsive serta mobile-friendly. Anda boleh lihat template blog yang responsive ini melalui paparan smartphone anda atau boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com untuk melihat paparan responsive tersebut.

 Jom lihat keseluruhan template blog Bahejabella dot com dengan warna tema hijau.

Blog Bahejabella.com (www.bahejabella.com)

design blog Shaklee

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan, boleh PM Mai di Facebook, emel dan juga Whatsapp. Macam-macam jenis tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi, InsyaAllah. Nak edit template readymade pun boleh, harga dijamin mampu milik dan puas hati.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)

Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Anak Kedua Kuat Merajuk? Nah Fakta Menarik Anak Kedua

$
0
0

Ciri-ciri Anak Kedua Mengikut Kajian


Baru-baru ini, rajin pula Mai mencari fakta menarik tentang anak kedua. Pertamanya, sebab Mai anak kedua dalam keluarga. Kedua, Mai nak tahu.. betul ke anak kedua mempunyai fi'il seperti apa yang Mai lalui.

Mai jenis yang suka buat kerja sendiri sebab lebih selesa dengan cara begini. Kerja hakiki sebagai pereka grafik, kerja harian seperti memasak, mengemas contohnya.. Mai suka buat sendiri sebab Mai fikir lebih cepat disiapkan kalau buat seorang diri. Tapi tak semua kerja yang buat sendiri, ada juga yang perlukan pertolongan orang lain. Kalau ada orang menyuruh buat sesuatu perkara pula, cukuplah suruh sekali. Minta banyak kali dengan tak sabarnya, tak layan terus.. haaaa

fakta anak kedua

Bab emosi pula.. mudah terasa hati, cepat tersentap dengan teguran orang lain dan marah dengan perkara yang betul-betul boleh buat Mai marah, tapi cepat baik. Merajuk pun ye juga, boleh sampai berhari-hari tak bercakap dengan orang yang buat Mai merajuk atau menegur. haha.. entahlah memang begitu agaknya. Tapi tempoh masa merajuk tu selalunya Mai akan fikir baik buruk apa yang orang tegur Mai.

Pernah juga rasa terpinggir daripada keluarga pun ada juga, mungkin sebab lihat mak abah lebihkan adik-beradik yang lain. Yang ini pun sama juga, Mai akan fikir sebab-sebabnya, kemudian apabila rasa sesuatu perkara itu membawa kebaikan, berlapang dada dan terimanya. Tapi yang ini selalu terjadi masa umur kanak-kanak sampailah belasan tahun. Bila dah besar boleh fikir baik buruk dah.. hehe

Rimas pula dengan mainan emosi seperti ini. Sikit punya hal pun boleh terasa hati. Sekarang ini Mai banyak perbaiki diri supaya lebih bersabar dalam setiap tindakan. Alhamdulillah semakin baik. Banyak juga Mai cari jawapan di internet daripada mereka yang arif dalam bidang ini, disebabkan emosi yang kadang kala sukar dikawal. Sehinggalah Mai mencari fakta tentang anak kedua, mungkin ada yang sama dengan apa yang Mai rasa.

Setelah baca Fakta Menarik Tentang Anak Kedua yang dikongsikan di sini, banyak betul yang sama dengan Mai. Ohh.. rupanya anak kedua memang begini 😁 Jom baca apa yang uniknya anak kedua ini...

Fakta Anak Kedua 


Antara beberapa fakta menarik mengenai anak kedua daripada perubatan dan ahli psikologi Alfred Adler:

1. Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.

Selain anak sulung, anak bongsu juga sering diberikan perhatian yang lebih. Yelah, anak kecil yang di bawahnya sudah tiada lagi adik dan merasakan itulah yang perlu dilindungi. Ada kala, ibu bapa terbawa-bawa sehingga anak itu meningkat umurnya.

Jadi, tinggallah anak kedua seorang diri dan kurang mendapat perhatian keluarga. Maka, tidak hairanlah anak kedua selalu kita lihat mempunyai SAHABAT BAIK atau ‘BFF’ atau ‘Best-Friend-Forever’. Mereka menjadikan ‘BFF’nya itu ada kala melebihi keluarga sendiri.

2. Gemar bersahabat

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.

Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab...dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.

3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjaya berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.

4. Paling Berbeza

Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.

5. Masalah hubungan

Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.

Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal!

Cara untuk mengurangkan sifat negatif pada anak kedua ini adalah dengan memberikan perhatian yang lebih kepada anak kedua ini. Dengan itu, mereka akan membesar dengan mempunyai peribadi dan karakter yang baik.

Selain itu juga, perhatian yang cukup akan menjadikan mereka seorang yang membesar dengan penuh kasih sayang. Sehingga orang di sekeliling mereka pun akan berasa selesa dengan mereka.



Wow, banyak betul persamaan Mai dengan kajian di atas ini! Anak kedua ni memang macam-macam sungguh 😁 Tetapi semua yang negatif itu boleh diubah menjadi kepada lebih positif. Bukan mudah nak menjaga hati, nak memahami perangai seseorang kan? Tapi kalau kena gayanya cara berkomunikasi dan sebagainya, InsyaAllah sesiapa pun akan selesa dengan kita.

Siapa anak kedua? Jom sama-sama berkongsi pengalaman anda sebagai anak kedua...



Beauty Giveaway By Mrs Pip

$
0
0

Beauty Giveaway


Beauty Giveaway By Mrs Pip sedang berlangsung di blog Mrs Pip lah! Seperti yang diberitahu oleh Mrs Pip di blognya, giveaway ni dibuat sempena ulangtahun pertama blog berjaya guna domain sendiri, sempena kelahiran bayi ketiga dan pageviews blognya yang sudah melepasi setengah juta.

Semoga semakin bertambah pengunjung yang datang blog Mrs Pip, InsyaAllah. Dengan adanya entri ini, maka Mai menyertai giveaway ini. Anda yang ingin sertai giveaway ini, klik je banner di bawah ini...

Beauty Giveaway
Beauty Giveaway By Mrs Pip
Apa yang Mai suka dengan blog Mrs Pip adalah, banyak perkongsian seperti resepi yang boleh diikuti, ulasan tentang pelbagai produk yang bermanfaat untuk pembaca, tentang kekeluargaan dan keibubapaan juga ada. Boleh juga ibu bapa jadikan panduan apa yang dikongsikan oleh Mrs Pip dalam blognya.

Template blog Mrs Pip pun kemas je. Senang untuk dibaca dan mencari artikel yang berkaitan. Semoga Mrs Pip maju jaya dalam bidang blogging ini!



Susu Kambing Nufael, Susu Berkhasiat Tanpa Gula Tambahan

$
0
0

Keunikan Susu Kambing Nufael


Anda penggemar susu? Pasti susu yang mengandungi banyak khasiat, diperbuat daripada bahan-bahan asli dan bagus untuk kesihatan yang akan dicari. Susu apa yang memiliki ciri-ciri tersebut? Susu Kambing Nufael keluaran syarikat Feedmilk adalah jawapannya.

Susu Kambing Nufael

Apa yang menariknya Susu Kambing Nufael ini? Susu ini adalah gabungan susu kambing asli dengan 7 bahan organik dan asli dalam setiap satu kotak. Antara bahan-bahan organiknya ialah delima, kurma, madu, minyak zaitun, manna dan kismis dengan EKSTRAK SEBENAR bukan campuran perisa, pewarna daripada bahan ini. Wow, dalam 1 kotak mengandungi pelbagai khasiat! Inilah yang membuatkan Susu Kambing Nufael tidak sama dengan susu jenama lain.

Siapa yang tidak kenal dengan si comel Fattah Anas yang popular di Instagram dengan keletahnya bukan? Adik Fattah Anas merupakan duta dan pengguna Susu Nufael. Tanpa gula tambahan, tanpa perisa dan perasa serta kualitinya yang terjamin membuatkan susu ini sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak. 

duta Susu Kambing Nufael

Susu Kambing Sesuai untuk Seisi Keluarga


Kanak-kanak yang baru beralih daripada susu ibu kepada susu biasa sangat sesuai amalkan Nufael ni. Sebabnya ia membantu menaikkan selera makan kanak-kanak selepas 2 tahun ke atas, membantu untuk sel otak berhubung dan cepat belajar, fokus untuk belajar dan membantu mengurangkan kembung perut dan sembelit.

Bukan kanak-kanak sahaja yang boleh minum, dewasa dan warga emas juga boleh mengamalkannya kerana nutrisi yang terkandung padanya sangat membantu golongan ini untuk mendapatkan khasiat yang secukupnya. Nak kulit cantik, mudah tidur malam, nak kurangkan masalah gastrik dan menambah tenaga, ambil je Susu Kambing Nufael sebagai minuman tambahan harian.

Pendek kata, Susu Kambing Nufael sesuai diambil seisi keluarga. Inilah kelebihan susu Nufael kerana kandungannya adalah daripada bahan sebenar adalah sangat sesuai diamalkan seisi keluarga setiap hari. Susu Nufael yang digelar Familymilk atau Supermilk ini mempunyai pelbagai khasiat membantu dalam kesihatan tulang, kulit, minda, ibu mengandung, tumbesaran anak, pemikiran, anti penuaan dan menambah tenaga. Jadi, tidak hairanlah susu ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan membantu merawat pelbagai penyakit.

Kelebihan Susu Kambing Nufael untuk Ibu Mengandung


Ibu mengandung yang ingin mendapatkan khasiat daripada susu ini pula pasti tertanya-tanya, adakah ia selamat untuk mereka? InsyaAllah selamat. Susu Kambing Nufael ialah minuman tambahan jadi ia sesuai diambil seawal bulan 1 kehamilan, tetapi digalakkan untuk mengambilnya bermula 3 bulan kehamilan dan keatas.

Banyak kelebihan Susu Kambing Nufael untuk ibu hamil. Antaranya, mampu membantu para ibu untuk membantu kontraksi semasa bersalin, menambah susu badan, menstabilkan HB semasa hamil, membantu elakkan sembelit semasa dalam pantang, memberi tenaga dan juga dapat membantu mengelakkan bayi mendapat penyakit kuning selepas dilahirkan. Jadi, ia sangat digalakkan untuk ibu hamil mengamalkannya.

Susu Kambing Nufael

Bagaimana dengan baunya pula? Jangan risau tentang bau susu kambing Nufael ini. Seperti yang kita tahu, susu kambing sememangnya hamis, terutamanya yang asli. Tetapi dengan menggunakan teknologi terkini yang bersih dan selamat, Susu Kambing Nufael sangat kurang hamisnya dan hampir tidak perasan ia adalah susu kambing.

Dari segi pemprosesannya pula, kualiti dan kebersihan Susu Kambing Nufael yang sudah semestinya halal ini terjamin kerana dipantau oleh MESTI dan KKM. Susu yang asli dan organik serta menggunakan gabungan bahan sebenar tanpa perisa, perasa, pewarn, bahan kimia dan ubat-ubatan, membuatkan ia LULUS KKM dalam bahagian makanan tambahan.

Ramai yang suka dengan Susu Kambing Nufael ni tau. Jom lihat apa kata mereka tentang Supermilk ini...

testimoni Susu Kambing Nufael

testimoni Susu Kambing Nufael

testimoni Susu Kambing Nufael

Susu Kambing Nufael

Susu Kambing Nufael

testimoni Susu Kambing Nufael

Nah.. ramai kan yang suka dengan Susu Kambing Nufael?

Bagi anda yang nak mencuba kelazatan dan mendapat khasiat Susu Kambing Nufael ini, bolehlah membuat tempahan segera dengan susukambingnufael.

Untuk maklumat lanjut, layari atau hubungi:

Facebook Page: Nufael Susu Kambing HQ
Laman web rasmi: Nufael Susu Kambing
Instagram Founder: Anys Paloma
Instagram Nufael HQ: Nufael Susu kambing HQ
No. HP: 0168404932
Alamat HQ: No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kepada anda yang ingin menjana pendapatan dengan Modal dropship dengan keuntungan Stokis, boleh terus daftar disini, terhad tau! - Jom Jadi Pengedar Susu Kambing Nufael


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live