Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Susu Kambing Nufael Berkhasiat Jadi Susu Kegemaran!

$
0
0

Susu Kambing Nufael Berkhasiat jadi Pilihan


Susu Kambing Nufael | Mai memang penggemar susu. Untuk minum di rumah, kebiasaannya menggunakan susu tepung je. Sebabnya mudah nak simpan dan lebih jimat. Tapi sekarang ini nak pilih susu tepung untuk diambil setiap hari, kena tengok juga bahan-bahan susu tepung tersebut. Risau ada gula tambahan.

Mai pernah beli susu tepung, rasanya manis walaupun tidak ditambah gula. Errrkk.. tak sukanya dengan rasa itu. Masa beli susu itu, Mai kelam kabut sebab nak kejar masa, tak sempat nak tengok label dan bahan. Main ambil je, bila rasa.. manis!

Walaupun ada susu di pasaran yang tidak manis rasanya, mungkin ada gula juga. Nama gula itu berselindung di sebalik nama lain.

Seboleh-bolehnya Mai nak susu dengan rasa sebenar, bukan rasa manis. Menyesal juga waktu itu. Tapi sekarang ini, dah jumpa dengan susu tanpa gula tambahan, susu kambing lagi tu. Susu tersebut adalah Susu Kambing Nufael dengan gabungan bahan organik dan asli.

Susu Kambing Nufael

Seperti yang kita tahu, susu kambing memiliki pelbagai khasiat yang bagus untuk satu badan manusia. Ditambah pua dengan ekstrak bahan sebenar seperti delima, kurma, madu, minyak zaitun, manna dan kismis, memang terbaiklah jawabnya.

Susu Kambing Nufael

Mai selalu ambil Susu Kambing Nufael ini pada waktu pagi sebagai penambah tenaga. Boleh kenyang lama tau. Kalau susah nak tidur, waktu malam sebelum tidur juga Mai ambil susu ini. Kadang-kadang kalau rasa penat selepas bekerja pun Mai ambil juga susu ini, rasa tenang je rasa selepas minumnya.

Masalah buang air besar juga dipermudahkan dengan minum Susu Kambing Nufael. Najis tidak lagi keras. Kalau anda ada masalah susah nak buang air besar, bolehlah cuba minum susu ini, InsyaAllah berkesan. Di samping itu, kenalah juga jaga pemakanan dan ambil makanan seimbang, lagi sihat tubuh badan.

Bab rasa pula, Susu Kambing Nufael ini tiada gula tambahan, jadi tiada rasa manis juga tiada perisa tambahan.

Cara nak menyediakannya mudah saja. Campurkan 3 skop dengan 170ml air suam dan kacau ikut arah lawan jam sehingga larut. Skop khas sudah disediakan dalam setiap kotak. Tekstur susu tepung ini sangat halus jadi mudah larut dalam air.

Susu Kambing

Tak rugi anda amalkan susu ini. Boleh diamalkan seisi keluarga lagi tu. Jimat bukan?

Ada yang nak mencuba Susu Kambing Nufael? Anda bolehlah membuat tempahan segera di laman susukambingnufael (klik).

Untuk maklumat lanjut tentang Susu Kambing Nufael atau ingin membuat pembelian juga, layari atau hubungi:

Facebook Page: Nufael Susu Kambing HQ
Laman web rasmi: Nufael Susu Kambing
No. HP: 0168404932
Alamat HQ: No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan




Pernah Terfikir Terperangkap dalam Badan yang Salah?

$
0
0

LGBT, Hubungan Songsang dan Undang-undang Islam


ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana) adalah video terbaru daripada MrKokom. Mai sangat tertarik dengan mesej yang disampaikan dalam video tersebut. Apa yang disampaikan ialah tentang golongan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT).

Mai tidaklah pandai untuk berbicara soal LGBT ini. Seperti yang dilihat masa kini, masalah ini semakin berleluasa. Ya, mereka yang terlibat dalam masalah ini adalah manusia biasa, sama seperti kita. Tetapi bagaikan memilih jalan yang salah kerana keliru dengan identiti diri.

ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana)
Imej dari video ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana) 

Apabila ditanya sebab golongan itu memilih jalan yang mereka mahukan, banyak alasan yang tidak munasabah diberikan. Macam-macam.. ada juga yang kata "terperangkap dalam badan yang salah". Mungkin mereka fikir sepatutnya dilahirkan sebagai wanita, tetapi sebaliknya.

Mereka yang mengubah rupa dan ciptaan asal tubuh badan, daripada lelaki kepada wanita contohnya.. apabila 'lembut' dijadikan alasan dan tidak tahan dengan kutukan, mereka mengubah diri kepada kepada yang mereka fikir sepatutnya mereka jadi.

Nah.. Video dari MrKokom, ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana)



Apa yang disampaikan dalam video ini seperti LGBT, hubungan songsang dan undang-undang Islam.. mudah difahami. Yang salah tetap salah. Benang yang basah takkan boleh ditegakkan.

Kini, banyak pihak yang menegur golongan LGBT ini. Teguran itu tandanya sayang kan? Tiada siapa mahu masalah ini berleluasa kerana tiada faedah pun. Para doktor juga kata, gaya hidup songsang tersebut menyumbang kepada pelbagai penyakit. Jika mereka tidak melakukan sebarang hubungan intim sekalipun, mereka mungkin menarik minat ramai orang lain untuk menjadi seperti mereka. Ini sangat tidak bagus.

Alhamdulillah, kerana teguran kasih sayang itu semakin ramai yang berubah memilih jalan yang betul. Tak dinafikan cara nasihat juga memainkan peranan penting untuk sesiapa saja. Setiap orang tak sama fikirannya. Ada yang boleh terima teguran yang garang, ada yang hatinya lebih mudah tersentuh dengan teguran yang lembut.

Tapi ada juga golongan itu yang masih keras hati dengan memberikan pelbagai alasan. Malah, ada pula Muslim yang menyokong mereka. Katanya mereka perlu diberi hak sama seperti manusia lain. Ada juga yang menentang orang yang menegur golongan LGBT ini. Allahu..

ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana)
Imej dari video ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana) 

Sudah nama pun manusia, kena selalu diberi peringatan antara satu sama lain kerana manusia mudah lupa, bukan Melayu saja mudah lupa. Ingat semula kejadian yang pernah menimpa kaum Nabi Luth. Kita sama-sama bantu golongan LGBT untuk berubah ke jalan yang benar, bukan sokong dengan pergerakan mereka. Tak guna kecam kosong mereka kalau tiada sebarang tindakan yang benar daripada kita sendiri.

Baru-baru ini hukuman sebat kepada pasangan lesbian hebat diperkatakan. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Ada tujuan hukuman itu dilakukan, supaya sedar dengan kesalahan sendiri.

Kan lebih bagus jadi diri sendiri. Jika lelaki, jadilah yang sejati. Jika wanita, jadilah sebaik-baik hiasan di dunia. Hati kena kuat tolak godaan dan pengaruh buruk. Kita yang masih belum diuji iman, sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa.


Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وستم bersabda:

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

( Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )



GPC Kawaii Octopus Giveaway

$
0
0

Giveaway oleh Greenpanda Craft


Comelnya octopus plushie daripada Greenpanda Craft (GPC)! Teringin juga nak satu hehehe. Sekarang ini, di blog GPC sedang berlangsung giveaway GPC Kawaii Octopus Giveaway. Hadiahnya sudah semestinya octopus plushie yang comel buatan sendiri oleh GPC.

Dengan adanya entri ini bermakna Mai sudah pun menyertai giveaway ini. Anda yang nak sertai giveaway ini, klik je banner di bawah ini...

Greenpanda Craft, kawaii plushie
KLIK BANNER OK

Semoga berjaya ;)



Design Template Responsive Blog Papaglamz.com

$
0
0

Design blog tema Lifestyle

Blog Papaglamz.com, artwork design blog template responsive yang Mai nak kongsikan dengan anda kali ini. Blog ini sebenarnya sudah pun siap beberapa minggu yang lalu. Hari ini baru nak update di blog kan 😁

design blog murah

Dah namanya Papaglamz.com, mestilah blog milik seorang blogger lelaki. Blog ini bertemakan warna oren, kelabu gelap dan putih. Rekaannya juga minimalis, memudahkan pengunjung blog untuk membaca dan mencari sesuatu yang berkaitan di blog.


Jom lihat keseluruhan template blog Papaglamz.com. Untuk lihat paparan penuh template, boleh ke blognya terus.

Blog Papaglamz.com (www.papaglamz.com)
Pakej 4
design blog murah
Template penuh

Template blog ini adalah responsive serta mobile-friendly. Anda boleh lihat template blog yang responsive ini melalui paparan smartphone anda atau boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com untuk melihat paparan responsive tersebut.


Dibawah ini pula share button ke media sosial, widget entri berkaitan dan kotak komen bebenang yang ada dihujung entri blog, juga responsive.

design blog murah


Banner blog

design blog murah


Watermark percuma dengan tempahan Pakej 4

design watermark murah


Ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan? Anda boleh PM Mai di Facebook, emel dan juga Whatsapp. Macam-macam jenis tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi, InsyaAllah. Nak edit template readymade pun boleh, harga dijamin mampu milik dan puas hati.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)





Tips untuk Orang Lain Sangka Baik, Tidak Mengungkit dan Hormat Kita

$
0
0

Sangka Baik, Tidak Mengungkit dan Hormat


Kadang-kadang kita tak sedar dengan kesalahan sendiri. Lalu mudah saja kita menyalahkan orang lain. Itu tak kena, ini tak kena.. rupa-rupanya datang daripada diri sendiri juga.

Sangka Baik, Tidak Mengungkit, Hormat
Sumber gambar Google

Contoh paling mudah, dalam sesebuah keluarga. Ada isteri bersangka buruk dengan suaminya, tak percaya dengan apa yang suaminya lakukan di luar dan sebaliknya. Ungkit-mengungkit perkara lepas sudah menjadi kebiasaan. Anak-anak pula tidak hormat ibu bapa. Apabila semua ini terjadi, masing-masing menyalahkan orang lain.

Apa yang perlu dibuat jika dalam keadaan ini? Ini sedikit perkongsian daripada channel Telegram Tarbiah Sentap..

Tips terbaik untuk orang lain SANGKA BAIK dengan kita adalah, kita sendiri yang mula bersangka baik dengan orang lain.

Tips terbaik untuk orang lain TIDAK MENGUNGKIT dengan kita adalah, kita sendiri yang mula tak mengungkit dengan orang lain.

Tips terbaik untuk orang lain HORMAT kita adalah, kita sendiri mula untuk hormat orang lain.

Jangan asyik menuding jari dengan mempersoalkan,

Kenapa dia tak hormat aku?

Kenapa dia asyik mengungkit?

Kenapa dia asyik sangka buruk dengan aku?


Jadi, muhasabah diri dulu sebelum tuding jari pada orang.

Point paling penting ialah, what goes around, comes around. :)


Resepi Oden Sedap dan Mudah, Buat Sendiri Je!

$
0
0

Resepi Oden Buat Sendiri


Ramai yang sudah mencuba oden FamilyMart. Disebabkan ingin mencuba oden tersebut beratur panjang pun sanggup. Tapi kalau sedap, beratur panjang mana pun tak kisah kan hehe. Macam gerai Ais Kepal Milo Tok Abah Kuala Kangsar yang pernah viral sampai masuk TV3. Mai pun sanggup beratur panjang masa tu hihi.

Sejujurnya Mai belum pernah merasa oden FamilyMart. Disebabkan nak juga rasa kesedapannya, Mai pun ikutlah salah satu resepi oden mudah viral yang ada di Instagram. Sedap juga rasanya, kena dengan tekak Mai. Makan oden panas-panas sedang hujan turun, fuhhh nikmatnya rasa.

Jom buat oden sendiri, pasti bertambah-tambah makan ;)

resepi oden mudah


Resepi Oden Mudah

Resepi asal: Instagram cookby_ain, rujukan di laman web Rasa.my

Bahan-bahan:

2 paket kecil Perencah Asam Pedas Adabi
1 paket kecil Perencah Tomyam Adabi
Sedikit perasa Knorr (Mai tidak gunakan perasa)
Air secukupnya
Bahan Oden (kek ikan, bebola ikan, jejari ketam dan sebagainya mengikut kegemaran anda)

Cara memasak:

1. Masukkan perencah asam pedas ke dalam periuk dan panaskan.
2. Kemudian masukkan air secukupnya (tak pekat sangat dan tak cair sangat)
3. Selepas itu, masukkan perencah tomyam.
4. Tambah sedikit perasa jika perlu.
5. Masukkan bahan-bahan oden ke dalam periuk berisi kuah tadi dan biarkan mendidih.
6. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden masak.
Siap!

Sedikit tips untuk anda:

- Jangan letak garam kerana perencah tersebut sudah cukup rasa.
- Sebelum letak perasa, rasa kuah dahulu. Kalau dah cukup rasa tak perlu tambah perasa.
- Tiada lidi cucuk-cucuk pun boleh je jadi, jangan risau hehe



Selamat mencuba. Sekali anda buat oden ini, mesti nak berkali-kali 😁


GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

$
0
0

Giveaway planner


Tahun 2019 bakal tiba beberapa bulan saja lagi. Terfikir pula nak beli planner, bagi teratur sikit buat kerja-kerja harian hehe. Sedang blogwalking, ternampak pula GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM, terus sertainya sebab hadiahnya planner 😀

Comel corak depan planner tu, kalau ada rezeki bolehlah merasa hadiah ini hehe. Bagi anda yang nak sertai giveaway ini, klik je banner di bawah ini ok..

giveaway planner

Untuk blog Sha, Mai suka dengan header blognya. Comel dan berwarna-warni. Blog pun ok, loading cepat. Kekurangannya tak nampak pula. Ok dah blog tu. Cun!

Ucapan untuk Sha pula, semoga Sha sentiasa mengekalkan semangat berblog dengan menyebarkan pelbagai ilmu kepada pembaca.


Doktor Beri Nasihat, Diperlekehkan Pula

$
0
0

Nasihat Doktor yang Sering Dikecam


Bukan senang nak bergelar seorang doktor kesihatan. Ahli farmasi juga sama. Banyak perkara dan ilmu yang mereka perlu belajar sepanjang tempoh pengajian di universiti. Banyak cabaran dan ujian demi kerjaya doktor yang membantu pesakit.

Kawan Mai ada yang yang sudah bergelar doktor dan ahli farmasi. Seronok bila bersembang sama-sama, tentang apa yang mereka belajar di universiti. Seronok sebab berkaitan kesihatan tubuh badan, rasa teruja nak tahu. Yela, kami belajar bidang lain-lain. Sambil tu dapat juga tambah ilmu baru.

nasihat doktor
Foto irishexaminer.com

Memang mencabar bidang kedoktoran ini. Nak kenal pelbagai urat, organ, otot, bab makanan, penyakit dan macam-macam lagi.. bukan senang. Ada beberapa subjek yang perlu dijawab secara lisan dan praktikal. Yang praktikal tu pula, kalau ada dijawab salah.. sampai perlu mengulang subjek itu. Ada yang kena guna mayat lagi tu. Uishhh..

Sama juga seperti ahli farmasi, semuanya tentang ubat. Pernah jugalah seorang kawan Mai yang ambil kos farmasi ini mengeluh kata kos ini susah. Sampai kena mengulang subjek sebab tersalah sukatan bancuhan ubat sewaktu peperiksaan praktikalnya. Nak botak kepala dibuatnya.. Tapi Alhamdulillah sekarang dia dah jadi ahli farmasi di sebuah hospital di Sarawak.

Apabila banyak ilmu yang dapat, baru tahu itu.. ini.. tak boleh diikut. Masa bersembang, banyak 'ooooo' sebab dah tahu yang betul dan salah sesuatu perkara yang menjadi amalan sebelum ini. Syukur ada kawan sendiri yang terlibat dalam bidang ini. Senang nak tanya perkara yang berkaitan.

Sekarang ini, ramai doktor yang sudi memberikan ilmu secara percuma di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Ya, percuma tanpa gaji. Tujuannya untuk menyedarkan rakyat Malaysia dan yang lain tentang kepentingan kesihatan, ubat-ubatan, pemakanan dan sebagainya.

Seronok dapat ilmu sebegini, boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Tapi bukan semua orang suka dengan perkara baik yang mereka lakukan ini. Ada saja mata melihat dari sisi buruk juga mengecam tindakan mereka kerana nasihat yang para doktor sampaikan.


Nasihat dan teguran, tandanya sayang kan? Untunglah kita ada yang sayang. Doktor beritahu perkara sebenar daripada kita berterusan hidup dengan mitos kesihatan merapu yang sering dianggap fakta.

Terimalah kebenaran kerana terdapat berjuta kebaikan padanya.
Kesihatan terjaga, hidup bahagia, dapat beribadat dengan gembira.

Buat kita manusia yang sering ego dengan teguran...

Ilmu itu diumpamakan seluas lautan.
Tapi nak ilmu, kena berguru. Berguru dengan yang pakar dalam bidangnya.
Jika tidak, tersesat dalam lautan yang luas itu tanpa arah tuju yang betul.

Sudah dapat ilmu yang benar, amalkan. Jangan pula jadi bodoh sombong mahu ikut yang salah juga.
Apabila dilabel bebal, tahu pula melenting.

Mudah.. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.




Cara Upgrade Hotlink Non 4G SIM ke 4G LTE SIM

$
0
0

Upgrade Hotlink Non 4G Sim ke 4G LTE SIM


Baru-baru ini, Mai dapat SMS daripada Hotlink yang meminta untuk upgrade simkad sedia ada ke 4G LTE. Yelah.. baru terfikir simkad yang sedang digunakan tiada liputan 4G. Simkad yang sedang digunakan ini pun dah lama, sejak zaman belajar lagi.

Smartphone Mai memang ada sokongan 4G LTE, cuma simkad yang digunakan saja bukan 4G. Betul juga, banyak kebaikan guna simkad 4G. Capaian internet lebih pantas berbanding teknologi rangkaian 3G sebelum ini. Maka buat kerja secara online lagi cepat jadinya.

upgrade simkad ke 4G

Mudah saja cara untuk upgrade simkad non 4G ke 4G LTE. Ini untuk pengguna pelan prabayar Hotlink Maxis..

1. Pergi ke Maxis Center berdekatan anda.
2. Beritahu kepada staf di situ, nak upgrade simkad ke 4G.
3. Mereka akan minta kad pengenalan dan beberapa butir-butir peribadi. 
4. Simkad 4G yang baru akan diberikan. 

Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses ini. Proses upgrade simkad ini sekejap saja, hanya beberapa minit dah siap. Selepas setengah jam proses upgrade dilakukan, simkad 4G baru boleh digunakan dengan menggantikan yang lama.

Senang bebeno orang Perak kata. Kepada sesiapa yang masih belum upgrade simkad 3G ke 4G, eloklah tukarnya segera ya. Untuk yang bukan pengguna pelan Hotlink, anda boleh tanya dengan telco masing-masing ok.



Kenapa Takut Makan Ubat Hospital?

$
0
0

Takut Makan Ubat Hospital


Ada yang kata, jangan terlalu bergantung dengan ubat hospital nanti badan boleh rosak lagi cepat. Benarkah begitu? Kata-kata negatif inilah yang membuatkan segelintir orang takut makan ubat hospital.

Laaa... kenapa nak takut pula. Ubat-ubat yang kita dapat dari hospital itu, mengikut preskripsi daripada doktor. Doktor yang merawat, mestilah dia tahu jenis ubat yang patut diambil oleh pesakit dan dos ubat yang betul untuk para pesakitnya.

ubat hospital
Foto dari Google

Mai sendiri pernah ambil ubat hospital selama hampir 5 bulan kerana jangkitan Sporo pada kulit. Ubat Sporo itu ada kesan sampingan jika diambil dalam jangka masa panjang. Tapi Mai tak risau sebab sepanjang ambil ubat Sporo, Mai ambil ubat mengikut dos seperti yang diarahkan oleh doktor.

Setiap 2 bulan sekali, doktor akan suruh buat pemeriksaan darah di hospital untuk memantau tahap kesihatan. Apabila luka Sporo sudah sembuh, hanya tinggal parut.. doktor suruh berhenti makan ubat tersebut sebabnya dah pulih. Alhamdulillah kini Mai dah bebas daripada jangkitan Sporo.

Kalau semasa pengambilan ubat terdapat sebarang masalah, berbincang dengan doktor, kemudian mereka akan mengenalpasti sesuatu masalah dan akan berusaha cari penyelesaian yang terbaik. Ubat yang dibekalkan kepada pesakit pula, bukan sebarang ubat dan bukan murah. Nampak.. doktor sangat menjaga pesakitnya kan? Cuma kadang-kadang kita tidak menghargainya, malah ada yang menuduh doktor dan ubat hospital menjadi punca sesuatu penyakit.

Sebenarnya ramai pesakit yang bergantung dengan ubat hospital. Alhamdulillah dengan izin Allah mereka dapat meneruskan kehidupan dengan bantuan ubat tersebut.

Kita yang masih diberi nikmat sihat, janganlah momokkan mereka dengan pelbagai kata negatif yang akhirnya akan membuat mereka tinggalkan ubat hospital. Kalau nak jual produk kesihatan atau makanan tambahan sekalipun, mohon janganlah sehingga keluarkan kata-kata yang memesongkan fakta yang benar demi mengaut keuntungan semata-mata.

Senang.. kalau sakit, jumpa doktor. Ada kalanya tak semua petua tradisional ngam dengan badan kita. Sudah ada teknologi yang memudahkan kita, manfaatkannya untuk kebaikan bersama.

Makan apa pun jika berlebihan, pasti ada kesan sampingan. Rujuk kepada yang pakar, InsyaAllah baik-baik saja.


7 in 1 Cannis App is the Hit Now and Going to be listed on NASDAQ IN 2021!

$
0
0

“The Upcoming Greatest Star in Nasdaq ~ Cannis”


(Sunday, 21 Oct 2018) Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.

Cannis App

Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.

Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.

Cannis App

“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in the best era

The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record. 



Analysing the App categories under increments of downloads, games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.

Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function.

A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode


Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.

In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

Cannis Strategic Partners


Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee. 

Cannis App

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable.

Cannis App

Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world.

For more information, please visit http://cannis.app.


Luka Jangkitan Sporotrichosis pada Kulit Manusia, Bahaya!

$
0
0

Luka Sporo pada Manusia


Pernah dengar tentang Sporotrichosis atau Sporo? Bagi yang rapat dengan kucing, mereka pasti tahu tentang jangkitan Sporo. Penyakit sporo ini disebabkan oleh disebabkan oleh sejenis fungus yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii (S. schenckii). Sporo berbahaya kepada kucing dan boleh menyebabkan kematian kepada kucing jika lambat diberikan rawatan. Manusia juga boleh berjangkit dengan penyakit Sporo ye. Jadi, kalau kucing peliharaan atau gelandangan terdapat luka padanya, jangan suka-suka nak sentuh. Bahaya! Kalau ada luka terbuka walaupun kecil, lebih mudah untuk berjangkit.

luka sporo pada manusia

Setakat ini masih ramai yang bertanya kepada Mai tentang jangkitan Sporo setelah membaca beberapa entri yang ditulis pada tahun 2016 tentang Sporo di blog Mai. Ada yang bertanya melalui Facebook, Whatsapp dan juga emel. Disebabkan ramai yang bertanya, Mai kongsikan pengalaman di sini, senang dirujuk.

Luka Sporo pada Kulit


Luka yang dijangkiti Sporo pada kulit tangan kiri Mai, bermula dengan sebiji bisul. Kadang-kadang gatal pada bisul, Mai pun garu sajalah. Mai tak perasan bila bisul itu pecah sendiri. Masa ini hanya sapu minyak gamat. Tapi tak berkesan kepada luka itu dan semakin lama, luka bisul tadi semakin besar. Luka mula menjadi berkawah, semakin lama semakin ke dalam.

luka sporo pada manusia
Selepas bisul pecah, luka semakin besar
Luka tersebut mula bernanah. Semakin tebal lapisan nanahnya mungkin disebabkan cara Mai cuci luka tidak betul dan ada jangkitan kuman. Bengkak putih bawah kulit semakin menaik sehingga ke bawah lengan sampai tak boleh bengkokkan tangan sebab ada biji tumbuh pada pelipat. Masa ini, kerap demam. Ada pula orang terdekat Mai suruh berjumpa ustaz, mungkin terkena buatan orang katanya. Ada juga yang suruh berjumpa bomoh.. haha macam-macam kan.

luka sporo pada manusia
Nanah mula menebal, mula tumbuh bintik-bintik kecil sekeliling luka
luka sporo pada manusia
Luka semakin besar, bintik-bintik ditepi juga semakin besar
luka sporo pada manusia
Luka semakin besar
Disebabkan tak tahan sangat dengan luka yang gatal itu, Mai pergi ke sebuah klinik untuk dapatkan rawatan. Itupun selepas sebulan luka ada pada kulit. Rasanya doktor disitu tak tahu dengan penyakit kulit ini. Periksa dalam 1-2 minit sepatah pun tak bercakap, terus bagi ubat. Adoiii apa punya klinik daa.. Dan ubatnya tak berkesan dengan luka Mai.

Kemudian pergi pula ke hospital kerajaan, mungkin doktor ini kurang pengalaman dengan penyakit kulit seperti ini, nampak macam baru je. Doktor itu hanya beritahu ada jangkitan kuman pada luka. Ubat antibiotik dan krim sapu diberi tapi tetap tidak berkesan pada luka.

Selepas itu, pergi ke sebuah hospital swasta. Doktor itu juga tak pasti sebab luka boleh terjadi. Doktor mengambil sedikit sample luka untuk dikaji puncanya dan mencuci luka. Menangis dibuatnya masa proses cuci luka sebab nanah sudah menebal. Ubat diberikan dan doktor tersebut minta untuk datang ke hospital untuk cuci yang seterusnya tapi disebabkan jauh, Mai minta tukar ke hospital kerajaan berdekat rumah.

Mulalah proses cuci luka di hospital selama lebih kurang 2-3 minggu. Ubat dari hospital swasta sudah habis, jadi Mai berjumpa dengan doktor hospital kerajaan tempat Mai cuci luka. Apabila doktor melihat keadaan luka dan bengkak-bengkak pada kulit, doktor terus beritahu yang Mai mungkin dijangkiti Sporo. Mai dirujuk pula kepada klinik pakar kulit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan selanjutnya.

Setelah diperiksa oleh doktor pakar kulit, doktor beritahu Mai dijangkiti Sporo. Jadi, sample luka diambil, satu bengkak lebam pada kulit dipotong untuk kajian dan darah diperiksa untuk mengesahkan yang ia adalah jangkitan Sporo.

luka sporo pada manusia
Dressing luka di hospital, jahitan itu adalah bengkak paling besar yang dipotong untuk makmal
luka sporo pada manusia
Keadaan luka

Mai dibekalkan ubat Itraconazole (Inox) 100mg, ubat gatal, ubat tahan sakit dan ubat alergi. Ubat Inox perlu diambil mengikut preskripsi ubat oleh doktor sahaja. Bukan main makan je ye sebab ada kesan lain pada badan jika tak diambil mengikut arahan doktor.

ubat Inox, ubat Sporo
Ubat Inox

Mai perlu ambil ubat Inox dua biji pagi dan dua biji malam pada 3 bulan pertama. Mai mula cuci luka sendiri, guna normal saline untuk cuci luka kemudian sembur Spray8 pada luka. Bagus guna Spray8 tau, luka cepat sembuh. Macam magik pula, memang seronoklah bila tengok luka semakin sembuh. Nak tahu lebih lanjut tentang Spray8 boleh baca di sini ye,  Spray8 (klik).

luka sporo pada manusia
Kiri sebelum, kanan selepas menggunakan Spray8. Magik kan?

Beberapa kali jugalah pergi temujanji dengan doktor pakar. Setelah 3 bulan berlalu selepas ambil ubat Inox, dos dikurangkan kepada sebiji pagi dan sebiji malam. Alhamdulillah luka semakin pulih, dan akhirnya membentuk kulit baru sedikit demi sedikit pada keliling luka tersebut. Cukup 5 bulan makan ubat Inox, doktor suruh berhenti ambil. Luka pun dah baik dan membentuk kuping pada luka itu. Gatal betul pada kuping tu. Tapi doktor beritahu itu perkara biasa.

Mai memang ada menjaga seekor kucing yang dijangkiti Sporo, agaknya berjangkit daripada dia la tu. Kalau anda juga ada menjaga kucing dengan luka yang lambat sembuh, bawa terus kucing ke klinik haiwan untuk rawatan. Kalau anda pula yang ada luka lambat sembuh dan menjaga kucing dijangkiti Sporo, sama juga, cepat-cepat jumpa doktor. Lagi lambat jumpa doktor, lagi merebak besar luka dan bengkak-bengkak kecil boleh tumbuh lagi banyak. Rimas tau ada luka dan bengkak tu. Boleh jadi lebih teruk jika tidak dirawat.

Alhamdulillah, sekarang Mai dah pulih daripada penyakit Sporo. Sekarang tinggal parut pada tangan kiri. Kalau tengok, dah macam jam tangan je. Mak Mai selalu usik, tanya jam pukul berapa... hahaha Mak ni...

* Mai minta maaf ye sebab kongsi gambar luka.. tapi bukan saja-saja, nak kongsi pengalaman dengan anda 😊


Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

$
0
0

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Sempena ulangtahun bulan kelahiran Mai, Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com dianjurkan untuk anda semua. Disamping itu, giveaway ini juga diadakan sebagai menghargai anda yang sudi singgah di blog ini. Sebenarnya hari lahir Mai jatuh bulan Oktober tapi disebabkan kekangan masa, terlupa untuk update tentang giveaway ini hehe.

MaisarahSidi.com

Giveaway ini berlangsung dari 3 November 2018 sehingga 2 Disember 2018.


Mudah saja syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini:

1. Buat satu entry bertajuk " Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com"

2. Letakkan banner giveaway dan linkkan ke entri ini.

3. Buat ucapan, tak kisah panjang atau pendek sempena hari lahir Mai (kalau boleh buat ucapan kreatif, lagi bagus) dan berikan apa saja komen tentang blog ini.

4. Follow blog ini, Instagram @maisarah_humaira dan FB Page MaisarahSidi.com (wajib follow ketiga-tiga ini ya)

4. Tinggalkan URL entri penyertaan anda di ruangan komen entri ini.

Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang berupa produk penjagaan kulit dan beberapa hadiah lain lagi, sesuatu yang pasti membuatkan anda suka 😉 InsyaAllah Mai akan update hadiah pada entri seterusnya.

Hadiah disediakan untuk beberapa blogger bertuah seperti:

  • Hadiah ucapan paling kreatif
  • Hadiah bertuah untuk 5 orang


Lagi banyak penyertaan, bolehlah Mai tambah hadiah lagi.

Setiap blog peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist sehingga hujung tahun ini. Jom meriahkan giveaway ini.

Salam perkenalan dan semoga berjaya!



Suku-suku Separuh Bantu Kurangkan Berat Badan, Jom Cuba!

$
0
0

Amal Suku-suku Separuh untuk dapatkan berat badan ideal


Teringat ketika raya Aidilfitri beberapa bulan lepas. Ada seorang ibu saudara menegur Mai, katanya badan Mai nampak berisi. Depan orang lain pula tu dia cakap. Terasa jugalah hati dengan kata-katanya, suka-suka nak komen diri orang lain kan heeee

Tapi bila difikir semula, memang betul pun cakap ibu saudara. Masa berat tengah naik tu, kaki pun selalu rasa sakit, cepat penat. Pakaian lama tak boleh pakai dah! Perubahan bentuk badan sangat ketara. Apabila berat tak ideal dengan ketinggian badan, macam inilah jadinya kan.

Teringat zaman belajar di universiti, sampai pensyarah tegur Mai suruh makan banyak sebab kurus, muka pun cengkung. Masa itu aktif, sebab tu berat badan susah naik. Baju pun pakai saiz S. Bila dah kerja asyik mengadap komputer je, sedar tak sedar badan dah naik. Makan pula tak ambil diet seimbang.

Sedih juga bila baju-baju lama dah tak muat. Nampak sangatlah badan dah berisi kan. Nak tak nak, memang kena paksa diri untuk dapatkan semula berat badan ideal dan yang penting sihat. Perkara pertama yang Mai lakukan adalah ubah gaya hidup. Jaga pemakanan dan kerap buat senaman. Kalau sebelum ini nasi mesti penuh sepinggan, sekarang hanya ambil suku pinggan saja. Ya, Mai amalkan 'Suku-suku Separuh' seperti yang doktor sarankan.

Suku-suku Separuh
Foto www.finerminds.com

Suku-suku separuh.. suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur serta buah-buahan. Nak mudah, guna je pinggan sihat khas yang ada dijual di kebanyakan pasar raya. Kalau nak buat anggaran sendiri pun boleh. Yang suka ambil nasi, mi, bijirin dan ubi senang ikut genggam tangan masing-masing. Yang suka roti, ambil jenis wholemeal. Kalau Gardenia, pilih bungkusan warna hijau atau ungu. Kemudian, elakkan makanan dan minuman manis, makanan bergoreng Mai ambil sekali sekala, air masak jadi minuman utama. Makanan dan minuman yang diambil, jangan lupa kira kalori supaya tidak melebihi keperluan badan.

Suku-suku Separuh

Bersenam pun buat juga. Jogging, lompat tali.. berjalan laju pun ok. Nak bersenam dalam rumah pun boleh, boleh cari di YouTube aktiviti bersenam dalam rumah. Nak kurus ni niat kena betul. Kurus bukan sebab nak pakai baju ketat, tayang badan sana sini. Tapi sebab nak sihat supaya boleh uruskan diri sendiri dan keluarga dengan baik serta dapat beribadat dan bekerja dengan selesa.

Selepas amalkan 'suku-suku separuh' dan senaman, Alhamdulillah berat badan dah berkurang dan pakaian lama kembali muat! Buat kerja pun rasa selesa je.

Masa sedang amalkan diet seimbang, ada juga yang cakap, "alaaa buat apa nak diet-diet ni, hidup ni kena cuba semua makanan sedap, barulah nikmat". Ya, makanan sedap memang nikmat tapi kena pandai kira kalori ya. Kita kena ingat, makanan yang diambil perlu sesuai dengan tenaga yang kita gunakan. Dah makan macam-macam jenis makanan, kenalah pandai bersenam. Lainlah kalau kita pekerja buruh atau petani yang banyak gunakan tenaga. Jangan bising di socmed beritahu menyesal makan banyak, berat badan dah naik, badan dah berisi tapi tindakan diri sendiri tiada.

Nak amalkan diet seimbang ni mudah je sebenarnya. Yang susahnya istiqamah je. Makan secara sihat. Tak perlu risau fikir susah-susah nak makan apa, makan je ikut suku-suku separuh yang ada karbohidrat, protein dan sayuran serta buah. Nampak sikit kan portion makanan tu? Tapi sangat membantu kurangkan berat badan dan kekalkan berat badan ideal. Kalau rasa lapar nak makan snek, gantikan biskut, makanan ringan dan seumpanya dengan makan buah-buahan. Makan pula ikut waktu sepatutnya.

Lagi satu, jangan mudah terpengaruh dan tertipu dengan ubat kurus yang semakin banyak di pasaran. Nak kurus tapi dalam masa yang sama nak makan banyak dan tak nak bersenam. Agak-agak andalah.. jadi ke kurusnya tu? Jangan sampai organ dalam badan yang rosak ya kerana nak cepat kurus. Kita sendiri pun tahu, mana ada jalan singkat untuk berjaya kan.

Lagi, makan makanan sebenar lebih bagus daripada yang telah diproses. Rugi pada sesiapa yang tak suka buah-buahan dan sayur-sayuran sebenar, sangat banyak manfaatnya untuk badan. Sebelum memilih untuk ambil makanan tambahan kerana diri sendiri tak suka makan buah atau sayur, yang claim dirinya tak cukup khasiat.. fikir dulu dalam-dalam ye. Tak salah paksa diri untuk makan makanan sebenar yang kaya khasiat semulajadi.

Untung amalkan gaya hidup sihat. Kebaikan dan manfaatnya terasa pada diri sendiri. Kalau anda nak hidup sihat dengan berat badan ideal, ubah cara pemakanan dan kerapkan bersenam. 'Sayang lemak, tinggal-tinggalkan kan' eh hihihi..






Dakwah Disebalik Lirik dan Lagu Bekas Kekasih Nyanyian Tomok

$
0
0

Dakwah dalam Bekas Kekasih oleh Tomok


Lirik dan Lagu Bekas Kekasih - Tomok | Zaman kini, zaman ujian. Mungkin kita yang masih kabur, tidak nampak dengan ujian tersebut. Lalu, terus leka dalam mainan ciptaan sendiri. Hari demi hari, waktu itu semakin menghampiri. Tapi apakah amalan kita sudah cukup untuk ke sana?

Lagu Bekas Kekasih-Tomok

Lagu Bekas Kekasih - Tomok




Ku dengar kau tak lagi bersamanya
Hidupku indah tanpamu disisiku
Tak mudah cintaku berputik lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Kau harus terima
Itu hakikatnya
Tak seharusnya kita begini
Tak usah kembali lagi

Kau harus sedar
Tiada lagi ruang
Bersamamu
Bekas kekasih
Jangan kembali

Tak mudah cintaku kembali lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Ku dengar kau tak lagi bersamanya
Hidupku indah tanpamu disisiku
Tak mudah cintaku berputik lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Kau harus terima
Itu hakikatnya
Tak seharusnya kita begini
Tak usah kembali lagi

Kau harus sedar
Tiada lagi ruang
Bersamamu
Bekas kekasih
Jangan kembali


Jangan kembali bekas kekasih...

Daripada lagu ini, Bekas Kekasih adalah masa silam diri sendiri yang penuh dengan perkara maksiat yang melalaikan dan yang menjauhkan diri daripada Allah. Macam-macam jenis maksiat ada kan.

Salah satu ujian yang semakin kerap dilihat, tukar jantina. Daripada lelaki menjadi perempuan dan juga sebaliknya. Mereka yang menukar jantina, ada yang tanpa segan silu menunjuk yang mereka bangga dengan perbuatan masing-masing yang salah itu. Tapi ada juga daripada golongan itu yang sudah kembali kepada fitrahnya semula, Alhamdulillah.

Kita yang masih belum diuji, berusaha dengan perbuatan dan berdoa agar kita terhindar daripada perkara seperti ini. Dakwah, nasihat dan doa tanpa henti daripada kita amat perlu untuk golongan itu. Semoga mereka lembut hati untuk berubah semula.

Waktu muda, hati sedang membuak-buak nak mencuba pelbagai perkara. Tapi jangan sampai tersalah cuba. Nanti merana diri. Jika sudah jauh tersasar, ingatlah Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya.

Kembalilah kepada yang nyata.

Pesanan untuk saya, saya, saya dan kita semua.



Althea Petal Velvet Sunaway, Sunscreen Bagus untuk Kulit

$
0
0

Sunscreen Althea Petal Velvet Sunaway


Sunscreen Althea Petal Velvet SunawayKulit yang cantik dan sihat menjadi idaman setiap wanita, lelaki juga tidak terkecuali. Nak kulit yang cantik dan sihat, mestilah beri perhatian yang lebih padanya. Jadi, pelindung matahari atau sunscreen perlu disapu setiap hari bagi melindungi kulit daripada cahaya matahari yang berbahaya, juga dapat mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit.

Baru-baru ini, Mai dah cuba sunscreen Althea Petal Velvet Sunaway. Sekali guna terus suka.

Althea Petal Velvet Sunaway, sunscreen
Althea Petal Velvet Sunaway

Selepas disapu pada kulit, kulit terasa lembap dan licin. Teksturnya cecair pekat berwarna putih, tetapi tidak meninggalkan kesan putih pada permukaan kulit. Ia cepat meresap ke dalam kulit. Ringan pada kulit dan yang penting tidak melekit, kulit pun rasa selesa je. Baunya juga harum dengan wangian ros tapi jangan risau, pada yang tak suka bau wangi.. bau itu akan menghilang selepas disapu pada kulit.

Althea Petal Velvet Sunaway, sunscreen
Tidak meninggalkan kesan putih, cepat meresap ke dalam kulit

Althea Petal Velvet Sunaway ini melindungi kulit daripada cahaya UVA (penuaan) dan UVB (sunburn). Apa yang menarik tentang sunscreen ini adalah kandungan utamanya iaitu, ekstrak Damask Rose, melembapkan dan melicinkan kulit. Damask Rose mempunyai komposisi nanomolecular semulajadi yang kaya dengan vitamin untuk tembus jauh ke dalam kulit.

Hyaluronic Acid menarik kelembapan pada kulit untuk mencegah dehidrasi juga terkandung dalam sunscreen ini, secara tak langsung dapat mengawal sebum berlebihan pada kulit. Selain itu, Geranium Oil yang terdapat dalamnya juga menjadikan kulit berseri dan dapat menyembuhkan jerawat. Kalau anda yang banyak bekerja luar di bawah cahaya matahari, kerap melakukan aktiviti di luar rumah dalam masa yang lama, elok sangat gunakan Althea Petal Velvet Sunaway.

Althea Petal Velvet Sunaway, sunscreen


Althea Petal Velvet Sunaway dengan SPF 50+ dan PA++++ sesuai untuk kegunaan harian ye. Sesiapa yang sedang mencari sunscreen yang tahan lama dan beri perlindungan yang kuat untuk kegunaan seharian, yang memberi kelembapan pada kulit tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit dan melekit, Althea Petal Velvet Sunaway adalah jawapannya.

Cara Menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway

  1. Goncang botol Petal Velvet Sunaway sebelum menggunakannya.
  2. Sapu 15 minit sebelum memulakan aktiviti dibawah cahaya matahari.
  3. Sapukan pada muka dan kulit yang terdedah.
  4. Sapu 3-5 jam sekali untuk menguatkan perlindungan terhadap UV.

Althea Petal Velvet Sunaway ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Jom jaga kulit supaya sihat dan cantik. Jangan lupa minum air putih secukupnya ya.
Untuk maklumat lanjut tentang Althea Petal Velvet Sunaway, boleh terus ke laman web Althea ok.

Bercuti dengan Vietnam Tour Packages Traveloka

$
0
0
Vietnam Tour Packages Traveloka

Vietnam Tour Packages Traveloka | Teringin pula rasanya bercuti di Vietnam. Baru-baru ini Mai ada baca tentang Vietnam di sebuah laman web. Rupanya banyak tempat menarik di sana! Sesuai sangat untuk bercuti bersama yang tersayang sambil menikmati keindahan alam, sejarah negara dan makanan halal di negara tersebut.

Cuti sekolah pula semakin mengahampiri. Elok sangat buat perancangan untuk bercuti sekarang ini. Bercuti ramai-ramai lagi meriah kan? Dengan keluarga atau rakan-rakan, mesti seronok nanti. Jadi, bolehlah mula cari tempat menarik di Vietnam untuk dilawati.

Daripada apa yang Mai baca di laman web tentang tempat menarik di Vietnam, banyak juga yang ada dalam senarai. Salah satunya di bandar Ho Chi Minh, di sini pun dah boleh lawat banyak tempat menarik.

Ho Chi Minh City


Kalau melancong, mengambil gambar kenangan adalah aktiviti yang wajib dibuat. Banyak tempat menarik di Ho Chi Minh yang ‘Instagrammable’. Banyak bangunan bersejarah dan moden dengan rekaan yang unik dan taman-taman menarik dengan hiasan tumbuhan dan kolam.

Antara yang menarik adalah bangunan pencakar langit 68 tingkat Bitexco Financial Tower di Ho Chi Minh. Rekaannya yang moden memang memukau mata yang memandangnya. Dari skydeck yang ditempatkan di tingkat 48 menara itu, kita boleh melihat pemandangan sekitar bandar. Pasti menarik ni!

Bitexco Financial Tower
Skydeck Bitexco Financial Tower

Bangunan bersejarah seperti Central Post Office, Saigon Opera House, Museum of Vietnamese History dan Fine Arts Museum. Lihat, cantikkan reka bentuknya? Kamera dan telefon pintar anda jangan lupa bawa untuk simpan momen indah di sini bersama tersayang.

Central Post Office
Saigon Opera House
Saigon Opera House
Museum of Vietnamese History
Museum of Vietnamese History
Vietnam Fine Arts Museum
Fine Arts Museum

Binh Tay Market juga memiliki senibina yang cantik. Macam-macam ada di sini, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut hinggalah ke cenderamata. Kalau nak beli buah tangan untuk saudara-mara dan rakan-rakan, cari saja di pasar ini.

Binh Tay Market
Binh Tay Market
Setelah penat berjalan, berehat sebentar dengan menonton Water Puppet Show atau persembahan boneka air pasti membuka mata para penonton. Kalau di Malaysia ada wayang kulit dengan ceritanya, di Vietnam ada Water Puppet Show. Beberapa boneka diletakkan dalam air dan cerita seperti mitos-mitos, budaya dan kehidupan kampung Vietnam dipersembahkan kepada penonton.

Water Puppet Show
Water Puppet Show

Malamnya pula, bersiar-siar di Starlight Bridge. Sangat cantik pemandangannya yang dihiasi dengan lampu berwarna-warna di situ. Pasti rasa tenang minda dan mata bila ke sini.

Starlight Bridge
Starlight Bridge

Atau jika mahu melihat bandar Ho Chi Minh berwarna-warni dengan lampunya dari sungai, bolehlah menyusuri Sungai Saigon dengan menaiki kapal dengan harga berpatutan.


Kalau perut sudah berbunyi meminta diisi, makanan halal pasti dicari ketika ini. Yelah ada di tempat orang kan. Nak makan pun ragu-ragu. Tapi dah tengok, ada kedai makan halal di sana. Antaranya Restoran Hjh Basiroh, Restoran Haji Os Man, Restoran Haji Idris, Restoran Musa Kariem dan Restoran Halal Amin. Kalau pandai cari, InsyAllah banyak jumpa yang halal. Bolehlah cuba Goi Cuon atau popia Vietnam di sana ya.


Tempat seperti Saigon Zoo and Botanical Gardens pasti akan dilawati sebabnya zoo dan taman botani ditempatkan dalam lokasi yang sama. Rin Rin Park yang cantik, taman yang dihiasi dengan rumput menghijau, batuan dan kolam berisi ikan koi dengan jambatan comel di atasnya. Kemudian bersantai di Turtle Lake atau Tao Dan Park. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus… pasti tenang berada di sini setelah penat berjalan melawat pelbagai tempat. 

Saigon Zoo and Botanical Gardens
Saigon Zoo and Botanical Gardens
Rin Rin Park
Rin Rin Park

Turtle Lake, Tao Dan Park
Turtle Lake atau Tao Dan Park

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang lain ada di sana. Best, macam-macam ada.

Tapi nak lawat pelbagai tempat menarik ini mungkin perlukan masa 2-3 hari di sana. Jadi kena fikirkan juga tentang penginapan dan tiket penerbangan pergi dan balik supaya tidak kelam kabut mencari apabila berada di sana nanti.

Sebelum nak ke sana, persiapan rapi mestilah dibuat terlebih dahulu. Supaya lebih mudah ke Vietnam. Cari punya cari, nampak Vietnam tour packages di Traveloka.

Terbaru daripada Traveloka iaitu Traveloka tour packages. Kini mereka menyediakan pakej kombo Penerbangan + Hotel. Apa yang menariknya dengan pakej ini?

Traveloka tour packages

Menariknya, pengguna dapat berjimat sehingga 11.5% dengan Pakej Penerbangan + Hotel. Ini bermaksud, jika membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel sekaligus, harga akan jadi lebih murah. Lagi seronoklah melancong kalau macam ni kan.

Traveloka tour packages
Jimat kan?

Tempah penerbangan dan hotel secara berasingan, rasa leceh juga kan. Dua-dua nak kena cari di laman web berbeza. Apabila ada pakej Penerbangan + Hotel Traveloka ini, sangat memudahkan pengguna.

Untuk pakej Penerbangan + Hotel ini, terdapat pelbagai pakej pelancongan yang Traveloka tawarkan dan ubah suai pakej-pakej tersebut seperti yang kita mahukan untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai. Senanglah macam ni…

Bab bayaran pula, pelbagai kaedah pembayaran disediakan sama ada tunai atau kad untuk kemudahan anda. Pilih saja nak yang guna yang mana satu. Berbelanja melalui kredit dengan pelan ansuran 0% terkini Traveloka juga boleh.

Gembiranya hati dapat jimat banyak dengan pakej ini! Emm.. bagaimana pula nak buat tempahan pakej Penerbangan + Hotel di Traveloka?


Cara Menempah Pakej Penerbangan + Hotel di Traveloka


1. Cari Penerbangan + Hotel

Mulakan carian anda dengan mengisi destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan.

tempah tiket traveloka


2. Pilih Kombinasi

Di halaman hasil carian, pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang diingini.

tempah tiket traveloka


3. Ubah kombinasi

Jika anda ingin mengubah kombinasi, tekan UBAH pada Penerbangan Anda semasa menggunakan Traveloka App. Untuk laman web Traveloka, klik Ubah Bilik atau Ubah Penerbangan.

tempah tiket traveloka


4. Tempah Penerbangan + Hotel

Semak ringkasan perjalanan dan klik Pilih untuk meneruskan. Isi butiran penempah dan pelancong, dan pastikan semua butiran adalah tepat.

tempah tiket traveloka


5. Teruskan dengan pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang inginkan. Setelah bayaran diterima, e-tiket dan baucar akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit.

Mudah dan jimat masa bukan? Mana tidaknya, tempahan hotel dan penerbangan boleh dibuat dalam masa yang sama. Untuk pengetahuan anda, buat masa ini, pakej ini boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android. Untuk IOS pula bakal menyusul.

Tunggu apa lagi? Cepat-cepat rancang percutian dengan yang tersayang. Jom berjimat dengan Traveloka!


Kredit foto:

https://goo.gl/9sZxPx
https://goo.gl/1nFUee
https://goo.gl/upRLNd
https://goo.gl/Zc6DRK
https://goo.gl/nRKFyD
https://goo.gl/dTU6cB
https://goo.gl/koNa2L
https://goo.gl/TdwMfw
https://goo.gl/QZtjG5
https://goo.gl/cMa87f
https://goo.gl/9jY5hz
https://goo.gl/iQZQWm
https://goo.gl/1nFUee


Senarai Hadiah Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

$
0
0

Senarai Hadiah untuk Pemenang Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Lambatnya nak umumkan senarai hadiah Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com ni. heeeee maaf ya semua sebab sibuk sangat akhir-akhir ni. Tapi Mai tak lupa pun giveaway ni hehe.

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com


Ok lah, jom lihat hadiah-hadiah yang disediakan untuk anda...


Hadiah ucapan paling kreatif

Libresse V Care
Set Libresse V Care


Hadiah untuk 5 orang pemenang

Althea Petal Velvet Powder
Althea Petal Velvet Powder (dari Korea)

Silky Soft Foot Cream
Silky Soft Foot Cream (dari Korea)

Dove Dermaseries Body Wash dan Body Lotion
Dove Dermaseries Body Wash dan Body Lotion

Dove Shampoo and Conditioner
Dove Shampoo and Conditioner

Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed

Macam mana, menarik tak hadiah-hadiahnya?

Sesiapa saja yang nak sertai giveaway ini amat dialu-alukan. Tak kisah lelaki atau perempuan. Kalau yang lelaki dapat hadiah berunsurkan perempuan, boleh je bagi pada isteri, adik perempuan, kakak, ibu ke kan...

Kalau anda belum sertai, klik sini > Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com untuk menyertai giveaway ini. Mudah sangat syarat yang perlu diikuti. Kena ikut syarat-syarat tu ya untuk menang ;)

Semoga berjaya!


Senarai Peserta Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

$
0
0

Peserta Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Kepada sesiapa yang telah menyertai Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com, ini adalah senarai peserta yang menyertainya.

MaisarahSidi.com

Jom semak dan blogwalking juga 😃

  1. https://www.vitaminsyaza.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  2. https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  3. http://www.mrsliez.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  4. https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  5. https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html?m=1
  6. https://diarialialiyana.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  7. http://www.farhanajafri.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  8. https://caramelmacchiyato.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  9. https://penselduabee.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  10. http://www.huhahuhajerr.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  11. https://ainniahzulkefli.com/birthday-giveaway-by-maisarahsidi-com/
  12. https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  13. https://adna2029.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  14. http://zzzyy.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  15. http://www.mrspip.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  16. https://jom-santai-aje.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  17. http://www.sayidahnapisah.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  18. https://blogmisspc.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  19. https://dramaticyang.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  20. http://www.zukidin.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  21. https://www.cikash.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  22. http://www.inanihazwani.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  23. http://www.mamapipie.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  24. https://qiyabeauty.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html?m=1
  25. http://www.cekgunorazimah.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  26. https://seindahcerita.blogspot.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
  27. https://www.yayaazura.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html
Kalau ada link yang belum dimasukkan, bagitau Mai di ruangan komen ye.

Anda yang masih belum sertai Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com boleh klik sini > Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com untuk menyertai giveaway ini. Hadiah menarik menanti anda. Tak nak ke? hehehe


Althea Milk Peel Cream Mask Buatkan Kulit Wajah Lebih Berseri

$
0
0

Wajah Berseri dengan Althea Milk Peel Cream Mask


Mai baru pertama kali mencuba mask muka berasaskan susu. Mask tersebut adalah Althea Milk Peel Cream Mask. Ada yang dah cuba mask ini atau masih belum mencubanya?

Pertama kali guna, terus Mai jatuh cinta dengan Althea Milk Peel Cream Mask. Mana tidaknya, tekstur krim dan buih yang terhasil sangat lembut dan membuatkan ia sangat sesuai dengan kulit muka Mai. Baunya pula, bau susu yang tak kuat, sedap dihidu. Bau susu tu Mai suka. Rasa macam sapu susu tepung pada muka je hehe

Althea Milk Peel Cream Mask

Setelah Mai menggunakan mask ini, hasilnya ia melembapkan kulit muka Mai dan kulit terasa lembut apabila disentuh. Kulit juga rasa bersih dan nampak lebih berseri. Tiada rasa kering pun. Best!

Untuk pengetahuan anda, Althea Milk Peel Cream Mask adalah:

- Mask pengelupasan (exfoliating) yang berubah dari tekstur tanah liat kepada cairan krim yang gebu.

- Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula wajah yang kusam.

- Diformulakan dengan AHA & BHA yang berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati secara lembut.

Penggunaan mask ini tidak menyakitkan kulit ya. Yang menariknya ia sesuai untuk semua jenis kulit, antaranya kulit jenis kombinasi, pori besar, kulit sensitif yang perlukan pengelupasan yang lembut dan kulit kering yang memerlukan lembapan selepas pengelupasan.


Apa yang membuatkan Althea Milk Peel Cream Mask ini bagus adalah bahan-bahan yang terkandung padanya seperti:

- Ekstrak protein susu yang berfungsi untuk melembapkan dan menguatkan kulit.

- AHA (Alpha Hydroxy Acid) & BHA (Beta Hydroxy Acid) yang berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dengan lembut supaya kulit menjadi licin dan berseri.

- Kaolin iaitu sejenis tanah liat, yang berfungsi untuk detoks dan mengeluarkan kotoran dari pori.

Inilah rahsia Althea Milk Peel Cream Mask, sebab itulah kulit wajah terasa lembap, lembut dan lebih berseri selepas guna... kulit-kulit mati dibuang juga.


Cara untuk menggunakan mask ini mudah saja. Tak perlukan masa yang lama, dalam seminit dua je.

  1. Lembapkan kulit.
  2. Ratakan cream mask ke seluruh wajah, kemudian urut sehingga buih gebu keluar.
  3. Biarkan selama 30-60 saat sebelum dibilas dengan air.

Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask


Mudah je kan? Jimat masa tau, kesan pun baik punya, bau pun sedap je.

Kalau anda nak cuba Althea Milk Peel Cream Mask ini, jom ke laman web Althea Korea ok.



Viewing all 1258 articles
Browse latest View live