Quantcast
Channel: MaisarahSidi.com
Viewing all 1258 articles
Browse latest View live

Cara Mencuci Muka dengan Facial Cleanser. Betul dan Berkesan!

$
0
0

Cara Cuci Muka yang Betul dan Berkesan


Selama ini, agak-agak betul tak cara kita cuci muka dengan facial cleanser? Ada segelintir pengguna yang telah menggunakan pelbagai pembersih wajah tapi tidak berkesan terhadap kulit mereka, itu apa yang mereka kata.

Langkah-langkah rutin penjagaan kulit muka memang banyak. Ada yang sampai 10 langkah ya. Nak dapatkan kulit yang sihat, bersih dan cantik.. kenalah rajin kan. Salah satu yang perlu diberi perhatian adalah pembersih wajah atau facial cleanser.

cara cuci muka


Pembersih wajah ini bukan main guna saja ye. Sebelum membeli pembersih wajah, kenal pasti jenis kulit muka sama ada memiliki kulit normal, kering, berminyak, kombinasi, berjerawat atau sensitif. Sangat penting buat pemilihan pembersih wajah supaya berkesan menyelesaikan masalah kulit dan dapat hasil seperti yang diharapkan.

Lagi, yang pentingnya adalah cara mencuci muka dengan betul dan berkesan. Macam-macam cara yang dicadangkan. Mai pun main cuci saja muka sebelum ini. Lepas cuci terus lap dengan tuala kemudian sapu toner.

Rupa-rupanya salah cara yang Mai buat tu. Baru-baru ini rajin pula Mai cari video di YouTube cara cuci muka berkesan sebab tak rasa sangat kesan pembersih wajah yang digunakan. Daripada senarai yang ada, Mai tertarik untuk mencuba cara-cara cuci muka yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Cara Cuci Muka dengan Betul





Dengan kulit muka, jangan kasar sangat. Kena lembut je.

Sebelum mencuci muka, bersihkan wajah daripada sebarang mekap.

1. Pilih pembersih wajah dengan particle yang halus. Ada yang jenis besar. Sekarang ini Mai sedang guna Althea Contour Cleanser yang ada kapsul mikro dan menghasilkan buih gebu.

2. Jangan gosok terus pembersih ke kulit muka tapi picit pada tapak tangan dulu dan gosok sampai berbuih. Buih itu nanti kita akan sapu pada muka. Urut muka dengan lembut menggunakan jari kelingking kerana tak berikan tekanan yang kuat pada muka.

3. Selepas itu, bersihkan muka dengan air. Kemudian dap dap muka yang masih ada air padanya. Jangan terus lap muka dengan tuala selepasa mencuci muka kerana akan mengeringkan kulit muka.

Selepas itu, gunakan toner untuk mengecilkan pori.

Lembut kan cara wanita itu mencuci muka? Kadang-kadang, nak kejar masa punya pasal, cuci muka pun cepat dan kasar je heee. Patutlah tak nampak kesannya. Hampir 2 minggu dah Mai ikut langkah-langkah cuci muka seperti dalam video, memang nampak kesannya pada kulit. Kulit terasa lembap dan boleh rasa kesan positif pembersih wajah yang digunakan.

Ya cara ini dah lama ada tapi Mai je yang baru cuba hehe. Dah tahu yang betul, bolehlah amalkan. Anda bolehlah cuba cara ini, insyaAllah nampak kesan positifnya nanti.



WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia

$
0
0

WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda


WillKey™ | Apabila insan tersayang meninggal dunia, soalan berkaitan yang sering ditanya, “Saya tahu arwah atau mendiang ada membuat wasiat tetapi di mana beliau menyimpannya?” Bilangan keluarga yang berhadapan dengan kepayahan mencari tempat simpanan wasiat insan tersayang yang telah meninggal dunia tidak sedikit.

Walaupun ianya sesuatu yang tidak diingini, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikatnya, sebuah wasiat yang tidak berjaya ditemui umpama wasiat yang tidak wujud langsung.

 WillKey™

Sebuah wasiat boleh disimpan di pelbagai tempat – sama ada di rumah, pejabat, bersama peguam, bank ataupun penyedia perkhidmatan menulis wasiat. Dengan peredaran masa, pewasiat mungkin telah tersalah letak wasiat yang mereka sediakan itu ataupun mungkin terlupa tempat simpanannya. Perkara-perkara yang tidak dijangka atau diingini seperti kebakaran, kemalangan dan banjir juga membahayakan keselamatan wasiat berkenaan, lalu mengecewakan waris mereka.

Pencarian wasiat kemudiannya menjadi satu proses yang berpanjangan, malah boleh berlanjutan daripada beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Sementara itu, terdapat kemungkinan wujud pertelingkahan mengenai pengagihan aset si mati. Terdapat juga kemungkinan sesetengah aset yang dimiliki si mati hanya diketahui beliau dan tidak didedahkan kepada ahli keluarga semasa pewasiat itu masih hidup tetapi sebaliknya ada dinyatakan di dalam wasiat yang disediakan. Apabila wasiat gagal ditemui, aset-aset seperti ini tidak dapat dituntut waris selepas kematian individu terbabit.

Kementerian Kewangan mendedahkan pada tahun 2017 bahawa terdapat sejumlah aset bernilai RM5.7 bilion yang belum dituntut. Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini turut memaklumkan pada tahun 2016 bahawa harta bernilai RM60 bilion yang dimiliki individu yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris mereka. Angka yang membimbangkan ini menggambarkan kekayaan yang boleh diwarisi benefisiari yang berhak daripada ahli keluarga mereka, sekiranya dokumentasi yang diperlukan berada dalam keadaan teratur untuk membuat tuntutan – yang paling utama, wasiat pewaris.

Kebimbangan ini menumpu kepada kepada satu perkara – adakah terdapat sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat seorang pewasiat?

MWD Wills Depository Sdn Bhd pada hari ini mengumumkan sebuah solusi yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat. WillKey™, pusat pendaftaran wasiat pertama di negara ini, berperanan sebagai sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan pewasiat mendaftar maklumat berkenaan lokasi wasiat mereka ataupun menyimpan salinan wasiat mereka. Pewasiat juga boleh menyimpan wasiat asal masing-masing dengan MWD Wills Depository Sdn Bhd, seterusnya memudahkan pencarian dokumen tersebut. Dengan model perniagaan yang dibangunkan khusus untuk pendaftaran, penyimpanan dan pencarian wasiat, WillKey™ berperanan sebagai sebuah pusat pencarian wasiat dan perkhidmatan pemegang amanah wasiat yang efektif.

Dengan penyediaan sebuah bilik kebal yang kukuh dan selamat serta terdapatnya sebuah kemudahan yang tahan api bersandarkan teknologi terkini, WillKey™menggabungkan maklumat untuk pewasiat, wasi dan benefisiari bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian dan mendapatkan wasiat.

 WillKey™

“Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah yang lebih mudah dan efisien untuk menyiapkan tugas. Pencarian wasiat untuk memudahkan pelaksanaan dan pengagihan kekayaan dan aset juga tidak terkecuali. Mempunyai wasiat sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai hartanah, polisi insurans, akaun bank dan aset-aset lain bagi menentukan siapa yang mewarisi harta berkenaan, namun pada masa yang sama mengetahui di mana individu terbabit menyimpan wasiat mereka tidak kurang pentingnya. Ini bertambah penting buat keluarga yang berdepan dengan kematian mengejut, di mana mereka dahulunya bergantung hidup pada si mati dan memerlukan penyelesaian yang segera untuk meneruskan kehidupan,” kata En Su Tiang Joo, Pengarah MWD Wills Depository Sdn Bhd.

Perkara-perkara berkaitan sebuah wasiat adalah amat peribadi kepada pewasiat, yang merupakan satu-satunya individu yang memutuskan siapa yang akan mewarisi kekayaan beliau. Disebabkan ini, ramai orang tidak memaklumkan di mana mereka menyimpan wasiat mereka, malahan lebih gemar untuk meletakkan kepercayaan berkenaan maklumat tersebut pada seorang peguamcara atau sekiranya ia disimpan di rumah, di ruang yang hanya diketahui pewaris.

“Untuk memenuhi keperluan ini, WillKey™ diperkenalkan di pasaran. Terdapat pihak yang mengetahui kehadiran sebuah wasiat tetapi tidak mengetahui di mana tempat simpanannya. WillKey™ bertindak sebagai pusat pendaftaran berpusat yang membenarkan individu yang ditentukan terlebih dahulu seperti peguam, wasi atau waris, mengakses maklumat mengenai wasiat tertentu dengan mudah, selepas menunjukkan dokumen yang diperlukan. Kami memahami bahawa perkara ini amat peribadi kepada pewasiat dan kami ingin membantu mereka menguruskan perkara yang penting kepada mereka. WillKey™ mahu memastikan supaya wasiat mereka didaftarkan dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewasiat boleh dilaksanakan dengan tepat,” ujar En Su.

WillKey™ bukan hanya untuk mereka yang mencari wasiat si mati tetapi berperanan sebagai sebuah platform bagi peguam dan penyedia perkhidmatan penulisan wasiat untuk mendaftarkan wasiat pelanggan mereka. “Kami menggalakkan segenap pihak, sama ada pewasiat mahupun peguamcara, untuk mendaftar dan menyimpan wasiat mereka bersama WillKey™. Ini akan mengurangkan kerumitan proses pencarian wasiat terlibat,” tambah En. Su.

Sementara perkhidmatan berkaitan wasiat biasanya melibatkan kos yang tinggi bagi pewasiat, WillKey™ mahu menyediakan perkhidmatan pada harga berpatutan, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan dan kredibiliti. Yuran langganan ditetapkan pada kadar yang dapat meminimumkan impak terhadap perbelanjaan pewasiat. Pewasiat hanya perlu mendaftar sekali sahaja dengan WillKey™ dengan pembayaran yuran sebanyak RM133.33. Langganan penyimpanan wasiat disediakan pada harga serendah RM3.33 sebulan.

“Perkhidmatan berkaitan wasiat kebiasaannya menjadi perkara terakhir yang difikirkan individu memandangkan ia bukanlah satu perbelanjaan harian. Inilah sebab yuran WillKey™ ditetapkan dengan memberi penekanan terhadap kebolehmampuan. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan kecil dalam memastikan keselamatan dan memudahkan wasiat anda dikeluarkan. Kami tidak mahu perkhidmatan yang kami sediakan menjadi beban tambahan kepada pewaris dan keluarga mereka yang sebelum ini telah membelanjakan kos yang agak tinggi bagi proses penyediaan wasiat,” ujar En Su.

Pusat pendaftaran wasiat berpusat itu juga berperanan melengkapkan ekosistem pewasiat, wasi dan benefisiari dengan berkerjasama dengan agensi-agensi yang membantu pelanggan menyediakan wasiat dan menguruskan pelaksanaannya serta mentadbir amanah dan harta pusaka mereka.

En Su menjelaskan, “Menerusi penglibatan dalam sistem yang saling terhubung ini, WillKey™ bermatlamat supaya memanfaatkan semua pihak yang terlibat. Peluang yang tersedia kepada rakan-rakan niaga bersama WillKey™ amat terbuka dan mereka mampu menikmati aliran pendapatan tambahan daripada aktiviti pendaftaran dan penyimpanan wasiat. Pada dasarnya, pelanggan mahukan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan diyakini. Peguam, wasi dan penyedia perkhidmatan menulis wasiat kini boleh memberikan keyakinan kepada para pelanggan mereka bahawa menerusi WillKey™, wasiat yang berdaftar dengan mereka mudah dicari, dan jika disimpan dengan mereka, mudah dikeluarkan. Inilah cara WillKey™ menyumbang kepada hubungan dengan rakan-rakan niaganya.”

“Proses pencarian dan pelaksanaan wasiat boleh memberikan kesan yang besar kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang. Proses untuk meneruskan kehidupan, khususnya setelah kematian ahli keluarga, sepatutnya tidak menjadi pengalaman yang sukar. Paling utamanya, WillKey™ mahu memberikan ketenangan minda daripada peringkat awal, dengan memastikan wasiat boleh ditemui dengan mudah apabila tiba masanya dan menawarkan kemudahan penyimpanan kepada mereka yang ingin menyimpan wasiat mereka bersama kami untuk meningkatkan keselamatan,” kata En Su.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WillKey™, dan untuk melihat senarai komprehensif perkhidmatan serta yuran langganannya, sila layari http://www.mywillkey.com.


Hukum Meniru Dalam Peperiksaan

$
0
0

Perbuatan Meniru yang Patut Ditegah


Hukum meniru dalam peperiksaan | Meniru dalam peperiksaan... pernah buat tak? Zaman persekolahan, universiti mungkin ada yang pernah buat. Kalau yang buat tu rasa macam power sangatlah sebab boleh meniru kan heeee. Jangan marah ye, tapi inilah perkara yang sering dibuat.. kadang-kadang tanpa disedari.

Teringat cerita di universiti dulu. Ada seorang pensyarah bercerita kenangan dia menjadi pengawas peperiksaan di universiti. Pernah tangkap calon yang meniru. Ada yang bawa nota ringkas, nota slide semua bab pun ada yang bawa tau. Yang bertanya pada kawan, panjangkan leher dan usya-usya jawapan kawan pun ada.

Masa calon yang bawa nota ringkas sekeping itu ditangkap, dikunyahnya kertas nota tu supaya dapat hapus bukti. Macam-macam perangai ada haha. Yang ditangkap meniru ini biasa beri alasan "tak sempat buat ulangkaji", "keluarga sakit di kampung" dan lain-lain lagi. Meniru macam mana gaya pun, tetap akan dikenakan tindakan sebagai balasannya.

Hukum Meniru Dalam Peperiksaan

"Dan barangsiapa yang menipu kami maka bukanlah dia daripada kalangan kami"
Riwayat Muslim (101)

Hukum meniru dalam peperiksaan menurut Mufti Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Mereka anggap meniru hanya perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Hakikatnya inilah punca masalah integriti sehingga orang yang bukan ahli memegang jawatan penting dalam masayarakat.

... Jika disandarkan suatau urusan kepada ornag yang tidak arif dalam urusan tersebut maka tunggulah datang Kiamat"
Riwayat al-Bukhari (6496)

Meniru memberi kesan buruk kepada diri, mereka akan terbiasa menipu sedangkan menipu adalah sifat-sifat orang munafik.

Sumber: Instagram Mufti Wilayah Persekutuan drzulkifli.albakri
---

Benar kan? Kesalahan yang nampak kecil bagi diri tapi impaknya besar kepada kehidupan masa depan.

Adik-adik, kakak, abang.. jom sama-sama kita hindarkan perbuatan salah yang membawa kerosakan ini. Jangan meniru nanti ditangkap, jangan menipu nanti sendiri terperangkap.


BuyandShip Sediakan Servis Penghantaran Antarabangsa Lebih Murah daripada Biasa!

$
0
0

Servis Penghantaran Antarabangsa BuyandShip


BuyandShip Sedia Servis Penghantaran Antarabangsa Murah | Siapa suka online shopping angkat tangan! Mai pun suka online shopping tau. Jimat masa dan tenaga. Hanya pilih barangan yang diperlukan di kedai online dan buat bayaran. Kemudian tunggu barang tiba dirumah. Mudah dan menyenangkan online shopping ni kan?

Aktiviti online shopping ini jadi lebih menarik pada Black Friday, jualan 11.11 dan 12.12, Cyber Monday dan pelbagai jenis jualan besar. Mana tidaknya, harga barang pada hari tu di kedai online boleh dikatakan amat berpatutan, banyak diskaun dan baucar diberikan kepada pelanggan.

Kadang-kadang teringin juga nak membeli barangan kegemaran dari luar negara secara online. Salah satu jenama luar negara yang Mai suka adalah Cath Kidston. Cantik dan comel sangat rekaan corak pada barangan yang ada di laman webnya. Nak membeli barangan di situ tapi tidak kesampaian kerana memikirkan kos penghantaran yang mahal berbanding dalam negara. Ada juga kos penghantarannya lebih mahal daripada harga barangan yang dipesan.

BuyandShip, Servis penghantaran antarabangsa murah


Sekarang tak perlu rasa bimbang lagi dengan kos penghantaran antarabangsa, BuyandShipada boleh selesaikan masalah ini. BuyandShip menyediakan servis penghantaran antarabangsa yang murah, cepat dan selamat. Penghantaran antarabangsa bersama BuyandShip murah kerana menggunakan penghantaran tempatan ke gudang-gudang luar negara yang sedia ada.

Menariknya BuyandShip ini, tiada caj tersembunyi dikenakan, yuran penghantaran adalah mengikut berat sebenar barang dan hanya RM15/lbs untuk kos penghantaran antarabangsa. Wow!

Tempoh penghantaran pula hanya 7-14 hari. Wah, bolehlah beli barangan kegemaran seperti pakaian, produk kosmetik, kasut dan lain-lain lagi dari luar negara kalau macam ni. BuyandShip juga menyediakan halaman diskaun supaya kita mudah untuk melihat dan membeli barangan keperluan dengan harga berpatutan.

Apa kelebihan yang kita akan dapat dengan menggunakan servis antarabangsa BuyandShip?


Faedah servis antarabangsa BuyandShip


BuyandShip

Gudang disediakan di Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Taiwan

Gudang-gudang BuyandShip terletak di serata dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Taiwan, dan penghantaran keluar setiap hari untuk memastikan setiap barangan yang dipesan akan dihantar ke setiap pelanggan dalam masa 5-10 hari.

Gudang operasi sendiri / gudang khas Buyandship

Untuk mengoptimumkan kualiti servis and pengalaman pelanggan, mereka telah memantapkan gudang khusus dan gudang operasi sendiri untuk memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan mereka adalah efisyen dan teguh.

Bayaran boleh dibuat dengan kad kredit

Untuk memudahkan pelanggan, bayaran boleh dibuat secara kad kredit – Visa, Mastercard dan American Express.

Penghantaran terus ke pintu

Mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran yang tepat and dipercayai ke semua pelusuk Malaysia.

Menyatukan beberapa hantaran dalam satu bungkusan

Barangan dipesan boleh disimpan di pusat pengagihan BuyandShip di Hong Kong untuk 30 hari. Ini membolehkan pelanggan untuk membeli produk dari kedai online dari negara-negara yang berbeza dan dengan senangnya pelanggan boleh menerima semua barangan dalam satu bungkusan.

Jejak dan kesan hantaran anda

Untuk meningkatkan ketelusan lojistiks, pengguna BuyandShip akan boleh mengesan status hantaran yang terbaru dari laman sesawang BuyandShip pada bila-bila masa, di mana-mana saja. Status terbaru juga dihantar ke emel untuk memberitahu pelanggan dalam masa nyata.

Penyulitan selamat
Sistem mereka menggunakan penyulitan selamat SSL untuk melindungi maklumat sulit pelanggan daripada didedahkan.

Menarik!

Bagaimana pula cara-cara untuk menggunakan servis BuyandShip ini?


Cara-cara menggunakan BuyandShip

cara guna BuyandShip

1. Daftar sebagai ahli untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip!

- Daftar terlebih dahulu sebelum mula membeli-belah. (Klik “di sini”)

- Setelah mendaftar, anda akan diberi akses kepada alamat-alamat gudang luar negara BuyandShip dan ID keahlian anda.

- Like laman Facebook BuyandShip Malaysia untuk mendapatkan informasi tentang tawaran-tawaran terkini.


2. Boleh mula membeli-belah!

- Sila rujuk di Pusat Ahli > Alamat Gudang Luar Negara untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip.

- Isi alamat gudang luar negara BuyandShip dalam maklumat penghantaran anda, nama penuh anda dan juga ID Keahlian semasa Semak Keluar ataupun checkout.

- Anda boleh isi alamat kad kredit anda sendiri ataupun gunakan alamat gudang luar negara BuyandShip untuk alamat pembayaran di checkout.


3. Isytihar bungkusan anda

- Setelah menerima nombor jejakkan (tracking number) dan maklumat penghantaran dari laman pembelian pilihan anda, anda perlu mengisytiharkan (declare) penghantaran anda di laman web Buyandship.

- Isikan nombor jejakkan dan maklumat lain yang diperlukan di tab Pengurusan Hantaran: Deklarasi, Penjejakan dan Penghantaran Pukal dan klik pada butang “Click here to add a new shipment”.

- Sila isytiharkan penhantaran sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip. Kegagalan mengisytihar bungkusan akan menyebabkan kegagalan penghantaran bungkusan anda ke Gudang Hong Kong.

Peringatan: Sebaik sahaja anda menerima nombor jejakan (tracking number), sila isytiharkan penghantaran anda dengan BuyandShip SECEPAT MUNGKIN!


4. Kaedah Pembayaran

Menyatukan Beberapa Barangan ke dalam Satu Bungkusan

- Barangan anda akan dihantar ke Gudang di Hong Kong sebelum dihantar ke Malaysia.

- Apabila barangan sampai di Gudang Hong Kong, BuyandShip akan memaklumkan anda melalui Emel.

- Sila hubungi BuyandShip jika status penghantaran anda belum lagi bertukar walaupun sudah 48 jam sampai di Gudang Hong Kong.

- Caj penghantaran akan dikira melalui jumlah berat sebenar penghantaran yang BuyandShip terima.

- Apabila anda bersedia untuk menerima barangan anda, anda akan boleh menyatukan semua barangan dalam satu penghantaran untuk dihantar ke alamat anda di Malaysia.

- Apabila menyatukan hantaran kepada satu penghantaran, bungkusan mungkin dibalut semula tanpa sebarang caj tambahan.

- Anda boleh memilih kaedah pembayaran melalui Mata Ganjaran BuyandShip/ Kad Kredit atau Kad Debit.

- Caj penghantaran harus dilangsaikan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan di Hong Kong. Jika tidak, barangan tidak akan dihantar.


5. Masa penghantaran

Peringatan: Sila ke Pusat Ahli > Menambah Alamat Penghantaran Baru dan isikan alamat dimana anda ingin menghantar hantaran anda.

- Masa jangkaan penghantaran ke gudang Hong Kong: US & UK dalam masa 4-6 hari bekerja / Jepun, Korea, China dalam masa 2-4 hari bekerja.

- BuyandShip akan menghantar hantaran anda dalam masa 1-2 hari dari tarikh penerimaan permintaan "Penyatuan Penghantaran" anda dan bayaran.

- Penghantaran ke alamat rumah anda akan mengambil masa kira-kira 3-4 hari bekerja, tetapi jika dikenakan pemeriksaan kastam, masa pengiriman mungkin akan tertunda.

Macam mana? Mudah je kan..

Untungnya ada servis penghantaran antarabangsa BuyandShip ini. Bolehlah mula 'mencuci mata' di pelbagai laman web berjenama luar negara kan. Kalau ada barangan kegemaran dan keperluan di sana, bolehlah beli :)

Jom berjimat dengan BuyandShip!


Sopannya Siput Babi Makan Makanan Kucing

$
0
0

Siput Babi Makan


Ada satu hari tu, ternampak siput babi bergerak-gerak setempat. Apa ia sedang buat agaknya? Mai tengoklah apa yang dia buat, rupa-rupanya siput babi itu sedang makan makanan kucing. hehehe

siput babi makan makanan kucing

Eh.. ingatkan siput babi makan tumbuhan saja. Makanan lain pun dimakannya juga rupanya. Sempat juga Mai rakam apa yang dibuatnya. Sopan je tengok dia makan.

Pernah tengok siput babi sedang makan tak? Nah.. jom tengok video ini.



Tak tahu habis atau tak makanan itu. Sopan sangat makannya. Malu-malu lagi tu hehe. Lama-lama tengok, comel pula siput ni. 


Mudahnya Buat Cucur Kembung Manis Pandan

$
0
0

Sedapnya Cucur Kembung Manis Rasa Pandan


Cucur kembung manis adalah antara jenis cucur yang Mai suka. Pernah viral cucur ni pada satu ketika. Mai suka sebab rangup di luar dan lembut di dalam. Macam-macam versi Mai dah buat cucur kembung ini.

cucur kembung manis sedap

Nak buat cucur kembung ni, sangat senang. Tak ambil masa yang lama pun. Beberapa minit dah boleh siap. Cuma leceh sikit part untuk membulatkan adunan sebab suka melekat pada tangan. Tapi ada cara untuk mengatasi masalah itu.

Mai pernah buat yang biasa, dicampur dengan esen pekat pandan dan campur dengan chocolate rice. Kesemuanya sedap.

Kali ini Mai buat cucur kembung pandan. Jom cuba buat sendiri cucur kembung yang sangat mudah ini.

Resepi Cucur Kembung Manis Pandan


Bahan-bahan:

Tepung gandum 1 cawan
Air panas 1 cawan (air yang betul-betul panas)
Pandan Leaf Essence 2 sudu teh
Gula 1-2 sudu makan
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam bekas. Gaulkan sebati.

2. Kemudian, masukkan air panas ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sehingga sebati. Masukkan Pandan Leaf Essence dan gaulkan lagi.

3. Biarkan adunan hilang panasnya, kemudian bulatkan adunan. Untuk mengurangkan adunan melekat pada tapak tangan, letak sedikit air pada tangan sebelum menguli.

4. Panaskan minyak masak yang banyak. Goreng adunan yang telah dibulatkan sehingga keperangan.


cucur kembung manis

cara buat cucur kembung manis

resepi cucur kembung manis

resepi cucur kembung manis

Senang je kan nak buat cucur kembung manis pandan ini? Sedapnya makan dengan kopi atau teh panas. Nyum nyum..

Selamat mencuba


Amal Overnight Oats, Mengurangkan Berat Badan!

$
0
0

Overnight Oats Sarapan Pagi Mudah


Overnight Oats Mengenyangkan | Pernah dengar tak, "nak awet muda jangan lupa sarapan pagi". Betullah tu kan? Mai sendiri kalau tak sengaja skip sarapan pagi, rasa kurang bertenaga dan lemau je nak buat kerja.

Sarapan pagi ini sangat penting untuk membekalkan tenaga supaya dapat memulakan hari kita dengan cergas. Ada yang skip sarapan pagi dengan alasan tidak sempat menyediakannya. Ada yang kata, tak biasa ambil sarapan pagi. Ada juga yang kata tak ambil sarapan pagi sebab nak kurus. Eh, tak betul ni.

Sebenarnya, banyak resepi mudah yang boleh dibuat untuk sarapan pagi. Tak semestinya nasi lemak, mi goreng, bihun goreng dan lain-lain lagi. Contoh sarapan yang mudah lagi menyihatkan... overnight oat, roti wholemeal sandwich telur, roti wholemeal dan telur separuh masak, roti bakar, chicken wrap dan macam-macam lagi. Pilih yang sihat, insyaAllah sihatlah yang kita dapat.

Overnight Oats diet
Overnight Oats Buah Epal

Overnight oats, paling mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang perlu ada, susu, rolled oat dan buah-buahan pilihan sendiri. Nak tambah madu sikit pun boleh. Bagi Mai, kalau tak campur madu pun sudah cukup rasanya. Berkhasiat, sihat dan mengenyangkan. Mai suka letak buah epal merah atau mangga. Sedapnya!


Resepi Overnight Oats Mudah


Bahan-bahan:

5-6 sudu rolled oat
1 cawan susu segar (Mai bancuh susu tepung je 😁)
Buah-buahan pilihan (pilih buah yang tak banyak air)
1 sudu teh madu (tak letak pun takpe)

Cara membuatnya:

Campur kesemua bahan kedalam satu bekas. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.

Guna rolled oat sebab khasiatnya banyak berbanding instant oat.


Senang je kan? Nak pergi kerja, bawa terus overninght oat ni kalau tak sempat makan di rumah. Kalori overnight oats cukup untuk membuatkan kita bertenaga.

Makan... Mudah je. Bila kita lapar, kita akan lebih memikirkan tentang makan. Mulalah banyak senarai dalam otak, nak makan itu ini. Disebabkan itu, ada yang ambil makanan ringan sebagai alas perut. Maka penuhlah laci meja di pejabat dengan stok makanan ringan. Kena ingat makanan ringan ini tak bagus, mungkin boleh mengenyangkan tapi khasiatnya kurang. Ada perisa tambahan pula tu. Kerana perisa itulah yang membuatkan kita ketagih nak makannya sampai tak sedar berat badan dah naik!

HOTSuku-suku Separuh Bantu Kurangkan Berat Badan, Jom Cuba!

Yang kita nak, sihat dan mengenyangkan. Dalam overnight oat ada nutrisi yang diperlukan badan seperti karbohidrat, protein, lemak dan serat. Tak perlu ambil suplemen mahal-mahal dah. Makan je yang ada depan mata, mudah didapati bahannya, murah dan tak bahayakan badan. Kalau ambil suplemen, belum tentu boleh dapat berat badan impian, harganya pula ada yang melampau.

Percaya tak kalau Mai kata overnight oat boleh mengurangkan berat badan? Alhamdulillah Mai dah buktikannya, berat badan berkurang! Tanpa apa-apa suplemen atau ubat kurus. Janji sarapan pagi jangan skip ye, senaman pun kena buat.

Selamat mencuba! Jom sihat sama-sama.



Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia Memudahkan Kerja Memasak

$
0
0

Jimat Masa Memasak dengan Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia Extract 


Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia | Daun pandan.. harum baunya. Masak bubur, nasi lemak dan pelbagai masakan lain, melekat bau daun pandan yang diletakkan dalam masakan. Wangi jadinya. Ia bukan sekadar memberi aroma menarik, tetapi banyak kegunaannya yang lain juga.

Warna hijau semulajadi daun pandan sering dijadikan pewarna dan penambah rasa makanan dalam pelbagai jenis masakan dan minuman. Antaranya ditambah dalam kuih-muih, puding, kek dan roti dan lain-lain. Minuman pula tonik pandan dan serai, soda pandan dan lemon, jus pandan dan banyak lagi boleh dibuat.

Kalau nak dapatkan warna hijaunya, daun pandan mestilah dikisar, diperah dan ditapis untuk mendapatkan jusnya. Tetapi dengan teknologi terkini, guna saja Natural Pandan Leaf Extract Concentrate produk keluaran Bio Nutricia Extract. Mudah dan menjimatkan masa. Produk Malaysia 100% lagi tu.


Pandan Leaf Essence


Untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar, mungkin agak susah untuk mendapat stok daun pandan segar. Jadi, dengan adanya Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini, secara tidak langsung dapat memudahkan pengguna untuk menggunakannya dalam pelbagai masakan dan minuman. Skip terus masa penyediaan untuk mendapatkan jus pandan. Cuma guna beberapa sudu, dapat warna dan rasa yang diinginkan.

Betul-betul menjimatkan masa bukan? Lihat perbezaannya di bawah…

Pandan Leaf Essence


Untuk pengetahuan anda, Natural Pandan Leaf Extract Concentrate adalah dalam bentuk cecair pekat. Baunya wangi, aroma pandan semulajadi terasa. Warnanya semulajadi hijau pekat sebelum dicampurkan.


Pandan Leaf Essence


Cecair yang pekat daripada ekstrak tulen ini, menggunakan bioteknologi hijau terbaru, pengekstrakan ultrasonik dan enzimatik. Teknologi Encapsulation juga digunakan untuk mengekalkan rasa dan warna pandan semula jadi.

Sangat sesuai digunakan untuk minuman, produk bakeri dan masakan. Ia juga boleh dijadikan minuman tonik harian. Senang saja, hanya ambil 2-3 kali setiap hari dengan ukuran 2 sudu teh ke dalam 250mL air suam. Tunggu sebentar dan kacau. Emm.. sedapnya aroma semulajadi pandan selepas dipanaskan! Apabila dicampur dengan air, warnanya lebih kepada kuning hijau terang.


Pandan Leaf Essence


Segar je rasa selepas minum air campuran Natural Pandan Leaf Extract Concentrate suam-suam tau. Selain dicampur dengan air masak, ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai jenis minuman. Tidak ketinggalan pencuci mulut seperti agar-agar dan puding. Juga sesuai dijadikan topping hiasan.

Mai cuba buat cucur kembung manis dengan mencampurkan 2 sudu teh Natural Pandan Leaf Extract Concentrate. Sedap! Bau pandan je.

Pandan Leaf Essence

Kalau nak rasa nikmat Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini, elakkan campuran makanan atau minuman yang rasa masam dan pahit. Ia akan sebati dengan baik jika ditambah dengan sesuatu campuran yang manis.

Pandan mempunyai khasiatnya tersendiri. Beberapa manfaat Natural Pandan Leaf Extract Concentrate adalah seperti:
  • Bagus untuk pemakanan sukan - mengandungi asid amino semulajadi yang membantu meningkatkan tenaga tubuh dan meningkatkan prestasi dalam senaman.
  • Tinggi anti oksidan
  • Membantu menyejukkan dan melegakan panas badan
  • Pemulihan tenaga cepat
  • Minuman yang menenangkan dan beralkali
  • Phytonutrient semula jadi

Saiz botolnya yang kecil mudah dibawa ke mana saja. Cara nak guna pun senang, terus masukkan ke dalam campuran minuman atau masakan.

Pandan Leaf Essence

Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini sesuai untuk kegunaan harian. Lepas ini senanglah nak buat macam-macam jenis kuih muih berwarna hijau seperti limas, ketayap, puding santan panda, seri muka.. banyak ni nak buat. Guna beberapa sudu saja, senang kerja.

Pilihan di tangan anda! Pilihlah yang semulajdi, katakan tidak pada warna dan rasa sintetik. Jimatkan masa dan mudahkan kerja anda dengan Natural Pandan Leaf Extract Concentrate. Berminat untuk mencubanya? Dapatkannya di SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang Natural Pandan Leaf Extract Concentrate, layari:

Laman web: Bio-Nutricia Extract
Facebook: Natural Pure Pandan Leaf Extract Concentrate



Giveaway The Berkat Di Mialiana.com

$
0
0

The Berkat Portal Berinformasi


The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

The Berkat

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.


The Berkat


Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Pemenang Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

$
0
0

Pengumuman Pemenang Birthday Giveaway


Tiba hari yang paling dinantikan, pengumuman pemenang hadiah Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com. Kalau ikutkan, minggu pertama Disember Mai nak umumkan pemenang tapi kerana kekangan masa, terpaksa ditunda. Maaf ya semua.

MaisarahSidi.com

Apa pun Mai ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyertai giveaway ini.

Tanpa melengahkan masa, terus kepada senarai pemenang..


Pemenang ucapan paling kreatif

32

Ucapannya yang berJaya menarik hati Mai, seperti berikut...

MF doakan bermula hari ini, pada hari jadimu, keazaman dalam meningkatkan keimanan semakin bertambah.
Umur yang panjang dan diberkati sehingga akhir hayat dan lafaz kalimah syahadah meniti saat kematian.
Rezeki yang melimpah ruah lagi halal.
Pasangan hidup dan jodoh yang diredhai ALLAH sehingga bertemu di syurga abadi. Segala yang dihajati dimakbulkan ALLAH.
Selamat hari lahir buat mu sahabat... moga diberkati usia dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah...

5 pemenang bertuah

23
4
6
31
11

Senarai peserta boleh semak di sini >  

Kepada peserta dengan nombor-nombor bertuah di atas, boleh hantarkan maklumat berikut ke page MaisarahSidi.com.

Nama penuh:
Alamat pengeposan:
No. tel:

TAHNIAH kepada semua pemenang!
Yang mana tidak berjaya, jangan sedih-sedih ye. InsyaAllah ada rezeki lebih, Mai buat lagi.


Benarkah Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Mampu Meringankan Beban Kewangan Rakyat?

$
0
0

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) untuk rakyat


Sejak tampuk pemerintahan Malaysia bertukar tangan, Bantuan Sara Hidup (BSH) menjadi nama baru yang menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Yang pasti tujuannya masih sama iaitu meringankan beban kewangan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.


BSH 2019 kali ini terdapat sedikit perubahan dari segi penerima bantuan yang layak. Antara perubahannya seperti tiada lagi bantuan diberikan kepada golongan bujang. BSH juga ditambahbaik dengan menyediakan tambahan RM120 untuk setiap anakyang berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada 4 orang sahaja. Untuk anak kelainan upaya, tidak dihadkan umur mereka.

Kategori Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

1. Isi rumah dengan pendapatan RM2000 dan ke bawah

Jumlah bantuan: RM1000 + rm120/anak

2. Isi rumah dengan pendapatan RM2001 hingga RM3000

Jumlah bantuan: RM750 + rm120/anak

3. Isi rumah dengan pendapatan RM3001 hingga RM4000

Jumlah bantuan: RM500 + rm120/anak

Tambahan BSH RM120

Mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad untuk 4 orang anak sahaja. Anak kelainan upaya, tiada had umur.


Untuk pemberian bantuan yang seterusnya, pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai Januari 2019. Pemakluman rasmi tentang tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam masa terdekat.

BSH Mengurangkan Beban Rakyat


Bagi Mai, sedikit sebanyak BSH berkesan untuk meringankan beban kewangan rakyat. Terutamanya golongan layak yang amat memerlukan bantuan kewangan. Dapat juga BSH 2019 membuat penerima tersenyum dengannya. Kurang sedikit bebanan kewangan yang ditanggung.

Bagaimana BSH dapat meringankan beban rakyat?


Terdapat pelbagai cara yang boleh dimanfaatkan oleh penerima BSH, antaranya seperti:

1. Guna untuk membeli barangan keperluan

Membeli barangan keperluan harian seperti barangan dapur yang dibeli banyak sekaligus, dapat menjimatkan perbelanjaan pada bulan berkenaan dan seterusnya.

2. Untuk persekolahan anak-anak

Bantuan tersebut boleh digunakan untuk membeli pelbagai keperluan persekolahan anak-anak seperti buku latihan, uniform dan kasut sekolah, juga boleh digunakan untuk tambang bas dan perbelanjaan harian anak-anak di sekolah.

3. Perbelanjaan ketika kecemasan

Keadaan yang membuatkan kita resah seperti kereta atau motorsikal mengalami kerosakan, sakit yang memerlukan perbelanjaan yang lebih daripada kebiasaannya, atau mungkin juga berlakunya kematian dalam ahli keluarga penerima, dapat juga digunakan untuk menampung perbelanjaan untuk perkara tersebut.

4. Bayaran bil-bil bulanan


Bil-bil bulanan seperti bil air, elektrik dan telefon juga boleh dibayar dengan BSH. Penerima dapat berjimat pada bulan tersebut sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan pada bulan tersebut.

Bagi penerima sendiri atau ada ahli keluarganya yang menghidap penyakit kronik, dan memerlukan perbelanjaan bulanan agak tinggi untuk ubat-ubat dan kelengkapan harian pesakit, secara tidak langsung BSH dapat membantu meringankan beban pesakit dan juga keluarganya.

5. Simpan di bank untuk kegunaan akan datang

Penerima juga boleh menyimpan wang bantuan ke dalam akaun bank masing-masing dan menggunakannya pada bila-bila masa yang diperlukan.


Begitulah antara perkara yang boleh dilakukan dengan Bantuan Sara Hidup. Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan dengan BSH ini.

Para penerima BSH seharusnya bersyukur dengan pemberian ini. Mereka perlu menggunakannya dengan penuh manfaat, baru dapat rasa kepentingannya. Jangan bazirkannya kepada perkara yang tidak sepatutnya. Supaya BSH lebih efisyen, pihak kerajaan sewajarnya membuat pemilihan yang ketat supaya golongan yang benar-benar layak dapat menerima bantuan ini.

Semoga BSH dapat meringankan beban kewangan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Berterima kasihlah kepadaNya kerana terpilih menjadi salah seorang penerima bantuan ini.


Cara Diet yang Mana Satu Berkesan Kurangkan Berat Badan?

$
0
0

Cara Diet Berkesan


Terdapat banyak cara diet atau pengambilan makanan untuk kurangkan berat badan. Ada artis tu kongsi caranya, ada orang ini kongsi cara tersendiri. Banyak bukan?

cara diet berkesan
Foto The Yale Tribune

Tak kisahlah ikut yang mana, janji kita selesa dengan diet yang diamalkan, bertahan lama dengan cara tersebut dan cukup nutrien dalam satu pinggan makanan yang diambil. Kalau tak selesa, jadi cepat jemu.

Diet yang Mai ikut adalah seperti yang para doktor sarankan iaitu Suku-suku Separuh. Sebabnya senang dan ngam dengan diri sendiri. Sebelum ikut sesuatu cara diet, kenali diri sendiri. Apa yang sesuai atau tidak dengan badan kita.

Suku-suku separuh.. ada karbohidrat, protein, serat dalam satu pinggan. Portion pula, suku karbohidrat, suku protein (lauk) dan separuh serat (buah-buahan dan sayur). Senang dan murah, sebab tu Mai selesa dengan cara ini.

Nak kurangkan berat badan, tiada jalan singkat. Kena jaga portion makanan yang diambil dan bersenam.

Kalau sebelum ini biasa ambil nasi penuh sepinggan, cuba suku-suku separuh. Contohnya nasi. Kita tahu, nasi beras perang memiliki kelebihan berbanding nasi putih, seperti kandungan seratnya lebih. Tapi kalau nasi beras perang itu diambil sepinggan penuh, sama juga.. kalorinya berlebihan. Jadi, paling selamat ikut suku-suku separuh.

Nak tak nak memang kena ubah gaya hidup. KAWAL NAFSU MAKAN. Dah namanya nafsu, kenalah ajar dan kawal. Kalau tak, badan sendiri yang merana akibat menanggung beban berat badan berlebihan kerana tidak menjaga makan.

Tak perlu ubat kurus, tak perlu suplemen, tak perlu makanan ringan atau makanan pelik-pelik saranan orang ramai. Dengan bahan-bahan yang ada di pasar dan kedai berdekatan rumah pun boleh jadi dah diet seimbang. Jangan salahkan makanan tapi salahkan diri sendiri yang salah memilih makanan untuk keperluan badan. Kurangkan berat badan dengan cara yang sihat, InsyaAllah sihatlah yang kita dapat nanti.

Tapi jangan biar diri berlapar terlalu lama pula. Salah cara ini. Nanti bila tiba waktu makan, terlebih portion makanan diambil. Kalori yang diambil pun jadi banyaklah. Maka, ambillah makanan mengikut kalori yang diperlukan oleh badan masing-masing.

tips mudah kurus

Tak pernah cuba Suku-suku Separuh? Jom mula cuba hari ini 😉
Azam tahun baru.. nak berat badan ideal supaya lebih selesa beribadat, selesa melakukan aktiviti harian dan lain-lain lagi.


Selamat Datang Tahun Baru!

$
0
0

Tahun Baru 2019


Selamat Tahun Baru 2019! Alhamdulillah kita sudah pun melangkah ke tahun 2019. Masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat-Nya.

tahun baru, new year

Apabila bercakap tentang tahun baru, rata-rata ramai yang sudah buat senarai azam yang ingin dilaksanakan dalam tahun ini. Mai pun ada juga. Salah satu azam, nak kurangkan berat badan dan amalkan gaya hidup sihat. InsyaAllah, semoga dapatlah capai berat yang Mai idamkan 😁

Tahun baru, umur juga baru. Bertambah setahun lagi umur. Kadang-kadang kita rasa cepatnya masa berlalu kan. Tapi itulah masa yang kita dah gunakan yang takkan boleh berpatah semula. Agak-agak.. betul ke kita dah manfaatkan masa sebelum ini?

Dengan bertambahnya umur, harapnya ia sentiasa menjadi peringatan kepada kita. Jadi semakin matang seiring pertambahan usia. Sentiasa fikir awal dan akhir sebelum buat sesuatu perkara. Jangan bila ada perkara tak baik, laju je nak update status, kongsi, meroyan tak tentu hala di sosial media. Macam BBNU je perangai kan 😀

Juga tentang kehidupan mendatang dan ajal tidak tahu bila ia akan datang memanggil. Selagi masih bernafas di muka bumi, selagi itu beribadat kepada-Nya. Jaga hubungan dengan Pencipta kita.

Akhir kata, semoga tahun baru ini, kita semakin menghargai masa, semakin dilimpahkan rezeki oleh-Nya, dapat melaksanakan azam yang sudah disenaraikan dengan jayanya dan banyak "keajaiban" akan berlaku. InsyaAllah.


Jom Jaga Masa dengan Jam Tangan Tawaf Timepieces

$
0
0

Bergaya dengan Jam Tangan Tawaf


Jam Tangan Tawaf Timepieces | Jam tangan merupakan salah satu aksesori penting bagi sesetengah orang. Jika tidak pakai jam tangan ketika keluar rumah, rasa seperti tidak lengkap penampilan diri. Anda pula kalau keluar rumah pergi jalan-jalan, wajib atau tidak pakai jam tangan?

Kalau Mai, selesa mengenakan jam tangan daripada Tawaf Timepieces. Yang Mai pakai adalah Tawaf Klasik Petite Wanita, Arafah yang bergerak mengikut arah jam.

Jam Tangan Tawaf Timepieces

Comel, ringkas dan bergaya bukan? Reka bentuknya minimalis dengan bingkai emas dan 12 biji kristal kecil menjadi penunjuk nombor pada jam tangan ini. Memang jadi kegemaran Mai lah rekaan yang ringkas ini. Warna pun memikat hati. Lagi, Mai suka jam tangan dengan tali jam jenis kain ini. Rasa selesa menggunakannya. Harganya pula sangat berpatutan dan mampu milik.

Jam Tangan Tawaf Timepieces

Koleksi pertama Tawaf Timepieces menyaksikan kelahiran The Classic Collection (jam tangan unisex), Sultan (jam tangan untuk lelaki) dan The Petite Collection (jam tangan untuk wanita), datang dalam pelbagai warna dan gaya.

Selain Arafah seperti yang Mai pakai, terdapat beberapa nama lain lagi untuk koleksi Klasik dan Petite seperti Marwa, Mina, Safa, Ramal dan Zamzam. Kesemua nama-nama ini diberi nama Arab yang mewakili keadaan tawaf sendiri.

Jam Tangan Tawaf Timepieces

Kedua-dua koleksi Classic dan Petite dilengkapi dengan tali yang bergaya yang boleh ditukar ganti. Walau bagaimanapun, koleksi Sultan dilengkapi dengan tali kulit asli. Semua jam tangan tersebut datang dengan pergerakan Japanese Quartz.

Kalau anda nak tahu, jam tangan Tawaf Timepieces ada yang mengikut arah jam (clockwise) dan arah lawan jam (ani-clockwise) serta ada dengan tulisan nombor arab atau batu kristal. Terdapat pilihan bingkai perak atau emas yang diperbuat daripada kaca mineral. Bukan itu sahaja, jam tangan ini juga tahan air sehingga 3ATM, dilengkapi dengan jaminan 2 tahun dan anti-calarnya.

Baru-baru ini Tawaf Timepieces melancarkan koleksi Amal. Ia terdiri daripada Umbre, Onyx dan Ocher. Nama tersebut ipilih untuk koleksi terkini untuk mewakili warnajam tangan dan sesuai dengan pasaran yang lebih generik.

Jam Tangan Tawaf Timepieces


Apabila sebut jam tawaf, mesti kita ingat hanya Muslim yang boleh pakai. Sebenarnya tidak. Jam tangan ini boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Ia tidak menggambarkan sebarang bangsa atau agama. Malah, pelanggan yang membelinya adalah dari semua kaum dan bukan orang bukan Islam mencari jam tangan ini kerana keunikannya.

Jam cantik macam ini, sangat sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang. Pasti menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka yang menerimanya 😉 Untuk melihat rekaan jam tangan tawaf yang lain lagi serta maklumat lanjut tentang jam tangan Tawaf Timepieces, anda boleh layari laman web mereka di https://tawaf.online/.

Jam Tangan Tawaf Timepieces

Masa itu lebih berharga daripada emas. Masa takkan boleh diundur semula. Jadi manfaatkan masa dengan sebaiknya. Jom jaga masa dengan jam tangan Tawaf Timepieces.


Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

$
0
0

Bantuan Sara Hidup


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)

Bantuan Sara Hidup
Kredit: bantuansarahidup.com

Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my

Bantuan Sara Hidup

Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.



Tarikh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

$
0
0

Permohonan Baru dan Kemas Kini BSH 2019


Portal rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) telah mengumumkan tarikh pendaftaran BSH. Tarikh yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu supaya penerima yang layak menerima BSH tidak terlepas pandang oleh pihak LHDN.

Tarikh pendaftaran BSH

Tarikh pendaftaran BSH 2019 akan dibuka bermula pada tarikh 1 FEBRUARI 2019 sehingga 15 MAC 2019.

Permohonan baru dan kemas kini BSH 2019 boleh dilakukan sepanjang tempoh pendaftaran ini.
Urusan permohonan baru dan kemas kini boleh dibuat secara online dan offline melalui:

  • Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my/) (online)
  • Di pejabat cawangan LHDN
  • Pusat khidmat hasil (PKH) LHDN
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN

*Kaedah pendaftaran akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dibuat.

Seperti yang telah diberitahu di media massa dan Portal Rasmi BSH, pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018. (mengikut data sebelum ini).

HOT: Benarkah Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Mampu Meringankan Beban Kewangan Rakyat?

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

  • Berkahwin (Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara


Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

  • Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
  • Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
  • Bujang yang mempunyai tanggungan


Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, permohonan baru BSH 2019 perlu dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Manakala pemohon yang layak menerima Fasa pertama BSH 2019, kemas kini permohonan BSH 2019 dengan maklumat yang betul dan terkini perlu dibuat.


Design Template Responsive Blog Diary Eyda

$
0
0

Design blog Lifestyle


Agak lama juga Mai tak kongsikan artwork design blog template. Bukan apa, sibuk sikit je. hehe. Mai masih menjalankan servis edit / design blog walaupun jarang update tentang artwork.

design blog murah

Kali ini adalah blog Diary Eyda. Suka dengan pilihan warna tema blog ini, merah jambu dan turquoise. Sangat padan dan sedap mata memandang. Rekaan blog yang minimalis, memudahkan pengunjung blog untuk membaca. Homepage blog ini juga diubah menjadi responsive auto read more.

Jom lihat keseluruhan template blog Diary Eyda.
Untuk lihat paparan penuh template, boleh terus ke blognya.

Blog Diary Eyda (diaryeyda.blogspot.com)
Pakej 2

design blog murah

Blog ini juga direka menjadi responsive dan mobile friendly. Di bawah adalah rupa paparan blog pada telefon pintar. Anda juga boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com untuk melihat pelbagai paparan responsive tersebut.

design blog murah


Ini pula adalah banner blog Diary Eyda.

design watermark murah

Haaa.. anda berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan? Anda boleh PM Mai di Facebook, emel dan juga Whatsapp. 

Macam-macam jenis tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi.

Kalau nak edit template readymade pun boleh, harga dijamin berpatutan dan puas hati.


Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)

Design Template Responsive Blog Zinniaza.com

$
0
0

Design blog kesihatan


Macam-macam perkara yang boleh dikongsikan di blog kan? Kali ini Mai nak kongsi tentang blog yang berkongsi tentang info kesihatan, tips, petua dan cerita hariannya iaitu blog Zinniaza.com.

design blog murah


Kandungan utama blog Zinniaza.com adalah berkisarkan tentang makanan tambahan Shaklee. Jadi, header blog tersebut diletakkan beberapa produk Shaklee bagi ...... isi blog itu.

Blog custom made design ini dilengkapi dengan responsive dropdown menu tab serta ruangan kecil untuk carian di blog. Warna putih dan merah jambu pucat dipilih sebagai warna tema blog. Rekaan minimalis menjadi pilihan pemilik blog Shaklee ini.

Untuk lihat paparan penuh template, boleh terus ke blog Zinniaza.com.

Blog Zinniaza.com (www.zinniaza.com)
Pakej 4

design blog murah


Template blog ini direka menjadi responsive dan mobile friendly. Di bawah adalah rupa paparan blog pada telefon pintar. Anda juga boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com untuk melihat pelbagai paparan responsive.

design blog murah


Banner dan watermark blog Zinniaza.com


design banner murah
Banner
design watermark murah
Watermark

Bagaimana? Anda berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan? Anda boleh PM Mai di Facebook, emel dan juga Whatsapp. 

Macam-macam jenis tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi.

Kalau nak edit template readymade pun boleh, harga dijamin berpatutan dan puas hati.


Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)



Murad Dew A Little Hydro-Dynamic Ultimate Moisture, Pelembap Kulit yang Bagus

$
0
0

Pelembap Kulit Jenama Murad, Hydro-Dynamic Ultimate Moisture



Dew A Little Hydro-Dynamic Ultimate Moisture | Kulit wajah yang sihat, lembap dan licin menjadi dambaan setiap mereka yang menginginkannya. Maka, penjagaan kulit perlu dititikberatkan.

Untuk mendapatkan kulit wajah yang diidamkan, sama seperti orang lain juga, Mai mengamalkan rutin penjagaan muka. Bermula dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kemudian menyapu toner setelah selesai mencuci muka diikuti dengan pemakaian pelembap pada kulit wajah.

Bercakap tentang pelembap wajah, Mai sangat suka dengan pelembap yang Mai sedang guna sekarang ini. Dew A Little Hydro-Dynamic Ultimate Moisture daripada Murad. Nampak kesan positif pada kulit wajah hasil penggunaannya.

pelembap muka Murad

Kenapa kita perlu menggunakan pelembap wajah? Sudah pasti untuk memberi kelembapan seimbang pada kulit. Ia juga melindungi kulit daripada sinaran UV, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan juga mencegah alergi mekap.

Sudah hampir seminggu Mai menggunakan Hydro-Dynamic Ultimate Moisture. Apa yang Mai dapat hasil daripada pemakaiannya adalah kelembapan kulit wajah seimbang dan yang bagusnya garis senyum juga semakin pudar. Kulit juga jadi lembut.

Menariknya pelembap ini, rasa ringan bila disapu pada wajah dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Setakat ini, memang puas hati dengan hasil penggunaan pelembap ini.

pelembap muka Murad
Tiada kesan minyak

Mana tidaknya, Hydro-Dynamic Ultimate Moisture menggunakan teknologi asid hyaluronik. Ia meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air untuk penghidratan yang tahan lama. Pelembap bertekstur ringan ini menyediakan penghidratan 24 jam untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedut pada kulit.

Selain itu, ekstrak kelapa juga digunakan bagi mengekalkan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin muda. Bukan itu saja, Mentega Shea, avokado, bunga matahari dan minyak buah zaitun juga digunakan untuk membantu memulihkan kelembutan dan menyihatkan kulit. Pelembap ini dirumuskan tanpa Parabens, Sulfates, Phthalates dan Gluten yang membahayakan kulit.

Daripada maklumbalas, 92% melaporkan garis halus dan kedut kelihatan kurang kelihatan selepas 1 minggu penggunaan Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ini. Hasilnya diyakini bukan? Kalau anda guna, pasti anda juga berpuas hati dengannya.

pelembap muka Murad

Kulit jenis apa yang sesuai menggunakan pelembap ini? Semua jenis kulit sesuai. Mereka yang memiliki kulit kering, kombinasi, normal dan sensitif boleh menggunakannya. Bagi sesiapa yang ada garis halus dan kedutan pada kulit wajah, elok sangat gunakan pelembap ini.

Nak hasil yang cepat, gunakan setiap hari pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Sapu pada kulit wajah. Bukan hanya pada wajah, tapi juga disapu pada leher dan dada.

Pelembap yang bersaiz mini edisi terhad ini sangat sesuai dibawa ketika bercuti dan mengembara. Nak ke mana-mana sekalipun, kesihatan kulit perlu dititikberatkan. Ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang.

Untuk meklumat lebih lanjut tentang Dew A Little Hydro-Dynamic Ultimate Moisture daripada Murad ini, anda boleh rujuk di laman web Dew A Little Hydro-Dynamic Ultimate Moisture (klik). Di situ anda juga boleh membelinya secara online.


Althea Pore Purifying Serum Cleanser Buatkan Kulit Wajah Bersih dan Segar

$
0
0

Kulit muka sihat dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser



Seronok rasanya apabila kulit wajah bersih dan berseri. Barulah bertambah keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai kan 😊 Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih, Mai menggunakan Pore Purifying Serum Cleanser daripada Althea Korea. Daripada namanya pun dah tahu, ada gabungan serum dan pembersih wajah. Lagi baguslah kesannya pada kulit.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini berfungsi sebagai pembersih yang melembapkan kulit, membersihkan pori dan mengimbangi tahap pH untuk kulit yang sihat. Sangat berkesan untuk bersihkan solekan, kotoran dalam pori dan lebihan minyak pada kulit wajah.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Beri Kesan Bagus Pada Kulit


Mai puas hati dengan hasil penggunaannya. Boleh rasa kesannya selepas guna Pore Purifying Serum Cleanser ini.. kulit rasa bersih, segar dan lembut. Masa cuci muka untuk tanggalkan solekan, memang nampak sisa solekan keluar. Hanya sedikit urutan pada muka, hilang kotoran. Terbaik!

Ia juga tidak mengeringkan kulit dan tidak membuatkan kulit berasa pedih. Kulit juga rasa sejuk dan lembap dengan formula seperti serum yang ada padanya. Dengan ekstrak pudina yang terkandung dalmnya, pori pada kulit wajah juga nampak perubahan, semakin mengecil. Pore Purifying Serum Cleanser juga membuang sel kulit mati, sebab tu muka rasa bersih je selepas dicuci.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Pembersih wajah ini juga membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan kulit kekal sihat dapat berfungsi dengan bagus dan juga untuk mengelakkan kehilangan lembapan pada kulit. Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun mempunyai kulit sensitif.

Pembersih muka ini, rasa seperti minyak tapi ringan. Ia pembersih wajah tanpa buih tapi sangat bagus dalam membersih muka. Makeup senang je tanggal. Tiada kesan minyak tertinggal pada kulit. Boleh kata memang bersih lah muka selepas dicuci.

Cara Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser


Mudah je cara untuk menggunakannya. Boleh digunakan untuk 2 tujuan berbeza iaitu menanggalkan solekan dan membersih kulit wajah.

Untuk menanggalkan solekan
  1. Tuang cecair pembersih secukupnya pada tapak tangan.
  2. Urut cecair pembersih pada keseluruhan kulit wajah dalam gerakan membulat untuk membuang kotoran dan solekan.
  3. Setelah selesai, bilas dengan air. Boleh juga guna pembersih kedua untuk membuang kotoran dengan sempurna.

Untuk membersih kulit wajah
  1. Lembapkan kulit wajah.
  2. Tuang cecair pembersih secukupnya pada tapak tangan.
  3. Urut cecair pembersih pada keseluruhan kulit wajah dalam gerakan membulat secara perlahan-lahan dalam 5-10 saat sebelum membilas dengan air.

Kalau anda nak rasa manfaatnya, kenalah cuba dulu. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh dapatkannya di sini > Althea Pore Purifying Serum Cleanser  (klik).


Viewing all 1258 articles
Browse latest View live